"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, November 14, 2009

Senarai Kontraktor UMNO Yang Dapat Habuan Melalui Hasan Ali..?

Antara kontraktor UMNO yang dapat habuan kerana banyak membantu DHA nak bawa PAS bergabung dengan UMNO adalah :

1 - Bersih Bekal.

2 - EDX Jaya yang dipunyai Hamidi. Dia ni budak Halim. Halim pula adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Subang, yang sekarang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Subang. Dia ni banyak membantu DHA dalam isu kepala lembu di Shah Alam dulu.

3 -Hadijah Enterprise yang dipunyai Dato' Hadijah, iaitu AJK wanita UMNO Langat.

4 - Rosli Trading yang dipunyai Ketua Cawangan UMNO Batu Tiga, yang dipercayai juga sabotaj YB Rodziah Ismail waktu isu Kepala Lembu di Shah Alam.

5- Eneereec Malaysia Sdn. Bhd. yang dipunyai oleh Hj. Rosli Abu. Dia ini sebenarnya Timbalan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Seri Setia.

6- SHR Enterprise. Syarikat ini aku lupa nama pemiliknya. Tapi, pemilik syarikat dapat projek disebabkan dia ini jadi AJK UMNO Bahagian PJ Utara. Kalau tanya pada Roslan SMS, dia akan senyum.

7-Maniza Mantap, iaitu individu yang banyak sponsor UMNO Selangor sewaktu meeting di Indonesia.

8- Rzan Jaya... korang semak sendiri!

Dr. Hasan Ali, apa komen kau apabila aku dedahkan sikap kau di Selangor, walaupun jadi Pesuruhjaya PAS di Selangor..!

Sumber - Bagan Pinang

Rakaman Dialog Bloggers dengan Ustaz Nasa/DatoHasan (Baiaah Taalik)

Tulang Besi telah mendapat salinan rakaman Dialog antara Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa dengan blogger (UMNO dan PAS). Saya akan mula mengeluarkan rakaman2 ini dalam fasa2 mengikut isu dan kepentingan. Adalah amanah yang diberikan kepada saya mengeluarkan maklumat ini kepada ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Saya bercadang untuk melepaskan rakaman2 ini secara berperingkat-peringkat. Ini supaya setiap kali saya buat pendedahan, kita dapat membincangkan isu2 yang dinaikkan dengan lebih mendalam dan lebih jelas untuk kepentingan bersama.

Oleh kerana perjumpaan ini bukan program rasmi parti dan ianya dilakukan dalam kediaman pribadi bukan premis parti, maka program ini tidak tertakluk kepada apa yang kita namakan sebagai RAHSIA PARTI. Kenapa? Kerana ianya bukan program parti.

Dalam perjumpaan tersebut, blogger2 UMNO turut menghadziri program tersebut. Nama2 seperti Sanusi Akramsyah (pembenci Tok Guru dan melakukan dosa qazaf dengan terbuka) dan Mahaguru58 (pengikut ajaran sesat serta pernah mendoakan Tok Guru mati) turut ada dalam majlis tersebut.

Di hadapan karakter-karakter anti Tok Guru dan anti PAS inilah rahsia-rahsia parti didedahkan sewenang-wenangnya. MAlahan kritikan2 terbuka kepada Tok Guru, Khalid etc juga dilakukan dihadapan blogger2 UMNO ini.

Serangan pada Pakatan Rakyat, jangan ceritalah. Menyedihkan. Benda yang diserang pun fitnah.

Isu Pertama: Bai'ah Taklik

Dibawah adalah rakaman berkenaan dengan isu "Baiaah Taklik" yang sekarang menjadi polemik yang cukup kuat di media2. Kita hairan bagaimana UMNO mendapat maklumat berkenaan hal ini dan rupanya sekarang barulah kita tahu sumbernya.

Kalau kedua-dua ni tidak dihadapkan ke JK juga, saya tak tahulah. Saya dah buat laporan rasmi pada JK Disiplin atas tuduhan memecahkan rahsia parti. Tapi nampaknya seperti laporan saya dipendamkan. Saya harap tidak.

Terpulang pada saudara2 untuk membuat penilaian.

