"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 31, 2010

53 Tahun Kemerdekaan: Projek Buang Anak Mei & Jun 2011

Reactions: 
Awal subuh 30hb. Ogos, 2010 aku sampai Kolumpo dengan geng-geng Pemuda PAS... lama jugak tak turun Kolumpo sejak rasa seronok dok di Kelantan. beza duduk di Kelantan dengan Kolumpo sangat-sangat jauh. aku tak yah dok pikir pasal Tol, aku tak yah nak pikir pasal bayaran parking yang kadang-kadang lagi mahal dari minyak kereta dan aku tak yah dok pikir pasal jalan jem.

Selesai...

Pagi tadi selamat sessi Kerajaan Kelantan fail saman terhadap Petronas. Amin...

Subuh 31hb. Ogos, 2010 lebih kurang jam 4:00 pagi, aku dengan 2 orang member meronda keliling Kolumpo. jalan jem, mat rempit dok merempit, mat kereta dok gulung jalan dekat semua lampu isyarat. Mat Saleh ternganga tengok orang Malaysia sambut Hari Kemerdekaan ke 53 macam kera.

Pusat Dangdut penuh, Pusat Karaoke penuh, Disco penuh, Cafe penuh yang paling best skali sebijik van Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan beberapa bijik Trak DBKL pun penuh... penuh dengan penender-penender yang berjaya dapat tender "Projek Buang Anak Mei & Jun 2011".


Korang ingat je la posting ni yang aku tagkan dengan tag - "53 Tahun Merdeka". tahun depan antara bulan Mei dengan bulan Jun, dekat dada akhbar akan penuh dengan berita-berita kes-kes buang anak.

Ingat... antara bulan Mei dengan Jun 2011, mana-mana pasangan yang dah lama dah menikah tapi belum dapat anak kena rajin-rajin jenguk tong-tong sampah, tepi-tepi parit, longkang-longkang, pintu-pinyu pagar masjid atau mana-mana tempat sunyi... tangga rumah flat tak terkecuali.

Mungkin ada rezeki korang untuk dapat anak angkat yang mak bapak dia belum bersedia untuk terima kelahirannya.

Hari baik, bulan baik... Hari kemerdekaan yang ke 53 dan juga bulan Ramadhan yang mulia tapi masih ramai lagi anak-anak muda kita yang tak reti-reti bahasa. eh... ni bukan cara yang betul untuk ambik berkat bulan Ramadhan...

Dari jam 12:30 sampai jam 4:00 pagi aku dok meronda Kolumpo, tempat lain semua penuh...


Masjid-masjid dengan Surau-Surau je kosong....

Sunday, August 29, 2010

Karnival Juara Rakyat Dalam Surau

Reactions: 
Yang dekat bawah ni pun tak salah jugak sebab versi UMNO...

Dewa Murujib: BikMama Bagi Tazkirah Tak Tutup Aurat Tak Salah

Reactions: 
Cuba kira berapa ekor betina-betina kufur dok dalam masjid tak tutup aurat... tengok jugak yang duduk bagi "Tazkirah" dekat depan sekali tu macam mana cara dia tutup aurat... ni semua geng-geng UMNO Lakhnat...

Apasal tak bising dalam paper..? orang Islam masuk masjid/surau tak tutup aurat tak salah ke..?

Dasar parti Babi..!

Warga Kelantan & Rakyat Malaysia: Jangan Lupa Pagi Esok..!

Reactions: 

Friday, August 27, 2010

Video Inkues Teoh Beng Hock: Cekik Diri Sendiri...???

Reactions: 
Ketua Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa... dia ni apehal..? isap dadah ke..? cekik diri sendiri..? apekejadahnya..? ni manusia ke beruk..? beruk pun tak macam ni... ni apa benda ni..? eish...

Kepala otak tahap taik babi...

Thursday, August 26, 2010

Doa Lim Guan Eng: Pengakuan Saksi Ditempat Kejadian

Reactions: 
Salam Sahabat semua,

Puasa kini dah masuk fasa ke 2… Marilah kita tingkatkan amalan agar kita dapat menjadi Muslim yang beriman…

Minggu lalu kita semua digemparkan dengan "cerita meloya dari Utusan Meloya " yang ditulis oleh pengarang "jahil " dan diulas oleh pemimpin UMNO yang sama jahil dengan pengarang akhbar tersebut…

Kononnya semasa KHATIB membaca khutbah, nama "Ketua Menteri LIM GUAN ENG " disebut dan ianya telah menggantikan nama AGONG sebagai ketua Agama. Sahabat sahabat semua… Salah seorang Khatib tersebut mempunyai "tauliah PUSAT ISLAM & merupakan Guru Takmir ", boleh mengajar di mana-mana dan adalah seorang yang berkelulusan AL AZHAR. beliau ialah Ustaz Zakaria Hj Ahmad…

Beliau merupakan adik kepada MUFTI PULAU PINANG Dato Hassan Hj Ahmad dan dan Abang kepada Ustaz Idris Hj Ahmad ketua penerangan PAS… seorang lagi Abang beliau Ustaz Salleh Hj Ahmad merupakan Pensyarah di UIA dan merupakan Yang dipertua Persatuan Ulama Malaysia… hebat tu semua ulamak besar belaka.

Setiap kali semasa membaca khutbah kedua atau kuliah beliau ada membaca doa untuk Agong tetapi dalam bahasa Arab… ni yang buat puak UMNO tak faham dan lepas itu beliau mendoakan agar Allah bukakan "hidayah" kepada Ketua Menteri P.Pinang LIM GUAN ENG untuk menerima dan memeluk agama ISLAM dan bukannya mengantikan nama Agong…

Saya dengar sendiri dengan telinga saya… tapi yang sedih POLIS pun di jadikan alat oleh UMNO ni… dah tu pulak MUFTI PERAK pun turut jadi burung kakak tua… sedih betul puak ni… ditambah pula dengan bekas menteri besar kedah Mahzir khalid suruh guna ISA… apa punya bebal puak ni…

Rumusan yang dapat kita buat ialah teramat betullah keputusan TOK GURU NIK ABD AZIZ menolak kerjasama dengan UMNO sebab dalam bulan puasa pun hati mereka masih tebal dengan "hasad"…

Semuga Allah kurniakan kesedaran kepada mereka yang memfitnah ulama sebelum Allah turunkan bala sama seperti PAKISTAN…

Selamat berpuasa.

-JKKK BATU UBAN (DTL) P.PINANG

Royalti Minyak & Gas: Kerajaan Negeri Kelantan Fail Saman Petronas Isnin Ini

Reactions: 
Kerajaan Kelantan akan mengemukakan fail writ saman terhadap Petronas berhubung isu Tuntutan Royalti Minyak Kelantan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta pada hari Isnin, 30hb. Ogos, 2010 ini.

Keputusan itu dicapai dalam meyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kelantan hari ini.

EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Paduka Haji Husam Musa berkata, tindakan undang-undang diambil terhadap Petronas ekoran kegagalannya membayar Royalti Minyak dan Gas kepada Negeri Kelantan seperti yang termaktub dalam perjanjian yang telah ditandatangani oleh ke 2-2 belah pihak.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, juga dijangka akan hadir ke mahkamah pada hari tersebut.

Dato' Paduka Haji Husam Musa berkata demikian kepada wartawan selepas mesyuarat EXCO, di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Beliau turut menyeru rakyat Kelantan serta warga prihatin terhadap tuntutan itu supaya dapat bersama-sama hadir menunjukkan sokongan pada hari tersebut.

Ketika ditanya, beliau memberitahu mesyuarat sebentar tadi hanya membincangkan perkataan-perkataan yang perlu disebut dalam saman terbabit.

Bagaimanapun, jumlah tuntutan tidak dibincangkan dan pihak Kerajaan Negeri Kelantan menyerahkannya kepada mahkamah.

“Kita tak bincang pasal jumlah tuntutan kita, itu terpulang pada mahkamah nanti”, ujarnya.

Satu majlis solat hajat akan diadakan di Masjid Wilayah Pesekutuan, Jalan Duta selepas urusan memfailkan saman tersebut selesai.

Wednesday, August 25, 2010

Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Sains

Reactions: 
Semalam, isu hangat di Facebook ialah mengenai seorang anak Melayu yang menghina puasa di status Facebook beliau serta mendapat sokongan kawan-kawannya yang kononnya moden sangat. Kesian pada budak ni, mungkin dia kurang diberi didikan awal agama oleh ibu bapanya yang kaya harta dunia tetapi terlupa nak hantar anaknya belajar agama.

Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1. Allan Cott, M.D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:
a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).

ebook fast Antara buku tulisan Allan Cott, M.D berkaitan puasa.

2. Dr. Yuri Nikolayev - Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).

3. Alvenia M. Fulton - Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.

5. Elson M. Haas M.D. - Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan - Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.

8. Dr. Muhammad Munib dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.

Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.

-Panji Hitam

Nikah Gantung Selesai Masalah Sosial

Reactions: 
Seumur hidup aku, tak pernah lagi aku nampak cara sekular dapat selesaikan apa-apa masalah. kalau ada yang selesaipun, paling lama setakat setahun... lepas setahun, akan timbul masalah lain. sebab tu ikut mana-manapun, kita kena akur, kita kena yakin bahawa cara Islam 100% lebih baik dan berkesan dalam menyelesaikan apa-apa masalah.

Macam jugak dalam isu buang bayi... yang ni bukan lagi jadi isu, tapi dah jadi "budaya"... "budaya buang bayi"... masuk dalam senarai budaya bangsa Melayu Malaysia. bagi bangsa lain di Malaysia, peratusan kes buang bayi masih terlalu kecik, belum sampai tahap "budaya".

Bulan Ogos tahun ni mencatat "budaya" buang bayi tertinggi untuk tahun ni. yang ni semuanya datang dari "budaya" jugak... "budaya" mengawan anak muda Melayu Malaysia setiap akhir tahun. yang mana buang bayi ni sahih semuanya mengawan akhir tahun lepas... mungkin masa majlis perpisahan sekolah... aku agak la...

