"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 19, 2008

Hero Iraq patah tangan - malaysiakini

BAGHDAD - Seorang wartawan televisyen Iraq, Muantadar al- Zaidi yang melemparkan kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, mengalami patah tangan dan tulang rusuk selepas dipukul oleh sekumpulan ejen keselamatan Iraq.

Abang kepada wartawan itu, Durgham Zaidi berkata, dia tidak pasti sama ada adiknya, mengalami kecederaan tersebut ketika dikerumuni sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan atau ketika berada dalam tahanan.


Muntadar, 29, ditahan selepas dia melempar dua kasut ke arah Bush dalam satu sidang media di Baghdad pada Ahad lalu.


Dalam budaya Arab, tindakan melempar kasut dianggap untuk menghina seseorang.


Bagaimanapun, Bush yang mengadakan lawatan mengejut di Iraq sempat menundukkan kepala dan menyebabkan kasut itu mengenai dinding di belakangnya.


Durgham memberitahu bahawa Muntadar kini ditahan oleh tentera Iraq di Zon Hijau, Baghdad di mana kedutaan AS dan beberapa pejabat kerajaan ditempatkan.


"Muntadar mengalami patah tangan dan beberapa tulang rusuk. Mata dan tangan adik saya juga luka," katanya.


"Adik saya kini ditahan oleh askar Iraq di bawah arahan penasihat keselamatan Iraq, Muaffaq al-Rubaie," ujarnya.


Seorang peguam di Iraq berkata, Muntadar mungkin dihukum penjara minimum dua tahun sekiranya didapati bersalah menghina seorang ketua negara.


Sementara itu, beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya untuk hari kedua semalam bagi mendesak pembebasan Muntadar yang kini dianggap sebagai hero oleh penduduk Iraq.

Kak Jat Bantu Kak Pidah PRK P-036 - malaysiakini

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau akan membantu Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Abdul Aziz berkempen bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Jan depan.

Naib Ketua Wanita Umno itu berkata beliau akan memastikan anggota pergerakan itu bekerja sebagai sebuah pasukan dengan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan individu.

Beliau berkata soal pemilihan parti Mac depan di mana beliau mencabar Rafidah bagi merebut jawatan ketua pergerakan itu, tidak menjejaskan hubungannya dengan Rafidah untuk menggerakkan jentera Wanita Umno bagi memastikan BN mencapai kemenangan.

"Saya akan menjalankan tugas selaku Naib Ketua Wanita pergerakan dan akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah bagi kemenangan BN.

"Sekarang bukan masanya untuk kita dan sesiapa pun untuk mementingkan diri sendiri. Yang paling utama ialah BN menang pada pilihan raya kecil itu," katanya selepas merasmikan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Kuala Terengganu di sini hari ini.

Shahrizat yang juga Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada Perdana Menteri berkata semua pihak perlu melaksanakan tugas dengan baik dengan mengetepikan sebarang perasaan yang ada, demi untuk parti.

Beliau yakin dengan kerjasama yang kukuh termasuk memastikan ramai golongan wanita keluar mengundi, BN mempunyai peluang yang cerah untuk mengekalkan kerusi tersebut.

"Saya yakin golongan wanita akan turun beramai-ramai untuk mengundi BN, sebab mereka tahu di bawah kerajaan BN ada kestabilan dan keamanan," katanya.

Katanya di bawah kerajaan BN, wanita di negara ini amat bertuah kerana diberi peluang untuk menceburi bidang-bidang yang diminati sehingga menjadikan mereka cemerlang.

Oil price slumps to new four-year low at US$35.62

The price of New York crude oil sank on Friday to US$35.62, the lowest point for four and a half years, as prospects of weak global energy demand overshadowed this week's record Opec output cut, traders said.

At about 0930 GMT (5.30pm Malaysian time) on the New York Mercantile Exchange (NYMEX), light sweet crude for delivery in January tumbled as low as US$35.62 a barrel, which was last seen on June 29, 2004.

"The global recession continues to sap demand," said BetOnMarkets analyst David Evans.

"Even after OPEC cut production by more then two million barrels, oil prices have fallen below the 40 dollar per barrel level.

"Prices are likely to stabilise between the 35 and 40 dollar levels."

The Organisation of the Petroleum Exporting Countries (Opec), which produces about 40 percent of the world's crude, agreed on Wednesday to cut its daily output quota by 2.2 million barrels a day.

But the move failed to prevent oil diving to multi-year low points as traders also questioned whether all members of the 13-nation Opec cartel would fully enforce the reduction.

Noor Suzaily's killer hanged

Hanafi Mat Hassan, the bus driver convicted in the murder and rape of computer engineer Noor Suzaily Mukhtar was hanged at the Kajang prison this morning.

A prison spokesperson confirmed that Hanafi, 40, was hanged at 6.05am.

Kajang Hospital also confirmed the time of death and that his body had been collected by his relatives from Kampung Renik, Bachok, Kelantan at 3pm.

hanafi mat hassan metro bus murder rape case 191208Hanafi, a former Kiara Express bus driver, lost his appeal at the Federal Court on Dec 12, 2006. The court had upheld his death sentence.

A five-member bench led by former chief justice Abdul Hamid Mohamad upheld the decision.

"After deliberating on the matter, we reached a unanimous decision to dismiss the appeal and uphold both the conviction and sentence," the federal judge said in his oral judgment.

There are also no questions of law in this case," Abdul Hamid said.

Hanafi was handed the death sentence and also 20 years jail and 12 strokes of the rotan by the Shah Alam High Court on April 25, 2002.

He was found guilty of murdering and raping 24-year-old Noor Suzaily, between 8.50am at Lorong Pegaga, Taman Chi Liung, Klang and 9.15am at a construction site in Taman Bukit Tinggi, Klang.

Despite the whipping sentence for rape being affirmed by the Federal Court, it is unlikely that the strokes was implemented.

In 1997, Hanafi had been sentenced to 30 months jail and two strokes for robbery.

