"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, June 26, 2008

PKR,Siasat Hubungan Yahya & Ezam SEGERA!

Assalamu'alaikum...

Kelam kabut seketika kerajaan negeri Selangor pimpinan MB Khalid selepas penggantungan tugasan pegawai kanannya Mohd Yahya Mat Sahri disusuli dengan perletakan jawatan berkuatkuasa serta merta dari "reformis" terbabit.apa lagi selepas ini?

Aku jangkakan lebih banyak lagi kekacauan yang didalangi dari pihak luar & dibantu oleh "orang dalam" bagi menjayakan rancangan mereka menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam hal ni aku nak ajak semua kita melihat beberapa perkara yang berlaku sehari dua ni.

Yang pertama ialah laporan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kanan terbabit,susulan dari laporan tersebut,pihak BPR telah melakukan siasatan dipejabat MB Khalid & dalam masa tak sampai seminggu siasatan pun selesai.bagaimanapun laporan hasil siasatan tersebut masih belum dibentangkan sampai sekarang.

Mengikut kenyataan media dari "sipembuat laporan",laporan dibuat berdasarkan "bukti-bukti kukuh & dokumen-dokumen berkaitan disertakan sekali dalam semasa laporan dibuat...sekarang masih tak selesai lagi...kenapa???tak cukup bukti atau tak ada bukti???

Individu yang terlibat pulak digantung tugasannya oleh MB Khalid selama 1 bulan tetapi individu tersebut bertindak meletak jawatan serta merta.alasannya -
"hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim".kenapa alasannya begitu???

Fikir balik...Yahya yang dituduh salahguna kuasa tetapi kenapa pulak Yahya yang hilang keyakinan terhadap kepimpinan Khalid?sepatutnya kalau dikira lojik - Khalid gantung tugasan Yahya kerana hilang keyakinan terhadap kreadibiliti Yahya!betul tak?semacam ada "twist in" dalam hal ni...siapa yang "twist"?Yahya atau Khalid?

Tinggalkan dulu bab itu kita pergi kepada Yahya & penyokongnya pulak...antara alasan Yahya selepas meletak jawatan ialah - "hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim".itu yang mula-mula diwar-warkan oleh Yahya.

Kemudian pula dikhabarkan beberapa lagi alasan & antaranya ialah - tidak puas hati tentang perlantikan ahli majlis PBT...adalagi - PKR telah lupa akan jasa-jasa "reformis" & macam-macam lagi.kenapa terlalu banyak alasan?macam nak sembunyikan sesuatu.

Beberapa hari lepas pulak Ezam membuat pendedahan tentang wang derma untuk perhimpunan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor dikatakan diselewengkan kedalam akaun PKR & ada lagi beberapa individu yang aku percaya dengan niat yang tak baik terhadap Pakatan Rakyat mengatakan bahawa perhimpunan tersebut hanya menampilkan PKR sahaja manakala parti komponen PAS dipinggirkan.

Kenapa banyak serangan bertali arus???semacam ada satu perancangan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat,melaga-lagakan antara PAS & PKR.ini dikira sebagai satu strategi yang dah lama dirancang dengan amat teliti & tersusun.siapa dalangnya?

Lihat perincian disini...
Pertama - kenapa individu yang membuat laporan salahguna kuasa mengaku ahli PKR & seorang ketua AMK sedangkan dia ahli UMNO & tidak pernah mendaftar diri sebagai ahli PKR?kenapa nak sembunyikan identiti?

Kedua - Ezam mendedahkan bahawa syarikat swasta di negeri Selangor diminta untuk menyalurkan derma bagi sambutan 100 hari pentadbiran PR di Selangor dengan menyalurkan wang berkenaan ke akaun PKR.itu dakwaan oleh Ezam...siapa yang beritahu Ezam?

Dalam PKR pula...kenyataan MB Khalid mengakui,insiden melibatkan penyaluran derma dari syarikat-syarikat swasta sempena sambutan 100 hari PR,jumaat lalu dengan menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar tanpa pengetahuannya menjadi punca penggantungan jawatan pegawai kanan terbabit.aku percaya yang ini benar sebab keputusan dibuat selepas pendedahan Ezam.kalau alasannya sebab isu kontrak sampah,dah tentu sebelum tu lagi MB Khalid dah gantung tugas Yahya...betul tak?

tiga penjelasan diatas seolah ada hubungkait antara Ezam & Yahya...kenapa Ezam terlebih dahulu tahu perkara tersebut?kenapa Yahya menggunakan kepala surat MB tanpa pengetahuan Khalid?Tak kan Yahya sebagai "orang lama" yang selama ini menjadi tulang belakang PKR Selangor tak tahu betul atau tidak perbuatannya & kenapa terlalu cepat Yahya melatah meletak jawatan & membuat kenyataan & memberi sebab-sebab yang sebenarnya tak ada kena mengena dengan penggantungan tugasnya?

Ini PKR kena ambik perhatian.bukan kita nak sembunyikan penyelewengan yang berlaku,tapi kita nak tahu adakah terdapat pembelot-pembelot dalam PKR atau PR yang berhubung secara rahsia dengan "orang luar" & menggunakan kesempatan atau kuasa yang ada melakukan kerosakan dalam kerajaan Pakatan Rakyat?

Kita tak mahu ada antara "orang dalam" bertindak memanipulasi kepercayaan yang diberi bersekongkol dengan "orang luar" merancang & menjalankan agenda merosakkan kerajaan Pakatan Rakyat dari dalam.

Bagi aku perkara ni tak boleh dipandang remeh.perkara ni semacam anai-anai.walaupun kecik tapi kerosakan yang dilakukan bakal meruntuhkan.aku jelaskan juga disini bahawa aku bukan menuduh siapa-siapa sebagai dalang tapi bila ada 1-1 kenyataan dilihat "bercanggah" dan tak "konsisten",pasti ada sesuatu yang tidak kena.beringat sebelum kena.