"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, May 16, 2010

KEPUTUSAN RASMI PRK SIBU - PAKATAN RAKYAT MENANG!!!!

SIBU 16 Mei - Calon DAP, Wong Ho Leng menang pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas, Narawi Haron dengan majoriti 2,651 undi.

Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak memperolehi sebanyak 18,775 undi, Robert Lau 16,124 undi manakala Narawi hanya memperolehi 196 undi.

Narawi juga hilang wang pertaruhan. - Utusan

PRK Sibu: Keputusan Tak Rasmi Terkini - PR Dahului Kiraan

Sila refresh setiap minit..!

Tak rasmi dari beberapa pusat pengiraan undi yang sudah ditutup...

8:58 pm:

DAP - 18,570
BN - 15,980
Ind - 201

Majority - 2,590


Keputusan seterusnya boleh difollow di Facebook Pages Gua, klik dekat sebelah ni -> Topeng Perak Unmasked.

Mekasay...!!!

PRK Sibu: Sibu 4 Change! Sibu Jom Ubah! Congratulations DAP...!!!

Mesej dari Pakatan Rakyat kepada Isteri Ist. Lady...

Kah kah kah kah kah Kah kah kah kah kah Kah kah kah kah kah Kah kah kah kah kah Kah kah kah kah kah Kah kah kah kah kah...!!!

Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan kekalahan BN di Sibu, Sarawak...

*Pemimpin Pakatan Rakyat sedang membuat bantahan terhadap undi pos. jumlah undi pos yang dikembalikan melebihi daripada jumlah pengundi yang didaftarkan.

Nik Aziz: DAP tetap boleh guna kalimah Allah - BERNAMA

NOTA EDITOR: Jawapan Mursyidul Am berkenaan penggunaan isu Kalimah Allah oleh DAP di SIBU. Selamat membaca.
Nik Aziz: DAP tetap boleh guna kalimah Allah

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik azizMenteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.

"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz melepaskan peserta jelajah kereta mewah menerusi Program JPM Super Drive Challenge KB 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, di Kota Bharu hari ini.

Pembangunan Dr Mahathir Merugikan Rakyat Malaysia, Orang Melayu dan Orang Miskin. Hanya Untungkan Kroni

Kepada aktivis PERKASA yang tersangat berbangga dengan Dr Mahathir, sedarlah sikit. Kamu telah tertipu. Dr Mahathir adalah seorang yang kuat menipu. Semua program pembangunan beliau hanyalah untuk mengkayakan kroni dan anak-anak beliau semata-mata. Orang biasa macam kita sentiasa tertekan dan tertindas. BUKTI PERTAMA saya bawa adalah gaji pekerja2 di MAlaysia.

Pada tahun 1970, harga kereta Volswagen adalah RM5k sebiji, rumah teres dua tingkat harganya RM25k dan coca cola pula 50 sen sebotol. Gaji seorang yang baru tamat universiti adalah RM800 sebulan.

Setelah Dr mahathir turun takhta, kita lihat harga rumah teres dua tingkat adalah RM200k, kereta Proton Wira pula RM60k sebulan, dan coca cola pula RM1.50 sebotol.

Namun, secara purata, gaji permulaan mereka yang keluar universiti hanyalah RM1200 sebulan sahaja.

Sebab itu 80% rakyat Malaysia menjalani kehidupan mereka sehari-hari dengan BERHUTANG. Majoriti rakyat Malaysia terpaksa bergantung kepada kad kredit untuk hidup.

Mahathir hanya membela kroni dan mereka yang berduit. Polisi Mahathir adalah menyokong smeua yang kroni dan syarikat besar mahu.

Apabila kroni-kroni ini mahu menaikkan harga barang, Mahafiraun menyokong. Tapi, bila rakyat mahu gaji mereka naik, Mahafiraun tidak pernah menyebelahi rakyat.