Punca utama mengawan, tak lain tak bukan sebab sedih nak berpisah... masing-masing nak bawak diri, sebelum berpisah jauh, masing-masing nak "bukti cinta" dan "buktikan cinta"... standard anak muda kalau bercinta, bila nak "bukti cinta", yang pompuan kena boifren "kasi taruk" dan yang jantan pulak kena "taruk"... ayat standard jantan - "apa bukti u cintakan i..?" dan yang pompuan akan jawab - "demi cinta i pada u, i rela serahkan mahkota i pada u..."... ambik kau..!

Bzzzttt... 2-2 kena karen... lepas tu korang pikir la sendiri...

Benda-benda macam ni memang tak kan jadi kalau mana-mana anak muda yang dah gatal sangat nak mengawan dibagi peluang merasa nikmat berumahtangga secara sah. kasi nikah la... hantaran tak yah tinggi-tinggi... untuk mas kahwin, 1 Dinar baru RM589.

Zaman sekarang ni masalah utama ialah Mak... aku dok rasa kalau belah bapak jarang yang demand rege tinggi-tinggi untuk hantaran sebab standard orang jantan, duit tak berkira sangat, janji masalah setel dengan segera... pakcik-pakcik aku sendiri pun aku dok tengok tiap kali anak dara dia nak menikah selalu dok bertekak dengan makcik-makcik aku pasal hantaran.

Pakcik aku letak murah... Al-Qur'an senaskhah, sejadah sehelai dengan kain sembahyang sepasang... mas kahwin pulak ikut yang Jabatan Agama tetapkan... kalau kata Jabatan Agama letak RM50, itula yang pakcik aku letak... malas nak susahkan orang katanya... sebab orang jantan ni selalu kita pikir jugak susah-senang bakal menantu dia nak carik duit... ya la kan... sama-sama jantan, sama-sama tau la susahnya nak carik duit.

Orang pompuan ni dia tau mintaaak je... suruh kerja sendiri mula la tarik muncung 86 depa... kalau yang memang dah kerja pulak lagi la kerek... lagak tak ingat... maklumlah... dia ingat level dia sama tinggi dengan orang jantan... kang aku suruh kencing berdiri kang baru tau..! hahaha...

Ni dah melalut panjang... balik pada kes asal - "Budaya Buang Bayi".

Sebelum ni, beberapa kepala otak sekular pernah mencadangkan supaya KERAjaan mengajar mata pelajaran seks di sekolah-sekolah demi untuk menangani masalah "Budaya Buang Bayi" yang semakin menular dikalangan anak muda melayu.

Tujuan diajarkan mata pelajaran seks di sekolah-sekolah ialah "kununnya" untuk memberi pendedahan kepada anak muda tentang cara-cara "mengawan" dengan betul... ni idea BANGANG dari kepala otak sekular. betul kata TGNA, ni bukan nak ajar "mengawan" dengan betul... ni nak ajar anak muda "BERZINA" tanpa dapat dikesan oleh mak bapak.

Apa kejadahnya nak ajar anak muda "mengawan" dengan betul..? lembu yang tak sekolah pun tau macam mana nak mengawan... tukang bagi idea ni memang betul-betul simpan taik dalam tengkorak kepala dia... kalau anak muda ni tak reti nak mengawan, apa kejadahnya yang pompuan boleh mengandung..?

Kalau kelas "pendidikan seks" ni diadakan di sekolah-sekolah, kompom ke kes-kes Zina dan seks sebelum nikah dapat dielakkan..? allo brader... mustahil aku tak lempang BikMama kalau aku tau macam mana cara yang betul aku dapat elak dari kena tangkap lol...

Lu dah tau macam mana cara nak elak dari kasik buncit anak pompuan orang, ada kemungkinan tak yang lu dengan awek lu tak akan "mengawan' tiap kali ada kesempatan..? apa lu mati pucuk ke..? apa awek lu datang bulan tiap-tiap hari ke..?

Apa yang setelnya..? idea sekular macam tu cuma dapat elakkan dari anak-anak pompuan korang "termengandung" je... tang maksiat, zina masih boleh jalan beb, kena elok lagi hebat anak-anak muda ni mengawan dari korang laki-bini. tak mustahil sebab dah expert sangat, masing-masing carik keseronokan dengan lain-lain pasangan.

Banyak skill dapat tu beb... ada yang lama, ada yang kejap... pergh... tak lama lagi laku la kitab Kamasutra, gua rasa kalau idea tu direalisasikan, anak-anak muda masing-masing akan jadikan kitab Kamasutra sebagai bahan bacaan terpenting selain dari buku sekolah... Al-Qur'an..? alamak...


Dalam masa beberapa tahun lagi (kalau idea pendidikan seks jalan), Malaysia akan menjadi "Hub AIDS/HIV" yang terbesar di Asia... silap-silap akan jadi Negara Islam yang paling tinggi anak mudanya berpenyakit kelamin... maklumlah, anak muda yang galak ni mesti rajin bertukar pasangan demi memenuhi selera "mengawan"nya yang tinggi... tak yah pakai kondom, pancut luar je...(maaf), kan dalam kelas dah ajar "cara mengawan yang betul"...

Paham..?

Masalah "Budaya Buang Bayi" mungkin akan setel, tapi akan wujud pulak "Budaya Zina". dalam kelas pendidikan seks ada ajar ke "mengawan" sebelum nikah tu hukumnya HARAM..? tobat lahum mesti tak de beb... dalam Sains, mana ada "hukum agama" beb... Sains cuma ajar "Lojik" je... benda yang kita nampak, benda yang kita boleh sentuh, benda yang kita boleh rasa...

Tamat bab 1 - Kelas Pendidikan Seks (Kelas Zina), masuk bab 2 - Sekolah Pelajar Mengandung..?

Idea ni datang dari orang besar Negeri Melaka... pakai lambang Keris Telanjang dan Dacing. 1 masa dulu pembesar dari Melaka jugaklah yang gagal "mengawan" dengan betul sebab masa tu kelas pendidikan seks belum ada... sekarang pun belum ada jugak... mangsa pembesar Negeri Melaka tu 1 masa dulu ialah sorang pelajar bawah umur. Cina yang bela budak pompuan yang jadik mangsa pembesar Negeri Melaka tu dulu sekarang dah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Aku rasa walaupun cina tu bukan Islam, tapi Allah dah tunjukkan kuasa-Nya pada kita dimana ganjaran atas pengorbanan Cina tu membela budak pompuan tu dah Allah tunjukkan atas dunia ni. Cina tersebut akhirnya berjaya dalam kerjayanya melalui pengiktirafan rakyat Malaysia Pulau Pinang dalam Pilihanraya yang lepas.

Terima Kasih Lim Guan Eng dan tahniah atas kejayaan anda. sesungguhnya pengorbanan anda yang lalu sudah terbalas didunia ini dan kami umat Islam mendoakan semoga Cina Lim Guan Eng yang memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang akan diberi hidayah dan dibukakan pintu hatinya seterusnya menerima dan memeluk agama Islam dan beriman kepada Allah s.w.t... amin...

*lepas ni ada la Pemuda UMNO ataupun PERKASA ataupun NGO-NGO pro KERAjaan buat report polis sebab aku mendoakan kesejahteraan Cina Lim Guan Eng ni... DIPERSILAKAN...!!! aku peduli apa..? PENCIPTA aku tak marah pun aku berdoa macam ni...

Lari lak dari bab 2... sambung...

Baik... Sekolah Pelajar Mengandung ni apa..? ni tak lain tak bukan, nak letak tanggungjawab atas kepala orang lain. korang pembesar-pembesar sedap-sedap membelasah daging mentah, kerang rebus dsb, sampai masa sangkut, korang nak letak tanggungjawab atas kepala rakyat..?

Ni tak de lain nak lepas tangan... lepas mengawan, malas nak bertanggungjawab, hantar "sepah-sepah" yang korang dah ratah madunya dekat Sekolah Pelajar Mengandung, rakyat tanggung hasil "nafsu serakah" korang..? macam tu ya..? korang-korang pembesar boleh terus dengan aktiviti "mengawan" dengan pelajar bawah umur macam biasa (macam dulu-dulu) tanpa perlu risau siapa yang akan bertanggungjawab... betul-betul kepala otak Iblis...

Korang nampak tak berapa punya licik geng-geng kepala otak sekular ni..?

Kalau jadi la buat sekolah ni, aku dok rasa majoriti pelajar pompuan akan bersekolah di Sekolah Pelajar Mengandung ni... jantan-jantan dekat luar sana akan terus mengawan dengan lain-lain pompuan yang masih ada madu... lepas ratah, tak yah risau nak hantar dekat mana sepah-sepah... KERAjaan dah standby kasik...!!!

Bab 2 dah tamat... kalau tak paham tolong baca balik... mulakan dengan Bismillahirrahmannirrahim...

Tabung DNA

Bab Tabung DNA ni aku malas nak ulas panjang-panjang... malas nak ulas panjang-panjang sebab benda alah ni berkaitan dengan tugas Hospital dan jugak mahkamah...

Beb... Hospital Malaysia ni boleh percaya ke..? mahkamah Malaysia boleh percaya ke beb..? korang rasa kalau result DNA bayi yang kena buang tu sama sifatnya dengan DNA pembesar UMNO, Hospital nak declare ke..? mahkamah Malaysia ni mahkamah rakyat ke mahkamah UMNO/BN..? hahaha...

Kalau tabung DNA ni diwujudkan, korang rasa ada kemungkinan tak Hospital nak keluarkan result DNA anak yang lahir dari perut budak pompuan yang Cina Lim Guan Eng bela tu sama dengan DNA sape..? korang rasa berani tak Rahim Thamby Chik bagi DNA dia dekat Hospital..?

Hahaha..! macam best jugak Tabung DNA ni kan..? tapi setel ke masalah Zina..? angguk lu la...

Orait... skarang kita sembang pasal idea Ketua dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan - Nikah Gantung.