(Nota : Untuk pendedahan kali pertama ini saya terpaksa guna kaedah muat turun seperti ini kerana saya terpaksa mendapatkan "converter" kepada format MP4. Dah Youtube sekarang ini tidak iktiraf MP3 format pulak. Satu hal la pulak)

Sila klik disini...

Tulang Besi

ps saya dituduh suka memecahkan rahsia parti. Nampaknya orang yang menuduh itu seperti mengata dulang paku serpih

Hasan Ali: Bunyi Macam UMNO Je..?

Kata Hasan Ali -
  • "Tindakan tegas yang dikenakan ke atas Dr Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini antara lainnya bertujuan mengelakkan perpecahan di kalangan orang Islam di negeri itu".
Kata aku -
  • "Perpecahan..? ermmm... "bunyi" macam UMNO je..?"

Kenyataan Bodoh Timbalan Menteri Pelajaran

Dalam Utusan Malaysia Online -

Tragedi jambatan gantung runtuh yang mengorbankan tiga murid di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar di Kuala Dipang baru-baru ini, tidak wajar dijadikan isu politik oleh pihak tertentu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jika tragedi tersebut dijadikan isu politik, ia boleh memberi kesan psikologi serta trauma kepada mereka yang terbabit terutama kalangan para guru terlibat.
  • "Ada pihak menuduh guru bersalah dalam apa yang berlaku dan ini menyebabkan trauma kepada guru terlibat.
  • "Oleh itu, saya minta agar tragedi ini tidak dipolitikkan," katanya pada sidang akhbar selepas menutup Konvensyen Perdana Kaunselor Organisasi Pendidikan di sini semalam.
TPU - Oi menteri bodoh..! isu politik ke, bukan politik ke, kesan trauma & psikologi tetap ada pada sape-sape yang terlibat dalam tragedi tu, baik mangsa, ahli keluarga mangsa ataupun sape-sape je yang berkaitan...

Pokok pangkalnya nak selesaikan masalah ni atau nak tutup macam tu je kes ni... yang aku paham sekarang, Menteri yang keluarkan kenyataan ni, nak tutup cerita ni dari pengetahuan umum sebab kontraktor dan mereka-mereka yang terlibat dalam pembinaan jambatan gantung ni mungkin tengah trauma...

Sebab apa trauma..?

Ada yang tak kena ke dalam mana-mana hal dari mula nak bina sampai siap jambatan gantung ni..?

Banyak la kau punya "Trauma"..!

Putar Belit Geng UG & Pendedahan Pertama Rakaman Pertemuan Dengan Blogger UMNO..!

  • Pucuk pimpinan PAS mahu amalan bai’ah talak tiga yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dihentikan serta-merta kerana ia bukan arahan parti selain boleh menjatuhkan martabat kaum wanita.
Aku heran... pucuk pimpinan PAS sekarang dah jadi macam pucuk pimpinan UMNO... semua kaki putar belit. aku tengok macam ada 1 penyakit gila babi dalam pucuk pimpinan PAS terutamanya geng-geng yang dikaitkan dengan UG a.k.a KERAjaan Perpaduan.

Seingat aku, isu "bai'ah" ni ditimbulkan oleh Hasan Ali dalam pertemuannya dengan blogger harapan geng UG iaitu blogger-blogger UMNO...*untuk rekod, Nasharuddin Mat Isa dan juga Roslan SMS pun hadir dalam perjumpaan tu.

Buktinya korang boleh dengar dalam rakaman disini dan ini adalah pendedahan pertama dari Tulang Besi berkenaan rakaman perjumpaan geng UG bersama blogger UMNO yang selama ini disembunyikan oleh Al-Banjari.

Dalam program tu jugaklah Hasan Ali menjelaskan kepada blogger-blogger UMNO akan kewujudan "bai'ah" dalam PAS, dan semalam dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS JRL, nampaknya "Kepala UG" iaitu Mustafa Ali berjaya memutar belitkan kisah sebenar dan akhirnya Khalid Samad di kambing hitamkan.

Aku fikir virus UMNO dah makin parah meresap dalam kepala otak Pimpinan Tertinggi PAS pro UG.

Kena buat satu tindakan drastik sebelum keadaan makin parah...