UNTUNG BAGI KRONI, RUGI RAKYAT TANGGUNG

Itu adalah satu lagi amalan Mahafiraun. Apabila Proton hampir nak mati pada tahun 1983 ke atas, Mahafiraun naikkan cukai import kereta serta naikkan harga Proton sehingga kereta Proton paling murah pun harga sampai RM60k. Dan, kerugian Proton telah mencecah paling kurang RM11 - 12 billion. Semuanya dibayar dengan wang minyak milik rakyat.

Mahafiraun telah diberi amaran bahawa projek kereta nasional tidak akan berjaya di Malaysia kerana rakyat Malaysia jumlahnya sedikit - 13 juta pada tahun 1983. Tapi, Mahafiraun tak kesah. Dia tak kesah rakyatnya terpaksa bayar kereta 5 kali ganda dari harga sepatutnya (Proton Wira tu sepatutnya harga sebiji tak sampai RM15k sebab kualiti cukup buruk). Yang penting ego dan kehendak serta nafsu syaitan beliau dipenuhi.

Juga untuk mengatasi masaalah penduduk ini, Mahafiraun telah melancarkan program yang begitu tidak rational yakni menambah penduduk Malaysia sehingga 70 juta orang pada tahun 2000. KAlau RM11-12 billion tu pakai duit BAPAK Dr MAHATHIR, saya pun tak kesah. Tapi kerugian Proton tu ditanggung oleh rakyat MAlaysia. Duit Mahafiraun satu sen haram tak keluar. Memang bangsa celaka Mahafiraun ni.

Lagi satu, waktu ekonomi sedang berkembang sebelum 1997, semua kekayaan negara dibahagi2kan sesama kroni Mahafiraun terutamanya budak2 Daim Zainunddin yang dipanggil "Paremba Boys".

Pada masa itu, kita rakyat Malaysia satu sen haram pun tak dapat nikmat dari dasar penswastaan Mahafiraun.

Tapi, bila semua rugi, rakyat terpaksa bayar balik hutang2 kroni yang telah terlungkup meniaga walaupun diorang ni monopoli. Maknanya apabila untuk rakyat tak merasa, apabila rugi rakyat tanggung.

Kerugian dari penswastaan yang gagal ini dianggarkan menghampiri RM80 billion. (Jumlah liabiliti yang terpaksa ditanggung atas kebodohan kroni2 Mahafiraun seperti Wan Azmi Wan Hamzah, Tajuddin Ramli, Halim Saad, Renong dsbnya dianggarkan RM80 billion).

itu tak termasuk projek2 bodoh yang memang dari mula orang dah tahu akan rugi seperti PERWAJA, PROTON, projek enjin motosikal HICOM yang semuanya rugi, dua kilang simen di Langkawi dan Perak pun telungkup (dgn kos lebih RM2 billion) dan banyak lagi.

Wang modal asing yang keluar dari Malaysia pula dianggarkan dalam RM 30 billion semuanya keluar terus dari Malaysia pada tahun 1997.

Pokoknya, selepas Mahafiraun menghabiskan berbillion-billion wang rakyat dengan projek2 gila dan tidak masuk akal beliau, berapakah kenaikan gaji yang telah dinikmati oleh rakyat Malaysia selama ini?

Seperti saya kata, bagi gaji graduan universiti yang baru habis sekarang tidak lebih RM1200 sebulan. PAdahal, pada tahun 1970, gaji graduan yang baru keluar adalah RM800 sebulan.

Ertinya, manusia bernama Dr Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty adalah seorang "con man" tahap paling tinggi.

bagi saya, kalau Ku Li jadi PM pada 1987, mungkin hidup kita tidak begitu tertekan sekarang ini.

Mahathir ni hanya pikir kroni dan anak-anak dia. Rakyat Malaysia dia tak pikir langsung.

Tiba-tiba bebudak PERKASA ni habisan pergi sokong mamak kerala ni. PAdahal berapa banyak duit minyak kita dihabiskan oleh Mamak kutty ni.