Nikah gantung..? budak sekolah kalau dah gatal sangat, nikahkan terus dengan pasangan masing-masing... yang mana dah dapat sijil menikah, boleh terus masuk kursus "Pelajaran Seks"... mata pelajaran seks hanya sesuai diajar pada golongan ini. tujuannya ialah supaya golongan ni dapat merancang keluarga masing-masing. kalau masih belajar dan minat nak pergi lebih jauh, ilmu dari mata pelajaran seks boleh dipraktikkan dengan jayanya.

Kalau rasa tak mampu nak tanggung anak, tak payah segan-segan dah nak beli pil perancang atau dapatkan suntikan perancang atau nak beli kondom... bawak sijil/kad nikah je masa nak beli barang-barang tu semua... boleh tayang tinggi-tinggi dekat kaunter 7-eleven - gua dah nikah maaa..! setang nangis guling-guling masa gua nikah maaa... malam jumaat gua dapat pahala sunat maaa..!

Banyak kelebihan tu... zina..? oi..! mana ada zina-zina dah masa tu... masing-masing dah menikah... tak paham-paham lagi ke..?

Mak bapak pun tak yah nak pening-pening kepala lagi dok pikir mana anak pompuan pegi... dah sah-sah dia pegi seronok-seronok dengan laki dia. darah muda wei... mesti nak berkepit je manjang... pasangan-pasangan muda ni kalau dibagi nikah awal-awal aku ingat lagi rajin gi sekolah la... study sama-sama, makan sama-sama, semua buat sama-sama... aku dok rasa kalau Malaysia praktik dan bagi pelepasan untuk pasangan-psangan ni menikah awal, graf pelajar cemerlang pun makin meningkat la...

Silap-silap gaya, pasangan muda yang dah menikah ni yang jadi best student... yang ni tak mustahil beb... perkara yang baik kalau kita buat, insya-Allah yakinlah akan Allah balas dengan berbagai lagi kebaikan untuk kita... yakinlah beb...

Lagi 1 beb... kalau korang ada anak pompuan, korang nak anak pompuan korang terlibat dengan zina ke korang nak anak pompuan korang nikah cepat-cepat supaya kepala otak korang tak serabut tengok dia dok kehulu kehilir dengan jantan..?


Tak yah fikir la bab nikah muda tak kekal lama sebab pengalaman tak cukup... yang tu kita serah je dekat Allah... ingat beb, jodoh dan ajal ditangan Allah. eh... tok nenek kita dulu nikah masa umur dorang berapa belas tahun ek..? zaman dulu kritikal sangat ke kes cerai-berai berbanding dengan sekarang..? aku rasa zaman sekarang lagi teruk beb...

Korang ingat KERAjaan nak lulus ke usul yang best dan Islamik macam ni..?

Tuesday, August 24, 2010

Khianat Surau: 4 Remaja Ditahan...

Reactions: 
Laporan terkini akhbar The Star menyatakan 4 orang suspek telah ditangkap berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian, Seremban. 4 orang remaja berumur antara 16 ke 18 tahun sebelum itu telah dimarahi oleh AJK Surau kerana bermain mercun berhampiran surau.

Hahaha..! nak tuduh sape..? Cina..? India..?

Oih... ade ke Cina main mercun bulan Ramadhan..?

Oih... ade ke India main mercun sempena bulan Ramadhan..?

Sah-sah anak MeLAYU la tu..! kalau yang jenis tak reti bahasa tak hormat agama ni MeLAYU dari pemerintahan mana..? Dah tentu la UMNO..!

Bapak borek, anak rintik..!

Peeegidah..! aku nak tengok respon puak-puak UMNO macam mana...

National Geographic: Crime Scene Bangkok - Dr.Pornthip Rojanasunand

Reactions: 
Beb... National Geographic boleh buat rancangan khas pasal Dr.Pornthip... mahkamah Malaysia pulak macam bangang... memang dasar Zionis..!

"Kununnya" Malaysia Sebuah Negara Islam... Tapi...

Reactions: 
Surau Taman Pulai Impian, Sikamat dekat sini disimbah dengan cat merah dan dibaling dengan botol arak hari ini.

Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail berkata, kejadian itu disedari oleh jemaah surau semasa solat subuh pagi ini dan memaklumkan kepadanya.

"Kejadian ini saya rasa berlaku antara 3.30 pagi dan 4 pagi dan saya telah membuat laporan polis secara rasmi,” katanya kepada Bernama.

Mohd Hasbi berkata, selain empat botol arak dibaling di hadapan bangunan surau, terdapat kesan cat warna merah di dinding, lantai dan pintu cermin bahagian kanan surau.

"Saya rasa amat sedih dan kesal atas kejadian yang berlaku kerana mencemari rumah ibadat orang Islam dan kesucian bulan Ramadan,” katanya.

Surau yang tidak berpagar itu baru digunakan pada 24 Julai lepas.

"Saya anggap ini adalah satu perbuatan khianat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu apakah motif sebenar mereka yang melakukan kerja ini dan berharap pihak polis akan menyiasat sehingga tertangkapnya mereka yang terlibat dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.
Aku tak nak ulas panjang-panjang hal ni... malas jugak nak tuduh mana-mana pihak dalam hal ni... cuma nak sebut sikit hal yang sepatutnya berlaku dan ianya dapat mengelakkan dari perkara-perkara (sabotaj) macam ni berlaku di mana-mana rumah ibadat kita...

Benda paling mudah ialah - imarahkan masjid-masjid dan surau-sirau setiap masa. kalau setiap masa surau-surau atau masjid-masjid diisi dengan umat Islam yang sentiasa meluangkan masa di surau-surau dan masjid-masjid untuk beribadah, perkara macam ni agak susah nak berlaku... kalau berlaku pun, tak payah pening-pening nak cari siapa punya angkara.

Kenapa dekat Kelantan benda macam ni tak pernah berlaku..? sebabnya... surau-surau dan masjid-masjid di Kelantan sentiasa berpenghuni... tak macam tempat lain... boleh paham..?

Pembinaan surau-surau atau masjid-masjid bukan untuk bermegah-megah menunjukkan "keislaman" sesiapa... surau-surau dan masjid-masjid ialah tempat untuk umat Islam beribadah... jadi... imarahkan rumah-rumah Allah dengan aktiviti ibadah...

"Kununnya" Negara Malaysia ialah sebuah Negara Islam, agama rasminya ialah agama Islam dan majoriti penduduknya beragama Islam... Tapi...

Kenapa surau-surau dan masjid-masjid kepunyaan orang Islam paling sunyi diantara rumah-rumah ibadat di Malaysia..?

Fikir...

Monday, August 23, 2010

110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010

Reactions: 
Alhamdulillah, pelancaran buku "110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010" telah berjaya disempurnakan oleh YB.Dr.Mohd Fadzli Dato' Hassan, Ahli EXCO Kerajaan Negeri Kelantan pada pagi Jumaat (20hb. Ogos, 2010) yang lepas. Sebanyak lebih 600 naskhah buku terjual pada hari pelancaran.

Untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh memasukkan bayaran sebanyak RM10 ke akaun Bank Islam (BIMB) 03036020043360 atas nama Ahmad Fadhli bin Shaari.

Belanja pos ialah sebanyak RM3 (Semenanjung Malaysia) dan RM5 (Sabah & Sarawak).

Selepas bank in sila email ke ahmadfadhli80@yahoo.com atau sms ke nombor +6019 907 0868.

Sekian, terima kasih.

Ahmad Fadhli bin Shaari
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan

Buang Bayi: Ini Penyelesaian Yang Paling Tepat..!

Reactions: 
Alhamdulillah...

Lepas berpuasa selama 13 hari, akhirnya kunyit dan sawang yang berserabut dalam minda Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat akhirnya terhakis... berkat Ramadhan... aku harap lepas ni akan ada lagi idea-idea 1st. class dari Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS macam idea yang ni... kalau beterusan, PRU-13 nanti kita tak payah nak risau.

Idea pihak lain semua idea cap ayam... tabung DNA..? sekolah hamil..? apa benda semua tu..? ada tabung DNA, tapi kepakaran tak de buat apa..? bagi aku tabung DNA tu buat semak boleh la... dengan adanya tabung DNA, akan ada banyak pihak yang akan jadi "kambing hitam"...

Tak silap aku antara yang memula lontar idea Tabung DNA ni geng aku sendiri Aduka Taruna... idea tu tak best langsung selagi Malaysia masih dibawah KERAjaan UMNO/BN...

Tak mustahil ianya akan dimanipulasi... kejap lagi Pak-Pak Menteri dan anak-anak menteri UMNO/BN sedap-sedap makan daging mentah sampai dapat hasil, yang kena tangkap nanti dah tentu bla bla bla bla bla... alah tak yah sebut la... game macam ni dah lama dah... tak kan korang tak tau...

Zaman Rahim Thamby Chik dulupun sape yang jadik "kambing itam"..? tukang menjatnya sape..? yang kena tangkap sape..? kira tu zaman kuno beb... masuk zaman moden, macam-macam lagi KERAjaan boleh bikin beb... korang percaya sangat ke "sistem keadilan/mahkamah" dekat Malaysia ni..? blah la..!

Dah balik pada asal... Penyelesaian kepada masalah buang bayi:
Pemuda PAS promosi ‘nikah gantung’ atasi masalah buang bayi

Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah “gantung” — pasangan yang berkahwin tidak perlu tinggal bersama jika masih tidak mampu — sebagai salah satu cara mengatasi masalah membuang bayi.

“Nikah khitbah atau nikah gantung ini kita anggap dapat selesaikan masalah sosial.

“Ia sama macam nikah biasa cuma pasangan tidak tinggal bersama selepas nikah atas sebab tertentu seperti tidak mampu atau masih belajar,” kata Ketuanya Nasrudin Hassan Al-Tantawi di sini.

Beliau menambah menariknya bagi mereka yang telah bernikah gantung ini ialah tidak perlu risau setelah terlanjur kerana sudah pun bernikah.