Chronology Of Event
  • Oct 7, 2000 - Noor Suzaily’s naked body was found with 44 injuries at Bukit Tinggi Klang.
  • Oct 10, 2000 - Hanafi was detained at the Port Klang bus station.
  • Oct 25, 2000 - He was charged at the Klang magistrate’s court with the rape and murder of Noor Suzaily.
  • Nov 1, 2000 - Hanafi's case was transferred to the Shah Alam High Court.
  • March 12, 2001 - The trial started with student A Devan and Noor Suzaily's mother Harison Husin testifying.
  • April 10, 2002 - Prosecution closes its case after 55 witnesses and 62 days of trial.
  • April 16, 2002 - High Court ordered to enter defence.
  • April 26, 2002 - Found guilty of the murder and rape of Noor Suzaily.

Kasino di Bukit Antarabangsa: Penduduk nafi - malaysiakini

Penduduk Bukit Antarabangsa di sini menafikan khabar angin yang menyatakan salah sebuah daripada 14 buah banglo yang ranap dalam kejadian tanah runtuh 6 Disember lalu merupakan sebuah kasino.

Mangsa yang juga penduduk di situ, Datuk Shahrudin Adnan, 62, berkata, khabar angin itu adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.

"Sememangnya tidak ada pusat kasino di perumahan kami, macam mana boleh ada timbulnya cerita ada pusat kasino di sini. Ini tidak benar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga turut menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya ada di kalangan penduduk yang keluar dari rumah dengan membawa beberapa buah peti wang tunai semasa runtuhan berlaku.

"Semasa kejadian (tanah runtuh) itu berlaku tidak ada jiran-jiran saya yang keluar dengan membawa peti wang tunai.

"Mereka hanya sempat membawa dokumen penting semasa menyelamatkan diri, jadi isu ini tidak sepatutnya timbul," katanya.

Menurutnya, tuduhan bahawa polis tidak menjalankan tanggungjawab mereka juga adalah tidak berasas dan tidak boleh diterima akal.

"Pada waktu kejadian pasukan polis tiba seawal pukul 5 pagi lagi, mereka cuba membantu mangsa untuk keluar dari kawasan runtuhan, tetapi sukar kerana keadaan yang masih gelap.

"Tolonglah jangan kontroversikan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan seperti ini.

"Perkara ini bukan sahaja memburukkan nama penduduk tapi juga pihakpihak lain.

"Cukuplah dengan apa yang telah kami lalui," kata Shahrudin yang turut kehilangan seorang anak lelaki, Shaiful Khas Shahrudin, 20, dalam tragedi itu yang meragut tiga lagi nyawa.

Sementara itu, Jawatankuasa bertindak Penduduk Bukit Antarabangsa menyatakan bahawa ia memuji semua pihak terbabit semasa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah kerana komitmen dan sumbangan mereka yang tidak ternilai kepada penduduk di sini.

Presiden jawatankuasa itu Datuk N. Muneandy berkata, penduduk di kawasan Bukit Antarabangsa terkejut dengan laporan media bahawa mereka dikatakan tidak berterima kasih kepada agensi terbabit semasa bencana alam itu.

MB: Penduduk boleh kembali ke Bkt Antarabangsa

kemaskini 3:53pm Penduduk di kawasan berhampiran tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang dikenal pasti selamat akan dibenarkan pulang, kata seorang pegawai menteri besar Selangor.

Setiausaha akhbarnya Arfa'ezah Aziz berkata, pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada jam 10 pagi Ahad ini di Bukit Antarabangsa.

Laporan ringkas yang diserahkan kepada Abdul Khalid pagi ini telah "mengenal pasti siapa yang boleh balik dan siapa yang tidak boleh balik" ke kawasan berdekatan tragedi itu.

bukit anatarabangsa landslide pdrm aerial photographs 101208 03Arfa'ezah menambah, laporan itu juga mencadangkan beberapa tindakan untuk menangani tragedi ngeri 6 Disember yang mengorbankan empat nyawa dan meranapkan 14 buah banglo.

Untuk menghalusi laporan itu dan merangka tindakan susulan, Abdul Khalid dijangka mengadakan mesyuarat dengan Pegawai Daerah Gombak, Huzairi Samsi dan pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) esok, tambahnya.

Katanya, laporan itu diterima menteri besar melalui Huzairi ketika mempengerusikan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Setiausaha politik menteri besar Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau difahamkan laporan itu diperolehi daripada polis setelah diserahkan oleh JKR.

selangor exco meeting 261108 khalid ibrahimSementara itu, Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berkata, keputusan membenarkan penduduk pulang dicapai selepas menerima kajian awal geoteknikal JKR dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Beliau bagaimanapun berkata belum meneliti sepenuhnya laporan tersebut.

Semalam kerajaan Selangor melahirkan rasa kecewa dengan sikap Kementerian Kerja Raya yang enggan membenarkan JKR menyerahkan laporan tersebut semalam sehingga menghalangnya memaklumkan kepada penduduk dalam satu pertemuan yang dijadualkan jam 10 pagi ini.

Jabatan itu bercadang menyerahkan laporan berkenaan selepas ia dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri pagi ini dan diumumkan oleh menteri berkenaan.

Kira-kira 3,000 penghuni Bukit Antarabangsa menanti dalam keadaan tidak menentu laporan tersebut sejak dua minggu lalu sama ada mereka masih boleh tinggal di situ atau sebaliknya.

-malaysiakini

Pengarah Kesihatan Nafi Ada Kematian Akibat Chikungunya Di Kedah - malaysiakini

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah hari ini menafikan laporan sebuah akhbar tempatan kononnya seorang lelaki meninggal dunia di negeri itu semalam akibat demam Chikungunya.

Pengarahnya Datuk Dr Hasnah Ismail berkata siasatan jabatan itu mendapati lelaki itu, yang dimasukkan ke Hospital sik kerana demam dan dehidrasi, meninggal dunia akibat penyakit kronik.

