"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, December 04, 2008

Fatwa Untuk Pakatan Rakyat Rampas Kerusi Kuala Terengganu?(bhg 1) - malaysiakini

Assalamu'alaikum...

Agak lama tidak menaip melainkan hanya serba sedikit komen-komen kecil berikutan kekurangan isu untuk diutarakan, tambah lagi kalangan blogger-blogger lain nampaknya sangat-sangat aktif memberikan pendapat masing-masing dalam kebanyakan isu.

Saya amat tertarik dengan satu artikel dari blog MSO bertajuk "Fatwa Untuk Pakatan Rakyat Rampas Kerusi Kuala Terengganu".disini saya ingin menokok tambah dan juga menyangkal beberapa kenyataan atau apa yang dikatakan "fatwa" oleh saudara MSO.

1. Pakatan Rakyat hendaknya menghadapi pilihan raya itu secara bersama tanpa ada 'keluk kelik' dengan mengambil kira perkara yang titik bengit. Pakatan Rakyat harus sepakat dalam membuat kenyataan atau memberi pandangan tentang pilihan raya berkenaan bagi mengelakkan ianya dieksploitasikan oleh media massa.

"Fatwa" yang pertama ni amat-amat saya setujui, sedikit tambahan bagi perkara pertama iaitu sebarang bentuk kenyataan mestilah bersifat kenyataan "bersama" dan melalui perbincangan antara ke 3-3 parti komponen Pakatan Rakyat.saya amat yakin bahawa UMNO/BN akan memainkan pelbagai isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan juga keagamaan didalam usaha mereka untuk mempertahankan kerusi "minyak" Kuala Terengganu.

DAP akan diserang dengan isu "melayu", PKR akan diserang dengan isu "negara Islam" dan PAS pula akan menjadi buah catur utama iaitu "Queen".tak mustahil UMNO/BN akan menimbulkan pelbagai isu sensitif untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP dan juga PAS dengan PKR.

Cara serangannya amat mudah, untuk DAP akan diutarakan isu penubuhan negara Islam dan pandangan DAP tentang negara Islam impian PAS.PAS sudah pasti akan mempertahankan cita-cita mereka manakala DAP kalau diambil kenyataan dari Lim Kit Siang, sudah pasti akan menimbulkan masalah.

Media perdana akan memainkan peranan melaga-lagakan ke 2-2 parti diatas.saya percaya media perdana tidak akan sekali-kali mengambil kenyataan dari Lim Guan Eng kerana kita sedia maklum akan sikap keterbukaan Lim terhadap pemerintahan Islam manakala jika diambil dari kenyataan "orang lama" DAP, mereka agak kurang faham tentang Islam dan kenyataan mereka semestinya satu masalah.

Untuk itu PAS perlu bermuzakarah dengan DAP mulai dari sekarang untuk mencari penyelesaian bersama dalam isu tersebut.jika diteliti, isu tersebut sebenarnya amat tidak relevan untuk diutarakan dalam PRK KT tetapi kita perlu ingat, UMNO/BN amat-amat tersepit untuk mencari isu buat masa ini kerana parti "melayu" itu sendiri menghadapi masalah dalaman yang amat-amat parah.

Strategi UMNO/BN tidak akan berubah, kerana mereka tidak ada masa untuk melakukan "homework". UMNO/BN tidak pernah punya isu yang dapat meyakinkan pemilih jadi mereka hanya akan menggunakan strategi yang sama iaitu memecah belah.

Kenyataan dari Pakatan Rakyat juga perlu konsisten dan tidak berdolak-dalik.DAP dan PKR juga dicadangkan agar tidak mengeluarkan atau melayan sebarang provokasi dari pihak UMNO/BN dalam PRK KT.tanpa kenyataan-kenyataan dari ke 2-2 parti tersebut akan menggelapkan usaha provokasi murahan UMNO/BN.

Biarkan UMNO/BN menyalak dengan isu-isu murahan dan jentera-jentera PAS, PKR dan DAP hanya perlu mendekati pengundi-pengundi dan meyakinkan mereka mengapa mereka perlu memilih calon PAS sebagai wakil Parlimen Kuala Terengganu.