“Mereka boleh bergaul secara halal dan kalau mengandung pun tidak akan panik lalu membuang bayi,” kata beliau merujuk kepada masalah pembuangan bayi yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun beliau berkata, nikah “gantung” ini dianjurkan untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas atau pelajar universiti dan bukannya seperti cadangan perkahwinan bawah umur yang dianjurkan Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

Kes buang bayi dan masalah kehamilan luar nikah di kalangan pelajar semakin menjadi sehingga membuatkan pelbagai pihak memberikan pandangan bagi mengatasi masalah ini.

Kerajaan Negeri Melaka telah membenarkan perkahwinan awal bagi remaja bawah umur yang berkemampuan berkahwin serta menubuhkan sebuah sekolah khas untuk pelajar hamil.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merumuskan bahawa lebih 80 peratus mereka yang didakwa terlibat dalam kes pembuangan bayi terdiri daripada orang Melayu.

Malah 13 dari 65 kes sepanjang tahun ini telah pun masuk proses pendakwaan di mahkamah dan semua yang tertuduh adalah orang Melayu.

Sebanyak 67 kes direkodkan pada 2005, dan disusuli 83 kes pada tahun berikutnya, 76 (2007), 102 (2008) dan 79 (2009).

Selain itu Dewan Pemuda PAS juga mencadangkan agar kerajaan pusat menubuhkan segera Suruhanjaya Sosial Negara bagi menangani masalah kebejatan sosial di kalangan golongan negara ini.

Nasrudin berkata peranan suruhanjaya ini adalah selaras dengan perjuangan PAS iaitu mencegah kemungkaran dan gunakan cara Islam sebagai jalan penyelesaian.

“Suruhanjaya ini adalah untuk menangani perkara-perkara yang melibatkan penyakit sosial seperti dadah, jenayah, keruntuhan akhlak, masalah remaja, serta media massa yang sebahagiannya tidak bertanggungjawab menyiarkan cerita tidak sopan yang membawa kepada gejala sosial,” katanya.

Dewan Pemuda itu juga meminta kerajaan menilai penggunaan perundangan syariah sebagai alternatif usaha membanteras masalah sosial ini.

Nasrudin berkata perundangan syariah ini menggunakan kaedah menyeluruh dari segi pendidikan, kawalan pencegahan dan perlaksanaan, bukannya hanya tertumpu dari sudut hukuman semata-mata dan tidak memaksa penganut agama lain.

“Undang-undang dan peraturan syariah bukan semata-mata terhenti ke atas hukuman.

“Ia terlibat dalam kawalan, pencegahan dan sebagainya. Bagi bukan Muslim, kita serahkan kepada undang-undang agama mereka jika ada dan jika mereka nak ikut, tiada masalah,” ujar beliau.

Menurut Nasrudin PAS, akan bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain bagi mengadakan Konvensyen Sosial Negara pada November ini bagi mengeluarkan satu deklarasi mengenai masalah sosial di kalangan muda negara ini.

Hari Kebangsaan & Jalur Gemilang...

Reactions: 
Jalur Gemilang...???

Ingat balik 15 tahun lepas, tiap kali masuk bulan kemerdekaan... kalau pergi dekat kedai-kedai runcit, pasaraya, pasar malam, gedung beli-belah, kaki-kaki lima, pasar basah atau mana-mana pusat perniagaan, memang senang sangat nak dapatkan Jalur Gemilang. lewat sikit - sold-out..!

Meriahnya bulan kemerdekaan cukupcukup terasa 15 tahun lepas.

Kalau dekat jalanraya atau lebuhraya pulak, jarang nak jumpa kenderaan yang tak diletakkan Jalur Gemilang. beb... basikal budak-budak kampung pun penuh dengan bendera beb... mat rempit pun merempit dengan motor kering yang dekat belakangnya ada Jalur Gemilang.

15 tahun lepas, Kerajaan tak payah susah-susah nak berkempen mintak rakyat kibarkan Jalur Gemilang. kalau dekat teksi, tak kurang dari 5 Jalur Gemilang bersusun dekat cermin depan, masuk dalam teksi lepas bayar, dapat pulak 1 Jalur Gemilang hadiah dari pemandu teksi.

Itu cerita 15 tahun dulu... 15 tahun dulu jugak aku ingat lagi ada sorang warga emas dekat Terengganu, tiap-tiap tahun dia akan cat rumah dia dengan Jalur Gemilang tanda semangat kemerdekaan.

Hari ni..?

KERAjaan pulak terpaksa habiskan duit yang banyak untuk ajak rakyat kibar Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan. sebab apa jadi macam ni..?

Nampak dipihak KERAjaan Pusat hari ni bukan main bersusah payah adakan macam-macam kempen supaya rakyat bersikap patriotik. belanjanya bukan sikit. tak payah kira berapa sebab kita sedia tau memang besar jumlahnya.

Pada aku, rakyat Malaysia hari ni bukan tak patriotik terhadap Negara Malaysia yang tercinta, malah sikap patriotik tu semakin hari semakin menebal dari hari ke hari. tapi lambang patriotik tu bukan lagi dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Ini tanda protes... majoriti rakyat sudah bosan dengan KERAjaan yang ada hari ini yang kerjanya setiap masa hanya menipu, membohong, memperbodoh dan membangangkan rakyat semata-mata. apa bagusnya KERAjaan Pusat sekarang..?

Bukan tak bangga jadi warganegara Malaysia, tapi segan... segan dengan KERAjaan yang ada sekarang. kita bangga jadi rakyat Malaysia tapi kita tak bangga dengan KERAjaan yang memerintah Malaysia.

Entri ni aku biarkan tergantung... korang fikir sendiri kenapa...

Saturday, August 21, 2010

Pengetua Rasis: Kenyataan Media SABM

Reactions: 
SABM (Saya Anak Bangsa Malaysia) Menutuk Komen Rasis Oleh Pengetua Sekolah

1. Kami berasa marah terhadap kenyataan rasis yang disyaki telah dikeluarkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra di Kulai, Johor.

2. Kami terperanjat dan kesal bahawa kenyataan penuh bisa seperti itu, telah keluar dari mulut seorang pendidik yang digalaskan tanggungjawab untuk membentuk perwatakan serta peribadi Anak – Anak Bangsa Malaysia. Apa yang lebih menyedihkan adalah kenyataan tersebut dibuat oleh Pengetua bagi sebuah sekolah yang menggunakan nama Bapa Malaysia!

3. Kami berasa sedih bahawa kenyataan tersebut, jika terbukti benar, bercanggah dengan prinsip-prinsip Rukunegara yang telah di lafazkan oleh generasi demi generasi pelajar sekolah sejak 40 tahun dahulu.

4. Kami mengutuk tindak balas awal Kementerian Pendidikan yang kelihatan amat bersahaja dan tidak mengambil kira perasaan dan sensitiviti masyarakat, di mana Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa kejadian tersebut hanyalah satu 'salah faham' yang timbul akibat 'masalah komunikasi'.

5. Kami mengambil maklum, setelah reaksi serta tindak balas oleh masyarakat umum, pihak Kementerian telah mewujudkan Jawatankuasa Khas untuk menyiasat kejadian tersebut

6. Kami mengalu-alukan langlah ini dan berharap Jawatankuasa Khas tersebut akan menjalankan siasatan yang adil, telus serta terperinci dan laporan jawatankuasa tersebut boleh diteliti oleh pihak awam. Kami menyeru pihak Kerajaan untuk mengambil tindakan segera bagi melaksanakan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas tersebut.

7. Kami menyeru setiap warganegara Malaysia untuk menyampaikan pesanan yang jelas bahawa kita sebagai masyarakat yang sivil dan bertamadun, tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk diskriminasi perkauman yang dilihat agak ketara sejak kebelakangan ini.

Saya Anak Bangsa Malaysia [SABM]
Kuala Lumpur
20 Ogos 2010

UMNO Terengganu Pun Sewel Jugak La...

Reactions: 
Ahlan "WASAHLAM" Ya "RAMADAHAN"..?

"WASAHLAM"...???

"RAMADAHAN"...???

Ni la jadiknya kalau terlebih "Islam" dari Islam...

UMNO selama-lamanya BENGONG..!

Blog Dalam Proses Kemaskini...

Reactions: 
Geng... blog ni masih dalam proses kemaskini... mana-mana link blog korang yang terhilang tu gua mintak mahap banyak-banyak... mintak tolong tinggal link masing-masing dekat ruangan komen...

Tak yah gatal-gatal nak tinggal link mengarut... sape tinggal link mengarut - SAH anak babi...

Ramadhan....

Reactions: 

Nama LGE Dalam Khutbah Jumaat: Apa Nak Heran..?

Reactions: 
Dah bising pulak "kunun-kununnya" nama Lim Guan Eng disebut dalam doa lepas khutbah jumaat... yang dok bising-bising tu tak lain tak bukan puak-puak UMNO. masjid mana tak disebut, imam mana tak dibagi nama, cuma disebut - dapat laporan yang mengatakan bla bla bla...

Puak-puak dan juak-juak penyokong UMNO/BN bukan main lagi buta-buta percaya. yang tukang percaya tu pulak, tak de sekor pun dapat nak sebut dalam masjid mana dan imam mana yang buat kerja ni. semua dok sebut - ada maklumat dari sumber yang sahih...

Sumber yang sahih tu tak de pulak bagi bukti yang sahih... macam biasa, tukang kena tuduh kena siasat sendiri benda tu berlaku ke tidak. inikan negara gila, apa nak heran..?

Paling best aku dok tengok, puak-puak UMNO/BN yang mati-mati percaya benda tu berlaku... siap geleng-geleng kepala sambil-sambil dok sebut - "Masya-Allah... apa nak jadi ni..."... punyalah "warak"...

Media Perdana kompom akan main isu ni sampai korang mati. tapi 1 je yang aku heran... dekat masjid yang peristiwa ni berlaku, tak kan tak de sorang pun orang UMNO yang jadi saksi dan ada dekat situ masa kejadian..?