"Setelah tiga hari menerima rawatan di wad, pesakit dibenarkan pulang dalam keadaan stabil tetapi kemudiannya meninggal dunia di rumah, berkemungkinan disebabkan oleh penyakit kronik yang lain dan bukan kerana demam Chikungunya," katanya dalam satu kenyataan.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan lelaki berusia 46 tahun dari Kampung Perak, Bukit Selambau, Sungai Petani, dipercayai menjadi korban pertama demam Chikungunya yang merebak di beberapa kawasan di Kedah sejak seminggu lalu.

Sehingga semalam terdapat 47 orang disyaki menghidap penyakit itu termasuk satu kes baru dari Sungai Lalang.

Jimat RM760 ribu baiki kereta api Bkt Bendera

Berkat kerjasama penduduk Bukit Bendera, profesional dan NGO, kerajaan Pulau Pinang berjaya menyelenggara kereta api dalam masa yang singkat dengan penjimatan sebanyak RM760,000.

Beberapa syarikat yang menawarkan untuk membaiki kabel itu - yang rosak mulai 2006 dan operasinya diberhentikan sejak beberapa bulan lepas - bersedia menyiapkannya dalam masa enam bulan dengan harga antara RM920,000 hingga RM1.463 juta.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, dengan kabel buat Jerman untuk menarik gerabak-gerabak yang mendapat kelulusan piawaian Sirim, kerajaan negeri memperbaikinya dalam masa dua bulan.

Kerosakan kabel satu daripada daya tarikan pelancong utama di pulau itu terpaksa dibaiki sendiri oleh kerajaan negeri, katanya lagi, setelah peruntukan RM40 juta yang dijanjikan kerajaan persekutuan tidak diterima.

-malaysiakini

Khairy sertai forum Transformasi Politik Malaysia

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan menyertai forum wacana politik bertajuk 'Transformasi Politik Malaysia' sebagai salah seoarng ahli panel di Kota Bahru malam esok.

Forum anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu turut disertai oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan pakar Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Manakala Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff betindak sebagai moderator pada forum berkenaan.

Husam ketika dihubungi mengesahkan kehadirannya sebagai penalis pada majlis tersebut.

"Ya, saya ada mendapat jemputan daripada penganjur untuk hadir pada forum berkenaan sebagai ahli panel.

"Saya terima jemputan melalui khidmat pesanan ringkas (sms)," katanya ringkas.

Ditanya apakah isu yang akan beliau utarakan adalam forum berkenaan, beliau berkata subjek utama yang akan dibincangkannya masih belum difikirkan lagi.

"Saya masih beluam buat persediaan tentang isu yang saya akan kupas esok," katanya.

Forum terbuka itu akan diadakan di Dewan Besar Balai Islam Ludang, Kota Bahru, pada pukul 9 malam.

Selangor persoal JKR, Ikram enggan serah laporan

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor mempersoalkan keputusan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang enggan memberikan laporan geoteknikal dan siasatan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) berhubung status keselamatan Bukit Antarabangsa ekoran tragedi tanah runtuh dua minggu lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tindakan agensi tersebut bercanggah dengan apa yang dijanjikan JKR kepada kerajaan negeri ketika sesi dialog bersama dua kumpulan wakil penduduk Ahad lalu.

"Sewaktu kedua-dua dialog itu berlangsung, JKR telah menyatakan persetujuannya untuk memberi laporan tersebut bagi membolehkan kerajaan negeri membuat pengumuman tentang status keselamatan lima kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa dan langkah-langkah susulan yang perlu diambil.

"Bagaimanapun, JKR hari ini memaklumkan bahawa laporan-laporan tersebut tidak akan diserahkan kepada kerajaan negeri.

"Keputusan ini amat mengelirukan dan dikesali kerana ini akan menyulitkan usaha kerajaan negeri membuat keputusan dalam menentukan nasib mangsa kejadian tanah runtuh tersebut secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid berkata, umum mengetahui bahawa hal-hal pengurusan tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.

"Justeru, tindakan membelakangkan kerajaan negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh.

"Oleh itu, diharap agensi-agensi kerajaan bersikap lebih profesional dalam mengendalikan hal ini," katanya.

Bagaimanapun kata Khalid, beliau akan mengumumkan langkah-langkah yang perlu diambil sebaik sahaja menerima laporan tersebut dan bersedia mengguna pakai setiap kaedah yang dirasakan perlu.

"Kerajaan negeri juga akan terus memantau keadaan kawasan tanah runtuh itu dan memberi jaminan akan meneruskan usaha bersama dengan agensi-agensi berkaitan supaya nasib mangsa kejadian tanah runtuh ini akan terbela," katanya.

Ahad lalu, Khalid berkata, pihaknya akan membuat pengumuman mengenai status tahap keselamatan kawasan-kawasan sekitar tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa esok.

Katanya, pengumuman itu meliputi sama ada kawasan tersebut selamat untuk dihuni dan penduduk terbabit boleh kembali ke rumah mereka atau pun sebaliknya.

Dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lalu, sebanyak 14 unit banglo telah tertimbus dan turut mengorbankan empat nyawa.

KOMEN PENDUDUK


Sementara itu, penduduk di kawasan tersebut amat berharap laporan yang dikeluarkan esok akan membolehkan mereka kembali semula ke kediaman masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Antarabangsa, Datuk N. Muneandy berkata, walaupun kawasan itu kini bermasalah termasuk keadaan rumah dan jalan yang perlu diperbaiki, namun mereka tetap mahu kembali semula bagi menjalani rutin harian seperti biasa.

"Kita faham keadaan sesetengah rumah yang perlu diperbaiki. Mungkin ada rumah yang penghuninya dibenarkan pulang, mungkin ada yang belum kerana masalah bekalan air.

"Tapi saya difahamkan, Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) akan memastikan masalah bekalan air di kawasan kami diselesaikan sama ada hari ini atau esok," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Ketika ditanya kemungkinan hasil laporan menunjukkan mereka tidak dibenarkan pulang ke kediaman masing- masing, Muneandy berkata, beliau berharap perkara itu tidak akan berlaku.