Pada bakal-bakal pengundi di Terengganu suka juga saya untuk mengingatkan anda bahawa tidak rugi untuk anda mengundi PAS dalam pilihanraya kecil ini kerana jika PAS menang, seluruh Terengganu masih berada dibawah kerajaan UMNO/BN (sepatutnya anda telah menjatuhkan mereka dalam PRU12 tempohari).

Memberi kemenangan kepada PAS bermakna anda menerima durian runtuh.UMNO/BN selepas ini pasti tidak akan sesekali meminggirkan Kuala Terengganu dari sebarang projek-projek yang menguntungkan rakyat Kuala Terengganu kerana mereka pasti akan cuba memenangi hati bakal-bakal pengundi dalam PRU13 nanti.

Menang PAS, anda juga yang akan menerima labanya, bayangkan 2 parti yang cuba memenangi hati pengundi untuk pilihanraya akan datang.petik jari, bantuan tiba. silap gaya, batuk sahaja pun dah dieskot ke hospital.

Fikir-fikirkan.

- akan bersambung di bahagian ke 2.

PETISYEN MEMBANTAH PPSMI - malaysiakini

To: Kementerian Pelajaran Malaysia

PETISYEN MEMBANTAH PPSMI


Petisyen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

PPSMI : Kembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Kami warga Malaysia, yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, amat bimbang terhadap penghakisan kepada peranan Bahasa Melayu, terutama sebagai bahasa imu dan pendidikan, yang terus berlaku di Malaysia.

Pada tahun 2003 lalu, kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk meminda dasar pendidikan negara dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik di seluruh Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Situasi ini sebenarnya menyebabkan kedudukan bahasa melayu semakin tergugat dan meniti saat-saat untuk lenyap dari tanah air kita sendiri.

Menurut Dasar Pendidikan Kebangsaan 1996, kedaulatan bahasa melayu harus dipertahankan sebagai bahasa teras dalam sistem pendidikan negara. Dasar tersebut dengan jelas menyatakan bahawa �dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama�. Hakikatnya, jika dasar Pendidikan Kebangsaan ini tidak dipelihara, ia akan membebankan guru dan pelajar luar bandar untuk menggunakpakai Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Dalam pada itu, pelaksanaan dasar Pengajaran Sains dan Matemaik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilihat tergesa-gesa ini amat bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam negara. Sementara itu, Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) telah memberi definisi jelas kepada maksud sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Menurut Seksyen 2, Sekolah Kebangsaan ditafsirkan sebagai sekolah Rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan� (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan pula ditakrifkan sebagai sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan - (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Seksyen 17(1) Akta Pendidikan juga menyatakan �Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini�

Adalah amat mengecewakan apabila pemimpin melayu kini sudah tidak memiliki sensitiviti untuk mempertahankan nasib bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama tidak menghormati peruntukan undang-undang tertinggi negara yang menjamin kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar yang menjamin kedudukan bahasa Melayu yang diwariskan oleh pemimpin terdahulu juga sudah dianggap tidak relevan dan tidak dinali sebaik-baiknya.

Untuk memastikan agar kedudukan bahasa Melayu terjamin dalam negara ini dan tidak terus digugat, malah diangkat dan dimartabatkan, kami menyeru agar Kerajaan Malaysia :

� Mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik di semua sekolah rendah kebangsaan dan menengah.

� Memelihara bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan perpaduan kaum.

� Menghormati dan menguatkuasakan sepenuhnya segala peruntukan undang-undang yang ada yang menjamin kedudukan bahasa kebangsaan.

� Mengekalkan dasar-dasar negara yang menjamin kedaulatan bahasa melayu yang diwarisi oleh generasi pemimpin terdahulu.

Kami, dengan ikhlas dan tegas, dan penuh rasa tanggungjawab percaya bahawa kemajuan negara akan tetap tecapai walaupun kita mengekalkan bahasa, budaya dan jatidiri kita yang tulin. Perlu disedari bahawa bahasa merupakan jiwa dan cerminan kepada bangsa dan jika tidak dipertahankan akan hilanglah jatidiri bangsa kita sebagai Melayu dan Islam.

Muhamad Faisal Abdul Aziz
Pengerusi,
Gerakan Anti PPSMI (GAP)

Alamat Perhubungan :
Sekretariat PKPIM Pusat,
Kompleks Anjung Rahmat,
Batu 6, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.