Eh... puak-puak UMNO pergi sembahyang jumaat ke..?

Tak koootttt..! dah la tak pergi sembahyang jumaat, buat fitnah pulak tu... ish ish ish... Lim Guan Eng tak bagi MeLAYU ulau Pinang sembahyang jumaat kooottt..!

Buduh punya UMNO..!

Tahniah UMNO Bahagian Jelutong... Hidup MeLAYU...!!!

Reactions: 
Majlis "SABUTAN" Ramadzan Al-"MURABAK"...

Errr... "SABUTAN" tu apa...???

Urgh... "MURABAK" tu apa...???

UMNO...??? PPSMI...???

Ni la jadiknya kalau terlebih MeLAYU dari Melayu..!

Buduh..!

Friday, August 20, 2010

Teks Ucapan YAB TGNA Di Hari Perasmian Hududullah 2010

Reactions: 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

-النور : 1

Yang bermaksud : Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

Terima kasih saudara pengerusi majlis Yang Berhormat Dato’ Haji Nasaruddin bin Haji Daud - Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berusaha Dato Haji Mohd Azamli bin Jamaluddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Para pembentang kertas kerja, Dif-dif kehormat, Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi lafaz syukur kita rakamkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, dapat kita bersama-sama berada di dalam Majlis perasmian sambutan Hari Hududulullah negeri Kelantan darul naim untuk kali ini. Tahniah saya ucapkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan di atas penganjuran sambutan ini. Saya difahamkan majlis ini telah didahului dengan seminar Hukum Sebat di Dalam Islam yang telah bermula semenjak pagi tadi. Sekali lagi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur. Saya mulakan dengan serangkap pantun :
Papan tualang mari diukir,
buat penyeri si kayu jati,
siang malam hidup berzikir,
hidup bersendi kehendak rabbi.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Undang-undang hudud merupakan salah satu daripada undang-undang yang difardhukan oleh Allah SWT. Sebagaimana kita wajib bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat, begitu jugalah wajib untuk kita menegakkan tuntutan melaksanakan undang-undang yang disediakan oleh Allah SWT. Jika kita boleh menerima bahawa di sekolah ada undang-undangnya di mana pelajar perlu mematuhi arahan guru dan pentadbir. Di pejabat ada undang-undangnya di mana pekerja perlu mematuhi arahan majikannya. Di dalam negara ada undang-undangnya di mana rakyat diminta taat patuh kepada pemimpinnya. Maka adakah manusia hidup di dunia Allah ini, tidak dikenakan undang-undang? Sudah tentu lebih daripada itu kerana hidup ini satu urusan yang terlalu sulit dan compilcated sehinggakan di luar daripada kemampuan manusia menguasainya. Siapakah yang berhak menentukan undang-undang hidup di dunia selain daripada pencipta dunia sendiri iaitu Allah SWT? Inilah yang disebut di dalam firmanNya :

إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ يَقُصُّ الْحَقَّ وَهُوَ خَيْرُ الْفَاصِلِينَ – سورة الأنعام : 57

Yang bermaksud : Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Dia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.

وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا – سورة الأنعام : 115

Kebenaran itu milik Allah, keadilan juga milik Allah SWT.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Saya dimaklumkan dalam seminar yang diadakan pagi tadi bukan sekadar kertas kerja ada demonstrasi hukuman sebat di dalam Islam. Saya yakin tuan-tuan sekalian telah mendapat pendedahan dan maklumat yang banyak daripada seminar tersebut. Perlulah diingatkan bahawa hukuman sebat merupakan hukuman yang diturunkan oleh Allah SWT. Ayat yang saya bacakan di awal ucapaan tadi merupakan permulaan surah an-Nur. An-Nur memberi makna cahaya. Cahaya matahari, bulan, bintang diperlukan untuk fizikal. Cahaya al-Quran dan al-Sunnah diperlukan untuk rohani manusia :

يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ – الحديد : 12

Yang bermaksud : (yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bergerak dengan cepat di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (Dikatakan kepada meraka): "Pada hari Ini ada berita gembira untukmu.

Adapun surah an-Nur itu tadi dimulakan dengan :

سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Yang bermaksud : "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat wahai manusia.

Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menggunakan perkataan أَنْزَلْنَاهَا bermaksud Kami turunkan diikuti dengan فَرَضْنَاهَا bermaksud wajibkan hukum-hukumnya dan setusnya أَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍلَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ iaitu Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata. Ketiga-tiga ini dinyatakan secara berturutan dan beriringan. Walaupun kita semua sudah maklum bahawa al-Quran memang diturunkan oleh Allah SWT, dan memang difardhukan hukum-hukumnya oleh Allah SWT dan diturunkan ayat-ayatnya dengan terang dan jelas juga oleh Allah SWT. Bagaimanapun apabila ketiga-tiganya dinyatakan secara berturutan di dalam satu ayat, ia merupakan satu isyarat bahawa betapa seriusnya perintah yang akan dinyatakan selepasnya. Perintah itu ialah hukuman sebat yang merupakan salah satu daripada hukuman hudud. Justeru, diakhirkan ayat tersebut dengan perintah yang bermaksud supaya kamu benar-benar beringat. Beringat ertinya sentiasa pada setiap masa kita hendaklah mengambil ingatan bahawa perintah-perintah yang mengandungi hukuman-hukuman tersebut telah ditetapkan oleh Allah SWT dan akan disoal olehNya di padang Mahsyar kelak.

ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ

Allah SWT berfirman selepas ayat 1 Surah an-Nur tersebut :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ – النور أية 2

Yang bermaksud : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Hudud bukanlah berarti hukuman sebat dan potong tangan semata-mata. Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud. Hakikatnya hudud bermakna batasan. Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududullah. Al-Quran menyebut perkataan hudud bukan sahaja di dalam bab jenayah, tetapi dalam masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai. Allah SWT berfirman :

وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آَتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلَّا أَنْ يَخَافَا أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ – سورة البقرة أبة 229

Yang bermaksud : Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri ) takut tidak dapat menegakkan hudud Allah yakni aturan-aturan hukum Allah.

Di dalam masalah pembahagian harta pusaka, turut disebut perkataan hudud. Firman Allah SWT :

فَإِنْ كَانُوا أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ وَصِيَّةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ (12) تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ... –سورة النساء أية 12-13

Yang bermaksud : Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). Ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. Itulah hudud (batas-batas Syariat) Allah.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Hari ini negara sedang berada pada keadaan yang sangat memalukan. Kita sering kedengaran berlaku rasuah, penyelewengan dan pecah amanah semakin meningkat. Peningkatan gejala sosial pula kini sampai ke tahap sangat-sangat membimbangkan, ditambah lagi dengan purata setiap 16 minit satu kes kecurian di negara kita. Kes-kes buang bayi pula semakin membimbangkan di mana ia meningkat 154%, dengan 54 kes dari Januari hingga kini, berbanding hanya 42 kes pada tempoh yang sama tahun lalu. Begitu juga dengan peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain.

Kenapakah undang-undang yang ada tidak mampu membendung masalah inni? Tidak lain hanyalah kerana undang-undang yang ada tiada kemampuan untuk pencegahan. Undang-unadang yang dicadang oleh Allah SWT itulah yang merupakan satu pencegahan. Firman Allah SWT :

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ – سورة المائدة: 38

Yang bermaksud : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Kita di Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam sudah lama menyedari hakikat ini. Di antara maksud Membangun Bersama islam ialah :

1) Mendidik, mentarbiah qalbu manusia supaya bertaqwa kepada Allah SWT sejak kecil-kecil lagi sampai ke peringkat remaja dan terus kepada meningkat dewasa.

Bayi di atas riba diperdengarkan bismillahir Rahmanir Rahim setiap kali susuan dilakukan. Yang terbaik lagi ibu perlu berwudhuk sebelum susuan dilakukan. Nama Allah, nama al-Rahman, nama al-Rahim, adalah suntikan ajaib untuk mengukir berkat dan qudus ke atas qalbu bayi yang baru mengenali alam dunia. Tidak ada doktor, tidak ada alat canggih yang boleh mengesan seni Asmaul Husna ke atas qalbu bayi.

2) Bila anak memasuki alam persekolahan, guru pula mencambah, membajai benih-benih yang telah ditabur oleh golongan ibu di rumah tadi. Dan bila mereka melepasi alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, menjadi rakyat, bergerak dalam semua bidang hidup, pihak kerajaan pula menyambung, membimbing, dan melaksana segala benih yang ditabur di rumah, dan di sekolah, supaya ianya berubah dan mendatangkan hasil yang memenuhi kehendak : iman dan taqwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ – سورة الأعراف، أية 96

Yang bermaksud : Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Adalah mendukacitakan sangat-sangat kerana kita yang pandai-pandai menolak pencegahan daripada Allah SWT. Bagaimana rakyat mahu menjaga batas sekiranya kerajaan yang berkuasa sendiri tidak mempedulikan batas hududullah sendiri? Bila kerajaan melanggar hudud Allah, dengan sendirinya rakyat hidup tanpa batas. Di sana sini berlaku pelanggaran terhadap hudud Allah SWT dengan sewenang-wenangnya.

Tersebarnya gambar-gambar dan video yang merosakkan melalui media massa maupun internet dan disaksikan oleh anak-anak muda kita setiap hari semakin mendekatkan mereka kepada gejala keruntuhan moral dan akhlak. Lantas dengan kudrat yang ada, kekangan undang-undang dan kewangan, kita di Kelantan telah melakukan setakat yang termampu untuk meletakkan Islam sebagai syariah yang memerintah bukannya diperintah. Lahirlah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan pada tahun 1993 hasil sumbangan idea dan garapan beberapa tokoh undang-undang yang terkenal seperti Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmud Saidun Awang Osman dan beberapa nama-nama yang lain. Namun, sekeping surat bertarikh 8 Jun 1994 daripada Perdana Menteri Malaysia pada masa itu kepada Menteri Besar Kelantan telah menghalang hasrat murni kerajaan negeri Kelantan ini.

