Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.
"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarat tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.
TPU - kah kah kah... aku dah agak dah... bukan aku je yang dah agak, 1Malaysia dah agak dah benda ni akan dibawak ke Sidang DUN Perak nanti... kah kah kah...
Tapi kalau Speaker gumpal-gumpal kertas usul tu pas tu buang dalam tong sampah, UMNO/BN nak buat macam mana?
Nak bawak pi Mahkamah ke? pas tu Mahkamah isytihar bahawa Speaker tiada kuasa untuk menolak usul tu ke?
Pas tu jadik sarkis ke? ke? ke?
Oit..! ini Malaysia la..! kalau UMNO/BN cakap api tu sejuk, 1Malaysia kene pecaye oi..!
1Malaysia, apepun boleh jadi beb..! jangan la korang nak harap ade benda yang baik akan berlaku, jangan la korang dok harap sangat apa yang korang harapkan tu berlaku... ini Malaysia beb..! 1Malaysia..! 1Malaysia sudah tau..!