Tel : 03-61879520
Faks : 03-61842570
Web : www.pkpim.net
Email : spp@pkpim.net | spp_pkpim@yahoo.com

Sincerely,

The Undersigned. Klik [sini] untuk menandatangani petisyen online.

Kita Siasat Hasil Siasatan Itu..! - malaysiakini

Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis menjalankan siasatan terhadap hasil laporan Suruhanjaya Diraja mengenai klip video V.K Lingam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Nazri berkata BPR sudah menjalankan siasatan lanjut terhadap beberapa individu seperti disyorkan suruhanjaya itu daripada aspek kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Siasatan BPR tertumpu kepada dua perkara iaitu percutian Tun Eusoff Chin (bekas Ketua Hakim Negara ketika itu) di New Zealand bersama V.K Lingam (peguam)dan perkara berhubung pelantikan hakim.

"Siasatan mengenai percutian itu sudah selesai dan kertas siasatan sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan keputusan," katanya dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (PKRWangsa Maju).

Wee ingin tahu sehingga 17 Ogos lalu, apakah tindakan yang sudah diambil oleh Pejabat Peguam Negara dan BPR terhadap cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video V.K Lingam.

Beliau berkata BPR telah selesai menjalankan siasatan berhubung pelantikan hakim dan kertas siasatan itu sedang diteliti oleh Peguam Kanan Persekutuan BPR.

Happy Birthday LGE: Penang takes down illegal banner - malaysiakini

A giant banner with birthday wishes for Chief Minister Lim Guan Eng was taken down from a shophouse in Jalan Magazine after it was found to have been put up illegally.

Penang Municipal Council (MPPP) president Datuk Zainal Rahim Seman said the banner, put up on Tuesday, was removed by council workers at 10am yesterday.

“People seem to be putting up banners and streamers wherever they like and the council is getting tough. We have already taken down more than 12,000 banners and streamers on the island since January,” he told newsmen at the scene.

Lim, who was attending a function at the Caring Complex, said he instructed Zainal to issue a fine to the company – Banner King – for putting up the banner without a permit.

“It doesn’t mean that if you put my face up, you can break the law,” said Lim, who turns 48 on Monday.

Komtar assemblyman Ng Wei Aik said anyone wanting to use any state leader’s picture must also get the state government’s permission first.

Banner King owner Chan Boon Chong, 33, said all he wanted to do was extend birthday greetings to Lim.

“I did not apply for a council permit as it was a hassle and would have taken days to get the permit approved. I do not know why they are making it an issue,” said Chan, who spent RM1,000 on the banner.

RPK: 99pc of rumours become fact in Malaysia

Malaysia Today editor Raja Petra Kamarudin said tonight that 99% of the rumours he reports on his website eventually turn out to be true.

Defending himself from a caller on a special interview with Riz Khan on satellite television station Al Jazeera who asked why he persisted in writing about rumours, he said time and time again he had been proven right with his stories.

“I have always been told that two things sell and that is sex and politics. And sex involving politics sells even more,” he quipped.

He also denied the perception that Malaysia Today was an opposition mouthpiece, pointing out that he had been critical of Pakatan Rakyat (PR) as well.

Raja Petra added that he would also not consider playing a role in government if PR succeeded in toppling Barisan Nasional (BN).

“I do not wish to be in government. I wish to be in a pressure group. I have joked that if Pakatan forms the government I will then join Umno,” he said.

Besides Raja Petra, the other guests on the show were playwright Jo Kukathas and journalist Kee Thuan Chye.

All three guests offered their respective views on a gamut of issues from censorship and the media to the use of the Internal Security Act (ISA).

Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar also joined the discussion by telephone and made a stout defence of the ISA.

Offering the government’s condolences to the people of India over the recent Mumbai attacks, he justified the continued existence of the ISA by saying the law was the reason why Malaysia had not suffered any major terrorist attacks.

He also contended that it was only what he described as a vocal minority of Malaysians who were against the ISA while the majority wanted safety and order in society.

Kukathas responded, however, to the minister’s arguments by pointing out that most of those who were ever arrested under the ISA were not terrorists.

