"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 16, 2008

Kadar Jenayah Di Kuantan Tertinggi Di Malaysia? - malaysiakini

Laporan dari Pengarah Jawatankuasa Pengurusan di Bukit Aman melaporkan bahawa nisbah polis kepada rakyat di bandar-bandar besar di Malaysia, bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi adalah jauh lebih tinggi.

Contoh:

Subang Jaya - 1 : 10,870
Balai Polis Central, Johor Bahru - 1: 9,254.
Kuantan 1 : 8,000
Daerah Air Putih, Kuantan - 1:7,100

Kadar jenayah di Kuantan adalah antara yang tertingi di Malaysia dan kajian menunjukkan bahawa kompleks-kompleks membeli belah di Kuantan juga tersenarai sebagai tempat-tempat yang tidak begitu selamat bagi para pengunjung.

Dewan Rakyat Panas Pembangkang Cuba Tepis Dakwaan Rasuah - malaysiakini

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi panas seketika apabila seorang penyokong kerajaan bertikam lidah dengan wakil pembangkang berhubung dakwaan rasuah.

Ia berlaku berikutan kenyataan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) bahawa tidak ada seorangpun termasuk pembangkang yang tidak terlibat dengan gejala rasuah.

Dakwaan Ismail ketika sedang membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 itu menimbulkan kemarahan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) yang bangun dan meminta Ismail memberi penjelasan berhubung kenyataannya itu.

"Cuba jelaskan...ini bukan masa untuk menuduh," kata Chong Eng. Ismail mempertahankan dakwaannya serta meminta anggota pembangkang itu supaya duduk.

"Ini masa saya berbahas...duduk, duduk," katanya Ismail sehingga memaksa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan kedua-duanya menamatkan perang mulut dan meneruskan sesi perbahasan.

Pertikaman lidah hampir lima minit itu turut disertai beberapa anggota parlimen pembangkang yang lain tetapi suasana panas itu dapat dihentikan oleh Wan Junaidi.

"Cukuplah Yang Berhormat. Tadi waktu (Anggota Parlimen) Batu (Tian Chua) bahas, sebelah sini (Barisan Nasional) tidak mengganggu pun...Biar Maran (Ismail) buat penjelasan," kata Wan Junaidi yang meminta Ismail menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan kenyataannya tadi.

Ismail berkata beliau tidak bermaksud menuduh mana-mana pihak.

"Saya tidak menuduh mana-mana parti. Masalah rasuah ini bukan masalah Barisan Nasional sahaja malah dunia. Rasuah ini melibat semua pihak tak kira ahli politik, swasta atau orang kampung," katanya.

Beberapa Persimpangan Jalan Di Ibu Negara Ditutup - malaysiakini

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup beberapa persimpangan jalan di pusat bandar raya ini secara berperingkat-peringkat mulai esok hingga penghujung tahun ini bagi membolehkan kerja pengisaran dan penurapan dijalankan.

Persimpangan terbabit ialah persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang, persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan, persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan P. Ramlee serta persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang.

Pengurus Komunikasi Korporat DBKL Anwar Mohd Zain dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan persimpangan berkenaan bermula pada pukul 10 malam sehingga pukul 5 pagi setiap hari.

Anwar menasihati pengguna jalan raya agar memandu dengan berhati-hati dan mematuhi semua papan tanda lalu lintas yang ditempatkan di persimpangan berkenaan.

Lagi dua pegawai Fairus tarik diri - malaysiakini

Setelah setengah dozen pegawainya meletak jawatan baru-baru ini, kini dua pegawai sukarelanya pula ikut serta, salah seorang ialah penasihat undang-undang peribadinya.

Rosni Abdul Rashid dan seorang peguam yang enggan dikenali memberikan alasan yang sama - masalah sikap Fairus, membuatkan mereka menarik diri dari membantu Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu.

Difahamkan kedua-dua mereka membantu Fairus secara sukarela sejak beberapa bulan lalu.

Dengan perkembangan ini, sehingga kini telah lapan pegawai Fairus sama ada meletak jawatan atau menarik diri daripada bertugas dengan ‘pemimpin’ muda itu.

