"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, June 11, 2008

Salahuddin dikritik gagal debat minyak.

diciplak dari : malaysiakini

Jun 11, 08 3:24pm Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub hari ini menjadi sasaran kritikan penyokongnya sendiri apabila didakwa "gagal" dalam perdebatannya dengan Datuk Sharir Samad berhubung isu kenaikan harga minyak.

Perdebatan ahli parlimen Kubang Kerian dengan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna disiarkan secara langsung selama sejam di RTM1 jam 9.30 malam tadi.


Beberapa pembaca mengkritik kelemahan Salahuddin di laman web Tranungkite.net, milik Pemuda PAS Dungun, Terengganu.

"Apa yang saya harapkan dari perdebatan ... tidak langsung mencapai tujuan, ruang dan peluang yang sepatutnya digunakan terus gagal dimanafaatkan Salehuddin, sungguh mengecewakan," kata seorang pembaca web itu, 'Reformis Muda'.

"Saya mencadang selepas ini (ahli parlimen PKR) Saifuddin Nasution (Ismail) ataupun (naib presiden PAS) Husam Musa dihantar mewakili Pakatan Rakyat, kerana Saifuddin lebih bersedia dalam soal fakta dan gaya penyampaian yang sinis. Manakala Husam dilihat lebih berani menyanggah," katanya.

Sementara seorang lagi penulis yang menyumbang kritikan menyatakan hujah-hujah Salahuddin "banyak terdapat di dalam blog-blog internet" dan menyarankan ahli parlimen itu menjalankan kajian awal sebelum menghadiri program tesebut.

"Saya tidak salahkan penonton-penonton apabila kecewa dengan hujah-hujah daripada Salahuddin... Kebanyakan hujah yang dikemukakan oleh Salahuddin pernah terbaca oleh saya (di internet). Pada saya, Salahuddin sepatutnya menggunakan hujah beliau sendiri dan boleh menggunakan fakta internet itu sebagai sokongan sahaja," kata 'Ciklee'.

Selepas menganggap Salahuddin gagal menggunakan istilah-istilah umum yang difahami semua, 'Tinta Islam' pula kecewa kerana wakil PAS itu gagal menimbulkan isu-isu kesusahan orang ramai.

"Namun bagi pihak rakyat, ana (saya) merasa sedikit kecewa kerana Salahuddin tidak dapat membangkitkan hujah-hujah bagi menyuarakan kesusahan dan keperitan hidup rakyat akibat daripada kenaikan harga minyak yang melampau," tulisnya.

'Topeng Perak' turut membangkitkan persoalan yang sama.

"Saya kira golongan (berpendapatan rendah) ini amat-amat kecewa dengan Salahuddin kerana beliau juga seolah lupa pada golongan ini. Pada saya kesilapan Salahuddin ialah, terlalu cepat dan gopoh dalam memenangi isu ini," katanya.

Beliau mencadangkan ahli parlimen itu berbincang dengan semua golongan sebelum bertindak sebagai "duta besar" di program TV itu.

Nombor Pendaftaran Ahli UMNO Saya - 02199509

Assalamu'alaikum...

Hai...nama saya Remy Iskandar Mustapar...nombor daftar ahli UMNO saya ialah - 02199509...saya adalah pemuda UMNO cawangan Telok Pulai,Dewan Undangan Negeri(DUN)Kota Alam Shah,Klang & saya adalah pengundi berdaftar & pengundi di peti undi Tuan Mee DUN Ijok...

Saya ialah individu yang membuat laporan kepada BPR berkenaan salahguna kuasa seorang pegawai kanan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.saya juga telah menipu identiti saya "kununnya" saya adalah ahli PKR Bahagian Kuala Selangor & Ketua Angkatan Muda KeADILan(AMK)Cawangan Pasir Tuntung.

Hari ini rahsia saya telah terbongkar...rahsia saya terbongkar kerana saya bodoh...saya tak fikir bahawa Pemimpin Bahagian Tanjong Karang akan menyiasat kesahihan identiti saya...saya juga bodoh kerana saya tidak belajar dari kesilapan sepupu saya iaitu Shahid...kami sama-sama bodoh...ya...saya akui saya bodoh,tetapi kebodohan saya berasas...

Asasnya ialah saya ahli UMNO & no pendaftaran ahli saya ialah - 02199509.sebagai ahli UMNO saya memang patut bersikap bodoh.saya tidak boleh menjadi lebih cerdik dari pemimpin saya kerana saya seorang yang "taksub" pada pemimpin saya...saya perlu mencontohi pemimpin saya.