"Taman Bukit Mewah adalah tempat yang selamat kerana kedudukannya agak jauh iaitu kira-kira 500 meter dari tempat tanah runtuh itu," katanya.

Beliau juga menolak cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) supaya kerajaan mengadakan satu akta bagi penyelenggaraan pembangunaan di kawasan lereng bukit seperti yang diamalkan di Hong Kong.

"Kita tidak payah ikut Hong Kong. Kita ada jawatankuasa sendiri dan kita juga ada surat untuk memanggil pakar bagi memastikan kawasan Bukit Antarabangsa ini selamat," katanya.

Muneandy berkata, untuk tujuan itu, tindakan-tindakan awal akan diambil oleh JKR dan tuan punya di kawasan itu.

"Hari-hari kita ada taklimat dengan JKR dan MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) dan kita memang setuju dengan tindakan yang diambil oleh kedua-dua badan itu," katanya.

Tindakan Cepat Kerajaan Persekutuan Dapat Elak Pembuangan Pekerja - malaysiakini

Kerajaan persekutuan digesa agar bertindak segera untuk membatalkan larangan Kesatuan Eropah (EU) terhadap import industri makanan beku Malaysia bagi mengelakkan pemberhentian kerja besar-besaran di negara ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pemberhentian kerja besar-besaran mungkin berlaku pada industri makanan laut Malaysia tahun depan jika kerajaan persekutuan tidak berusaha menangani masalah ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan perkhidmatan kereta api bukit yang beroperasi sepenuhnya di Bukit Bendera di sini hari ini. Penumpang boleh menaiki keretapi api tersebut secara percuma sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Lim berkata kerajan negeri sebelum ini telah memohon RM500 juta daripada kerajaan persekutuan untuk melengkapkan pekerja yang telah diberhentikan kerja dengan kemahiran baru bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan lain jika keadaan ini berlaku.

"Kita harap pinjaman itu dapat diberikan dengan segera agar pekerja yang diberhentikan boleh mendapat manfaat daripadanya sebelum keadaan bertambah buruk," katanya sambil menambah isu makanan laut Malaysia telah dibangkitkan oleh EU sejak 2005 tetapi tidak ada tindakan diambil.

Dalam hubungan ini, kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Sumber Manusia yang diketuai pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi P. Ramasamy untuk memantau jika berlakunya sebarang pemberhentian kerja, katanya.

Mengenai keretapi api bukit, Lim berkata pemasangan kereta api ini lewat kerana kerajaan persekutuan lambat mengeluarkan pembiayaan sebanyak RM700,000 untuk ini.

Perkhidmatan kereta api ini diberhentikan pada 26 Jun lepas apabila Jabatan Kerja Raya mendapati ada kerosakan pada kabel.

Bagaimanapun perkhidmatan itu dimulakan semula kira-kira tiga bulan kemudian tetapi hanya sehingga stesen pertengahan dan balik.

Penang wants quick federal government action over EU seafood ban

The Penang state government has urged the federal government to act quickly to overturn the European Union's (EU) ban on imports of Malaysian frozen food to avoid a major retrenchment.

Chief Minister Lim Guan Eng said the state government could only offer help in this matter while the power and authority lay with the federal government.

"There could be a major retrenchment early next year in the seafood industry if no effort is taken by the federal government to tackle the problem," he told reporters today.

He said the state government had also sought RM500 million from the federal government to equip retrenched workers with new skills to enable them to take up different jobs if the situation warranted it.

"We hope that the loan can be released quickly so that many retrenched workers can benefit from it before the situation worsens," he said, adding that the issue of Malaysian seafood has been raised by EU since 2005 but no action had been taken.

He said he had instructed the State Agriculture, Agro-based Industry, Rural Development and Flood Mitigation Committee chairman Law Choo Kiang to keep a close eye on the matter.

A human resource liaison committee had also been set up to monitor any retrenchments in the state, he said.

Penang Hill railway resumes service

The country's only funicular train up Penang Hill resumed service today after a five-month shutdown with the state government spending RM700,000 in repairs.

The service was stopped in June due to cable problems, and the cable supplier recommended that a new cable be fixed.

In relaunching the service today, Chief Minister Lim Guan Eng said the state government had to find its own resources to replace the cable as the federal government refused to fund repair work on the basis that it had approved RM40 million for upgrading work.

“The state government had hoped that the upgrading work by the federal government could be done quickly but when there was no indication of any progress, the state government had no choice but to repair at its own cost.”

The resumption of service up the scenic hill will be welcomed by tourists and visitors to the island at the year-end school holidays.

Sime Darby promises to fulfil social obligations at IJN

Conglomerate Sime Darby Bhd, which yesterday received the nod in principle from the government to acquire a 51 per cent stake in the National Heart Institute's (IJN) holding company, has pledged to continue the heart specialist centre's social obligation to low-income earners.

Its president and group chief executive Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid said that was one of the conditions the Sime Darby board members themselves had insisted on before the group proposed the acquisition to the government.

The heart institute's holding company, IJN Holdings Sdn Bhd, incorporated in 2005, is wholly-owned by the Finance Ministry.

He said the government stipulated three conditions in its response to the proposal, namely, the value of the proposed acquisition, the group's business plan for IJN and the group's commitment to continue the social obligation as being provided by the Health Ministry currently.

"When we expressed our intention, the government had asked us about the people.

"We will continue the commitment to the people, to the middle and low-income group. Sime will continue to fulfil the obligation," he told a media briefing.

He shrugged off suggestions that the social obligation would get in the way of its revenue.

"Part of the IJN is for the people, but there is also part of it that looks at the full-paying patients," he noted.

He explained that it would look at how best to enhance business for IJN's almost completed new wing, saying that subsidised patients would also be given treatment at the new wing proportionately.

Describing the proposal as a "win-win" situation, Zubir said it would allow Sime Darby to better synergise IJN and the group's existing healthcare centre, Subang Jaya Medical Centre (SJMC), in terms of expertise and technology.

