Bukit Gantang - hujan turun dengan lebatnya. lebatnya hujan kurang sikit dari air semburan terak merah dan bezanya air hujan dengan air semburan terak merah ialah air hujan adalah rahmat manakala air semburan terak merah ialah kegatalan.
Bila hujan turun, aku dekat Stesyen Maya 1 beku. hajat nak keluar meronda terkantoi. kalau buat keras kepala jugak akibatnya ialah kamera akan rosak. walaupun murah, tapi agak mahal bagi aku.
Jadi aku paparkan gambar-gambar candid yang aku ambik di Majlis Sambutan Hari Wanita dan juga Perasmian Bilik Gerakan Jentera PAS Kelantan di kawasan Bukit Gantang.

Uniknya dimajlis ni ialah bilamana semua kaum bersatu dibawah 1 bumbung. Bilik Gerakan Jentera PAS Kelantan dipenuhi oleh bukan sahaja Pak-Pak Lebai berkopiah putih, berserban dan jugak berjambang/berjanggut sejemput, malah turut dipenuhi oleh pelbagai kaum india, cina dan lain-lain kaum.

Kalau nak bercakap soal perpaduan rasanya amat-amat tak sesuai kalau kita ambik dari pusat-pusat atau markas UMNO sebab kalau pergi dekat sana, agak sukar nak mencari muka-muka pelbagai kaum yang agak ceria.
Kalau nak carik muka-muka bengis dan penuh tekanan, dipersilakan ke markas UMNO. betul tak betul, korang pi tengok sendiri.

Tengok gambar dekat atas ni. orang india tak segan silu mengenakan vest berlambang PAS. lengkap dengan gambar TGNA. brader dekat atas ni kalau sape-sape yang biase dengan ceramah mesti kenal dia ni. dari Selangor naik ke Permatang Pauh lencong ke Kuala Terengganu u-turn pulak ke Bukit Gantang.

YB Zuraida ni bukan apa... terkejut sebab dok sebelah bapak speaker. tengah bagus-bagus sembang kene sergah dekat speaker (bukan Sivakumar beb...).

Ni pulak adik-adik yang memeriahkan majlis petang tu dengan paluan kompang dan jugak hiburan pesen lama (tradisional). semua yang dok sana pakat-pakat nganga tengok budak-budak ni. ini anak-anak jenerasi baru yang akan mempertahankan seni tradisional.

Ni wakil-wakil pimpinan 3 parti Pakatan Rakyat. KeADILan, PAS dan jugak DAP. siap-siaga untuk menggempur Bukit Gantang..!