Kita tidak pernah berputus asa. Apa yang mampu untuk kita laksanakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan dilaksanakan. Kita membataskan penjualan arak, mengharamkan riba, melarang acara tari-menari di majlis-majlis keramaian, menguatkuasakan larangan menghidangkan minuman alkohol di hotel-hotel dan banyak lagi perubahan yang telah kita perkenalkan yang kesemuanya bersumberkan dari ajaran al-Quran.

Untuk memastikan kewajipan menutup aurat terlaksana, kita mewajibkan mana-mana papan iklan hanya menayangkan gambar yang menutup aurat, kita juga mewajibkan para peniaga beragama Islam di premis-premis perniagaan berpakaian menutup aurat selain turut mewajibkan kakitangan kerajaan yang beragama Islam menutup aurat dengan sempurna. Manakala bagi yang tidak beragama Islam, kita pohon supaya dapat berpakaian dengan baik dan sopan. Semua ini bagi memastikan suasana sekitar tidak tercemar dengan amalan pendedahan aurat yang menyebabkan berlakunya seks bebas dan zina. Apa yang mampu kita lakukan mengikut bidang kuasa kerajaan negeri sudah kita laksanakan. Selebihnya terletak pada bahu kerajaan pusat kerana kita menghormati konsep federalisme. Tepuk dada tanya iman.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak JAHEIK di atas kejayaan menganjurkan sambutan hari hududullah pada tahun ini. Semoga dengan penganjuran ini, kita sentiasa mengingatkan rakyat Kelantan khususnya bahawa kewajipan melaksanakan dan menjaga undang-undang Allah SWT sentiasa terpikul setiap masa. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran di sisi Allah SWT :

أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wednesday, August 18, 2010

Dapatkan Dinar & Dirham Anda Segera..!

Reactions: 
Lepas je Dinar Emas & Dirham Perak Kelantan dilancarkan tanggal 2hb. Ramadhan, 1431 bersamaan dengan 12hb. Ogos, 2010, enpon aku tak berenti-renti berkokok... sms masuk mengalahkan aku ada hutang dengan Along Ceti haram... 90% dari panggilan dan sms yang masuk dok bertanya dari mana boleh dapatkan Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan.

Jadi hari ni aku nak bagitau dekat mereka-mereka yang berminat untuk dapatkan Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan dekat mana korang boleh dapatkan 2-2 matawang Syariah tu.
Bagi yang duduk di Kelantan, boleh dapatkan di kedai Ar-Rahnu dan bagi yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor, boleh dapatkan di Nubex.

Macamana nak cari Nubex..? rujuk dekat Website Nubex disini. alamat dan cara nak hubungi Nubex:

Alamat:
C-510, Centre Wing,
Metropolitan Square,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

Email: info@nubex.com.my

Phone : +6(03)-7729 9640/04

Fax : +6(03)-7729 9940

Mekasih...

Tuesday, August 17, 2010

1Malaysia Kepala Abah Lu La Najib..!

Reactions: 
Kerajaan didesak bertindak ke atas seorang pengetua sekolah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman yang menghina pelajar Cina dan India pada satu majlis anjuran sekolah tersebut di Kulai, Johor.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataanya berkata, tindakan disiplin yang paling keras perlu dikenakan terhadap pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kata-kata itu.

Lim berkata tindakan perlu diambil terhadap Siti Inshah memandangkan tindakannya itu bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipelopori perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Siti Inshah sanggup mengeluarkan kata-kata yang begitu menghina, menyinggung dan rasis itu dalam satu majlis untuk melancarkan sambutan Hari Kebangsaan sekolah tersebut.

Ironinya, tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah '1Malaysia Menjana Transformasi,' kata Lim lagi.

Menurut beberapa laporan polis yang disebarkan di dalam talian, Siti Inshah didawak mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos lalu ketika mengulas mengenai masalah disiplin pelajar.

Didakwa, beliau menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.

Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Lim berkata, insiden tersebut membangkitkan semula ingatannya kepada kenyataan menghina yang dibuat oleh bekas ketua bahagian Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail dan juga oleh bekas pegawai khas perdana menteri Datuk Nasir Safar.

Dinsman: Wajah Kota Bharu & Kelantan Akan Segera Bertukar...

Reactions: 
Keluar dari Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC) tengahari Khamis 2hb. Ramadhan 1431 (bersamaan dengan 12hb. Ogos, 2010), saya seperti melihat wajah Kota Bharu dan Kelantan yang berbeza sekali. Wajah yang sama sekali baru. Sebuah "Financial Hub" (Hub Kewangan) baru yang bertaraf dunia, berasaskan Dinar dan Dirham Kelantan, sedang bermula disini.

Hah, apakah saya berimajinasi keterlaluan? Saya tak pasti, tapi itulah yang bermain di kepala saya, selepas mendengar ucapan-ucapan dari pelbagai pihak, termasuk beberapa orang dari luar negara, dalam majlis pelancaran Dinar dan Dirham Kelantan itu.

Memang Kota Bharu (dan juga Gua Musang) sekarang pun sedang bertukar wajah fizikalnya disebabkan oleh projek-projek pembinaan yang sedang berjalan disana-sini. Rasanya dalam tempoh 20 tahun PAS mentadbir Kelantan sejak tahun 1990 belum pernah Negeri ini mengalami pembangunan fizikal seperti hari ini.
Namun saya membayangkan perubahan yang lain. Saya membayangkan perubahan yang di luar dugaan dan jangkaan sesiapa pun. Ramai orang akan terkejut dengan peristiwa yang tak dijangka ini. Dinar Emas dan Dirham Perak yang dikeluarkan oleh Kelantan, yang baru tadi dilancarkan oleh Menteri Besar Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, dengan disaksikan oleh wakil-wakil dari beberapa Negara Luar seperti Sepanyol, Jerman, Switzerland, Dubai, Indonesia (Acheh) dan Filipina (Sulu) akan segera menarik perhatian dan kepercayaan ummah dari seluruh dunia dan akan segera mengubah wajah Kota Bharu dan Kelantan.

Kota Bharu dan Kelantan selepas 2hb. Ramadhan, 1431 tidak akan sama lagi dengan yang sebelumnya. Sama sekali berbeza. Dan saya fikir proses perubahan ini tidak akan mengambil waktu yang lama. Inilah dia, Kelantan akan benar-benar mengubah Malaysia!

Sewaktu melangkah masuk ke dewan konvensyen KTC paginya, untuk menyaksikan perasmian pelancaran Dinar dan Dirham tersebut, saya sama sekali tidak menjangka bahawa apa yang akan disaksikan di situ adalah sedemikian hebatnya.

Saya fikit orang lain juga sama seperti saya, tidak menjangkakannya, kecuali beberapa orang yang terlibat dalam usaha itu sendiri, yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Dato' Paduka Haji Husam Musa dan dua orang kuat syarikat Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) - Prof. Umar Ibrahim Vadillo (CEO) dan Nik Mahani (Pengarah Eksekutif).

KGT ialah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan projek Dinar dan Dirham Kelantan ini. Prof. Umar (berasal dari Sepanyol) dan Nik Mahani (berpengalaman luas dalam perbankan) adalah tokoh yang telah lama bekerja keras bagi melihat Dinar dan Dirham kembali digunakan oleh umat Islam di dunia. (Nik Mahani juga telah menghasilkan beberapa buah buku yang berkaitan).

Maka sewaktu Umar bercakap memberi penerangan mengenai apa yang berlaku disebalik pelancaran Dinar dan Dirham (D&D) tersebut, saya mula menyedari bahawa suatu gerakan pembaharuan dalam sistem kewangan sedang terjadi. Bahawa pelancaran D&D Kelantan ini bukanlah suatu kejadian terpencil yang sekadar lanjutan daripada pelancaran Dinar Kelantan 2006 dahulu tetapi ia adalah manifestasi suatu gerakan ummah yang secara kebetulan terzahir di Kelantan, hasil daripada suatu kepimpinan politik Islam yang berani yang dibawa oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Maka apabila wakil dari Indonesia tiba-tiba menjadi sebak dan tak dapat melafazkan ucapannya buat seketika diatas pentas, saya terasa bahawa kesedaran itu tiba-tiba membuak-buak di dewan konvensyen itu. Dengan suara yang tersekat-sekat dia menyatakan bahawa kebekuan ummah yang berlaku sejak kejatuhan khalifah Uthmaniyah di Turki seratus tahun lalu, kini sedang mencair semula.

Beliau terharu kerana menyaksikan kebangkitan ummah melalui penggunaan semula matawang Dinar dan Dirham yang turut diusahakannya di Negaranya itu, rupa-rupanya kini telah menjadi kenyataan di Kelantan.

Dan secara diam-diam pula rupa-rupanya KGT telah berjaya mendapatkan persetujuan lebih daripada seribu kedai di Kelantan, yang bersedia untuk menerima dinar dan dirham Kelantan dalam urusan jual-beli mereka. (buku senarai kedai-kedai tersebut turut dibekalkan kepada hadirin di majlis itu). Malah Bank Islam dan Tabung Haji juga telah bersetuju untuk menerima D&D itu.
Dalam majlis perasmian itu juga diumumkan sebuah syarikat di Kelantan telah bersetuju membeli Dinar bernilai RM1 juta, iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan Berhad. Manakala dari Kuala Lumpur seorang peniaga, Hishamuddin Tan Sri Ubaidillah, tampil membayar zakat bernilai 15 ribu dinar, yang diterima oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Dari Kuala Lumpur juga sebuah kedai menunjukkan komitmennya menerima D&D Kelantan dalam urusan jual-belinya dengan melakukannya di pentas majlis itu iaitu Saba Islamic Media dan di pentas itu juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi PMBK menyampaikan bayaran gaji kepada CEO PMBK, IR Haji Mustafa Salleh dalam bentuk Dinar Kelantan.