"If required, we can send patients to SJMC too. By the way, SJMC does its corporate social responsibility on its side too. And if there is lack of operation theatres and doctors, we can rotate between the two hospitals," he said.

Expecting the business plan to be ready in about five months, Zubir said Sime Darby would also retain whatever charges IJN was committed to at present.

He however did not disclose the value of the 51 per cent stake but said it would pay in cash to the government.

He also noted that it would not be a full takeover but a partnership and did not think there would be a revamp of management and staff.

"But first I will have to meet with Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus (IJN Holdings Sdn Bhd chief executive officer). And then we have to see the staff and discuss with the management," he said.

"At the moment, there is no detailed plan. We have to go in and do due diligence," he said.

Asked if the doctors at IJN could expect better salary with this acquisition, Zubir said: "Yes, but we also don't know how much they are getting paid now."

To a question on whether the acquisition would be fair to Sime Darby's shareholders, Zubir said they would get their value.

He said this was a golden opportunity for the group as the acquisition would enhance Sime Darby's expanding healthcare division and would attract more doctors and specialists.

"We felt that going into a brownfield was the best option. If we are going to start new, the reputation and branding would take some time. IJN already has those and we can bring in more doctors," he said.

Zubir said the bigger picture was to look at the existing specialist centres.

"But if there is none, we will set up our own. That is part and parcel of our strategy as what we have at SJMC is limited," he said.

Zubir explained that Sime Darby was looking to develop an integrated city in Labu, Negri Sembilan, with five different townships that would cater to education, health, sports, high technology, recreation and entertainment.

Thus, replicating IJN there would fit in perfectly with the proposed medical city, especially with plans to have training centres and hospitals for nurses and doctors, he said.

"We are not going to disturb the operations of the old IJN but would replicate it as a centre of excellence in the proposed medical city. With another IJN in Labu, people will associate with it instantly.

"We are also scanning for other health centres like treatment for cancer to be there. But if there is none, we will build it," he said.

He said it was also looking to expand its healthcare division to Penang and Malacca in addition to the 300-bed hospital at Desa Park City here.

Zubir said the group was also in talks with a few hospitals in the region but they were still in the preliminary stage.

"We are also looking at growing regionally and this is where we are looking to enhance our value. IJN also trains doctors around the region and we are looking at Indonesia, Thailand and China as part of our healthcare strategy," he added.

'Drama' serah laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Yang dijangkakan proses penyerahan laporan geoteknikal berhubung tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa hari ini akan berjalan 'lancar'.

Sebaliknya, banyak pihak termasuk wakil media terkejut dengan 'drama' yang disaksikan di pusat media di tapak operasi tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa pagi ini.

Sidang media yang dijadualkan berlangsung pukul 10 pagi tidak diadakan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Dipercayai ini kali pertama suasana sedemikian dialami dan disaksikan wakil media walaupun kawasan Bukit Antarabangsa pernah dilanda tanah runtuh beberapa kali sebelum ini.

Wakil media yang sudah menunggu sejak awal pagi hairan kerana setelah hampir sejam menunggu tiada pihak yang muncul untuk mengadakan sidang media mengumumkan laporan status keselamatan kawasan kediaman yang dikosongkan.

Apa yang lebih menghairankan Unit media Jabatan Penerangan juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang sidng media oleh mana-mana pihak selepas mereka dimaklumkan sidang media yang sepatutnya diadakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dibatalkan.

Kira-kira pukul 11.15 pagi, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abd. Jalil Hassan berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah Gombak telah menerima laporan status keselamatan tanah tersebut daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada pukul 10.45 pagi tadi.

Ir. Kamar Kassim, pegawai dari JKR menyerahkan laporan berkenaan kepada Abd. Jalil.

"Saya difahamkan kini Pegawai Daerah Gombak, Husaini Samsi sedang dalam perjalanan ke pejabat Menteri Besar di Shah Alam untuk serahkan laporan tersebut.

"Bagaimanapun saya tak pasti bila sidang media untuk mengumumkan startus itu akan diadakan," katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, mStar Online yang menghubungi Pejabat Menteri Besar Selangor dimaklumkan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah menerima laporan daripada Pegawai Daerah, Huzaini Samsi tengah hari tadi.

KOMEN MB SELANGOR SEMALAM


Semalam, Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan JKR yang tidak menyerahkan laporan siasatan berhubung tragedi tersebut.

Menurut Kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor itu, tindakan tersebut amat mengelirukan kerana akan menyulitkan lagi usaha kerajaan negeri untuk membuat keputusan dalam menentukan nasib mangsa kejadian tanah runtuh dengan segera.

"Hal pengurusan tanah adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Oleh itu, membelakangkan pihak kerajaan negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh dan diharapkan agensiagensi kerajaan bersikap lebih profesional dalam mengendali perihal tragedi ini," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengumumkan langkah yang perlu diambil sebaik sahaja menerima laporan berkenaan dan bersedia untuk mengguna pakai setiap kaedah yang dirasakan perlu.

Kenyataan itu turut menyebut kerajaan negeri dan semua agensi terlibat juga akan terus memantau keadaan kawasan tanah runtuh serta memberi jaminan untuk meneruskan usaha supaya nasib mangsa kejadian tanah runtuh akan terbela.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi 6 Disember itu, meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa serta meragut empat nyawa.

Penemuan peti besi lenyapkan tohmahan - malaysiakini

Dua peti besi yang dilaporkan hilang oleh keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa 6 Disember lalu ditemui semula.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata kedua-dua peti besi itu ditemui jam 12 tengah hari semalam dengan bantuan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart).

Sebelum ini, keluarga mendiang Eng Yee Peng, 30, mendakwa pihak berkuasa tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan peti besi yang dikatakan mengandungi barangan berharga.

"Kita hanya mengeluarkan satu daripada peti besi itu. Satu lagi tersekat dan kita usahakan untuk mengeluarkannya. Kedua-dua peti besi itu ditemui dalam timbunan runtuhan rumah nombor 16.

