"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, February 12, 2010

Tulang Besi: Laporan Rasmi Atas Dasar Tanggungjawab Sebagai Ahli PAS

Seorang blogger yang seringkali mengkritik tindakan beberapa pemimpin PAS menyokong idea Kerajaan Perpaduan (UG) UMNO-BN, hari ini membuat aduan rasmi membabitkan 3 pemimpin kanan parti itu dan mendakwa wujudnya salah laku yang menjejaskan nama komponen Pakatan Rakyat itu.

Turut disenaraikan dalam aduan yang dibuat pagi ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut ialah keseluruhan Anggota Majlis Syura PAS yang menyokong usaha meneruskan dialog Kerajaan Perpaduan selepas PRU-12.

3 pemimpin yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden PAS Nasarudin Mat Isa, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang bulan lalu dikenakan tindakan amaran oleh jawatankuasa disiplin.

Aduan dibuat oleh pengendali blog http://malaysianwaves.com/, Abdul Rahman Talib yang lebih dikenali dengan nama pena "Tulang Besi".

Abdul Rahman yang mendakwa dirinya sebagai ahli PAS membuat aduan sebaik sahaja tiba dari Indonesia awal pagi ini.

Idea dialog Kerajaan Perpaduan (UG) membabitkan PAS-UMNO mendapat sokongan berbelah bahagi dari para penyokong dan ahli PAS.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mereka yang menyokongnya (Mursyidul AM) menentang usaha sedemikian (pro UG).

Nasharudin dan Hasan merupakan antara pemimpin dirujuk Nik Aziz agar ditukar dengan diadakan pemilihan khas menerusi Muktamar Agung Khas.

Muktamar khas tidak diadakan sebaliknya Hasan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin di mana keputusan diumumkan pada 29 Jan lalu.

Isu idea kerajaan perpaduan turut mendapat perhatian Muktamar Agung PAS 2008 dan 2009.

Beberapa pihak dalam dan di luar PAS selain Nasarudin turut menyokong idea berkenaan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi mereka berkali-kali telah menafikannya.

Akhir tahun lalu Abdul Rahman mencetuskan kejutan dengan mendedahkan rakaman yang didakwa pengakuan dan kenyataan menyokong idea Kerajaan Perpaduan.

“Pertama tujuan saya membuat aduan rasmi hari ini adalah satu tanggungjawab saya sebagai seorang pemuda Islam dan seorang ahli parti PAS,” kata beliau selepas membuat aduan rasmi.

Bersama bukti berupa rakaman, keratan akhbar dan saksi tuduh, beliau membuat beberapa pendakwaan salah laku disiplin ke atas Nasarudin dan Hasan berhubung inisiatif beliau mendedahkan rahsia amalan bai’ah PAS kepada blogger-blogger UMNO dalam 1 pertemuan antara pemimpin yang disebut dan juga beberapa blogger pro UMNO.

“Saya juga membuat pendakwaan ke atas Timbalan Mursyidul Am PAS Dr. Harun Din kerana melanggar keputusan musyawarah Lajnah Politik PAS Pusat dengan menyertai pihak tertentu membantah penggunaan kalimah Allah di kalangan masyarakat bukan Islam.

“Saya juga membuat pendakwaan ke atas segelintir anggota Majlis Syura Ulama kerana meluluskan kertas kerja tulisan Dr. Harun Din sehingga membawa pada ‘perbincangan dalam gelap UMNO-PAS’,” katanya.

Katanya beliau juga membuat pendakwaan ke atas Hasan kerana membuat beberapa kenyataan berunsur fitnah ke atas kerajaan Pakatan Rakyat, “yang saya anggap melanggar ketetapan Muktamar PAS di Ipoh dan Shah Alam sebelum ini.”

“Kesempatan ini juga, saya ingin menjelaskan bahawa tujuan saya mendedahkan segala fakta-fakta berkaitan mereka terbabit sebagai usaha untuk menentang kezaliman pihak-pihak tertentu dalam PAS sendiri,” katanya.

Abdul Rahman berkata beliau tampil membuat aduan rasmi juga bagi menyahut seruan Naib Presiden PAS merangkap pengerusi jawatankuasa disiplin Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dua hari lalu yang mahukan rungutan dan aduan dibuat menggunakan saluran rasmi.

Jawatankuasa pusat PAS akan bermesyuarat Ahad ini.

Aduan itu dikemukakan kepada setiausaha kerja PAS.

