"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, March 29, 2010

TGNA Kekal Mursyidul Am PAS, Ahmad Awang Tersingkir

Syukur Alhamdulillah. Namun, kita masih bersedih kerana nama Ustaz Ahmad Awang telah dibuang dari senarai Ahli Majlis Syura yang terbaru, walaupun Ustaz Ahmad Awang masih bersedia untuk terus memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Syura.

Nampaknya, Tok Guru berkeseorangan di dalam Syura kerana hanya beliau (dan mungkin seorang lagi) yang jelas penentangannya terhadap “Kerajaang Perpaduang”.

Saya juga pernah meminta Unit IT PAS Pusat supaya mengadakan khidmat “Videoconferencing” serta “Teleconferencing” dari Kota Baru ke Kuala Lumpur supaya Tok Guru tidak perlu datang ke Kuala Lumpur bila mahu mengendali mesyuarat Majlis Syura.

Ini memandangkan kesihatan serta kesibukan Tok Guru Nik Aziz. Tiada lagi alasan untuk tidak mengadakan mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS Pusat. Juga, apa salahnya mesyuarat Majlis Syura diaadakan di Kota Baru setiap kali? Saya tak nampak sebab mengapa tidak.

Saya telah pun mengutarakan perkara ini kepada beberapa ahli Unit IT PAS Pusat sebelum ini. Saya berharap fasiliti ini akan diadakan dengan kadar segera.

Saya juga memohon kepada Allah SWT supaya memberi Taufik dan Hidayah serta kekuatan kepada Tok Guru didalam menjalankan tugas beliau sebagai Mursyidul Am.

Saya juga ingin menyatakan kehairanan mengapa Dr Harun Din dilantik semula sedangkan Dr Harun Din telah melakukan pelanggaran disiplin parti yang amat besar sebelum ini dan belum lagi memohon maaf kepada parti (Sila rujuk di sini).

Adakah ini bermakna setiap ahli PAS tidak perlu risau kalau melanggar keputusan rasmi parti kerana mereka tetap akan dilantik semula ke jawatan mereka kalau melakukan perkara tidak bertanggungjawab dalam parti?

Akhir kata, syukur kerana Tok Guru dilantik semula sebagai Mursyidul Am. Nampaknya, dengan tiada Ustaz Ahmad Awang di dalam Syura, tugas Tok Guru akan menjadi lebih berat.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi
Nik Aziz, Harun Din kekal Mursyidul Am dan timbalan

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PIC) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri. Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

Sessi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.

Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini.

Lembah Kelang : Pesta Demokrasi Muda-Mudi 3 & 4 April..!

Jemput semua Muda Mudi, Belia, Remaja, Pasangan Bercinta, Bujang-Bujang Handsome, Gadis-Gadis dan semua Warganegara Malaysia ke 3 Lokasi Pesta Demokrasi Muda-Mudi pada 3 & 4hb. April, 2010 di lokasi-lokasi dibawah:
1. E-Curve Mall (Cineleisure Damansara)
2. Amcorp Mall (Petaling Jaya)
3. Subang Parade (Subang Jaya)

Nak tau lebih lanjut tentang Pesta Demokrasi Muda-Mudi..?

Klik dekat link -
http://harismibrahim.wordpress.com/2010/03/29/voice-for-choice-epic-effort-to-register-2-million-voters-takes-off-this-weekend/

http://dosomethingepictoday.blogspot.com/
Siapa-siapa yang masih belum mendaftar, sila daftar segera... ajak la semua kengkawan tu. masa depan Negara di tangan korang. jangan lepaskan peluang ni.

Jadilah "Sebahagian Daripada SEJARAH". kalau berlaku "Perubahan" korang yang mendaftar adalah sebahagian daripada "Sejarah Yang Merubah"...