"Saya percaya dengan penemuan peti besi itu, tohmahan terhadap pihak berkuasa lenyap. Walaupun dilemparkan pelbagai dakwaan kita tetap menjalankan tugas dengan penuh komitmen," katanya semalam.

Beliau berkata, keluarga Eng turut berada di kawasan runtuhan ketika peti besi itu dijumpai.

Abdul Jalil berkata, setakat ini hanya lima pemilik rumah yang mendaftar dengan pihak berkuasa untuk mencari barangan mereka di kawasan runtuhan.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga kini kira-kira 35 meter kawasan runtuhan dibersihkan untuk membolehkan Jabatan Kerja Raya (JKR) membuka semula Jalan Bukit Antarabangsa.

"Kerja pemulihan berjalan lancar dan cuaca sejak Isnin amat baik.

"Esok JKR akan mengumumkan sama ada lima kawasan yang dikatakan bahaya sebelum ini boleh dihuni semula.

"Pusat Media yang dibuka Jabatan Penerangan ditutup esok (hari ini) jika JKR umumkan lima kawasan itu selamat. Sehingga kini tidak ada lagi pemilik rumah yang mencari barangan di tapak tanah sementara di Riverdale," katanya.

Beliau berkata, polis terus mengawal lima kawasan penempatan itu walaupun jika diisytiharkan selamat.

Gurindam Nik Aziz buat pengundi Kuala Terengganu

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengemukakan gurindam untuk bakal pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu sebagai panduan sebelum mengundi.

Gurindam itu antara lain berbunyi:

Nak beri rasuah salah,

tak beri rasuah kalah,

akhirnya jadi serba salah,

kerana itu jom pakat undi PAS.


Beliau menyatakan perkara itu secara spontan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco pagi tadi ketika diminta mengulas berhubung persediaan PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil itu tahun hadapan.

Sebelum ini beliau pernah mengemukakan gurindam politiknya untuk dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan sebelum pilihan raya umum 1990 yang mahsyur sehingga kini.

Gurindam berkenaan antara lain berbunyi:

Beri duit ambil,
beri kain pakai,
beri gula kacau,
bila mengundi pangkah bulan.

Dalam masa yang sama beliau turut menyampaikan salam kepada seluruh warga pengundi Parlimen Kuala Terengganu supaya mengundi calon PAS dalam pilihan raya kecil itu pada 17 Januari tahun hadapan.

Menurutnya, tiada sebab calon PAS perlu ditolak dalam mana-mana pilihan raya memandangkan parti itu juga mampu melaksanakan apa yang dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Apa yang BN buat, PAS juga boleh buat, seperti pembangunan, nak jaga Melayu, kita juga boleh berbuat demikian, jadi tiada sebab Umno dan BN diberi peluang sekali lagi untuk memilih mereka.

"Sedangkan pada waktu yang sama Allah telah memberi ruang pada manusia menilai setiap apa yang ada di hadapan mereka, contohnya terhadap pentadbiran kerajaan PAS Kelantan,"ujarnya lagi.

Tuan Guru memberitahu, apa yang berbeza Umno memperjuangkan kebangsaan, sebaliknya PAS dasar Islam yang wajar disokong oleh semua pihak.

Tambahnya lagi, kerana keyakinan terhadap perjuangan PAS mereka menubuhkan Kelab Penyokong PAS dan bukannya kelab Umno walaupun sudah lama bersama parti itu.

Beliau juga berkeyakinan calon PAS dijangka akan memenangi dalam pilihan raya kecil itu nanti berikutan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku di dalam parti Umno dan kerajaan seperti perpecahan dan rasuah.

Sambungnya, masaalah itu merupakan petaka yang buruk dalam mana-mana Negara sekalipun termasuk Malaysia di mana ianya turut disebut dalam perlembagaan negara.

"Saya tidak kisah siapa yang bakal menjadi calon dalam pilihan raya kecil itu nanti, mana-mana calon yang telah diputuskan dalam mesyuarat berhubung perkara itu wajar disokong.

"Cadangan calon terdahulu Mat Sabu (Mohammad Sabu) hanyalah pandangan peribadi saya saja, kalau nak letak orang lainpun jika itu keputusan mesyuarat parti tiada halangan," ujarnya lagi.

Ketika diminta mengulas berhubug calon bebas juga bakal bertanding dalam pilihan raya itu, PAS menerima dengan terbuka.

"Dia dah bebas, tak boleh nak cakap apa lah, dia bebaslah nak bertanding ke nak apapun," ujarnya lagi.

Tuan Guru turut menolak telah berlaku dua golongan dalam PAS di Terengganu sehingga menjadikan pilihan raya kecil itu nanti sebagai medan untuk menguji kekuasaan masing-masing.

"Itu hanya andaian musuh, oleh kerana musuh dalam keadaan kelam kabut sekarang, jadi pandai-pandailah dia mengadakan sesuatu pada parti lawan, itu memang dah jadi kaedah manusia.

"Biarlah lawan nak kata PAS sampai ada dua tiga kumpulan pun namun yang penting kita akan berdepan dengan senang hati," ujarnya.

Fairus mengamuk ugut pengal kepala exco AMK P.Pinang - malaysiakini

Benarlah telahan kami Mohammad Fairus Khairuddin (foto kiri) menghidapi masalah mental kronik yang perlu rawatan segera.

Apa tidaknya, TKM 1 itu mengugut akan memengal kepala Exco Angkatan Muda (AMK) Pulau Pinang sekiranya mereka meneruskan hasrat menghantar memorandum kepadanya.

Dia telefon saya mengugut akan parang kepala kami seorang demi seorang sekiranya kami meneruskan hajat untuk menghantar memorandum kepadanya,” tegas seorang Ketua AMK Bahagian.

Sementara itu, temannya yang juga ketua AMK bahagian turut menerima ugutan yang sama.

“Dia menefon saya lebih daripada enam kali. Dia marah-marah sambil ugut akan potong kepala kami,” ceritanya.

“Biarpun saya telah memberi penjelasan, dia masih bertegas enggan menerima sebarang memorandum sebaliknya mahu AMK hanya menghantar kepada dua exco lain,” katanya.