Fairus, menurut sumber cuba memujuk kedua-duanya tetapi mereka menolak dengan baik.

Bahkan jelas sumber itu lagi, Rosni telah dipujuk dengan janji untuk diberikan gaji bulanan.

Sementara itu, pegawai khasnya Rezal Huzairi dan setiausaha akhbar Farid Wajdi telahpun memulakan cuti mereka bermula semalam-15 Disember.

Kedua-dua mereka antara enam pegawai Fairus, membabitkan setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas telah meletakkan jawatan dalam tempoh sembilan bulan Pakatan Rakyat menerajui Pulau Pinang.

Mereka memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.

Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.

Malah seorang bekas pegawainya, yang enggan dikenali, meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu.

Dalam kenyataan balasnya kepada Malaysiakini, Fairus menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.

-Alahai... FAIRUS TKM 1 Penang !

57 ditahan sertai kempen berbasikal Jerit

Seramai 57 individu termasuk 28 remaja dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ditahan polis kerana menyertai kempen 'Rakyat Pengayuh Perubahan' anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) di sekitar Sungai Choh di sini kira-kira pukul 6 petang semalam.

Turut ditahan adalah ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nie daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anggota Parlimen Sungai Siput, Dr D. Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata penahanan kumpulan berbasikal tersebut terpaksa dibuat bagi menghentikan dan mengelakkan kanak-kanak daripada dieksplotasi oleh pihak tertentu.

"Polis bertindak demikian bagi menyelamatkan kanak-kanak ini daripada dianiya dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sedangkan ketika kanak-kanak tersebut memberi keterangan, mereka memberitahu bahawa mereka tidak tahu menahu mengapa disuruh ikut serta dalam perarakan berbasikal tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Rawang di sini malam tadi.

Beliau berkata polis akan menghubungi ibu bapa kesemua kanak-kanak dan remaja berkenaan supaya meminta mereka membawa pulang anak masing-masing sekaligus menyiasat sama ada kesemua mereka telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa masing-masing atau tidak.

"Kita akan minta ibu bapa untuk membawa pulang kesemua anak-anak mereka yang menyertai kayuhan berbasikal itu untuk pulang semula ke utara," katanya.

Khalid turut memberi amaran keras agar tiada lagi mana-mana pihak selepas ini bertindak membelakangkan dan melanggar undang-undang dengan membuat perhimpunan secara haram.

Katanya pada sesi soal siasat itu juga, Dr. Jeyakumar mengaku sebagai penganjur kempen itu.

Khalid berkata mereka ditahan di bawah Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak dan di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana membuat perhimpunan haram.

Tinjauan mendapati kira-kira empat trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di luar bangunan balai bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

-mSTAR Online

Ayah Pin back in Terengganu, says Barisan rep

Self-exiled sect leader Ayah Pin was seen in Terengganu during Hari Raya Aidiladha, the state legislative assembly was told yesterday.

The leader of the deviant Sky Kingdom group whose real name is Ariffin Muhamad feted his followers in Besut in the pretext of celebrating the auspicious day.

“Ayah Pin freely performed korban on Hari Raya Haji and no attempt was made by the authorities to detain him. I am sure he is on the wanted list and am baffled as to why he was allowed to roam without restraint,” said Ramlan Ali (Barisan Nasional-Jabi) while debating the 2009 state budget during the assembly sitting.

“Various enforcement agencies have blamed each other for the lackadaisical approach against him. How long do we have to wait before Ayah Pin is apprehended?

“Don’t let the Ayah Pin issue cause a chaotic situation for all of us,” Ramlan added.

Ramlan received support from Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong), who urged the authorities to look into other mechanisms to detain Ayah Pin and eradicate any remaining vestige of his deviant teachings once and for all.

Selangor perlu perjelas dasar kawasan empangan

Kerajaan Selangor perlu memperjelaskan dasarnya berhubung pembangunan di sekitar kawasan empangan dan tadahan air bagi mengelakkan pencemaran kualiti air atau kemungkinan empangan pecah.

Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air (JBA), Ir. Hasnul Mohamad Salleh berkata, semua empangan sepatutnya mempunyai kawasan tadahan air dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan ia tidak dicerobohi.