-TMI

Pasir Johor hendak diangkut ke mana? - malaysiakini

Memula kasi lepas Singapura...

Lepaih tu kasi kecik lagi Johor...

Lepaih tu kasi lagi sikit dekat Singapura...

Lepaih tu pakai sedekah teruih la dekat Singapura...

Apa ada hal? "win win situation"...

Kewujudan tiga kawah besar yang setiap satu berkeluasan kira-kira 12 hektar di Teluk Ramunia, 80 kilometer dari sini menimbulkan kebimbangan dan keresahan di kalangan penduduk setempat.

Kawah yang mencapai kedalaman 15 tingkat bangunan itu adalah kesan daripada kegiatan mengorek tiga buah bukit yang terletak kira-kira 650 meter dari pantai Teluk Ramunia, antaranya bagi mendapatkan batu granit.

Apa yang menjadi kegusaran kira-kira 10,000 penduduk di sekitar Teluk Ramunia, Punggai, Kampung Datuk Abdul Ghani Othman, Sungai Rengit dan beberapa kawasan berhampiran ialah tiada usaha pemulihan dilakukan oleh syarikat perlombongan berkenaan.

Tinjauan wartawan ke kawasan itu mendapati para penduduk bimbang kegiatan tersebut boleh mengundang pelbagai bencana seperti ditenggalami air akibat ketiadaan penahan sama ada apabila berlaku hujan lebat dan ombak besar.

SRK Datang Lagi? - malaysiakini

Para peminat bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (gambar) akan berpeluang bertemunya Sabtu ini di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada kira- kira pukul 4.45 petang.

Shah Rukh Khan hadir ke negeri ini untuk menerima bintang Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sebagai menghargai peranannya mempopularkan Melaka menerusi filem lakonannya yang pernah menggunakan lokasi negeri ini.

Ni kali ke banyak kali dah SRK habaq nak datang... cerita banyak pun tak guna... yang bagi darjah kebesaran dekat SRK ni terbukti dah bangang sangat-sangat...

Berapa kali dah tukang bagi gelaran ni kena kelentong dekat SRK?

Hangpa agak SRK jadi datang ka?

Aku tak tau, tak datang pun Malaysia tak rugi, kalau datang memang Malaysia rugi sikit... bayaq elaun... bangang sungguh... rakyat negara sendiri ramai lagi yang tak cukup makan, si samdol melaka tu pulak dok bela lagi orang yang dah sedia kaya... hampasss...

*aku pi kedai mamak skarang, semua pelayan depa aku panggil "datuk"... kalau ada "datuk" terasa, aku tak peduli... datuk tak dak value di Malaysia... sapa yang wat hilang value "datuk"?

Orang "melayu" ka orang bangsa lain??? Ali Rustam tu cina ka, India ka melayu???

Orang UMNO tolong jawab..! hangpa memang perosak bangsa sendiri... kah kah kah kah kah..!

Dipersilakan Berbogel Wahai Reformis..! - malaysiakini

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak gentar dengan ugutan Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang bertekad untuk meneruskan demonstrasi secara berbogel sekiranya tuntutan mereka supaya kadar kenaikan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) tidak dikaji semula.

Ini kerana, beliau mendakwa mereka yang mahu berbuat demikian bukan penghuni PPR sebenar.

“Mereka (Reformis) tidak perlu jumpa saya untuk berunding mengenai kadar sewa kediaman PPR. Mereka yang membantah ini tidak duduk di rumah pangsa tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Aku pun cukup hairan pasai penduduk terlibat tak de pulak dok bising-bising, tiba-tiba ada pulak gerombolan yang mengaku "reformis" dok kecoh-kecoh pulak... apahal hangpa ni?

Apa yang hangpa dok sibuk2 nak bela? apa sebenarnya matlamat hangpa dan yang penting, berapa "orang tu" bayar dekat hangpa?

Balik pada hal sewa PPRT, kan dah dijelaskan beberapa kali bahawa kadar sewa tidak akan dinaikkan kepada penyewa-penyewa yang kurang berkemampuan iaitu mereka-mereka yang pendapatannya dibawah RM1500 sebulan dan juga mereka-mereka yang mempunyai ramai tanggungan.

