Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat
sini,
sini,
sini,
sini,
sini,
sini, &
sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Kampung Salak berada dalam DUN Pantai Damai terletak hanya lebih kurang 20 kilometer dari Ibu Negeri Sarawak - Kuching, setelah lebih 20 tahun berada dibawah pemerintahan Barian Nasional, masih tiada kemudahan asas.
Pengangkutan utama para penduduk Kampung Salak hanyalah dengan menggunakan sampan. kemudahan jalanraya langung tiada dikampung ini.

Pekerjaan utama para penduduk di Kampung Salak ialah Nelayan dan lain-lain pekerjaan yang berkaitan dengan industri Muara ungai & Laut.
Purata pendapatan eorang nelayan di Kampung Salak hanyalah sekitar RM300 - RM700 sebulan kebanykannya hanya sekitar RM550 sahaja sebulan.

Satu-satunya penghubung antara rumah kerumah penduduk di Kampung Salak ialah jeti kayu yang dibina berambung dari rumah ke rumah.

Untuk mendapatkan pendapatan lebih, ada antara penduduk Kampung Salak menjalankan kerja-kerja mengutip tin-tin aluminium dan bahan buangan yang hanyut ketika air pasang yang boleh dijual kembali.
Bahan-bahan ini kebanyakannya tersadai dibawah rumah para penduduk kampung ketika air sudah surut.

Setelah lebih dari 20 tahun berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional, Kampung Salak masih berada di belakang kemajuan yang dicanang-canangkan.
Tiada bekalan air disediakan oleh Barian Nasional disin dan selama ini, perigi yang menjadi sumber bekalan air penduduk Kampung Salak.
Setiap 1 perigi dikongsi oleh hampir 60 buah keluarga.

Keadaan perigi yang menjadi sumber bekalan air penduduk Kampung Salak.

Alternatif lain bagi penduduk kampung bagi mendapatkan sumber air ialah dengan menadah air hujan.

Kampung Salak juga selepas Malaysia Merdeka masih tiada bekalan elektrik
Penduduk Kampung bergantung kepada Generator sebagai bekalan elektrik. sebuah generator hanya mampu untuk menampung penggunaan elektrik untuk 5 buah rumah.
Penduduk yang menggunakan generator pula terpaksa membayar kos sebanyak RM8 sehari untuk menerangi rumah masing-masing.

RM8 sehari kos yang terpaksa ditanggung oleh penduduk. semakin tinggi harga dieel, semakin meningkat kos sara hidup golongan "Miskin Tegar" di Sarawak.


Anak-anak generasi baru di zaman serba kemajuan masih menggunakan sampan sebagai kenderaan asas untuk kemana-mana termasuk ke sekolah.
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
Aram Meh Kitai Berubah...!!!