Ini kerana jelasnya, kelulusan untuk sesuatu projek pembangunan termasuk di sekitar kawasan tadahan air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri manakala Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) bertanggungjawab terhadap pengurusan dan penjagaan kualiti air di empangan.

‘‘Dalam konteks ini kerajaan negeri perlu memperjelaskan dasarnya kerana ia melibatkan impak yang tinggi terhadap rakyat,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Jurutera Air Daerah Malaysia ke-21 di sini hari ini.

Syor turun diesel subsidi ke Kabinet Jumaat

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengemukakan cadangan mengenai penurunan harga diesel subsidi kepada Kabinet Jumaat ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, cadangan itu adalah sejajar dengan permintaan para nelayan di seluruh negara yang mahukan harga diesel subsidi diturunkan berikutan penurunan harga petrol dan diesel buat kali kelima baru-baru ini.

Beliau berkata, kementerian telah menyiapkan kertas kerja mengenai cadangan penurunan harga diesel subsidi yang disifatkan akan dapat melegakan nelayan seluruh negara.

''Cadangan ini diambil hasil daripada maklum balas yang diperoleh selepas bertemu dengan persatuan nelayan dan nelayan sebelum ini.

''Memang masalah subsidi diesel sering dibangkitkan dan kita sudah ada jalan penyelesaian yang akan dibawa kepada kabinet Jumaat depan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Interaksi Nelayan Bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di sini hari ini.

Kerajaan tidak menurunkan harga diesel subsidi kepada nelayan daripada RM1.43 kepada RM1 seliter walaupun mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel baru-baru ini.

??? - salute untuk para nelayan yang berani berdemo demi hak anda..! suara korang dah sampai akhirnya.

Syabas diarah kemuka laporan

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) diarah mengemukakan segera laporan mengenai dakwaannya bahawa tiga empangan utama di Selangor mungkin pecah jika kerja-kerja pembangunan di sekelilingnya tidak dihentikan.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, laporan tersebut perlu dikemukakan kepada kementeriannya selain Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Beliau menegaskan, adalah lebih baik jika masalah yang dihadapi Syabas ditangani secara berkesan dengan pihak berkuasa dan bukan mendedahkan masalah tersebut kepada akhbar.

???

Kenyataannya dekat Malaysia ni, kalau setakat buat laporan, bentang laporan, buat aduan atau apa-apa aduan yang bersangkutan dengan tanggungjawab KERAjaan, tak pernah berkesan...

Hari ni lapor... belakaang rumah ada geleseran tanah... gomen jawab - kita akan pantau dan keputusannya akan diberitahu kelak...

"beritahu kelak" bermaksud - kita tunggu dia runtuh.

Jalan terbaik, pergi pada akhbar, bagi kecoh satu dunia, baru la KERAjaan nak buat kerja.

Bukak balik peti-peti aduan tengok berapa banyak aduan yang KERAjaan dok peram.

Rakyat & agensi-agensi dah muak dah dengan KERAjaan.

2 kompleks IPD di Kedah bernilai RM55.7j terbengkalai

Dua kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini yang dianggarkan menelan belanja lebih RM55.7 juta terbengkalai selepas gagal disiapkan pemaju.

Projek yang dijalankan secara penswastaan tersebut ialah IPD Pendang bernilai RM29 juta dan IPD Yan RM26.7 juta.

Keadaan tersebut menyebabkan kerajaan kini terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan sehingga RM90 juta bagi meneruskan semula kedua-dua projek terbabit.

Berdasarkan perancangan asal, pembinaan IPD berkenaan merupakan sebahagian daripada pakej penswastaan tanah kerajaan pada 1996.

“Kerajaan sebelum ini bersetuju menyerahkan tanah (land swap) seluas 72 hektar di Sungai Petani kepada sebuah syarikat pemaju melalui projek penswastaan.

“Sebagai balasan, syarikat tersebut berjanji menyiapkan tiga Kompleks IPD bernilai RM109.4 juta meliputi Kuala Muda (Sungai Petani), Pendang dan Yan.

