"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, December 09, 2010

Senarai Dakwaan Keatas Khir Toyo (bhg 3)

21. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk menyelesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

22. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak) agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

23. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek Kerajaan Negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat aku-janji yang ditandatanganinya dihadapan Sultan Selangor.

24. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn. Bhd. melalui perjanjian konsesi pada 27hb. September, 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

25. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat EXCO ke 25/2001 pada 26hb. September, 2001 tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya.

26. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Mercedes S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytiharan kepentingannya.

27. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat EXCO dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat EXCO yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh EXCO lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota EXCO sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap EXCO duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “EXCO Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

28. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn. Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

29. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang Kerajaan Negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1hb. Feb, 16hb. Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak buat kroni dan suku-sakatnya.

30. Mengeksploit Mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran EXCO lain. Mesyuarat EXCO esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas Penasihat Undang-Undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat EXCO.

Wednesday, December 08, 2010

Senarai Dakwaan Keatas Khir Toyo (bhg 2)

11. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20hb. November, 2000 dan 4hb. Julai, 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan mendapat tanah seluas 100 ekar setiap orang iaitu Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

12. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun iaitu Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah dan Azril Yusri. Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum EXCO meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

13. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

14. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat 50%.

15. Khir berbohong di DUN Selangor pada 31hb. Oktober, 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

16. Khir memberi sumbangan peribadi berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi dikawasannya di Sungai Panjang pada 25hb. Disember, 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau melalui akhbar Malay Mail pada 15hb. Januari, 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn. Bhd. sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan sahaja ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

17. Pada 17hb.-18hb. April, 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd. seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah seluas 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen Pilihan Raya 1999 dahulu.

18. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km. yang bernilai RM82,385,182. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal yang tidak boleh melebihi RM40 juta dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

19. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua UMNO Tanjong Karang, JAKS Sdn. Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa keuntungan yang dikaut oleh JAKS?

20. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

Tuesday, December 07, 2010

Senarai Dakwaan Keatas Khir Toyo (bhg 1)

1. Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana Anak Syarikat Selangor iaitu Kumpulan Darul Ehsan.

2. Membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglow' bagi penempatan ahli EXCO Kerajaan Negeri.

3. Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.

4. Dokumen berkaitan dakwaan Kerajaan Negeri yang menyatakan Kerajaan BN sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma kepada sebuah syarikat swasta.

5. Setelah tiga hari peralihan kuasa Kerajaan Negeri Selangor kepada Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilaporkan telah dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti).

6. Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13hb. Mac, 2008 bagaimanapun berjaya dihalang oleh Menteri Besar baru Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang kerana mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar Kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar Negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.

7. Pembohongan tentang Konsultansi Juru-audit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juru-auditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28hb. April, 2008, Juru-audit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi Bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31hb. Disember, 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juru-audit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31hb. Disember, 2007 kepada anggota-anggotanya.

8. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan iaitu Meram Holdings.

9. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Sub-kontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

10. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20hb. Disember, 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal, Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd) tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) ada dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

Monday, December 06, 2010

Perutusan Ma'al Hijrah YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
  • Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.

Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.

Sekian.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 28 Zulhijjah 1431H / 5 Disember 2010M

Sunday, December 05, 2010

Perbandingan Harga Minyak Dunia

1.United Arab Emirates - $0.37/liter/ RM1.22 seliter
2.Baharin - $0.27/liter/RM0.89/liter
3.Qatar - $0.22/liter /RM0.72 /liter
4.Kuwait -$0.21/liter /RM0.69/liter
5.Libya - $0.14/liter / RM0.46/liter
6.Arab Saudi - $0.12/liter / RM0.39 /liter
7.Iran - $0.11/liter /RM0.36/liter
8.Nigeria - $0.10/liter / RM0.33/liter
9.Turkmenistan - $0.08/liter / $M0.26/liter
10.Venezuela - $0.05/liter / RM0.16 /liter
Malaysia..?

Thursday, October 28, 2010

Fatwa Ikut Suka PAS: UMNO Keliru & Terus Keliru

Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS 'FATWA' IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :
  • ''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"
Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan.

Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan. Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula 'keris' pemimpin UMNO? Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?

Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula.

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular.  Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan.  Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pejabat Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 20 Dzulka'edah 1431 H | 28 Oktober 2010

Hub Halal + Hub Haram = Hub HaLam

40 Ulamak Muda UMNgOk nampaknya semakin berjaya dalam misi mereka memperbetulkan UMNgOk dari dalam. sama dengan apa yang cuba dilakukan oleh DSAI lama dulu... kalau ikut sejarah kejayaan DSAI masa dalam UMNgOk, misi beliau akhirnya berjaya dipraktikkan pada tahun 1998 dimana beliau ahirnya TerTaik dek pimpinan no-1 UMNgOk pada masa itu.

Kejayaan DSAI yang seterusnya ialah, beliau saban hari, saban waktu dan saban masa dilenyek-lenyek dengan berbagai masalah dan serangan peribadi oleh para "sahabat" dari dalam dan juga luar UMNgOk sampai ke hari ini.

Itu kejayaan terbesar DSAI dan aku yakin, DSAI sampai keakhir hayatnya tak akan lupa akan "kejayaannya" itu.

Bagi 40 Ulamak Muda UMNgOk pula, nasib mereka jauh berbeas kali lebih baik dari DSAI sebab mereka menikmati kejayaan tarbiyah mereka didalam UMNgOk tak sampai setahun selepas menyertai pertubuhan Rasist itu. semakin banyak acara-acara dan program-program Islamik berjaya diadakan akhir-akhir ini... yang tervaru sekali ialah penganjuran pertunjukkan fesyen Islamik dedah-dedah tetek yang dicemburui oleh pihak Pakatan Rakyat.

Tahniah buat 40 Ulamak Muda UMNgOk... korang telah mengesahkan tiket kelas pertama ke Neraka Jahannam setelah bertungkus-lumus mendalami ilmu agama. ketua kepada 40 Ulamak Muda UMNgOk Fathul Bari akan mengepalai perarakan ke Neraka Jahannam bila sampai masanya nanti Insya-Allah kalau menatang ni tak Insaf.

Terbaru-baru sekali... KERAjaan Pusat akan menjadikan Negara Malaysia sebagai sebuah pusat Hub Hiburan Malam. banyak kelab-Kelab Malam bertaraf AntaraBangsat akan dibuka di Malaysia dalam sedikit masa lagi dan ini akan memudahkan kepada para penganut agama Islam UMNgOk dan para penyokongnya untuk beramal pada sebelah malamnya.

Spa-Spa bertaraf AntaraBangsat juga akan dibuka sebanyak mungkin bagi memudahkan umat-umat Islam UMNgOk dan para Ambiyanya merehatkan diri mereka sesudah beramal sepanjang malam dipusat-pusat hiburan bertaraf AntaraBangsat tersebut.

