"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, February 13, 2010

Dokumen-Dokumen Aduan Salah Laku Kepimpinan PAS Pusat

Assalamu'alaikum,

Kepada para pembaca yang berhajat untuk membaca aduan saya kepada PAS Pusat serta mendengar rakaman audio sebagai bahan bukti, dipersilakan memuat turun dari link di bawah (sila klik tajuk atau imej dibawah):
1. Aduan Terhadap Dato Harun Din Di Atas Pelanggaran Pendirian Parti Dalam Isu Kalimah Allah
2.0 Aduan Rasmi Tindakan Pesuruhjaya Selangor dan Timbalan Presiden PAS Pusat Kerana Mendedahkan Rahsia Parti Dalam Isu Baiaah Taklik
3.0 Surat Lampiran Aduan Rasmi kepada PAS Pusat

4.0 Aduan Rasmi Terhadap Hasan Ali kerana Melanggar Keputusan Muktamar Shah Alam dan Ipoh
5.0 Aduan Rasmi Tindakan Melanggar Perlembagaan Parti oleh Ahli2 Majlis Syura Ulama PAS Pusat
6.0 Aduan Hasan Ali Memburukkan Kerajaan PR.wav

7.0 Aduan Berkaitan Baaiah Taklik.mp3

8.0 AduanKepada Ahli2 Majlis Syura 01.mp3

9.0 Aduan Kepada Ahli2 Majlis Syura 02.mp3

Panas..!: Buku "Disebalik Misteri Pembunuhan Atlantuya"

Seperti yang diketahui, Najib mula gelisah dan ketakutan. Dia menikus dengan media luar yang mengaitkan dia dengan pembunuhan Altantuya tetapi bertindak seperti 'raja bersiong' menggunakan seluruh jentera Kerajaan memburu rakyat sendiri.

Semalam PDRM (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman) sudah 'berkunjung' ke rumah ibu bapa Che'Gu Bard. Mereka janji datang lagi dengan waran geledah kerana mereka pulang hampa kerana dihalau oleh ibu Che'Gu Bard. Jika dengan waran geledah mereka juga pasti hampa kerana buku itu tiada di situ. sila klik untuk baca mengenai 'serbuan' polis.

Memang arahan penghantaran cek atau wang pos menggunakan alamat rumah tersebut tetapi ia hanya menjadi tempat penerimaan wang pos atau cek segala urusan lain di uruskan oleh pihak lain dan di tempat lain.

Makanya kepada yang hendak membeli buku tersebut, harap elakkan juga terus 'terjah' ke rumah tersebut. Ingat hanya hantar cek atau wang pos.

Buku ini akan dijual dengan set:
1) 1 naskah buku 'Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya'.
2) 1 copy vcd - menerangkan pertikaian kes Altantuya, kompilasi rakaman 'Perempuan Puaka', kompilasi ceramah mengenai Rosmah.
3) 1 copy vcd - merakamkan 3 kenyataan Najib yang jelas berbeza dan menipu mengenai Saiful, VCD ini juga menerangkan apa yang dikatakan konspirasi fitnah 2.
Sila ikuti dengan teliti cara pembelian di bawah:

Cara 1

Hantar wang pos/cek bernilai RM15 (untuk satu set) - Sabah dan Sarawak sila tambah RM5- atas nama BADRUL HISHAM SHAHARIN ke alamat -

  • No-338,
    Taman Bukit Chedang,
    70300 Seremban.

*(ingat hantar cek atau wang pos sahaja, datang sendiri tak dilayan malah akan kena marah dengan mak cheGuBard hahahaha) & jangan lupa hantar sertakan nama, alamat dan bilangan buku untuk penghantaran.

Cara 2

Bank in ke akaun Hong Leong Bank no. akaun 19951001018 atas nama BADRUL HISHAM SHAHARIN. RM 15 bagi tiap set.

Kemudian sms ke +6017 668 8404 butiran seperti tarikh, masa, cawangan bank, seq. no., jumlah RM, jumlah tempahan dan jangan lupa nama dan alamat untuk penghantaran.

Cara 3

Hubungi wakil di Pahang, Ust. Suhaimi +6019 931 9231, wakil kami di Pulau Pinang +6017 499 1469

*wakil mungkin hanya ada buku tetapi tidak punya set lengkap iaitu dua VCD sila hubungi dan tanya dahulu.

SAMM alukan sesiapa nak jadi wakil, tetapi syarat stok ambil secara tunai. Hubungi +6017 668 8404 atau +6012 369 6474 untuk mendapatkan stok dengan harga pengedar.

Bertindak SEGERA !!!

-Che'Gu Bard

GOMO: Nahas Dia Aku Kerjakan..!