“Bagaimanapun, mereka hanya menyiapkan satu sahaja IPD iaitu di Kuala Muda (bernilai RM53.7 juta) sementara di Pendang, projek hanya berjalan 28 peratus sebelum terhenti dan Yan tidak dimulakan langsung,” kata sumber.

Rungutan dibawa kepada PM

  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah berjanji akan membawa rungutan dan masalah yang dihadapi oleh penghuni di sekitar kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan segera.
  • Menurutnya, beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai isu berkenaan.
  • "Banyak masalah dan ketidakpuasan yang dilaporkan kepada saya selain permintaan khas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan selama sejam dengan Persatuan Penduduk Bukit Antarabangsa di sini hari ini.
TP - rungutan dan aduan dari penduduk Kampung berembang sape nak bawak ke pengetahuan Perdana Menteri?

Ni la nasib rakyat Malaysia, yang kaya-raya, hidup senang-lenang dibantu... kalau kene gigit dek semut, habis 1 negeri semut ditarah dihapus. batuk sikit, hospital sampai kerumah, gosok perut je, makanan dah terhidang, kipas sikit, air-cond sampai kat rumah, menggeliat sikit, tukang urut antarabangsa sampai.

Pendek kata serba-serbi diambik berat dek semua pemimpin hatta Pi EM sendiri pun rasanya tiap-tiap hari dok risau kot-kot ada orang kaya yang jatuh sakit.

Yang dekat Kampung Berembang? korang kene hurung dek semut ke, batuk sampai keluar urat tekak ke, penyek perut ke buatlah macam mana sekalipun... depa akan habaq...

Kita akan pertimbangkan... ko tunggu la depa timbang sampai mamposss...

RISDA tangguh bayaran balik pinjaman pekebun kecil

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menangguh pembayaran balik pinjaman pekebun kecil negara ini yang berhadapan dengan krisis kejatuhan harga getah dan kelapa sawit di pasaran.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, penangguhan bayaran balik pinjaman bernilai RM80 juta itu merupakan salah satu langkah yang dilaksanakan oleh agensi itu dalam usaha membantu golongan tersebut.

“Risda sedang mempertimbangkan untuk menangguh sementara waktu pembayaran balik pinjaman tersebut kepada suatu masa sehingga harga bahan komoditi itu kembali stabil di pasaran.

“Perkara ini sudah dibawa ke Kementerian terbabit dan diharapkan kita dapat melaksanakannya secepat mungkin bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pengurusan Koperasi Pekebun Kecil (KPK) 2008 di sini hari ini.

YaNg ReMeH tEmEh

Ada mata - Pandang
Ada telinga - Dengar
Ada mulut - Diam
Ada tangan - Garu
Ada kaki - Goyang

Ada otak - Pandai
Ada akal - Pakai
Ada bijak - Gadai
Ada mata - Pejam
Ada mulut - Kunyah

Yang remeh dan yang temeh berlegar disekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh berlegar disekelilingmu
Buatlah - buatlah... buatlah tak tau
Buatlah - buatlah... buatlah tak tau

Rela jadi tunggul, rela jadi patung, tunggu dilelong
Suruh angguk - angguk, suruh geleng - geleng
Pujilah - aku, ampulah - aku, senang hidupmu
Ada tangan tadah, ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh berlegar disekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh berlegar disekelilingmu
Biarkan - biarkan, biarkan berlaku
Biarkan - biarkan, biarkan berlaku

Ada mata - Pandang
Ada telinga - Dengar
Ada mulut - Diam
Ada tangan - Garu
Ada kaki - Goyang

Ada otak - Pandai
Ada akal - Pakai
Ada bijak - Gadai
Ada mata - Pejam
Ada mulut - Kunyah

Yang remeh dan yang temeh berlegar disekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh berlegar disekelilingmu
Buatlah - buatlah... buatlah tak tau
Tepuklah - tepuklah, tepuklah tanganmu
Biarkan - biarkan, biarkan berlaku
Biarkan - biarkan, biarkan berlaku
Biarkan - biarkan, biarkan berlaku
Biarkan - biarkan, biarkan berlaku
Biarkan - biarkan, biarkan berlaku
Biarkan - biarkan, biarkan berlaku