Jelasnya kejadian berlaku pada Selasa petang, ketika dia dan beberapa AJK Biro Politik AMK negeri dalam perjalanan untuk menyampaikan memorandum berupa cadangan dan pandangan bagi membantu tiga exco kerajaan negeri (keADILan) meningkatkan prestasi dan tugas mereka.

Bagaimanapun mereka hanya berjaya menemui Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Kassim ( foto kiri-Malik sedang meneliti memo sambil diperhatikan Pemangku Ketua AMK-YB Ong Chee Wen ) dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Law Choo Kiang. ( foto bawah- Lau berlapang dada menerima kunjungan AMK)

Seorang lagi exco, Fairus gagal ditemui kerana tidak hadir bertugas pada hari tersebut. Kami difahamkan dia ‘sakit perut’ lagi.

Rombongan AMK berkenaan diketuai pemangku Ketuanya YB Ong Chee Wen.

Berita pertemuan penuh mesra bagi membincangkan isu dan masalah rakyat Pulau Pinang itu telah disiarkan di laman rasmi ( AMK P.Pinang. ( http://amkpenang.wordpress.com/ ).

Sebelum itu, sebuah laman web ( kononnya laman reformasi ? ) melaporkan kononnya pertemuan itu satu konspirasi yang didalangi pihak tertentu untuk menjatuhkan Fairus.

Salah seorang exco AMK menjelaskan, kedua-dua exco yang ditemui memberikan kerjasama dan respon positif.

“Mereka berlapang dada, malah mahu AMK bertindak lebih aktif mengkritik mereka di samping menyumbang idea bernas bagi kepentingan rakyat Pulau Pinang,” ujarnya.

Sementara itu, kami difahamkan sehingga petang tadi ( Rabu) Fairus masih menghubungi beberapa exco dan mengugut mereka, antaranya Ketua AMK Permatang Pauh Amir Ghazali dan Bayan Baru Azrizal Tahir.

Seorang exco AMK pusat menganggap Fairus semakin melampau dan tindakannya itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang waras, lebih-lebih lagi berjawatan TKM 1.

“AMK memandang serius perbuatan Fairus dan tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan polis terhadapnya selepas ini,” katanya.

-Alahai... FAIRUS TKM 1 Penang !

Undian Calon PRK P-036: Mat Sabu Mendahului - malaysiakini

Setakat entri ni ditaip, nampaknya Mohamad Sabu mendahului undian calon paling layak mewakili PAS dalam PRK P-036 di 2 laman iaitu TKO dan jugak weblog aku - http://perisik-rakyat.com/.

Mohamad Sabu mendahului dengan 66% atau 323 undi mengatasi Dr.Syed Azman yang berada dalam ranking ke-2 dengan 29% atau 144 undian manakala Dato' Mustafa Ali pula 3% atau 19 undian. itu keputusan setakat jam 3:25am 19hb.Disember,2009.

Dalam laman web TKO pun Mohamad Sabu mendahului dengan 63.59% atau 4559 undian, Dr.Syed Azman 22.08% atau 1583 undian sementara Dato' Mustafa Ali dengan 2.37% atau 170 undian.

