
Aku happy tiap kali baca komen orang UMNO kat blog ini. Tak kiralah UMNO sendiri-sendiri atau gerombolan BPN. Maki hamun dan carut mereka tak pernah mengusik angin dan darah aku. Aku faham budaya dan akhlak UMNO memang macam tu, dan aku tak teringin pun membalas dengan maki hamun apatah lagi mencarut. Malu!
Aku juga tak teringin nak mencabar BPN atau mana-mana orang UMNO untuk berdebat. Di blog ini aku tulis ulasan dan pendapat aku tentang politik. Aku sokong Pakatan Rakyat, maka kecenderungan tulisan aku tentulah mempertahankan PR dan menyelongkar kejahatan UMNO-BN, sama macam bloggers UMNO pertahankan parti mereka dan hentam PR.
Tak semena-mena si GOMO cabar aku dan rakan-rakan blognet@Perak berdebat.
Aku tak mahu mencabar. Tapi jangan cabar aku. Bila GOMO cabar berdebat, aku tak patut diam je. Kalau tak sahut cabaran tu, blognet@Perak pasti dilabelkan pengecut. Aku sambut secara serius. Bukan main-main dan bukan sekadar bersorak tak tentu pasal. Mungkin ada baiknya sesekali bloggers turun ke gelanggang terbuka berdepan dengan orang ramai. Hujah berapi-api sorang diri kat depan PC tu cuba bentangkan pulak depan khalayak. Kalau benar hujah kat blog tu ada fakta, apa yang nak ditakutkan depan orang ramai. Inilah medan membuktikan kredibiliti hujah dalam blog. Kalau benar tentu berani. Kalau tak berani ertinya hujah dalam blog itu cuma fitnah dan tipu.
Medan debat ini adalah kesempatan terbaik untuk BPN membuktikan kebenaran segala macam dakwaan yang ditulis dalam blog. Bawaklah segala dokumen atau apa saja bukti kejahatan, pengkhianatan, penyelewengan parti-parti dan pemimpin Pakatan Rakyat. BPN berpeluang menyedarkan bangsa Melayu yang tersalah fikir. Orang Melayu mungkin insaf setelah mendengar hujah bloggers BPN. Kalau difikirkan perlu memaki hamun dan mencarut macam kat dalam blog BPN tu, silakan! Ucapkanlah babi, yahudi, bodoh, bangang, aljuburi dan semua wirid harian BPN yang sopan santun tu. Mudah-mudahan orang Melayu akan sedar. Bahasa jiwa bangsa. Hidup Melayu!
Hingga tengah malam tadi, belum ada sorang pun pendekar dan panglima BPN memberikan maklum balas. Ke mana hilangnya pejuang-pejuang bangsa tu, tak tahulah aku. Aku bukan mencabar, tetapi hanya menyahut cabaran. Cabaran itu datang dari BPN melalui GOMO. Biasanya pencabar tertunggu-tunggu cabaran disambut. Tapi kali ini yang menyahut cabaran pulak terpaksa menunggu.
Aku jenguk blog GOMO, Perak Bangkit dan Parpu Kari. Cabaran yang aku sambut, tidak bersambut balas. Sunyi sepi. Ramai juga penyokong PR beri komen kat posting diorang tentang debat ini, namun tetap tak ada respon. Apa dah jadi?
Kalau padi katakan padi,
Jangan hamba tertampi-tampi,
Kalau sudi katakan sudi,
Jangan hamba ternanti-nanti.
-
jeritan minda politik malaysia