Dalam sedikit masa lagi, Malaysia akan dibanjiri dengan para perempuan jalang dari merata negara luar yang akan berlumba-lumba datang ke Negara Malaysia dan mengaut peluang pekerjaan Halam sebagai tukang-tukang urut, GRO dan pelayan-pelayan Kelab-Kelab Malam AntaraBangsat kelak.

40 Ulamak Muda UMNgOk = Babi Bisu
Ahli UMNgOk = Babi Hutan
Penyokong UMNgOk = Babi Liar
Pimpinan UMNgOk = Babi Tunggal

Kemana Babi-Babi ni nak bawak Negara Malaysia..?

Saturday, October 23, 2010

Apabila Setan Bisu Bersuara...

Maka berkatalah "Ulama Muda UMNO", Fathul Bari Mat Jahya (Baca: S E T A N - Setan, kalau bahasa Arab: Syaitannirrajim):
Pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

"Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum Allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang,"

"Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."

Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fathul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.

Menurut anak bekas mufti Perlis itu lagi, ini kerana Islam meletakkan adab dan etika tertentu untuk menegur seseorang.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam.

"Saya cuma tekankan tadi soal adap menasihati pemimpin," katanya.
Kah kah kah kah kah...

Gua dah agak... Setan memang macam ni... lagi 1 yang gua dah lama sangat dah dok agak: Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa...

Kah kah kah kah kah...!!!

A'uzubillahiminasyaitanirrajim...

*biasa la setan... biasanya setan sebelum makan dia tak baca Bismillahirrahmanirrahim... manusia pun macam tu jugak... kadang-kadang baca Bismillahirrahmanirrahim sebelum makan tapi lepas makan lupa pulak nak baca Alhamdulillah... ada jugak manusia lain yang lupa adanya ayat yang mengatakan hukum "BERSUBAHAT dengan KEMUNGKARAN"...

Yang tu kita panggil SETAN jugak...

Kah kah kah kah kah...!!!

Malaysia & PM TerBANGANG...

Lama betul tak menaip. kadang-kadang bila tak ambik tau langsung pasal politik Malaysia ni pun best jugak... 24 jam pikul kamera kehulu-hilir, layan suasana harmoni dekat pantai-pantai, bukit-bukau dan jugak sungai-sungai agak mendamaikan (buat sementara)... tapi sampai ke 1 masa tersangkut jugak dengan politik.

Memang tak dapat nak lari dari dunia politik.

Jadi nak ulas pasal Menara 100 tingkat atau dalam bahasa Sastera Inggeris ianya disebut "Mega Coffin". kalau tak paham bahasa Inggeris pun tak salah dan tak perlu malu sebab kita rakyat Malaysia bertuah mempunyai seorang Perdana Menteri yang jauh lebih bodoh dan BANGANG dari kita yang sekolah tak de la setinggi mana. kekurangan kita boleh ditutup dengan kelemahan ketara Pemimpin Tertinggi Negara kita Malaysia.

"Bapak Borek, Anak Rintik"... ada orang kampung cakap - "Bapak Memb*rit, Anak Mengintip"... bahasa kasar yang sangat-sangat manja untuk dibisikkan ke telinga PM kita. P*kimak punya PM...

Aku ni bukan Kakitangan Awam tapi aku nak komen jugak pasal bonus Kakitangan Awan dan jugak pembinaan "Mega Coffin" yang dibentangakan oleh PM P*kimak dalam bajet 2011 tempohari...

Ambik sikit laporan dari Media Perdana:
KUALA LUMPUR, 16 Okt 2010 - Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memberikan bantuan kewangan khas dan bukan bonus sebulan kepada kakitangan awam kerana tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.

Perdana Menteri berkata, sekiranya kerajaan memberikan bonus sebulan ia menyebabkan implikasi perbelanjaan kerajaan sehingga RM3.1 bilion.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, pagi ini.
Nak cakap aku ni pandai pun, tidak la jugak aku ni pandai... kalau aku pandai, dah tentu sekarang ni aku bukan sorang blogger... boleh jadi jugak sekarang ni aku dah jadi PM dan Najib BANGANG ni jadik Blogger... tu kalau aku pandai la...

Beb... kos untuk bina "Mega Coffin" tu RM5 Billion... kos untuk bagi bonus pada Kakitangan Awam pulak ialah RM3.1 Billion SAHAJA.

Najib BANGANG tu pulak sebut dalam kenyataannya - "kerajaan memberikan bantuan kewangan khas dan bukan bonus sebulan kepada kakitangan awam kerana tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan."

Eh... korang paham ke tak sifir yang ada dalam kepala hotak aku ni..?

Monday, October 04, 2010

Buku 'The March To Putrajaya' Kini Di Internet

Buku yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri, "The March to Putrajaya – Malaysia’s New Era is at Hand", karya Kim Quek kini boleh diakses menerusi internet, http://www.themarchtoputrajaya.com/. Para pembaca boleh muat turun keseluruhan buku setebal 361 muka surat itu.

Dalam satu kenyataan media semalam, pengarangnya Kim Quek berkata, "beginilah sepatutnya. Rakyat di negara ini tidak seharusnya dihalang dari mendapat maklumat tersebut semata-mata kerana maklumat yang terkandung di dalamnya tidak memihak kepada pemerintah."

"Sebuah negara yang mengawal warganegaranya dari akses kepada maklumat yang penting seperti ini ialah sebuah negara yang mundur dan akan menemui kegagalan dalam era globalisasi dan teknologi maklumat," ujar beliau.

Beliau berkata, melihat di serata dunia, negara-negara yang dianggap terbaik dan dipuji dari sudut pencapaian sosial dan ekonominya adalah masyarakat yang memiliki media yang bebas.

"Hanya melalui aliran idea yang bebas, potensi pemikiran rakyatnya dapat dibangunkan sepenuhnya. Kualiti mindalah yang menentukan sesebuah masyarakat sedang menuju ke hadapan atau mundur ke belakang.

Sumber - FMT

Arif Shah, Amin Shah, Judi & Hutang...

Dalam Buletin Utama di TV3, dipaparkan Datuk Arif Shah, calon UMNO/BN yang kalah dalam PRK Permatang Pauh memberikan komen mengenai isu wang sumbangan dari hasil judi. Beliau mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan sumbangan kepada masyarakat Islam hasil dari wang judi.

Bukan main bersemangat sekali beliau menyokong tindakan masyarakat beragama Islam yang mengembalikan wang hasil dari judi kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dalam kenyataan beliau yang memberikan sokongan akan tindakan masyarakat Islam tersebut, beliau menyebut antara lain, masyarakat bukan Islam pun sedar dan tidak mahu wang hasil dari judi. kerana hukumnya jelas iaitu haram di sisi agama Islam.