Pagi ni aku bangkit tidor basuh muka surf tenet... tetiba masuk message dalam inbox handphone aku... sape pulak subuh-subuh buta ni message aku lak..? aku ambik handphone aku, bukak message...
From Gomo
______________________________

Salam, amenda lah bebudak lu ni bro??? hack FB aku control Justice 4 Saiful, Padam akaun unit media wangsa maju. Tak gentle lah kalau nak war dalam alam cyber ni. Takda Telur. Lu sampaikan sapa yang hack FB aku tu. Malam ni sabtu kalau dia tak Pass balik pasword aku tu memang nahas dia aku kerjakan. K bro? Aku cakap kat kau pasal kenal kau sebagai rakan cyber dalam pakatan. Harap lu dapat sampaikan pada budak yang HACK tu. Roger

Message details:

From:
Gomo <+6012*******>

Subjek
Salam, amenda lah bebudak lu n

Date:
13/02/2010

Time:
05:00

Type:
Text message
Komen aku - perang cyber x de undang-undang, pakailah kaedah mana pun, nak hack ke, nak spam ke, nak report abuse ke, nak apa-apa pun ikut pandai masing-masinglah...(aku tak reti sangat benda-benda nih). Namapun "Dunia Tanpa Sempadan".

Untuk GOMO - entah, gua tak campor urusan lu, gua pun x penah peduli apa lu nak tulis dalam blog/FB lu n gua pun tak pernah berminat nak baca blog lu atau jenguk FB lu... ikut pandai masing-masing. dalam dunia cyber, macam-macam boleh jadi. gua pun tak reti nak tolong lu macam mana. tolong doa je lah supaya masalah lu setel...

Hackers bukan sorang 2 je dekat 1Malaysia ni. pada aku, selagi orang ramai tak kira parti apa atau apa pegangan politiknya suka baca apa yang lu tulis, insya-Allah benda ni tak kan berlaku... yang penting bagi gua dan apa yang gua amalkan ialah - mana yang tak betul tak kira dari pihak yang kita sokong atau tak sokong (PR/BN) "WAJIB" kita tegur.

Make it "balance". kalau 2-2 pihak (pro BN dan pro PR) suka baca atau jenguk blog/FB kita, tu 1 kejayaan yang besar dalam kerjaya yang kita pilih... kalau 1 pihak je yang suka baca atau jenguk blog.FB kita, maknanya kita masih gagal.

Tak kan nak tarik 1 pihak je untuk sokong parti yang kita pilih sedangkan majoriti undi kita tak tahu datang dari sape..?

'Tulang besi' adu salahlaku pemimpin PAS - Malaysiakini

Salam pembaca2 Malaysiawaves sekelian. Alhamdulillah, hari ini hari yang amat bersejarah bagi saya. Saya bersyukur kerana penghantaran aduan saya berjalan lancar. Saya juga bersyukur dapat bertemu kembali dengan Ustaz Rahim setelah sekian lama tidak berjumpa beliau. Saya terharu sebab dia masih ingat pada saya walaupun telah hampir 4-5 tahun tidak berjumpa. Beliau ni adalah antara pekerja PAS yang paling komited yang saya pernah jumpa. Dan, urusan saya dengan beliau berjalan amat lancar.

Saya kemukan tiga salinan dokumen dan kesemua dokumen serta salinan telah dicop oleh Pejabat Agung sebagai tanda terima. Bersama aduan bertulis itu, saya juga telah lampirkan rakaman audio sebagai BAHAN BUKTI terhadap aduan saya tersebut. Dan saya nampak sendiri Ustaz Rahim meletakkan aduan2 saya serta CD rakaman audio ke dalam satu 'envelope' dan beliau kata dokumen saya itu akan dihantar terus ke SU Agung.

Syukur alhamdulillah segala berjalan lancar dan syukur saya dapat berjumpa Ustaz Rahim setelah lama tidak bertemu. Semoga usaha saya ini diberkati serta dirahmati Allah SWT hendaknya. Saya minta kesemua pembaca Malaysiawaves mendoakan kejayaan usaha saya ini, inshaalah.

Tulang Besi
'Tulang besi' adu salahlaku pemimpin PAS
Abdul Rahim Sabri
Feb 12, 10
12:11pm

Seorang penulis blog yang juga ahli PAS mengemukakan aduan kepada ibupejabat PAS hari ini terhadap tiga pemimpin kanan parti itu berhubung isu 'bai'ah ta'lik', isu kalimah Allah, kerajaan perpaduan dan pelanggaran usul muktamar PAS.

Tiga pemimpin PAS yang dinamakan dalam aduan tersebut ialah timbalan presiden, Nasaruddin Mat Isa; timbalan mursyidul am, Datuk Dr Haron Din dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Penulis blog tersebut, Abdul Rahman Abdul Talib yang lebih dikenali sebagai 'Tulang Besi' mengemukakan empat aduan terhadap mereka, dengan mendakwa:

1. Dr Hasan dan Nasaruddin telah mendedahkan rahsia parti berkaitan 'bai'ah ta'lik' kepada penulis blog di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu.

