"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, May 11, 2010

Najib/UMNO Guna Masjid Kempen Calon MIC Kamalanathan- Apa Respon JAIS?

Saya tak sabar nak tengok respon JAIS terhadap pendedahan ini. Adakah JAIS akan bersikap professional atau meneruskan sikap double standard mereka.

Tindakan UMNO ini juga satu bentuk PENDERHAKAAN kepada Titah Baginda Sultan Selangor baru-baru ini yang menegah penggunaan masjid untuk tujuan kempen politik kepartian. UMNO pula, memang selamanya parti munafik dan hipokrit. Bagaimana mereka ini boleh menggunakan masjid untuk memenangkan calon MIC, saya pun tak tau. Kalau orang Islam biasa pun tak tergamak untuk buat benda seperti ini.

Ini semua adalah natijah dari sikap munafik dan double-standard mereka. Sikap munafik ini juga boleh kita lakarkan ke atas PERKASA sekiranya mereka tidak bangun dan mengutuk tindakan UMNO yang jelas derhaka kepada Baginda Sultan Selangor.

Sekiranya JAIS gagal menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas perkara ini, maka JAIS juga boleh dianggap telah MENDERHAKA kepada Baginda Sultan Selangor. Tak sabar nak tengok juak2 Berahim PERKASA bakar gambar Najib dan Muhyiddin depan bangunan UMNO pula.

UMNO dah guna masjid untuk kempen politik mereka sejak sekian lama. Takda sapa pun yang bising. UMNO lah bapak pengguna masjid untuk kempen politik.

Tulang Besi

p/s - Teringat saya waktu kempen pilihanraya kecil DUN Jerlun, 15 tahun yang lepas. Saya bertemu dengan seorang ahli PAS yang bekas ahli UMNO. Saya bertanya kenapa beliau keluar UMNO dan masuk PAS.

Dia kata satu masa dahulu UMNO cawangan dia mahu mengadakan majlis kebudayaan dan tari menari. Maka, oleh kerana tiada tempat yang sesuai, majis tersebut dibuat di dalam surau kampung tersebut. Dia antara yang marah sangat tapi kerana kampung tersebut kuat UMNO, dia jadi minoriti. Akhirnya dia tak sanggup melihat Islam dihina sebegitu, dia keluar UMNO masuk PAS.

Pembeza antara orang UMNO dan PAS adalah iman. Mereka yang ada iman di hati mereka kepada Allah SWT TIDAK AKAN SOKONG UMNO. Masakan mereka yang beriman mahu menyokong parti yang mendokong arak dan judi?

Orang yang beriman, antara UMNO dan DAP, mereka akan ambil DAP kerana sekurang-kurangnya DAP menentang judi. Manakala, Melayu-Islam UMNO menyokong judi dan qazaf serta arak.
Khalid Samad dakwa BN salah guna masjid

Ketika PAS berdepan dengan dakwaan menyalahgunakan masjid bagi tujuan politik, seorang pemimpin parti Islam itu 'memulangkan paku buah keras' kepada lawan politik mereka, BN.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa, semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu, BN telah menganjurkan satu majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.

Menurutnya, majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

Sebagai bukti, Khalid menunjukkan gambar kain rentang (kanan) yang mengiklankan program tersebut - yang didakwa dirakam oleh seorang penulis blog pro pembangkang di kawasan parlimen tersebut.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan BN itu sebenarnya menyalahi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya institusi agama itu tidak dipolitikkan.

“Perkara seperti tidak boleh dibuat di masjid,” katanya.

Dalam pilihan raya Hulu Selangor sebelum ini, beberapa pemimpin utama PAS, termasuk murysidul amnya sendiri Datuk Nik Aziz Nik Mat didakwa mengingkari perintah Sultan Selangor dengan menggunakan masjid bagi tujuan politik.

Perkara tersebut bagaimanapun dinafikan oleh Nik Aziz.

Dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid berkata beliau akur dengan titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan masjid sewewang-wenangnya.

Bagaimanapun, tambahnya, Nik Aziz memang menyuarakan persoalan politik menurut ajaran Islam, tetapi bukanlah politik partisan.

“Hendak bantai Umno dalam masjid tak bolehlah. Hendak bantai PAS dalam masjid tak bolehlah,” jelasnya.

Sebaliknya, menurut Khalid, Nik Aziz hanya memberikan tazkirah berhubung “prinsip am” dalam agama iaitu agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

Itu pun, tambahnya, setelah diminta oleh imam dan nazir masjid berkenaan

Saksikan Pembelitnya Lidah Barisan Nasional

Dalam pilihanraya Sibu beberapa hari ini, wakil SUPP membuat tuduhan kononnya DAP menyokong agenda Negara Islam PAS.

Di Malaysia pula, UMNO menuduh PAS mengorbankan agenda Negara Islam kerana berkawan dengan DAP.

Soalan saya pada Barisan Nasional adalah: Mana Satu Yang Betul Ni?

Mula kata lain, sekejap lagi kata lain lagi. Berubah-ubah laksana cakap orang mereng.