Tahniah kepada beliau yang jelas mengetahui akan hukum hakam dalam Islam mengenai pendapatan hasil dari judi.

Demikian juga Datuk Arif Shah perlu sedar bahawa seseorang yang berhutang wajib melunaskan hutangnya atau waris yang terdekat wajib menjelaskan hutang yang ada. Jika tidak ianya juga haram hukumnya kerana mengabaikan hutang yang tertunggak sedangkan ia mampu untuk menjelaskannya selagi orang yang memberikan hutangnya tidak menghalalkan atau memaafkannya.

Apa yang ingin dimaklunkan di sini ialah adik kepada Datuk Arif Shah iaitu Amin Shah yang kaya raya dan bergelar jutawan enggan menjelaskan hutangnya kepada bekas syarikat saya bekerja dahulu sejak tahun 1994 hingga sekarang. Jumlah tertunggak ialah hampir RM500 ribu. Walau pun pada kacamata Amin Shah, ianya adalah suatu jumlah yang kecil sahaja, namun ia tetap hutang yang tertunggak dan wajib diselesaikan .

Maka diminta jasa baik Datuk Arif agar menasihatkan adik beliau, Amin Shah jutawan itu agar melunaskan hutang yang tertunggak itu dengan kadar segera. Amin Shah memiliki beberapa syarikat yang diketahui suka membiarkan hutangnya tertunggak. Walaupun syarikat-syarikat yang terlibat kerap kali menghantar peringatan agar menjelaskan hutang yang tertunggak, namun syarikat-syarikat Amin Shah terus mengabaikannya. Tidak mungkin syarikat-syarikat yang terlibat akan melupuskan hutang yang berkaitan.

Maka kita memohon jasa baik Datuk Arif Shah agar mendesak agar adiknya melunaskan hutang-hutang tersebut dengan kadar segera. Sebelum ini kita menyangka Datuk Arif Shah dan kaum keluarganya hanya tahu mengenai perniagaan dan politik sahaja, rupa-rupanya beliau bijak juga dalam bab-bab hukum hakam dalam Islam ini.

Sekian

para_jump101

Sunday, October 03, 2010

Ucapan Takziah Dari YAB Menteri Besar Kelantan

Berikutan kematian isteri Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, Puan Kwa Geok Choo pada usia 89 hari Sabtu (semalam) pukul 5.40 petang di rumahnya kerana mengalami sakit stroke sejak dua tahun lepas; pihak Menteri Besar Kelantan, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dengan ini menyampaikan rakaman takziah seperti mana berikut:
“Belasungkawa untuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew atas kematian isteri tercinta dan kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong serta ahl keluarganya kerana pemergian untuk selama-lamanya ibu yang dikasihi. Kami berkongsi kesedihan selama anda sekalian merasai kehilangannya. Ia juga suatu kehilangan besar seorang Ibu Wirawati kepada seluruh rakyat Singapura

“ Menurut Islam, setiap yang hidup akan menemui kematian dan kematian itu adalah ketentuan dari Allah, Tuhan yang mencipta sekalian makhluk.”

"Condolences to the Minister Mentor Lee Kuan Yew on the demise of his beloved wife and to the Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong and his family because of the departure for ever dear mother. We share the grief over the loss you feel. It is also a great loss of a mother ‘Wirawati’ all Singaporeans"

"According to Islam, all flesh shall see the death and that death is the provision of God, God who created all beings."
*MEMBANGUN BERSAMA ISLAM*

Pejabat Menteri Besar
Kelantan Kota Darul Naim,
KOTA BHARU

24 Syawal 1431 bersamaan 3 Oktober 2010

Saturday, October 02, 2010

Tengku Razaleigh Nafi Terima Perlantikan Pengarah PRK Galas BN

Ketika pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) beriya-iya mencanang persetujuan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno-BN Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ahli Parlimen Gua Musang itu menafikannya.

Malah, sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan persetujuan Tengku Razaleigh menyandang jawatan itu, Timbalan Presiden Umno turut mencadangkan beliau sebagai calon DUN Galas.

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” katanya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Kenyataan ringkas itu adalah reaksi sulung Tengku Razaleigh yang kini berada di luar negara kerana melawat Queen's University di Belfast, Ireland, terhadap pelantikan kontroversi itu.

Rentetan paparan twitter itu, bekas Presiden Semangat 46 yang dijadual pulang 9 Oktober ini, mendapat reaksi pengikut twitter yang bertanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”

Tanpa memberi sebarang kata putus, Teng Razaleigh hanya berkata: "Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan.”

Sumber - .: TVSelangor.com :.

Friday, October 01, 2010

Pulangkan Wang Kerana Was-Was

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang (dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjakannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam (Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225)

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-
والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya: Pemilikan kotor (haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) (Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. (rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:
وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا
Ertinya: sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir (dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. (Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain:-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل
Ertinya: Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). (Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :
هذا سحت فتصدق به
Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN
  • Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
  • Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
  • Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
  • Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
  • Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
  • Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Sept 2010

UMNO Kepala Bapak & AUKU

Kepala Bapak UMNO & AUKU

Keterangan gambar: Gambar 1 diambil di depan pintu masuk Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 11hb. Julai, 2010. Mesyuarat Wanita UMNO bahagian Sepanggar di Dewan Kuliah 1 Universiti Malaysia Sabah.

Ketika Mesyuarat Wanita UMNO Sepanggar berlangsung, beberapa Pelajar Universiti Malaysia Sabah telah tampil membuat bantahan tetapi mereka telah dipukul oleh Pemuda UMNO yang berada disana ketika Mesyuarat Wanita UMNO Sepanggar sedang berlangsung.

Keterangan gambar: Gambar 2 diambil daripada Berita Harian, Timbalan Perdana Menteri merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Sepanggar pada minggu berikutnya di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Thursday, September 30, 2010

Penjelasan Keatas Penarikan Balik Gelaran "Temenggong"

1. Laporan agensi berita Bernama bertajuk “Gelaran 'Temenggong' Tengku Fakhry Ditarik Balik” bertarikh 30 September 2010 di bawah adalah dirujuk.

2. Sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini, di antara perkara yang paling pahit untuk dilakukan di dalam dunia ini ialah untuk menegakkan kebenaran terhadap ayahanda bonda dan kaum kerabat kita sendiri.

3. Namun begitu, walau betapa pahit sekalipun ia, ia tetap juga perlu dilakukan sebagai mematuhi:
(i) Firman Allah, mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutarbalikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Nisa’: Ayat 135)

(ii) Sabda Rasulullah, mafhumnya: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ibu bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya”.
(iii) Sabda Rasulullah, mafhumnya: “Demi Allah! Jika anakku Fatimah sekalipun yang mencuri nescaya tetap akan aku potong tangannya”.
4. Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, tidak pernah terniat untuk memusuhi apalagi untuk mengaibkan adinda Baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra, sebaliknya, tindakan Baginda ke atas adinda Baginda ini adalah didasarkan kepada perasaan kasih sayang yang teramat sangat Baginda terhadap adinda Baginda ini.