“Saya berharap segala aduan ini disiasat mengikut kaedah Islam, bukannya kaedah lazim yang digunakan oleh jawatankuasa disiplin PAS ke atas Datuk Hassan dan Khalid Samad (iaitu Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Ahli Parlimen Shah Alam) sebelum ini,” katanya.

Jawatankuasa disiplin PAS mengenakan hukuman menggantung semua jawatan selama 6 bulan ke atas Khalid dan amaran kepada Hasan atas kesalahan yang telah dilakukan dan keputusan tersebut bukan sahaja telah menjadi kontroversi malah sudah dijangkakan oleh ahli-ahli dan penyokong PAS anti UG.

Penghakiman itu disifatkan sebagai berat sebelah, sehingga beberapa pihak dalam PAS sendiri ‘menyerang’ Tuan Ibrahim sebagai berlaku tidak adil.

Tulang Besi Lapor Salahlaku Pimpinan PAS

Semalam kita dah buat pemberitahuan disini, dan hari ini berita susulan -
Seorang penulis blog yang juga ahli PAS mengemukakan aduan kepada ibupejabat PAS hari ini terhadap tiga pemimpin kanan PAS berhubung isu 'bai'ah ta'lik', isu kalimah Allah, kerajaan perpaduan dan pelanggaran usul muktamar PAS.

Tiga pemimpin PAS yang dinamakan dalam aduan tersebut ialah timbalan presiden, Nasaruddin Mat Isa; timbalan mursyidul am, Datuk Dr Haron Din dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Penulis blog tersebut, Abdul Rahman Abdul Talib yang lebih dikenali sebagai 'Tulang Besi' menggariskan empat empat terhadap mereka, dengan mendakwa:

1. Dr Hasan dan Nasaruddin telah mendedahkan rahsia parti berkaitan 'bai'ah ta'lik' kepada penulis blog di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu.

2. Ahli majlis syura ulama PAS telah meluluskan kertas kerja tulisan Dr Haron bertajuk 'Tahaluf Siyasi: Pasca 2008" yang telah membawa kepada perjumpaan-perjumpaan gelap dengan Umno yang juga telah menyebabkan perpecahan dalam PAS.

3. Dr Haron melanggar keputusan serta pendirian rasmi PAS dalam isu 'kalimah Allah' dengan menghadiri sebuah forum yang dirasmikan oleh ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

4. Dr Hasan telah menyebarkan fitnah dan penipuan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, justeru melanggar usul muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.
Sumber - Malaysiakini

Kapal TAK BOLEH Selam: Jurutera Perkapalan Disaran Berkursus Di 1Malaysia

Klik imej untuk gambar besar
Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan kecil pada sistem saluran air bertekanan tinggi pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman menyebabkan aset strategik itu tidak boleh menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

Bagaimanapun beliau berkata, kerosakan mekanikal yang dikesan pada 7 Januari lalu ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah itu tidak membimbangkan kerana hanya melibatkan sistem sokongan kapal.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk dan ini menyebabkan kapal tersebut gagal dilancarkan ke bawah permukaan air. Ia berlaku ketika kapal selam berada di limbungan kering dan bukannya semasa operasi,'' katanya.
Menatang Kapal TAK BOLEH Selam ni boleh memuatkan anak kapal seramai lebih kurang 31 orang dalam 1-1 masa... tapi kita tak payah risau sebab katakanlah "kalau" Kapal TAK BOLEH Selam ni rosak dalam masa operasi, tak ada sorang pun anak kapal akan mati lemas sebab ini ialah Kapal TAK BOLEH Selam... kot mana-mana pun dia TAK KAN boleh tenggelam.

Jurutera Kapal Mewah, Kapal-Kapal Dagangan, Kapal Kargo dan segala jenis Kapal termasuk sampan diseluruh dunia disaran supaya mengambil kursus "Kejuruteraan Kapal TAK BOLEH Selam" di 1Malaysia sebab hanya di 1Malaysia sahaja ada teknologi Kapal TAK BOLEH Selam.

Borang-borang Kursus "Kejuruteraan Kapal TAK BOLEH Selam" boleh didapati di http://kepalabapakbijan.com.my/. penyertaan terbuka sehingga semuanya terlondeh.

Zahrain: Semalam & Hari Ini...

Gambar diambil pada 25hb. Ogos, 2009 jam 10:17 malam bertempat di Markas Induk PAS ketika Dato' Zahrain dan para Pimpinan PAS & Pakatan Rakyat menyambut kemenangan Calon PAS Ustaz Salleh Man dalam Pilihanraya Kecil N-11.

Kita tunggu gambar terbaru Zahrain hari ini...