Tak heranlah Barisan Nasional ni jadi tempat bersarang orang-orang korup dan makan duit. Cakap pun merapu dan menipu.

Bukan Dr Mahathir dah isytihar Malaysia negara Islam? Dengan kata-kata dari SUPP itu bererti UMNO telah mengkompromi benda yang Mahafiraun telah isytihar.

Ertinya adanya UMNO dan SUPP dalam BArisan bererti UMNO telah mengorbankan prinsip perjuangan.

Setakat 2 tahun wujudnya Pakatan Rakyat, PAS tidak mengorbankan walau satu pun prinsip perjuangan mereka.

Berbeza dengan UMNO, sepanjang pemerintahan UMNO, Najib telah luluskan 10 lesen “Special Draw” dan akan meluluskan Judi Bola.

Tapi takpa. Perjuangan UMNO bukan berasaskan Islam. Judi dan arak adalah halal untuk UMNO. Tak heranlah pemimpin-pemimpin UMNO rata-rata kaki arak dan kaki judi.

Bukankah PAS telah kata, Negara Islam ini hanya akan diwujudkan dengan persetujuan MAJORITI dari rakyat MAlaysia, tidak kira kaum.

Tulang Besi

PRK Sibu: Sibu Perlu Semangat Rosli Dhoby...

'Panggilan Mu yang Suchi'

Wahai Pemuda harapan bangsa,
Segeralah bangun membuat-kan jasa,
Kebangunan mu menyedar kan Melayu bangsa,
Ka-haluan kemajuan Aman Sentosa,
Wahai pemuda ber-chita suchi,
Kenal-kan Sarawak Negara kita yang Asli,
Meskipun bagai-mana anchaman akan terjadi,
Hendak lah sa-hidup sa-mati,
Mengibar-kan bendera menggambar kan hati,
Menunjok-kan rupa bangsa dan Negri,
Mengenal-kan hak di-tanahayer sendiri,
Wahai pemuda yang ber-semangat kan gelisah,
Insap-lah pada perjuangan bangsa,
Lambat bangat di-takdzir Allah,
Bangsa dan tanahayer tetap Merdeka.

Oleh : Lidros ( Rosli Dhoby ) Utusan Sarawak 28 Februari 1949

Pahlawan Yang tidak didendangkan

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

Rosli Dhoby telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bersama-sama Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Suntong pada 15 Disember 1949. Mereka telah berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British. Rosli dan Morshidi mati di tali gantung pada 2 Mac 1950 manakala Awg Rambli dan Bujang Suntong pada 23 Mac 1950.

Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua di Sarawak, Sir Duncan George Stewart dengan menggunakan badik beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949.

Anak muda Melayu yang dilahirkan pada 1932 di Sibu menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, iaitu Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Sarawak dikuasai oleh penjajah rakyat British, Sir James Brooke pada tahun 1842. Keluarga Brooke terdiri daripada iaitu Sir James dan anak saudaranya Sir Charles Brooke. Anak kepada Sir Charles Johnson Brooke ada dua orang, iaitu Charles Vyner B dan Sir Bertram. Dalam Wasiat politiknya, Rajah Charles J. Brooke menitahkan kepada Sir C. Vyner untuk berbincang dengan Sir Bertram sebelum membuat apa-apa pindaan dalam kerajaannya. Sir Charles Vyner, memerintah Sarawak dari tahun 1842 sehingga tewas dalam perang dengan Jepun pada tahun 1941.

Beliau berada di Australia ketika rakyat Sarawak sengsara diduduki Jepun. Kerajaan Mahkota Inggeris juga tidak mampu mempertahankan Sarawak walaupun telah berjanji untuk menaunginya.

P/s - Rosli Dhobi dilahirkan pada tahun 1932 dan kemudiannya mati ditali gantung pada 2hb. Mac, 1950 dalam usia yang muda (18 tahun) kerana membunuh Kolonel British Sir Duncan Goerge Stewart.

*Tamat Sinopsis...

Malam tadi macam biasa aku pergi ke Markas PAS, Kampung Hilir untuk mengikuti ceramah politik dalam kempen PRK Sibu. 1 perkara yang menarik minat aku malam semalam ialah bila salah seorang penceramah malam tadi bercakap berkenaan dengan perjuangan Rosli Dhoby.

Sebaik disebut sahaja nama Rosli Dhoby, audience yang datang malam semalam tiba-tiba menunjukkan 1 semangat yang tak pernah aku tengok sebelum ni. yang duduk dalam gelap tiba-tiba menonjolkan diri, yang duduk di depan terus bangun berdiri dan semuanya macam tiba-tiba bersemangat.

Naik bulu roma aku tengok semangat yang tiba-tiba datang dalam diri audience semalam. pada pandangan aku, nama Rosli Dhoby adalah 1 nama yang besar dan tertanam dalam diri dan jiwa anak Sarawak sebagai seorang pejuang yang tak akan dilupakan.

Itu cerita malam tadi.

Siang tadi dan hari-hari sebelumnya...