5. Tindakan Sultan Muhammad Ke-V ke atas adinda Baginda ini adalah didasarkan kepada kesedaran Baginda untuk memenuhi tuntutan Allah yang menghendaki Baginda memastikan diri Baginda dan keluarga Baginda sentiasa dipelihara dari mendapat kemurkaan Allah dan seterusnya memastikan mereka sentiasa berada di dalam keredhaan Allah selaras dengan Firman Allah, mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”. (Surah al-Tahrim: Ayat 6)

6. Selain daripada selaras dengan kehendak agama, tindakan Sultan Muhammad Ke-V ke atas adinda Baginda ini juga adalah selaras dengan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) (versi bahasa Inggerisnya, Laws of the Constitution of Kelantan (Second Part)), iaitu:
(i)
43. (1) Maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah pangkal segala kemuliaan dan kebesaran dalam Negeri ini dan Bagindalah sahaja boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan Pangkat-Pangkat Kemuliaan, Pingat-Pingat Kebesaran dan Kehormatan, dan jika perkara mengadakan mana-mana Pangkat-Pangkat Kemuliaan, Pingat-Pingat Kebesaran dan Kehormatan itu akan mengenai perbelanjaan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan, maka mustahaklah mendapat kebenaran Dewan Negeri.

versi bahasa Inggerisnya:
XLIII. (1) His Royal Highness is the fountain of all honours and dignities within the State and He alone may confer titles and dignities and institute Orders and Badges of Honour and Dignity, and if the conferment of any title and dignity or the institution of any Order or Badge of Honour and Dignity will involve expenditure out of the Consolidated Fund, the approval of the Legislative Assembly shall be necessary.

(ii)
44. (1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia mempunyai hak mengada, melantik dan menggelar daripada kerabatnya, sama ada yang jauh atau yang dekat, seorang lelaki menjadi Bendahara atau Temenggong atau Laksamana atau Panglima dan mengkurniakan kepada mana-mana orang lain, sama ada Kerabat D’Raja atau lainnya, akan mana-mana gelaran yang pada zaman dahulu telah ada atau telah biasa dipakai dalam Negeri Kelantan.

versi bahasa Inggerisnya:
XLIV. (1) His Royal Highness has the right to create, appoint and nominate from among His relatives, whether distant or near, a male person to be Bendahara or Temenggong or Laksamana or Panglima and to confer upon any other person, whether royal or otherwise, any title which in former times existed or commonly used in the State of Kelantan.

(iii)
45. (1) Maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia bolehlah menurunkan pangkat mana-mana orang yang telah dikurniakan kepadanya mana-mana pangkat atau gelaran atau Pingat-Pingat Kehormatan mengikut syarat-syarat Perkara 43 atau 44 Bahagian ini, jika ada cukup kesalahan atau dosa yang telah dilakukan yang mengharuskan diperbuat demikian itu.

versi bahasa Inggerisnya:
XLV. (1) His Royal Highness may degrade any person upon whom any rank or title or order or badge of Honour has been conferred by virtue of the provisions of Articles XLIII and XLIV of this Part, if sufficient fault or offence has been committed so as to make such degradation just and expedient.
7. Kami di The Kelantan Insider tidaklah berhasrat untuk mendedahkan “fault or offence” yang telah mewajarkan tindakan Sultan Muhammad Ke-V ke atas adinda Baginda ini kerana walau apa sekalipun Tengku Muhammad Fakhry Petra masih lagi merupakan adinda Baginda.

8. Pada masa yang sama, bagi mengelakkan Sultan Muhammad Ke-V dari menerima tohmahan berlaku tidak adil ke atas adinda Baginda ini, perlulah kami nyatakan di sini bahawa “fault or offence” ini adalah diperakui oleh Kerajaan Negeri Kelantan sendiri, termasuklah oleh Penasihat Undang-Undangnya.

9. Kepada mereka yang masih juga tidak berpuas hati dengan penjelasan kami ini, sila rujuk kembali kepada posting kami bertarikh 10 April 2010 bertajuk “POSTING 3: A DOCUMENT SPEAKS A THOUSAND WORDS” untuk mencari jawapannya.

10. Akhirnya, sukalah ditegaskan bahawa hubungan persaudaraan di antara Sultan Muhammad Ke-V dan adinda Baginda masih berkekalan sepertimana kata bidalan Melayu, “carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga”. Kita menunggu tiba saatnya tatkala Baginda dan adinda Baginda akan bertaut kembali sepertimana kisah Nabi Yusuf dan saudara-saudara Baginda yang berbunyi, mafhumnya: “Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: “Wahai ayahku! Inilah dia ta’bir mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar; dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku tatkala Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu ke mari dari desa sesudah syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbir-Nya bagi apa yang dikehendaki-Nya; sesungguhnya Dia-lah yang Amat Mengetahui, lagi Amat Bijaksana”. (Surah Yusuf: Ayat 100)
Gelaran 'Temenggong' Tengku Fakhry Ditarik Balik
30 September 2010 15:01 PM

KOTA BAHARU, 30 Sept (Bernama) -- Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V menarik balik pelantikan dan penganugerahan gelaran "Temenggong" dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang ditauliahkan kepada adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra berkuatkuasa hari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini setelah surat pemakluman itu diserahkan kepada kakitangan Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini, 10 pagi tadi.

Mohd Aiseri berkata Sultan Muhammad Ke-V turut menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) (Al-Muhammadi) yang dianugerahkan sebelum ini kepada Tengku Muhamad Fakhry.

"Penarikan telah dimaklumkan kepada Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini melalui surat kepada beliau yang dialamatkan di Istana Mahkota, Kubang Kerian," katanya.

Tengku Muhammad Fakhry Petra merupakan anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Petra manakala Sultan Muhammad Ke-V adalah yang sulung.

-BERNAMA
Sumber - The Kelantan Insider

Wednesday, September 29, 2010

AUKU Kepala Bapak UMNO..!

Pelajar IPT tetap dilarang berpolitik
2010/08/11

KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam walaupun ada gesaan supaya mahasiswa dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus.

Larangan itu kekal. Tidak ada perkembangan terbaru mengenai cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik. Mereka terikat dengan AUKU yang sebenarnya sudah dipinda dan memberi agak lebih kebebasan untuk mereka bersuara.
*Keterangan Gambar: UMNO berpolitik di Universiti tak mengapa... Gambar diambil di UNiKL City Campus, KL... AUKU Kepala Bapak UMNO...!!!