Semalam jugak aku dapat mesej dari Tulang Besi -
  • Tulang Besi telah mendapat salinan rakaman Dialog antara Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa dengan blogger (UMNO dan PAS). Saya akan mula mengeluarkan rakaman2 ini dalam fasa2 mengikut isu dan kepentingan.
  • Adalah amanah yang diberikan kepada saya mengeluarkan maklumat ini kepada ahli dan penyokong-penyokong PAS.
Al-Banjari tak leh diharap... tunggu...!!!

Berapa Ramai VVIP Bakal Lesap Ditimpa "Bala"..?

Sebaik sahaja dilepas tanpa dibebaskan dari pertuduhan kes fitnah Rosmah, Petra tidak mengambil masa yang lama untuk melakukan pendedahan seterusnya atau lebih tepat dipanggil sebagai "come back" watak utama yang mendedahkan beberapa maklumat rahsia, kes pembunuhan gadis Mongolia, Atlantuya Shaariibuu.

Rakaman video siri pertama pengakuan "Bala", seorang penyiasat persendirian yang penah muncul dengan akuan bersumpahnya yang mendakwa berlakunya hubungan sulit antara Najib dan juga seorang gadis Mongolia dan kemudiannya menghilangkan diri selepas membuat akuan bersumpah ke-2, yang menafikan beberapa kenyataan dari akuan sumpah pertamanya.

Dalam rakaman video sepanjang 1 minit, 28 saat itu, "Bala" mendedahkan kesahihan akuan sumpah pertamanya dan yang paling mengejutkan ialah, "Bala" juga mengatakan bahawa beliau menerima sejumlah wang sebanyak Ringgit Malaysia 5 juta untuk menarik balik akuan bersumpahnya (yang pertama) itu.

Dalam perkembangan berkaitan juga, "Bala" turut mendedahkan identiti seorang saudagar permaidani bernama Deepak yang dikatakan rakan usahasama isteri Najib, Rosmah telah menemuinya di sebuah restoran di Rawang dan menawarkan wang berjumlah RM5 juta itu.

Dijangkakan bahawa selepas pendedahan pertama ini, akan ada lagi beberapa siri pendedahan demi pendedahan akan dilakukan oleh "Bala" dan ini pastinya akan menjadi 1 "Bala" kepada mereka-mereka yang tahu keterlibatan diri mereka dalam kes pembunuhan tersebut.

Sebelum ini juga, ketika kita sedang sibuk berkempen untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang, Petra telah mengeluarkan sebuah artikel yang berkaitan dengan saudagar carpet tersebut disini.

Sedikit petikan dari artikel tersebut -
Tamat petikan artikel.

Dalam "come back" "Bala" juga, beliau menyatakan bahawa beliau akan mendedahkan beberapa nama VVIP yang rapat dengan Najib dan Rosmah, juga beberapa nama pegawai kanan polis tetapi tidak dinyatakan secara jelas keterlibatan mereka-mereka yang bakal didedahkan didalam kes ini.

15 bulan menghilangkan diri dan "Bala" tiba-tiba muncul kembali dengan satu lagi kejutan dan dijangkakan bahawa, Najib dan Rosmah akan melalui hari-hari seterusnya bukan lagi dengan "senyuman" 1Malaysia sebaliknya lebih kepada "Senyuman Bala".

Aku tak pasti akan adakah lagi mereka-mereka yang bakal "hilang" selepas ini sepertimana yang berlaku sebelumnya..? Najib, Rosmah dan kuncu-kuncunya pasti tidak akan duduk diam. banyak yang perlu dilakukan oleh pasangan 1Malaysia ini selepas ini.

Apakah selepas ini Razak Baginda yang telah menghilangkan diri juga akan melakukan "come back" sebagaimana "Bala"..?

Benarkah Razak Baginda ketika ini berada diluar negara, atau adakah Razak Baginda sedang bersembunyi didalam negara..?

Ketika berada di Bagan Pinang dalam tempoh kempen PRK, aku ada menerima 1 email yang agak menarik...

Sedikit petikan dari email tersebut -
  • Razak Baginda telah menjadi seorang yang berjanggut dan berjubah tetapi tidak pernah menampakkan dirinya. Telah dicuba untuk memaksa Razak Baginda keluar dari tempat persembunyiannya dengan memutuskan bekalan elekrik premis tersebut tetapi gagal.
Eh... Razak Baginda dah jadi ahli PAS ke..?