2. Ahli majlis syura ulama PAS telah meluluskan kertas kerja tulisan Dr Haron bertajuk 'Tahaluf Siyasi: Pasca 2008" yang telah membawa kepada perjumpaan-perjumpaan gelap dengan Umno yang juga telah menyebabkan perpecahan dalam PAS.

3. Dr Haron melanggar keputusan serta pendirian rasmi PAS dalam isu 'kalimah Allah' dengan menghadiri sebuah forum yang dirasmikan oleh ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

4. Dr Hasan telah menyebarkan fitnah dan penipuan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, justeru melanggar usul muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.

Tulang Besi yang baru tiba dari Indonesia berkata, beliau menyerahkan empat aduan tersebut bersama-sama sekeping cakera padat yang mengandungi bukti berbentuk audio berhubung salahlaku pemimpin kanan PAS tersebut.

Aduan tersebut diserahkan kepada Setiausaha Kerja PAS Pusat, Abdul Rahim Saidin di pejabat parti itu kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Dalam sidang media selepas menyerahkan aduan tersebut, beliau berharap dengan aduan tersebut, pihak PAS membuat siasatan dan mengambil tindakan yang tegas.

"Tanggungjawab untuk menjaga parti daripada dilanda masalah displin terletak kepada semua orang, tidak hanya terletak kepada orang bawah sahaja. Kalau orang bawah boleh displin, orang atas kena lebih displin," katanya.

Abdul Rahman berkata perjumpaan Dr Hasan dan Nasaruddin dengan penulis blog dari Umno dan PAS di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu, berlangsung pada 25 Oktober tahun lalu.

Dalam pertemuan tersebut, mereka didakwa mendedahkan rahsia parti berhubung bai'ah ta'lik kepada penulis blog tersebut.

Bai'ah adalah sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika calon-calon PAS yang menang mengkhianati parti - bagi mengelakkan risiko mereka lompat parti.

Tulang Besi juga dilaporkan sebelum ini menyiarkan rakaman audio tersebut di dalam blognya, November tahun lalu.

Mengulas mengenai aduan kedua, Abdul Rahman mendakwa keputusan Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 yang meluluskan kertas kerja yang ditulis Dr Haron Din itu.

Katanya kertas kerja tersebut adalah "satu titik tolak pepecahan dalam PAS" yang mencadangkan supaya "mengadakan perbincangan dengan Umno".

Bagaimanapun, kata Abdul Rahman, keputusan tersebut melanggar perlembagaan parti kerana "Majlis Syura Ulama tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan seperti itu" dan " tidak pernah dirujuk kepada jawatankuasa kerja PAS Pusat".

"Keputusan itu tidak mewakili Majlis Syura Ulama. Setakat yang dimaklumkan kepada saya, tidak ada minit mesyuarat. Mungkin ia hanya perbincangan biasa... Ia tidak dibincang dalam mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat," katanya.

Mengulas mengenai tindakan Dr Haron yang menyertai sebuah forum yang dianjurkan oleh 30 NGO berhubung isu 'Kalimah Allah', Abdul Rahman berkata tindakan tokoh agama itu telah "melanggar pendirian rasmi PAS tentang isu kalimah Allah yang diputuskan pada 5 Januari lalu".

Dalam aduannya, Abdul Rahman menyifatkan kehadiran bekas ahli panel Forum Perdana Islam itu dalam forum tertutup yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 13 Januari lalu adalah "satu bentuk sokongan yang jelas kepada keputusan NGO" yang menyatakan penggunaan kalimah itu adalah hak eksklusif orang Islam sahaja.

Berhubung aduan keempat, Dr Hasan didakwa menyebarkan fitnah tentang Pakatan Rakyat di Selangor, dalam pertemuannya dengan penulis blog Umno dan PAS pada 25 Oktober itu.

Dalam aduannya, Abdul Rahman memberi contoh fitnah yang disebarkan adalah berhubung isu projek "Plug And Play" di Selangor.

Berdasarkan rakaman audio itu, Abdul Rahman mendakwa Hasan Ali menyatakan tiada elemen dan kepentingan bumiputera dan Melayu sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melaksanakan projek ini.

"Tindakan Dr Hasan jika tidak dibendung, akan berlaku pepecahan (dalam Pakatan Rakyat)," katanya.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk menerima sebarang tindakan displin berhubung pendedahan berani ini, Abdul Rahman berkata:

"Saya sanggup menerima apa-apa risiko. Saya berpihak kepada kebenaran dan saya ada bukti. Parti harus dijaga. Saya tidak takut".

Abdul Rahman berkata beberapa aduan berhubung perkara tersebut sebelum ini pernah dikemukakan kepada pejabat agung PAS dan jawatankuasa displin parti melalui emel sejak November lalu.

Bagaimanapun tidak ada maklum balas berhubung aduan beliau itu, tambahnya.