Friday, September 24, 2010

Etika Kewartawanan: Jangan Biarkan Hata Wahari Keseorangan..!

Perkara paling baik dalam menuju kearah perubahan dalam sistem demokrasi Negara Malaysia ialah kebangkitan mendadak beberapa pihak mutakhir ini. Mahasiswa dah lama cuba untuk bangkit. walaupun nampak agak payah dengan beberapa tekanan dan kongkongan dari pihak yang berkepentingan, aku masih percaya bahawa golongan Mahasiswa akan bangkit juga dengan keyakinan sendiri. masa akan menentukan segalanya.

Yang nak dibincangkan dalam posting ini ialah kebangkitan wartawan "makan gaji" yang hasil kerjanya dikawal oleh "tangan-tangan diatas" sebagaimana yang dah diluahkan secara terbuka oleh Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang baru iaitu saudara Hata Wahari.

Kenyataan berani Hata berkaitan dengan etika kewartawanan yang sekian lama dicabul oleh pihak-pihak berkepentingan dalam politik sebenarnya dah sedia kita tahu. perkara ni dah lama dijadikan isu oleh pihak pembangkang di Malaysia. rasanya isu ni dah kita tahu lebih dari 20 tahun.

Mungkin dah lama sangat saudara Hata menyimpan "rasa" dalam hati dan sampai masanya "rasa" yang terbuku sekian lama terluah pada umum. dalam platform yang berlainan tapi dalam bidang yang sama iaitu penyampai maklumat, aku cukup faham apa yang sekian lama terbuku dalam diri Hata selama ni sementelah pula aku pun kenal dengan ramai wartawan-wartawan media perdana yang juga menyimpan rasa yang sama dengan Hata. cumanya dari segi keberanian, Hata lebih berani pada hari ini.

Esok-esok belum tau... mungkin leboh ramai lagi yang akan memberontak macam Hata... tak mustahil ini akan berlaku. kalau dah ada yang jadi kepala, masuk gear dan tekan minyak lebih-lebih lagi pulak yang jadi kepala dalam hali ni bukan individu yang berjawatan kecik anak, yang lain-lain pasti akan datang keberanian mereka akhirnya.

Harapnya lepas hari ni, Hata tidak akan bersendirian dalam memperjuangkan etika kewartawanan yang wajib dijunjung oleh semua yang terlibat dalam dunia kewartawanan tak kira dalam posisi mana mereka berada. perlu adanya 1 luahan yang besar supaya mesejnya sampai kepada pihak yang menjadi subjek utama dalam hal ini iaitu "mereka-mereka yang menjadi alat" atau "boneka" pihak berkepentingan.

Bidang kewartawanan bukan 1 bidang lekeh yang boleh dipermainkan oleh mana-mana pihak. wartawan dan media adalah pencatat sejarah dan sejarah itu bukan untuk dimanipulasi. manipulasi sejarah adalah 1 kerja paling hina diatas dunia ini. mungkin lebih hina dari membunuh.

Pada aku, orang yang memanipulasi sejarah ialah orang yang melawan pencipta iaitu Allah. Allah dah atur dan tentukan 1-1 kejadian tu jadinya macam mana tapi ada pulak manusia-manusia yang kurang akal mengubah kejadian Allah itu mengikut kehendak dirinya sendiri. yang bersubahat pun sama je tarafnya...

Aku harap sangat-sangat supaya hari ni akan mengubah segala-galanya pada hari esok. banyak benda dalam negara Malaysia ni yang kita dah bawak pergi jauh dari landasan asal. semuanya bermula dengan pemerintahan yang gagal mengikut landasan anjuran Rasulullah s.a.w.

Bermula dari situ, 1 persatu diheret jauh dari landasan sebenar yang wajib kita ikut dan sebabnya cuma 1 - gila kuasa. gila kuasa cuma sesuai diletakkan pada pihak yang takut kehilangan kuasa. bila takut kehilangan kuasa, maka macam-macam cara dilakukan untuk mempertahankan yang bukan hak mutlak. lupa agaknya apa yang kita ada hari ni cuma "pinjaman peribadi" yang Allah bagi dekat kita.

Akhirat esok semuanya akan dituntut balik segala perbuatan hasil dari apa yang kita pinjam dengan Allah... jangan ingat kita boleh nak kawtim masa tu. zaman akhirat bukan zaman politik, zaman akhirat semua manusia bangun dalam berada dalam 2 level yang berbeza dan kita langsung tak de pilihan. level pertama ialah level taqwa dan level kedua ialah level kufur.

Kalau masa kau hidup kerja kau asyik dok lawan apa yang Allah tentukan, tak kan la tetiba kau boleh dok daam level taqwa pulak dekat akhirat esok..? kecualilah kau sempat bertaubat... tapi kena ingat jugak, dosa kau dengan Allah insya-Allah diampunkan... dosa kau sesama manusia yang kau aniaya dengan berita tak betul yang kau manipulasi tu dengan sape kau nak mintak ampun..?

Tamat bab tazkirah... kang tak pasal-pasal kena tangkap bagi tazkirah tanpa tauliah pulak kang... hahaha...

Bab etika kewartawanan.

Rasa-rasa aku, geng-geng wartawan yang selama ni dok simpan rasa dalam hati tu elok lah pakat-pakat bangkit nyatakan endirian masing-masing. cukup-cukup la dok makan gaji hasil maki hamun rakyat Malaysia. cukup-cukup la dok jadi anjing dekat orang yang kerjanya melawan Allah. sampai bila nak isi perut dengan hasil yang tak diredhai..?

Kalau yang bangkit cuma sekadar Hata sorang je aku yakin tak kan ada perubahan dalam bidang kewartawanan di Malaysia. wartawan Malaysia cuma sekadar boleh cari makan di Malaysia. di negara luar insya-Allah susah nak cari makan sebab level kewartawanan media perdana negara Malaysia (pada aku) setakat hari ni aku letak dekat kandang anjing je.

Korang ingat media luar nak ambik ke wartawan yang tak de etika kerja dengan syarikat diorang..?

Sampai bila wartawan media perdana sekadar nak jadi Balaci je..? beb... ni sejarah negara korang sendiri ni beb... bukan sejarah negara Zimbabwe... pagi ni kau nampak apa yang berlaku, kau balik opis kau tulis panjang lebar, lepas tu editor kau edit jadik cerita lain... kau pulak sengih je janji masyuk...

Mana tau 2-3 tahun lagi ada pulak sejarah penting berlaku yang berkait rapat dengan apa yang kau nampak dulu yang sepatutnya dikaitkan sama tapi jadi tak boleh nak kait sebab dulu kau dah biarkan editor kau edit sampai jadi cerita lain... kau tak menyesal..?