Tiap kali aku cuba nak bersembang pasal politik dengan anak tempatan, masing-masing takut untuk bukak mulut. macam ada ketakutan dalam diri masing-masing. bila aku jumpa ramai lagi orang tempatan dan cuba korek-korek cerita dekat sini, baru aku faham.

Politik Sarawak selepas kehilangan anak muda bernama Rosli Dhoby semakin berubah, semangat jati anak muda ni semakin terhakis dalam diri anak Sarawak. sana-sini macam-macam bentuk penindasan dari Kerajaan UMNO/BN mula datang. rata-rata penduduk Sarawak khasnya Sibu hilang keberanian yang ditunjuk dan ditafsirkan oleh Rosli Dhoby.

Rosli Dhoby pada masa hidupnya ialah seorang anak Sarawak Kelahiran Sibu yang berani menentang kezaliman. dalam usia yang amat-amat muda, beliau bangkit menentang kezaliman keatas rakyat Sarawak yang hidupnya ditindas dan dizalimi oleh Gerombolan Penjajah British.

Padahal masa tu umur Rosli Dhoby baru 17 tahun..!

Hari ini dan semenjak Negeri Sarawak Merdeka, rakyat Negeri ini masih terus dijajah dan dizalimi tetapi kali ini oleh Pemerintah Malaysia sendiri.

Apa bezanya apa yang dilakukan oleh pihak Penjajah British dengan Kerajaan UMNO/BN..? tanah rakyat diambil sewenang-wenangnya, hak rakyat Sarawak dinafikan dan tidak dibela, hasil Negeri ditarah sehabis-habisnya oleh Pemerintah sekarang dan yang menikmatinya hanyalah kelompok kecil manusia yang ada hubungan dengan Penerintah.

Sarawak bukan Negeri yang miskin di Malaysia, Sarawak punya hasil Gas dan Petroleum yang banyak, Sarawak punya hasil balak yang bukan sedikit dan Sarawak juga baru sahaja disahkan mempunyai hasil Aluminium.

Selepas hampir 47 tahun Negeri Sarawak Merdeka, adakah Sarawak sudah lepas dari Penjajah..? kemana semua hasil bumi Sarawak selama ini sehingga Sarawak dinobatkan sebagai antara Negeri yang mempunyai jumlah penduduk teramai termiskin di Malaysia..?

Hari ini kebanyakan penduduk Sarawak khasnya di Sibu masih lagi dijajah. ugut-mengugut berlaku disana-sini. bukan seorang yang diugut, tapi ramai dan mereka semua ni takut untuk menentang atau melawan ugutan oleh Pemerintah.

Ramai yang mengadu diugut oleh ejen-ejen Pemerintah - kalau tak undi BN, kamu dan keluarga kamu akan mendapat susah. hari ini Kerajaan yang ada bertindak dengan lebih zalim dari Penjajah British dulu. tak ada yang berani bangkit. tak ada yang teringat akan pengorbanan Rosli Dhoby.

Pengundi-pengundi Sibu tak perlu bangun angkat senjata sebagaimana yang Rosli Dhoby lakukan lama dulu. pengundi-pengundi dan rakyat Sibu cuma perlu bangkit sepertimana Rosli Dhoby bangkit menentang kezaliman. tanam balik semangat jati diri, tanam dalam diri "aku mesti kuat untuk perjuangkan hak aku". ini bukan hak orang lain, ini bukan hak penjajah, ini hak diri sendiri dan masyarakat Sibu.

Semua mesti bersatu-padu bangun memperjuangkan hak masing-masing. sampai bila mahu ditindas..? sampai bila mahu menjadi hamba abdi ditanah sendiri..? sampai bila mahu jadi hamba dibumi sendiri..? sampai bila mahu hidup dalam ketakutan..?

Kalau anak muda seperi Rosli Dhoby yang baru berusia 17 tahun boleh bangkit hanya dengan beberapa kerat sokongan melawan kezaliman Penjajah British, kenapa tidak boleh seluruh rakyat Sarawak khasnya Sibu bangkit beramai-ramai, bersatu-padu tolak Kerajaan Zalim yang selama ini hanya pandai menanam ketakutan dalam diri penduduk Sibu..?

Aku harap anak Sarawak akan kenang balik apa yang dilakukan oleh Rosli Dhoby, tanam dalam diri masing-masing, kalau Rosli Dhoby yang muda itu boleh berjaya, kenapa tidak korang yang lebih berusia dan berpengalaman..?

Tolak Kerajaan Zalim, tolak UMNO/BN. Anak Sarawak perlukan keberanian seperti Rosli Dhoby. jangan persia-siakan pengorbanan anak muda itu 60 tahun dulu. sudah sampai masa untuk Sibu berubah dan hanya undi dari Anak Tempatan Sibu yang berkeberanian seperti Rosli Dhoby mampu melakukan perubahan.

Bangkit dan perjuangkan Hak anda sebagai Anak Tempatan Sibu. tanah ini milik korang bukan hak mak bapak pemrintah yang zalim..!