Demikianlah makanya sewaktu melangkah keluar dari bangunan KTC tengahari Khamis 2hb. Ramadhan, 1431 itu, saya bukan sahaja terbayangkan wajah baru yang akan menjelma bagi Kota Bharu dan Kelantan tidak lama lagi, tetapi juga merasakan perubahan sedang berlaku dalam fikiran saya sendiri, mengenai beberapa perkara yang saya anggap penting dan utama dalam menilai kecemerlangan pentadbiran Islam di Kelantan.

Memang ini suatu peristiwa yang sedang berlaku di Malaysia, yang kemungkinan akan sekali lagi menjadi tsunami yang membawa kesan cukup besar yang nampaknya sukar dikendalikan oleh para pemimpin Barisan Nasional yang diterajui Dato' Najib. Sesuatu yang sepatutnya berlaku di peringkat Nasional, tetapi ianya berlaku di peringkat negeri yang dikuasai oleh pembangkang, namun mempunyai impak yang bertaraf antarabangsa.

Sesiapa yang hadir dalam majlis pelancaran itu pasti akan merasai bahawa ia adalah sebuah peristiwa peringkat antarabangsa yang berlaku di Kota Bharu, Kelantan. Matawang Dinar dan Dirham Kelantan yang dilancarkan itu bukannya dicetak di sini, tetapi di Dubai oleh World Islamic Mint mengikut standard yang diperakui oleh World Islamic Trade Organisation (WITO).

Maka dengan membayangkan Kota Bharu suatu hari nanti akan menjelma sebagai "World Islamic Financial Hub" berasaskan matawang Dinar dan Dirham itu, apakah saya berimajinasi keterlaluan? Say fikir tidak dan saya menjadi begitu yakin apabila mendengar Dato' Paduka Haji Husam Musa sendiri menjawab soalan saya itu dengan menceritakan perancangan masa depan Dinar dan Dirham Kelantan sewaktu para jemputan telah ramai meninggalkan bangunan KTC, tengahari awal Ramadhan yang sangat bersejarah itu.

-Dinsman

TPU - Penulis boleh dihubungi melalui email dinsman_49@yahoo.com.my atau sms +6013 636 2408

Monday, August 16, 2010

Dinar & Dirham: Najib Tun Razak vs Dewa Murujib..!

Reactions: 
Najib Tun Razak (14hb. November, 2007) Kuala Lumpur - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, platform urus niaga syariah yang membolehkan emas digunakan dalam urus niaga akan dapat mencegah susut nilai dan penyusutan nilai mata wang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penggunaan dinar emas dan dirham perak boleh menjadi pendekatan alternatif untuk merancang pengurusan kekayaan.

“Tidak seperti mata wang konvensional yang berdepan dengan inflasi berterusan, nilai emas adalah stabil dan ia merupakan kaedah berkesan untuk melindungi kekayaan daripada inflasi dan krisis kewangan atau mata wang,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan kejayaan penyenaraian syarikat Malaysia, IGDX Holdings Ltd. di Bursa Saham Australia pada 9 Februari lalu, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Pegawai Eksekutif IGDX Holdings Ltd., Datuk Dr. Shamshudeen Yunus.

IGDX Holdings Ltd. menjadi peserta penting dalam dunia perdagangan emas global apabila berjaya menyenaraikan landasan perdagangan emas antarabangsa gold for gold di Bursa Saham Australia (ASX).

Menurut Najib, sejajar dengan konsep Islam Hadhari, kemunculan dinar emas Islam pada era moden ini oleh syarikat tersebut telah mengimbas kembali legasi urus niaga Islam yang holistik.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dinar emas Islam yang mempunyai sejarah 1,500 tahun lampau adalah satu nilai komoditi yang perlu dimiliki.

Tambah beliau, kejayaan syarikat IGDX ini perlu dicontohi oleh syarikat-syarikat lain kerana berjaya disenaraikan di luar negara.

“Kita mesti mempunyai wawasan, keberanian untuk berjaya di peringkat antarabangsa.

“Ini akan meletakkan Malaysia di peta dunia, sekali gus menjadi syarikat yang boleh dibanggakan oleh negara dan rakyat,’’ katanya.

Najib seterusnya berkata, kilang syarikat tersebut di Pulau Pinang yang merupakan kilang termaju dalam industri tersebut, boleh menghasilkan ketulenan ketulan emas pada tahap 999.

Syarikat tersebut, katanya, berhasrat meningkatkan lagi kemudahan kilangnya untuk mencapai tahap ketulenan ketulan emas pada kadar 999.9.

Katanya, IGDX juga berhasrat meluaskan pelaburan di lombong-lombong emas dan teknologi perlombongan emas.

"Inilah kejayaan glokal yang kita mahukan. Saya percaya kumpulan syarikat IGDX boleh menjadi contoh kepada syarikat senaraian tempatan untuk pergi ke peringkat antarabangsa," katanya.- Arkib Utusan Malaysia Online.

Rujukan - http://emaskini.com/2010/07/urus-niaga-guna-emas-cegah-susut-nilai-mata-wang/
Dewa Murujib (14hb. Ogos, 2010) Pekan - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengkaji dari sudut perundangan berhubung penggunaan mata wang dinar dan dirham yang dilancarkan oleh kerajaan Kelantan kelmarin.

Tegas Perdana Menteri, mengikut perundangan negara, hanya BNM yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

Sehubungan itu, kata beliau, BNM akan melihat perkara itu dari segi percanggahan undang-undang.

''Ikut undang-undang negara kita, cuma Bank Negara yang boleh keluarkan wang yang boleh diiktiraf dan sah dalam negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 221 masjid dan surau sempena Ramadan di Bangunan UMNO Pekan di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan mata wang syariah dinar emas dan dirham perak yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.

Nik Abdul Aziz berkata, mata wang itu boleh digunakan di kira-kira 1,000 kedai dan restoran sebagai transaksi perniagaan.

Malah, beliau menyifatkan penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia (RM) yang tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan yang disediakan oleh BNM.

Berikutan itu, BNM dalam kenyataannya semalam menegaskan, hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini.

Mengikut kenyataan itu, di bawah undang-undang negara ini, BNM sahaja yang berhak untuk mengeluarkan mata wang di negara ini.

Sementara itu di Kota Bahru, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, hasrat kerajaan Kelantan menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas serta perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham di negara ini adalah permainan politik Pas.

Selain penggunaan mata wang kertas dan syiling keluaran BNM, tindakan mengeluarkan mata wang alternatif atau gantian menyalahi perlembagaan dan peraturan negara, kata Mustapa.

Menurut beliau, Pas menganggap dinar dan dirham mata wang alternatif tetapi ia jelas telah melanggar undang-undang negara dan telah ditegaskan melalui kenyataan BNM.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, menurut BNM, ia menyalahi perlembagaan dan peraturan kerana mata wang negara ditentukan oleh Kerajaan Pusat dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri.

Katanya, kedua-dua pemimpin Pas dalam kenyataan mereka berbeza pendapat kerana pada mulanya Nik Abdul Aziz menyatakan dinar dan dirham yang diperkenalkan sebagai mata wang alternatif.

Pada perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, selain mata wang yang hanya boleh dikeluarkan oleh BNM terdapat satu konsep yang dikenali sebagai legal tender (nilai sah lakunya) yang juga dihalang undang-undang negara daripada dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

"Mungkin ini yang memerangkap pemahaman kerajaan negeri apabila mengakui tindakan memperkenalkan dinar dan dirham selaras dengan peraturan BNM," katanya.

Rujukan - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

TPU - Dasar Perdana Menteri Zionis... kalau belah dia buat - boleh, bagus, hebat, glokal... bila belah kita buat - kena siasat dari sudut undang-undang...

JUBUR LU LAHHH...!!!

Tawaran DAP Langsung Tak Menarik...!!!

Reactions: 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan berjanji akan memberi 3 intensif utama sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan dalam PRU-13. antara yang ditawarkan ialah:
  1. Wang tunai RM1,000.00 kepada rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun keatas.
  2. Menghapuskan amalan "saman ekor".
  3. Membekalkan perkhidmatan WIFI percuma di seluruh Negara.
Komen pencacai - Tawaran DAP Tidak Menarik.

Sebab tawaran DAP tak menarik, maka dalam semua Media Perdana pro KERAjaan Pusat, isu ni jadi terkedepan sekali selepas isu Matawang Syariah Kelantan. nampak sangat bangsat. kalau dah tak menarik, buat apa semua pencacai sibuk-sibuk nak komen..?

Ada jugak pencacai dalam dok sibuk-sibuk, kecoh-kecoh cakap tak menarik, punya lantang dok peringat rakyat supaya "jangan termakan dengan janji DAP/Pakatan Rakyat".

Kalau dah tahu tak menarik, buat apa susah-susah nak peringat dekat rakyat supaya "jangan termakan" dengan janji DAP/Pakatan Rakyat..? bodoh ke apa..? kalau dah rasa diri tu bodoh, jangan anggap orang lain pun bodoh macam kamu jugak... makin terang bodoh kamu tu sekarang.

Tapi nak buat macam mana - UMNO/BN memang BODOH...

*puasa-puasa jugak... kalau dah ada yang bodoh makin nak tunjuk bodoh, mana boleh tahan..! hahaha...!!!

Dinar & Dirham Kelantan: Puak Kapitalis Sakit Jiwa...

Reactions: 
Media Perdana pro KERAjaan Pusat masih galak memainkan isu Matawang Syariah Kelantan, Dinar Emas & Dirham Perak. dalam setiap keluaran mereka, tak kurang dari 3 tajuk membincangkan hal Matawang Dinar dan Dirham Kelantan termuat dalam berbagai halaman.

Rata-rata - kondem. masih menekankan skop "bidangkuasa" mengeluarkan Matawang yang Sah tetapi langsung tidak membincangkan kebaikan dan kelebihan penggunaan Matawang Syariah dari sudut "ekonomi".

Nampak sangat ketakutan pihak pro Kapitalis dalam hal ini. 3 hari berturut-turut aku dok belek-belek lembaran Media Perdana pro KERAjaan, kebanyakannya memaparkan hasil temubual (sebenarnya lebih pada provokasi) dengan Dato' Paduka Haji Husam Musa, orang yang bertanggungjawab mengeluarkan idea Matawang Dinar dan Dirham.