Kalau ramai-ramai bangkit geng-geng wartawan yang jadi pencacai ni, ia akan jadi tekanan pada pihak yang selama ni dok manipulasi kerja korang. tekanan akan bawa perubahan yang baik. kalau tak nak berubah kepada yang lebih baik, duduk je lah dekat opis tu panaskan seat empuk masing-masing sambil layan sejuk air-cond.

Biarkan Hata berjuang sorang-sorang... wartawan pencacai penakut boleh terus makan gaji hasil dari caci maki rakyat Malaysia. rakyat Malaysia boleh terus bodoh... sambil-sambil tu wartawan media perdana boleh terus kumpul tiket 1st class ke neraka jahanam sebab bersubahat.

Amin...

Thursday, September 23, 2010

RM4 Billion, UMNO & Pencacai...

Maka berkatalah wakil I'Da World:
Syarikat I'Da World Group Sdn Bhd memutuskan untuk membatalkan niatnya melaksanakan cadangan projek pembangunan bernilai RM313 bilion di negeri Kelantan.

"Jadi projek yang kita hendak buat di negeri Kelantan itu telah dibatalkanlah. Kita hendak tutup cerita ini. Saya pun dah malas dah. Kalau dia kata kita disenarai hitamkan, kita hendak tegakkan apa lagi?" kata pengerusi eksekutifnya, Abdul Rahim Abdul Wahab.

"Kita tarik diri. Minta maaflah. Mereka kata tidak mahu, apa lagi kita boleh buat?," katanya ketika ditemui media di pejabatnya di Kelana Jaya hari ini.

Abdul Rahim berkata syarikatnya juga belum mempunyai wang RM4 bilion yang hendak didermakan kepada PAS Kelantan.

Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata, beliau akan meneruskan usaha untuk menjayakan projek di negeri-negeri lain.

Syarikat itu dilanda kontroversi ekoran tindakannya yang mengekut semua pihak kerana bermurah hati untuk menderma sebanyak RM4 bilion kepada PAS Kelantan bagi membangunkan negeri itu.

Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.

Cek replika sumbangan itu diterima oleh adik menteri besar Kelantan, Nik Din Nik Mat pada Ahad lalu.

Sementara itu, Abdul Rahim menjelaskan bahawa sumbangan RM4 bilion itu merupakan satu bentuk bayaran pendahuluan daripada jumlah keuntungan daripada projek yang hendak dilaksanakan itu.

"Tiap-tiap negeri, bila buat projek usahasama, 20 peratus akan diperolehi kerajaan negeri, 80 peratus kepada (rakan niaga). Jadi bila bercakap tentang RM300 bilion, 20 peratus itu lebih kurang RM60 bilion.

"Jadi dalam RM4 bilion tadi, sebenarnya (replika cek) itu tidak ada haribulan. Duit ini kita hendak beri bila kita dapat buat kerja (jalankan projek), dasar daripada 20 peratus tadi," tambahnya.

Katanya lagi, beliau telah berusaha untuk menjalankan projek tersebut sejak tahun 1998 lagi melalui sebuah syarikat dikenali Asas Naim Holdings.

"Pada masa itu Tuanku (Ismail Petra) masih sihat lagi," tambahnya.

Bagaimanapun, sumbangan RM4 bilion yang ingin disumbangkan kepada PAS seperti yang tercatat pada replika cek itu mencetuskan kontroversi.

PAS juga menafikan parti itu telah menerima cek sebenar atau sumbangan bernilai RM4 bilion daripada syarikat berkenaan.
TPU - UMNO dengan geng-geng Pencacai nak cakap apa pulak..?

4 Billion: DPPNK Cabar Safuan Kemuka Bukti

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Saudara Anuar Safian seperti yang tersiar di beberapa media massa pada 22 September 2010. Beliau dilaporkan mengulas isu derma RM4 billion kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan dengan meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat PAS Kelantan atas dakwaan kemungkinan melakukan penyelewengan.

2. DPPNK menyifatkan kenyataan Anuar Safian sebagai kenyataan melatah yang dikeluarkan atas sentimen politik yang keterlaluan. Sewajarnya Anuar Safian menggunakan pertimbangan akal yang waras sebelum mempercayai dakwaan adanya derma sebanyak itu. Atau adakah sebenarnya UMNO Kelantan khususnya Pergerakan Pemudanya sendiri kecut perut sekiranya derma tersebut benar-benar wujud lantas menyukarkan usaha UMNO menawan Kelantan?

3. Barangkali sudah lama UMNO khususnya di Kelantan menunggu-nunggu isu yang boleh menjatuhkan kredibiliti kerajaan Kelantan lantas bertindak pantas mengeluarkan kenyataan walaupun dakwaan yang wujud hanyalah samar-samar sahaja. DPPNK menasihatkan, jangan terlampau gelojoh memperlihatkan keghairahan menangani isu.

4. Selain itu, DPPNK juga kesal dengan dakwaan Anuar Safian yang mendakwa bahawa terdapat banyak isu penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan akhir-akhir ini. Anuar Safian yang mendakwa dirinya sebagai Pengerusi Orang Muda Anti Korupsi (OMBAK) sepatutnya bercakap berdasarkan fakta dan bukannya rekaan semata-mata. DPPNK dengan ini mencabar beliau supaya mendatangkan bukti sekiranya benar terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan. Amatlah sekali Pemuda UMNO Kelantan jika dipimpin oleh individu yang hanya tahu melemparkan tuduhan tanpa asas sama sekali.

5. DPPNK mencadangkan agar Pemuda UMNO Kelantan khususnya Saudara Anuar Safian supaya dapat menumpukan perhatian kepada isu-isu penyelewengan yang benar-benar berlaku. Atau sekurang-kurangnya mengawal pembahagian duit wang ehsan yang dirompak daripada royalti minyak Kelantan agar tidak dijadikan senjata politik oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

YB HAJI ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)
Bertarikh : 13 Syawwal 1431H beersamaan 22 September 2010M.

Zaman Kebangkitan Era Baru Bermula...

Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) menggesa pihak pentadbiran univerisiti tersebut supaya tidak menghalang mahasiswa untuk hadir mendengar keputusan perbicaraan kes 'bini puaka' di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Sebaliknya, pengerusinya Syed Syafiq Syed Hashim berkata pihaknya bersedia menghantar seramai mungkin mahasiswa universiti itu ke mahkamah tersebut untuk memberi sokongan moral kepada tertuduh.

"Pagi tadi, kami dihubungi wakil timbalan naib canselor Bahagian Hal Ewal Pelajar (BHEP) melalui telefon, meminta kami tidak menghantar mahasiswa untuk mendengar keputusan perbicaraan (esok).

"Pro Mahasiswa UPM ingin menyatakan pendirian bahawa kami akan terus menghantar mahasiswa UPM ke Mahkamah Jalan Duta esok.