Dekat bawah ni aku cilok kome-komen dan pendapat para pembaca dari laman TKO. aku pilih yang ada hujah ngan isi je...
  • calon terbaik yang negara perlukan pastinya abang mad sabu...aku pun nak jugak tgk mad sabu berentap dalam parlimen.. tak dinafikan...tapi adakah pengundi di terengganu akan memilihnya.. fikirkan apa yang akan dimainkan oleh umno sekiranya abg mat sabu dicalonkan.. mestinya isu calon luar..
  • orang pr sudah pastinya akan mengundi pas, tak kiralah sapa calonnya.. orang umno totok pun sama akan memilih calon umno walaupun letak tunggul kayu pakai songkok, pun dipilihnya.. tapi bagaimana sentimen pengundi atas pagar..mesti terpengaruh dgn dakyah umno.. terutamanya bila ditabur dengan material..belum dicampur lagi dengan gangguan calon ketiga..
  • rasanya calon terbaik adalah orang tempatan,, dan dr syed azman pun bagus jugak orang nya.. cikgu pa, wan mutalib, orang dah bosan tengok kot.
  • terengganu bukannya macam kelantan... kekuatannya ada pada tok guru,, so letak calon mana pun tak kisah..kerana tak memberi masalah pada kerajaan pas negeri.. masalahnya di terengganu, negeri pun kita tak pegang, macammana nak letak calon luar... perlu diingat, lawan kita kemungkinan wan farid, sama taraf dengan arwah razali, timb menteri...
  • anyway terserahlah kepada perkiraan pas pusat..
  • sebagai pengundi di p36 aku mengharapkan kecerdikan orang kt untuk mendapatkan seberapa banyak peruntukan pilihanraya di kawasan ini..tak kisahlah peruntukan pembangkang ataupun umno..orang politik juga kenalah sama cerdik, bagilah bantuan banyak2 pada kawasan ni kerana kawasan ni majoritinya melayu bumiputera, PRK inilah saja peluang untuk kawasan ni mendapat peruntukan banyak..
  • kampung2 sepanjang sg misalnya bolehlah mohon bantuan segera membina jeti hingga ketengah sungai terengganu..pasal banyak pengkalan tradisional disepanjang sungai yang dah tak boleh digunakan kerana berlumpur.. so mintaklah jeti ke tengah sg sikit so bolehlah orang kampung nak gunakan bot ke perahu ke untuk mendapatkan hasil sg.. begitu juga orang kampung nak gunakan sg untuk mandi dsb.. terutamanya di kg losong feri, paloh, pulau rusa, kuala bekah..
  • belia kampung dah boleh buat proposal untuk ternak ikan air tawar di sepanjang sungai terengganu ni.. masa ni peruntukan mesti bukan satu masalah lagi terutama bagi pihak kerajaan...
  • mereka yang nak meniaga di sepanjang tepi jalan besar pun dah boleh mohon pada kerajaan untuk membina gerai2 dengan sewa yang murah untuk bantu peniaga kecil ni meniaga..
  • begitu juga pemuda kg dah boleh minta peruntukan segera unutk membina gelanggang dan padang bola untuk mereka beriadah...
  • tak payah kiralah mereka nak sokong mana, pas ke umno.. bagi jelah bantuan tu...bukannya untuk orang lain pun... orang melayu jugak...
  • ingat peluang PRK bukannya datang selalu.. sementara undi kita ada harga ni jelah peluang untuk kita demand macam2. dah habis PRK ni , tak kisah lah sapa menang pun, memang susah nak jumpa tok wakil ...sama jer..
  • tapi aku tetap undi pas.. itu sudah pasti.. insyaAllah..
  • dari otai,,si anak penyu...
----------------------------------------------------------------------
  • Memang betul kepakaran dan petahan bang mat kita tu.Tetapi harus didalami hasrat rakyat t'ganu.Pendapat saya jika calon luar dan berdepan dgn PRU ok.Tetapi harus dibaca kali ini adalah PRK.Jadi perkiraan saya mentaliti pengundi PRK ini berbeza sekali.Isu nasional dan kenegerian boleh menarik pengundi tempatan.Tetapi jika calon itu dari luar saya fikir agak sukar utk pengundi tempatan utk menyokong kerana ini difikirkan semata-mata fikiran meraka ah, org luar.Mentaliti t,ganu memang nak pas tapi oleh kerana dari luar mereka boleh berubah pilihan dan ditambah lagi byk ganjaran dari pihak lawan ditaburkan,lebih-lebih lagi sekolah akan dibuka awal jan ini sudah peralatan sekolah menjadi taburan umno utk memikat pengundi disana kelak.Oleh itu buat lah satu keputusan yg betul utk PRK kali ini semoga kita mendapat Rahmat ALLAH.TAKBIR ALLAHU AKHBAR.
------------------------------------------------------------
  • PILIH LA ORANG TEMPATAN, TAK ADA ISU NEGATIF DAN RAPAT DENGAN PENDUDUK TEMPATAN. DR SYED, OK. KALU TGK KEBANYAKA KOMENTAR DALAM NI, MCM KOMENTAR DARI ORG2 KELANTAN. KELANTAN BOLEH LA, SEME CALON BOLEH MENANG. TAK KIRA LUAR ATAU DALAM. MACAM MAT SABU, PERNAH ADA KES KAT KELANTAN DULU, SUKA SERANG PERIBADI ORANG. MCMANA NAK JADI WAKIL ISLAM? MEMANG LA DIA LANTANG KAT PARLIMEN, TAPI KALU KAT CERAMAH PUN DIA LANTANG DOK SERANG PERIBADI ORANG.. ORG TERENNGANU TAK SAMA DGN ORG KELANTAN. NIK AZIZ PUN ADA KATA
  • "JANGAN GUNA TAKTIK MENYERANG, TAPI GUNA TAKTIK MENERANG"
  • TAPI KENAPA DIA SOKONG MAT SABU YANG TERKENAL MULUT CELUPAR?
  • MASA NI LA BE END AKAN UNGKIT SEPENUHNYA ISU-ISU LAMA MAT SABU, MEDIA TIGA SUKU, BERITA HAIRAN DAN UTUSAN MELOYA AKAN KERJA KERAS UNTUK BE END. RAKYAT K.TERENGGANU TERUTAMA PENGUNDI ATAS PAGAR MUNGKIN AKAN TERPERCAYA DENGAN MANIPULASI ISU BE END NI. SO, CARI LA CALON YANG BENAR-BENAR BERSIH DAN TAK ADA ISU YANG MUNGKIN AKAN DIEKSPLOITASI OLEH BE END. ALLAHU AKBAR!!!
------------------------------------------------------------
  • Aku harap pengundi Terengganu contohilah pengundi Kelantan. Mereka
  • sanggup memberi undi kpd cakon luar tetapi berwibawa di peringkatnasional. Ingatlah, perjuangan politik bukan untuk daerah yang sempit saja tetapi merangkumi nasional dan global.
  • Sejak zaman al marhum Zulkifli Muhammad lagi, rakyat Kelantan sentiasa membuka pintu kepada orang luar kerana mereka mahu wakil mereka bersuara lantang di parlimen dan membela seluruh rakyat Malaysia, bukan rakyat tempatan saja. Inilah semangat yang sepatutnya dicontohi.
  • Lihat, rakyat kulit putih Amerika sanggup berketuakan seorang berkulit hitam asalkan berkarisma. Mereka rela mengenepikan sentimen perkauman demi kepentingan negara. Apakah kita umat Islam tak boleh mengenepikan sentimen kedaerahan untuk servival parti yang mendokong Islam?
  • Rakyat Terengganu tentunya bijak dalam membuat penilaian.

Petronas Tidak Pernah Anjur Skim Penebusan Hadiah

Petronas tidak pernah mengendalikan atau memberi kuasa kepada mana-mana pihak bagi menganjur sebarang skim penebusan hadiah yang kini disebarkan dengan meluas menerusi kiriman e-mail.

Jabatan Komunikasi Korporat Petronas dalam kenyataanya berkata e-mail palsu mengenai 'Penebusan Hadiah Petronas' itu disebarkan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya e-mail palsu itu turut mengandungi butiran mengenai agen yang mendakwa boleh dihubungi untuk bantuan dan urusan pembayaran hadiah yang didakwa ditawarkan.

Petronas meminta penerima kiriman itu agar berwaspada terhadap e-mail palsu tersebut di samping meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengannya, dan menasihatkan supaya mereka jangan menghiraukan e-mail seumpama itu.

Peringatan ini turut merangkumi kesemua e-mail dan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) yang menggunakan nama Petronas dalam lain-lain skim penebusan hadiah, cabutan bertuah atau peraduan.

Petronas sudah berhubung dengan pihak berkuasa mengenai perkara tersebut.