"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, May 14, 2009

DUN Perak Akan Di Bubarkan..? - malaysiakini

Sejak dari awal pagi tadi dah bertaburan khabar-khabar angin, sms, email dan jugak cakap-cakap yang mengatakan bahawa kemungkinan pembubaran DUN Perak akan berlaku adalah besar.

Aku macam biasa, sikit pun aku tak percaya, mengarut, gula-gula, mimpi indah, mimpi kosan, pemanis mulut dan jugak segala-gala yang indah-indah. indah dimulut, pahit diperut.

Korang percaya?

Percayalah... selagi tak bubar, selagi tu aku tak kan percaya. walaupun dah dibawa ke Istana tak kira oleh sape-sape pun.

Ini bukan negara demokrasi, ini negara kuku besi. demokrasi hanya mimpi, bagi yang nak percaya, korang sekadar mainan ataupun "dessert" bagi geng-geng kuku besi.

Ini negara DemoCrazy..!

Hait..!

Hamidah Kepala Samseng Sungai Rapat - malaysiakini

Satu kenyataan media dan laporan polis telah dibuat oleh Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat berhubung salah laku ADUN Sg. Rapat, Hamidah Othman yang dikatakan terlibat dengan kumpulan samseng Melayu.

Hamidah didakwa mengarahkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa ditarik balik dan kes berkenaan ditutup. Berkaitan dengan arahan itu, 4 laporan polis juga telah dibuat membantah salah laku ADUN berkenaan dan juga pegawai penyiasat yang ditugaskan menyiasat kes ini.

Disertakan kenyataan media dan laporan polis berkaitan kes semalam di bawah ini untuk pengetahuan anda.

-Budak Ipoh Timur

Majlis Makan Malan Dan Teater ISA - malaysiakini

Majlis Makan Malam Amal ISA

Tarikh : 16.5.2009 Sabtu (8.00 malam)

Tempat : Dewan Besar Markas Tarbiyyah PAS

Acara Majlis : Jamuan, Persembahan Teater "Menunggu Kata Dari Tuhan" oleh Dinsman, Nasir Jani & Soffi Jikan, Bacaan Puisi oleh Hj.Mohd Sabu & Sasterawan Negara Pak Samad Said.

Anjuran : PAS Kawasan Bukit Bintang

Harga Tiket : RM 25

No Akaun CIMB : 12230069803521 (Noriah Bt. Yunus).

Mohon Sebarkan Dan Iklankan Di Blog Masing-Masing.