"Kami berpendapat bahawa BHEP tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mahasiswa mendengar keputusan perbicaraan di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru agar mahasiswa supaya turun beramai-ramai untuk memberi sokongan moral kepada lima orang mahasiswa yang dituduh dalam kes tersebut.

Sementara itu, jurucakap Pro-M Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata pihaknya juga ke mahkamah esok untuk tujuan tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini, sumber berkata, kira-kira 50 mahasiswa akan hadir memberi sokongan kepada tertuduh.
TPU - Awas KERAjaan... apabila Mahasiswa/wi mula bangkit mengatakan pendirian mereka dengan tegas, ini bermakna era pemerintah Beruk-Beruk tua sudah sampai ke penghujungnnya. Negara ini tidak memerlukan binatang-binatang yang tidak berakal sebagai pentadbirnya. anak-anak muda ini akan mengambil alih pentadbiran Negara yang mereka cintai mengikut acuan mereka sendiri.

Apa yang perlu KERAjaan dan beruk-beruk tua lakukan hanyalah berundur jika majoriti berkehendakkan sedemikian... apa yang perlu KERAjaan dan beruk-beruk tua buat ialah memberi seluas-luasnya peluang kepada anak-anak muda ini mencorak Negara ini mengikut acuan mereka.

Anak-anak muda zaman ini bukan bodoh... anak-anak muda zaman ini bukan BANGANG... anak-anak muda zaman ini juga bukan BONEKA yang boleh KERAjaan dan beruk-beruk tua yang gila kuasa pergunakan semahu-mahunya.

Sampai masanya untuk anak-anak muda menzahirkan keinginan mereka. jangan fikir mereka tidak mampu sebab kamu tahu mereka mampu dan kalau benar seperti yang beruk-beruk tua katakan bahawa anak-anak muda ini tidak mampu dan tidak tahu apa-apa...

Kenapa kamu menghalang mereka seboleh-bolehnya..? Takut pada KEBANGKITAN ERA BARU...???

Doakanlah Kebaikan Keatas Sultan Muhammad ke-V

Alhamdulillah, akhirnya kebenaran berjaya juga mengatasi kebatilan.

Firman Allah, mafhumnya: Dan janganlah kamu mencampur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (Surah al-Baqarah: Ayat 42)

Firman Allah lagi, mafhumnya: Dan katakanlah, “Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik), sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”. (Surah al-Isra’: Ayat 81)

Insya’Allah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V akan berusaha sedaya-upaya Baginda untuk melaksanakan amanah memerintah negeri Kelantan Darul Naim sebaik mungkin di antara lainnya dengan berdasarkan kepada panduan-panduan berikut:

1. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Surah Muhammad: Ayat 7)

2. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan munkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya. (Surah al-Nahli: Ayat 90)

3. Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah al-Hujurat: Ayat 9)

4. Ya Allah, barang siapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan umatku kemudian ia membuat kesengsaraan kepada mereka maka berilah kesengsaraan kepada orang itu sendiri, sedang barangsiapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan umatku kemudian ia menunjukkan kasih sayang kepada mereka, baik ucapan ataupun perbuatannya, maka kasih sayangilah orang itu. (Riwayat Muslim)

5. Pemimpin-pemimpin pilihan di antara kamu ialah orang-orang yang kamu mencintai mereka dan mereka pun mencintai kamu, juga yang kamu mendoakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untuk kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara kamu ialah orang-orang yang kamu membenci mereka dan mereka pun membenci kamu, juga yang kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu. (Riwayat Muslim)

6. Barangsiapa yang diserahi oleh Allah akan sesuatu kekuasaan dari beberapa urusan pemerintahan kaum Muslimin, kemudian orang itu menutup diri (tidak memerhatikan) perihal hajat, kepentingan atau kefakiran orang-orang yang di bawah kekuasaannya maka Allah juga akan menutup diri (yakni tidak memerhatikan) perihal hajat, kepentingan atau kefakirannya sendiri pada hari kiamat”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Sama-samalah kita semua mendoakan kebaikan, pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah ke atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V yang kita kasihi.

Allahu Akbar.

The Kelantan Insider

UMNO & Judi Bahagian 3: UMNO & Magnum 4 Digit

Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.

Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat Magnum 4D Berhad.

Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum 4D.

Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D.

Ini menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan tersebut.

Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D.

Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham.

Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.

Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah UMNO sebagai penggalak kepada aktiviti pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.

Jadi jangan pelik lah kalau kita dapat tengok sekarang ni orang melayu kita dengan selamber je membeli nombor ekor

Kalau pemimpin kencing berdiri… pengikut pun akan kencing berlari…

Sumber - Roslan Alan روسلن الن

UMNO & Judi Bahagian 2: UMNO & Sports Toto

Sports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.


Sehingga kini Sports Toto mempunyai sejumlah 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu Kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad.

Berdasarkan carian yang dibuat, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah yang juga Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.

Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.

Ini menjadikan Tengku Adnan mewakili UMNO di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.

Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.

Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.

Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto.

Daripada carta ini jelas UMNO punya wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut melindungi kegiatan judi berkenaan.

Sumber - Roslan Alan روسلن الن

UMNO & Judi Bahagaian 1 - UMNO & Genting

Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara yang diasaskan pada 30hb. Julai, 1968.


Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28hb. Disember, 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd. telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 ianya dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.

Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.

Di bawah bendera Genting, terdapat dua syarikat utama dan ianya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad. Penglibatan UMNO dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung sekian lama dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini.

UMNO melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan.

Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino.

Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah.

Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.

Antaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.

Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.

Ini memperlihatkan penglibatan UMNO dalam aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam UMNO.

Sumber - Roslan Alan روسلن الن

Wednesday, September 22, 2010

Harga Petrol: Dalam Diam KERAjaan Pusat Merompak Lagi..!

Siapa perasan? Siapa yang sedar? Mungkin taukey minyak tahu. Sibuk sangat kita dok bace kisah Datuk Sosilawti kena bunuh, kena songlap duit berjuta, rupanya kerajaan BN dalam senyap menaikkan harga minyak masa dekat raya baru-baru ini.

Kerajaan BN dah macam penyamun tarbus. Rakyat sedang sibuk berposa. Sedang sibuk menguruskan persiapan raya. Sedang memandu untuk pulang berhari-raya… alih-alih tup! Dinaikkan minyak. Takde sepatah haram pun berita dalam surat khabar ke? Pengumuman di Media TV akhbar ke? Yang ada pengumuman Hari Raya lepas tu dok pusing sampai hancur cerita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Tapi tahukah kita Kerajaan BN ini menjadi pencekik darah secara senyap. Para pemimpin membuat keputusan dan tindakan dalam selimut seolah-olah Negara ini mak bapak dia yang punya. Apa peduli dia kepada kesusahan rakyat.