Bagi yang berkenaan diatas tu pulak lagi, kerajaan dah sediakan satu bentuk bantuan untuk meringankan beban mereka iaitu berupa bantuan keatas sewa rumah.cuma perlu isi borang je... yang dok kecoh-kecoh ni bukan penduduk sebab penduduk dah paham... yang tak paham bahasa ni semuanya tak tau datang dari mana, hatta penduduk sendiri pun tak kenal sape mereka-mereka ni...

Siapa rajin, cuba pergi jenguk-henguk kawasan perumahan PPRT dan cuba tengok berapa ramai penduduk yang dikatakan "kurang berkemampuan".ada antara depa mengaku "kurang berkemampuan" untuk membayar sewa rumah tapi mampu pula memiliki kereta jenis toyota vios, waja, persona, gen2, myvi, toyota avanza dan macam-macam lagi...

Sebab tu penduduk tak bising, depa tau depa sebenarnya mampu, tapi depa dah ambik kemudahan yang sepatutnya diberi pada golongan yang lebih layak lagi dari depa...tu pasai depa tak bising... yang dok bising-bising pasai sewa PPRT ni hangpa tau apa?

Hangpa penah sampai ke dekat PPRT? kalau stakat dapat info dari utusan, berita harian, tv3suku & rtm tu hangpa tak yah ngaku reformis la... kalau dok depan aku aku ludah je hangpa ni... perjuangan yang tak dak nilai.perjuangan anak anjing baru beranak...

Akai ada tapi tak mau pakai... Bodoh berdouble-double, bangang bertubi-tubi... reformis kepala Babi..!

"Pembangkang Tiada Kuasa..!" - malaysiakini

Kenyataan terbaru seorang senator daripada gerombolan BN... aku tak tau samada senator ni sedar atau tak sedar masa dia buat kenyataan dekat bawah ni... korang baca kenyataan dia dulu -

Rakyat yang berdepan masalah dinasihatkan tidak menggunakan parti pembangkang untuk menyelesaikan masalah mereka, sebaliknya mengadu terus kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi mendapatkan bantuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah berkata, tindakan orang ramai bertemu parti pembangkang tidak perlu kerana BPA yang terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat sentiasa prihatin dan komited membantu mereka.

''Pembangkang sebenarnya tiada mempunyai kuasa di negara ini. Mereka tidak boleh buat apa-apa untuk menyelesaikan masalah rakyat.

''Kalau pergi jumpa pembangkang, mereka hanya boleh buat bising di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi tidak akan membawa apa-apa faedah kepada rakyat yang mengadu," katanya.

Entah korang paham ke tak paham apa yang aku nak habaq... kalau tak paham, meh aku terang kasik paham...

''Pembangkang sebenarnya tiada mempunyai kuasa di negara ini. Mereka tidak boleh buat apa-apa untuk menyelesaikan masalah rakyat.

''Kalau pergi jumpa pembangkang, mereka hanya boleh buat bising di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi tidak akan membawa apa-apa faedah kepada rakyat yang mengadu,"

Maknanya senator yang buat kenyataan ni bercakap dalam keadaan tidak sedar diri, smada dia ni mabuk todi atau samsu haram yang tu aku tak tau... yang aku pahamnya ialah senator ni konon nak jadik "hero"... tapi sayang "hero" ni "mabuk"... tapi kalau nak cakap dia ni mabuk pun tak boleh jugak sebab mungkin jugak dia "smash" dekat "yang berkenaan"...

5 negeri dibawah Pakatan Rakyat - Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak & Selangor sila ambik perhatian...

''Pembangkang sebenarnya tiada mempunyai kuasa di negara ini. Mereka tidak boleh buat apa-apa untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Siapa pembangkang dekat 5 negeri tu? UMNO/BN kan?

Dalam tak sedar senator tu dah habaq terang-terang "pembangkang tiada kuasa di negara ini"... Annuar Musa, Khir Toyo dan jugak ketua-ketua pembangkang di 5 negeri dekat atas tu toksah buang masa dah... hangpa semua sampah... 1 sen pun tak dak guna... buang masa, buang duit... pi balik dok rumah diam-diam...