Dan gaji pekerja2 di Malaysia tidak naik mengikut kadar kenaikkan kos hidup. Sebab Mahakutty tinggalkan budaya utamakan kroni dan mereka yang berduit.

(bersambung)

Tulang Besi

PRK Sibu: Sibu Jom Ubah! Sibu For Change!

PRK Sibu: Semalam Yang Hangat - 10,000 Sokongan

PRK Sibu: Perlukah Lagi Kehidupan Sebegini Di Sibu..? - Sibu 4 Change! Sibu Jom Ubah!

PRK Sibu: "Jangan Lupa Undi DAP" - TGNA

Biar pun tinggal beberapa jam lagi lebih 54,000 pengundi di Sibu akan membuang undi, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan mereka jangan lupa mengundi calon DAP.

"Saya minta semua pengundi undi calon DAP. Ini kerana DAP sekarang berada bersama PAS dan KeADILan dalam Pakatan Rakyat.

"Orang PAS dari seluruh negara datang membantu kempen di Sibu biar pun habis duit dan tenaga tak apa asalkan dapat berkhidmat kepada Islam.

"Jadi saya minta rakyat Sarawak di Sibu tolong undi calon Pakatan iaitu DAP. Di mana sahaja ada calon PAS, undi PAS. Kalau tidak ada calon PAS undi calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR undi DAP," katanya di sini.

Pertarungan akhir mempertahankan parlimen Sibu menyaksikan hampir seluruh menteri turun berkempen termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu dan Melanau.

Mereka membawa bersama janji-janji pembangunan yang ditabur ke seluruh pelusuk bumi Sibu.

Berdasar kepada gerak kerja tersebut kelihatan Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan suasana sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal ke enam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, perubahan yang ketara berlaku kepada kepemimpinan DAP sekarang di mana mereka lebih terbuka dan bersikap intelektual.

Menurutnya dahulu DAP tidak mahu mendampingi PAS kerana perjuangan Islam yang dibawa, namun sekarang mereka sudah faham.

"Sekarang pemimpin PAS dan DAP boleh berceramah bersama. Ketika ceramah saya sebut tentang Islam dari aspek ekonomi, sosial dan semua sudut kehidupan berpaksikan Islam.

"Dan alhamdulillah mereka terima. Apa sahaja perkara yang tidak faham mereka tanya kami. Pemimpin DAP sekarang kebanyakan intelektual, berpelajaran dan berfikiran terbuka. Sekarang ramai pemimpin DAP sebut Assamualaikum," katanya.

Kata beliau situasi itu berlaku sebagaimana Nabi Muhammad saw pernah meminta orang Yahudi berkerjasama dengan orang Islam di Madinah.

Kalau ada musuh yang menentang Yahudi Nabi Muhammad saw akan membantu Yahudi. Dan kalau ada musuh menentang Islam di Madinah Nabi Muhammad meminta Yahudi datang membantu.

Beliau menjelaskan dahulu DAP menentang kerjasama dengan PAS kerana mereka tidak faham Islam.

Kata beliau usahkan DAP, Melayu Umno pun marah kepada PAS kerana memperjuangkan Islam sehingga didakwa boleh menimbulkan pecah belah dan tiada kemajuan.

Menurutnya pemimpin DAP sekarang mendengar sendiri mengenai Islam daripada pemimpin PAS dan tidak lagi terpengaruh tindakan pemimpin Umno memburukkan Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka.

"Kita hanya terang tentang agama Islam dan kalau mereka tidak mahu terima itu hak mereka. Saya juga banyak menerima kunjungan paderi dan sami datang ke pejabat.

"Malah saya pergi kepada wat Buddha di Tumpat. Saya sebut Tuhan hanya satu ialah Allah. Semua agama melarang perbuatan mungkar seperti judi, zina dan rogol.

"Ini sudah menggambarkan ada titik pertemuan di antara kami dengan agama lain," ujarnya.

Beliau menyifatkan kejayaan besar hasil dakwah di Kelantan apabila orang bukan Islam tidak lagi marah kepada PAS.

-HarakahDaily