Bagi Umno apa dia kisah harga minyak naik ke tidak. Penulis sendiri pun dok isi minyak tak perasan. Itupun setelah sahabat memberitahunya dan ditunjukkan resit pembayaran minyak samada diesel dan petrol sudah dirembat oleh Kerajaan BN kenaikan 0.5 sen setiap satu liter. Bagi penyokong UMNO mungkin tak kisah. 5 Sen pun bising ke? Tetapi berapa banyak penggunaan minyak sehari di Malaysia?

Jika merujuk Statistical Review of World Energy yang dikeluarkan oleh British Petroleum, penggunaan minyak di Malaysia juga menunjukkan peningkatan sehingga 499 ribu tong sehari pada tahun 2006. Sekarang 2010 sudah pasti dah lebih. Letaklah 500ribu tong sehari X 159 X 5 sen ( 1 tong = 158.987 liter). Hah RM3,975,000.00!

Tapi siapa yang sedar? NGO PROTES yang selalu protes harga minyak naik pun tak sedar. Apatah lagi penyokong UMNO.Bagi pendokong UMNO memang bersyukur dengan segala tindakan pemimpinnya mungkin sujud syukur kot. Nak cari macammana pemimpin bijak seperti pemimpin UMNO-BN yang memerintah kini. Kalau tanya pemimpin UMNO pasti jawapannya: "RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik." Hah... nasib ko le Labuuu....

Bagi rakyat ada dua pilihan sahaja. Samada lingkupkan kerajaan UMNO-BN dalam pilihanraya ke-13 nanti dan kita sama-sama martabatkan kerajaan PR di Putrajaya atau pilihan kedua buat seperti pakcik ni. Diam aje. Tak menyusahkan orang. Biarlah UMNO memerintah sampai kiamat!

Sumber - Ustaz Saiful Bahri

Pemasyuran Penggunaan Gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan

PENGEDARAN ISTANA BILANGAN 2 TAHUN 2010

PERKARA 1: PEMASYHURAN PENGGUNAAN GELARAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-SULTAN KELANTAN

Adalah dimaklumkan bagi pengetahuan Kerabat-Kerabat D'Raja, Orang-Orang Besar Negeri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Bukan Kerajaan dan sekalian orang ramai bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan Gelaran: KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD KE-V AL-SULTAN KELANTAN

2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa sebarang panggilan kepada KDYMM Tuanku adalah menggunakan gelaran tersebut. Saya berharap tidak ada lagi mana-mana pihak yang keliru dan menggunakan gelaran yang berbagai-bagai dalam sebutan atau penerbitan masing-masing.

3. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerabat-Kerabat D'Raja, Orang-Orang Besar Negeri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Bukan Kerajaan dan sekalian orang ramai di atas kerjasaman yang telah diberikan kepada Pejabat Sultan Kelantan sehingga istiadat pemasyhuran telah selamat disempurnakan pada 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010.

4. Saya berdoa semoga Allah S.W.T. memberi taufik, hidayah dan keberkatan kepada KDYMM Tuanku Al-Sultan dan sekalian Kerabat D’Raja.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Yang Menjunjung Titah Perintah,

(Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Hamad)
Pengelola Istana D’Raja Merangkap Ketua Istiadat Kelantan

PEJABAT SULTAN KELANTAN,
ISTANA BALAI BESAR,
KOTA BHARU,
KELANTAN.

04 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010
[Ps.Kn.Pro/11/95(33)]

PERKARA 2: KENYATAAN MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN

Assalamu'alaikum w.b.t.

1. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sebahagian besar pihak media yang telah memberikan kerjasama yang begitu baik kepada Pejabat Sultan Kelantan dengan liputan yang baik mengenai pelantikan dan pemasyhuran Al-Sultan Kelantan yang baru pada 13 September 2010. Ini adalah satu sejarah yang paling penting bagi negeri Kelantan yang berlangsung di Istana Balai Besar. Istana Balai Besar ini menjadi Pusat Pentadbiran Kelantan dan Pusat Bandar Kota Bharu. Ianya dibina pada tahun 1844.

2. Ekoran daripada pemasyhuran yang telah dibuat itu, satu Pemasyhuran Pengunaan Gelaran telah dibuat oleh Pejabat Sultan Kelantan yang menyatakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan Gelaran: KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD KE-V AL-SULTAN KELANTAN

Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa sebarang panggilan kepada KDYMM Tuanku adalah menggunakan gelaran tersebut.

3. Bacalah Perlembagaan Negeri Kelantan dan fahamilah, sekiranya masih tidak faham rujuklah kepada pakar dalam bidang berkenaan. Jangan beri pandangan yang tidak berpandukan kepada fakta yang mutakhir. Rujuklah kepada Perkara 23A mengenai “Pelucutan Takhta”, Perkara 26 mengenai “Gelaran” dan Perkara 3(2) mengenai pindaan Perlembagaan sebagaimana yang ditegaskan sebelum ini “bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan pesertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain“. Ini ditegaskan beberapa kali oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri. Saya tidak boleh memberi ulasan panjang mengenai perkara ini kerana ia telah menjadi kes mahkamah.

4. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin negeri dan negara seperti Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Tan Sri Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pakar Perlembagaan di Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Rohimi Shapiee dan pihak-pihak tertentu yang telah memberi pandangan dan sokongan mengenai perkara ini.

5. Tuanku Al-Sultan pernah bertitah bahawa Baginda memikul amanah Paduka Ayahanda untuk mentadbir negeri dengan berhemah dan menjaga kebajikan rakyat jelata. Pesanan itu menjadi pegangan dan prinsip hidup Tuanku Al-Sultan yang baru dan di sinilah letaknya “barakah” yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.

6. Saya dan pegawai-pegawai serta kakitangan Pejabat Sultan Kelantan berasa sebak dan menitiskan air mata kegembiraan di atas keizinan Allah S.W.T. kerana telah memberikan penyelesaian di atas isu yang berlarutan sekian lama. Saya terharu dengan sokongan dan harapan yang diberikan oleh rakyat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan yang baru. Saya dan pegawai-pegawai serta kakitangan Pejabat Sultan Kelantan tidak terasa letih walaupun terpaksa bertugas sepanjang masa tanpa rehat demi untuk mencari kebenaran dan keredhaan Allah S.W.T.

7. Marilah kita kembali ke jalan yang benar. Kita bertaubatlah jika ada apa-apa kesilapan yang kita telah lakukan. Rakyat tahu menilai mana yang baik dan buruk. Terimalah ketentuan Allah S.W.T. Ianya ada hikmah Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana.

Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayat Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih

DATO’ HAJI ABDUL HALIM BIN HAJI HAMAD
Pengelola Istana D’Raja

Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan
Bertarikh: 22hb September 2010