Orang hang habaq Pembangkang tak dak kuasa dalam ini negara! kah kah kah kah kah kah... memang seronok kalau dengar orang mabuk todi atau samsu haram melalut... saya tara mabuk, saya wokey. i'm fine... padahal dok dalam parit dah...

Ini kenyataan tukang bodek yang bongek... pikir pakai kepaa lutut... dalam tak sedar, parti sendiri hang pangkah... macam ni memang seronok... hiburan menjelang 2009... harap-harap lepas ni ramai lagi pak badut-pak badut akan bersarkis...

Lagi sekali... "pembangkang" dekat 5 negeri tu sapa? kah kah kah kah kah kah kah... hangpa semua tak boleh buat apa-apa... sedaq la wei......!!!

95% tadika tiada permit - malaysiakini

Sebanyak 95 peratus daripada lebih 200 taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) di Seberang Perai didapati beroperasi tanpa lesen.

Masalah itu berlaku kerana kegagalan pengusaha taska dan tadika terbabit mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berhubung penukaran status pemilikan tanah di tempat mereka beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas dan Alam Sekitar, Chow Kon Yeow berkata, masalah itu juga berpunca ekoran kegagalan menepati syarat penukaran status kediaman rumah kepada tadika atau taska.

‘‘Rata-rata masalah yang dikemukakan (kepada MPSP) ialah pengusaha tadika dan taska terbabit gagal menukar syarat hak milik tanah atau kediaman kepada perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha taska dan tadika di Ibu Pejabat MPSP di sini hari ini.

Elaun tahunan guru agama, al-Quran Pulau Pinang ditambah

Lebih 2,000 guru agama dan guru Al-Quran di Pulau Pinang akan menikmati peningkatan bayaran elaun dan saguhati tahunan sebanyak 50 peratus daripada Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang mulai tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Shabudin Yahya berkata seramai 250 guru agama yang mendaftar di bawah MAIPP akan menerima elaun tahunan sebanyak RM600 berbanding RM300 sebelum ini.

Beliau berkata sebanyak 1,821 guru Al-Quran yang mengajar secara sukarela di rumah atau di masjid dan surau diberi bayaran sagu hati sebanyak RM600 berbanding antara RM50 hingga RM300 sebelum ini.

“Peningkatan bayaran elaun dan sagu hati tersebut melibatkan penambahan peruntukan PUZ sebanyak RM500,000 setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Zakat Perdana PUZ di sini, hari ini. Selain itu, katanya PUZ juga menambah peruntukan bulanan dari RM250 ke RM400 kepada lebih 1,200 fakir miskin termasuk orang kurang upaya dan ibu tunggal sejak Mei lepas.

Beliau berkata PUZ Pulau Pinang mensasarkan peningkatan jumlah kutipan zakat sebanyak RM38 juta pada tahun depan berbanding RM36 juta tahun ini.

Cadangan Kembalikan FINAS Ke Kementerian Penerangan Akan Dibincang

Kementerian Penerangan akan membawa cadangan supaya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan pemberian lesen bagi penyiaran radio dan televisyen swasta diletak di bawah tanggungjawab kementerian itu ke Kabinet.

Menteri berkenaan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata Malaysia mungkin boleh mencontohi negara luar yang menyelaraskan agensi seumpamanya di bawah satu kementerian bagi memudahkan pemantauan secara keseluruhan industri penyiaran negara.

"Atas cadangan itu, kita mungkin akan bincangkan dengan Perdana Menteri dan bawa ke Kabinet...mungkin kita boleh contohi negara lain jika agensi berkenaan diletak di bawah satu kementerian.

"Tetapi, saya percaya apa yang dibuat ini (meletak FINAS dan hak pemberian lesen) di bawah kementerian berbeza adalah atas kebijaksanaan Perdana Menteri dan kementerian melaksana dengan cara terbaik," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di sini Rabu.

Pada masa ini FINAS diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan manakala urusan pengeluaran lesen bagi radio dan televisyen swasta di bawah Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi.

Cadangan supaya FINAS dikembalikan kepada kementerian dikemukakan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Ismail Kassim (BN-Arau) yang menyifatkan agensi itu lebih sesuai diletakkan di bawah Kementerian Penerangan berdasarkan peranannya yang menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman di Malaysia.