Dalam banyak-banyak siri temubual ringkas, tak de pulak yang berani bertanya pada Dato' Haji Husam akan kebaikan dan kelebihan penggunaan Matawang Syariah ini. balik-balik dok tanya dari sudut "undang-undang". macamlah kepala bapak pemerintah Negara Malaysia ni ikut sangat undang-undang Negara Malaysia.

Paling aku dok tunggu-tunggu dalam masa 2-3 hari ni ialah, Media Perdana mana yang akan mendahului para penjilat menemubual Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohammad. paling-paling bangsat pun aku nak dengar jugak mana-mana pemberita buat temubual dengan Che'Det, mintak pendapat dia berkenaan dengan hal ni.

Bukan kita tak tahu Che' Det dulu antara yang terawal mengilhamkan penggunaan Matawang Dinar dan Dirham di Malaysia bagi menangani masalah manipulasi Matawang Kertas dan ekonomi Negara Malaysia walaupun ianya tak pernah menjadi kenyataan. mungkin sebab terlalu ramai cukong-cukong darat berkampung di keliling Che' Det.

Hari ni, esok dan hari-hari seterusnya, kita akan terus dihidangkan dengan berita yang sama - Bidangkuasa pengeluaran matawang yang sah hanya boleh dibuat oleh KERAjaan Pusat melalui Bank Negara Malaysia.

Yag tu semua boleh pergi mampus. yang aku tau... rakyat Kelantan dah mula gunapakai Dinar dan Dirham sejak ianya mula dilancarkan oleh YAB Tuan Guru...

Kalau yang belum dapatkan lagi Matawang Syariah ni, boleh berjunjung ke Kedai Ar-Rahnu. untuk pengetahuan korang jugak, bagi Matawang Dinar, nilai yang tinggal buat masa ni cuma 5 Dinar (RM2,800.00) dan juga 8 Dinar (RM4,480.00). yang lain semua dah sold-out.

Pergi jahanam dengan UMNO/BN Kapitalis..!

Sunday, August 15, 2010

Rakaman Tragedi Bazar Ramadhan Jasin

Reactions: 
Sumber - Daniez69

Dinar Emas & Dirham Perak...

Reactions: 
Salah 1 perkara paling bagus dalam berpolitik ialah bilamana 1 pihak mengambil tindakan atau membuat 1 tindakan yang mana pihak lawan dalam politiknya tak senang duduk dan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan matawang Syariah iaitu Dinar Emas dan Dirham Perak benar-benar membuatkan geng-geng kapitalis UMNO/BN dan para proksinya tak senang duduk beberapa hari ini.

Antara respon awal yang diterima dari KERAjaan Pusat ialah - pihak KERAjaan Pusat telah mengarahkan Bank Negara Malaysia supaya mengkaji tindakan yang dapat diambil terhadap Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas tindakannya melancarkan Matawang Syariah Dinar dan Dirham.

Walau bagaimanapun, masih tiada keputusan yang benar-benar "muktamad" dalam hal ini. yang dah muktamad ialah - hampir 1000 buah kedai-kedai di Kelantan termasuk para peniaga bukan Islam telah bersetuju untuk berususniaga atau menggunapakai sistem matawang Dinar dan Dirham didalam urusan perniagaan mereka.

Pegi mampuslah dengan UMNO/BN... kalau kita dah faham kebaikan sistem perniagaan dan matawang zaman Rasulullah dulu, tak de masalah untuk kita gunapakai dalam urusniaga... kecualilah hidup kita sehari-hari dok bergantung pada cukong-cukong yang hanya tau mengaut keuntungan hasil riba yang diilhamkan oleh Zionis.
Geng-geng kapitalis hanya kenal Emas, Perak dan Gangsa sebagai barangan perhiasan dan tak lebih dari itu. dari segi ekonomi, kapitalis tak kan berminat untuk menjadikan atau mengekalkan "barang perhiasan" sebagai urusniaga yang tak kan susut nilainya sebagai mana wang kertas ciptaan mereka.

Pada kapitalis, nilai kertas kosong yang angkanya boleh diubah-ubah lebih baik dari nilai hasil bumi yang nilainya tak dapat dimanipulasi sesuka hati. yang tak faham nilai akan terus jadi bodoh bertuhankan sekeping kertas yang nilainya makin susut. makin susut nilai kertas, makin bangsat kehidupan mereka-mereka yang bertuhankan kertas.

Contoh mudah... simpan 3 keping kertas bernilai (yang ditentukan oleh kapitalis) RM100 hari ini, kemudian keluarkan untuk berbelanja setahun kemudian. apa yang kita dapat..? hari ni mungkin dapat beli kambing seekor tapi setahun lagi..? kemungkinan besar kena tambah lagi beberapa kertas merak bernilai RM10.

3 keping wang kertas kapitalis bernilai RM100 untuk hari ni mungkin dapat ditukar ganti dengan sebentuk cincin emas yang beratnya beberapa gram tapi kalau nak untung. lagi bagus aku simpan emas beberapa gram kemudian setahun lagi aku jual balik beberapa gram emas tu balik... dah tentu aku dapat lebih RM.

Kalau fikir pakai lutut, memang tak boleh nak tangkap kelebihan menyimpan emas dan perak.

Paling tak cerdik kalau kita berbangga dengan simpanan kita dalam bank yang berjumlah ratusan ribu. esok lusa, nilai kertas akan jatuh bila-bila masa akibat perbuatan pihak kapitalis yang sentiasa memanipulasi nilai kertas.

Sebab tu orang-orang Kelantan jauh lebih kaya dari dulu sampai sekarang. orang Kelantan yang berduit tak pernah berbangga dengan simpanan kertas sebaliknya lebih berbangga dengan simpanan emas dan peraknya. setiap tahun, nilai aset orang Kelantan semakin tinggi nilainya sebab harga Emas dan Perak tak pernah gatal-gatal nak jatuh.
Balik pada pelancaran matawang Syariah Kelantan.

Kapitalis di Malaysia dah bersuara... majoriti tak suka, tak senang duduk, panas jubor dan minta KERAjaan Pusat ambik tindakan drastik terhadap Kerajaan Kelantan manakala sahabat-sahabat muslim dari luar negara, ikut sama berbangga dan bersetuju untuk beri komitmen penih dalam mempromosi sistem matawang yang digunapakai pada zaman Rasulullah dahulu.

Akhir tahun ini, Dato' Paduka Haji Husam Musa akan berangkat ke salah sebah negara di Timur Tengah (atas jemputan) untuk membentangkan kertas kerja matawang Dinar dan Dirham. jemputan dibuat kerana negara tersebut amat berminat untuk menggunapakai sistem tersebut di negara mereka bagi mengukuhkan ekonomi mereka dan mengelakkan ianya dari dimanipulasi oleh pihak kapitalis Barat.

Kerajaan Pusat Malaysia..? tak payah fikir panjang... tak kan ada niat langsung untuk ambik inisiatof ini padahal bukan mereka tak tahu cara terbaik untuk mengukuhkan ekonomi dan mengelakkan ianya dari dimanipulasi oleh pihak kapitalis Barat ialah dengan menggunapakai sistem matawang Dinar dan Dirham.
Sebagai langkah awal, bermula dari tahun ini, Kerajaan Kelantan akan menerima pembayaran zakat dalam bentuk Dinar dan Dirham (balik pada sistem Syariah Islam). kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan pula (bagi yang bersetuju) akan menerima pembayaran gaji (25%) dalam bentuk Dinar dan Dirham.

Terdahulu dalam majlis pelancaran tersebut, CEO PMBK IR Haji Mustapha telah menerima secara tunai 25% daripada gajinya dalam bentuk Dinar dan Dirham dan ianya telah disampaikan secara rasmi dan penuh simbolik oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Dengar khabarnya HPA juga merancang untuk membayar bonus pengedarnya dalam bentuk Dinar Emas Kelantan pada tahun 2011. Itu antara yang dinyatakan oleh Tuan Hj. Ismail (Pengarah Urusan HPA) dalam pertemuan dengan pemimpin pengedar HPA seluruh Malaysia di bangunan RFC Sungai Petani pada 9hb. Ogos baru baru ini...
Eh... korang tak minat ke dengan benda alah macam ni..? masa pelancaran haritu, sempat jugak aku sambar 10 Dirham. harga semasa (masa aku beli) 1 Dirham = RM13, aku dah pakai 4 dirham buat bayar hutang member. rasa best semacam je bila dapat bayar hutang dalam bentuk matawang Syariah. member yang aku berhutang pun seronok semacam je. bukan aku yang nak bayar dalam bentuk Dirham, tapi dia yang mintak macam tu bila dia tau aku ada 10 dirham.

Alhamdulillah je lah... kalau berminat nak dapatkan matawang Dirham dan Dinar, boleh intai-intai kedai Ar-Rahnu yang berdekatan. sikit pun tak rugi beb...

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan...

Reactions: 
hamba Allah ini & keluarga mohon maaf atas segala kesalahan & kesilapan yang ada...

Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk datangnya dari hamba Allah yang hina ini.

"Ya Allah, semoga dibukakanpintu-pintu keampunan selebar-lebarnya pada kedua orang tua kami dan kami... Amin...

-Topeng Perak Unmasked

Monday, August 09, 2010

Bertukar...!!!

Reactions: 
10-20 hari ni gua sangat-sangat busy sampai domain gua mampus pun gua tak perasan... notification pun tak de terima...

Sebab gua busy sangat, nak update pun tak sempat... link blog gua dah tukar ke http://perisik-rakyat.blogspot.com/ buat sementara waktu sementara gua renew balik domain lama. mintak tolong kengkawan war-warkan dekat geng-geng yang lain...

Orait... 2-3 hari lagi gua rockin balik... UMNO/BN mesti kasik kiok kot mana-mana pun..!

Adiosss...!!! jom pergi China..!