Siapa yang tak kenal Pak Lah?anda kenal Najib?anda kenal Shahrir?itu semua adalah idola saya!saya amat kagum dengan mereka-mereka itu...sebab itulah saya juga turut sama memeriahkan lagi negara Malaysia dengan pembohongan@penipuan...saya amat berbangga dengan perbuatan saya...malu?apa itu malu?wang lebih penting dari "kemaluan" bagi saya.anda tahu apa?anda bukan ahli UMNO.saya ahli UMNO & saya lebih tahu...

Walau bagaimanapun,saya akan berusaha lagi untuk menipu seluruh rakyat Malaysia sebagaimana yang dilakukan oleh para pemimpin saya sebelum ini.kemana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi?

Saya juga berterima kasih kepada Timbalan Ketua Bahagian PKR Bahagian Kuala Selangor Encik Arshad Abu Bakar kerana berjaya mendedahkan penipuan saya.saya memang bodoh...tapi tak mengapa sebab saya ahli UMNO dengan nombor pendaftara ahli - 02199509.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada editor akhbar Sinar Harian yang telah sudi menyiarkan pendedahan tentang diri saya didalam akhbar Sinar Harian hari ini.terima kasih juga kepada Topengperak_Xinwugi kerana sudi menaip kisah tentang diri saya untuk didedahkan kepada pengetahuan semua pembaca...kepada para pembaca - tunggulah pembohongan & penipuan yang seterusnya daripada saya...akhir kata dari saya "UMNO - Dulu,Kini & Selamanya(pembohong)".

Sekian Terima Kasih.

Oh...saya terlupa 1 perkara.disini saya sertakan sekali nombor talifon saya & alamat saya.sila hubungi saya bila-bila masa sekiranya anda berminat untuk bersekongkol dengan saya : 013-6407888 @ 03-32648059 di alamat Batu 22 1/2, Pasir Tuntung, 45700 Bukit Rotan,

YB Salahuddin Kurang Umph...!!!

Assalamu'alaikum...

Baru lepas menonton RTM1 debat antara YB Salahuddin Ayub dengan YB Shahrir berkenaan isu penstrukturan semula harga "emas hitam"...sebagai rakyat saya meletakkan harapan yang amat tinggi kepada YB Salahuddin sebagai pengantara lidah rakyat dan kerajaan didalam menangani isu kenaikan "emas hitam" baru-baru ini yang banyak membebankan kita rakyat Malaysia.


Banyak persoalan yang tidak dipanjangkan untuk dicari penyelesaiannya.bagi saya,tidak sesuai bagi YB Salahuddin mempersoalkan bagaimana wang Petronas dibelanjakan,mengenai isu akaun Petronas yang tidak diaudit dan tidak dibentangkan di Parlimen dan berbagai lagi persoalan yang bagi saya amat remeh untuk dibincangkan buat masa ini.


Tinggalkan segala persoalan diatas...apa yang paling penting & mahu kita tahu pada masa ini ialah apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam mengimbangi kenaikan harga "emas hitam" dengan beban hidup kita yang semakin meningkat?apakah langkah-langkah yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan selepas ini?apakah rancangan jangka pendek & jangka panjang kerajaan selepas kenaikan harga "emas hitam"?


Banyak yang tidak diutarakan & sudah pasti tidak dijawab kerana tiada soalan.apa yang dipersoalkan oleh YB Salahuddin sepatutnya tidak dibawa kedalam debat tersebut kerana kita sudah tahu jawapannya tidak akan kita dapat selagi kuasa pemerintahan tidak berubah.
Fokus utama sepatutnya ialah bagaimana hendak mengurangkan beban rakyat.bagaimana mengimbangi beban golongan berpendapatan sederhana,rendah & golongan miskin?

Persoalan paling besar bagi saya ialah apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan beban golongan yang tidak punya kenderaan?kerajaan memberi rebet kepada pemilik kenderaan,ada juga cadangan memansuhkan cukai jalan & ada juga cadangan mengurangkan kadar tol & jika langkah-langkah tadi dilaksanakan,beban para pemilik kenderaan pasti akan berkurang sekurang-kurangnya...


Tetapi...


Bagaimana pula halnya bagi golongan berpendapatan rendah & miskin yang tidak mempunyai kenderaan?saya telah menjelaskannya didalam artikel saya sebelum ini yang bertajuk "Barang Naik - Silent Killer!" rujuk [ sini ] .
rasanya YB Salahuddin tidak membuat homework sebelum berdebat.


Setakat hari ini tiada lagi langkah dari kerajaan untuk membela nasib golongan ini.sudahlah pendapatan mereka amat rendah,terhimpit pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat & kerajaan pula seolah meminggirkan mereka.rebet?maaf...tiada rebet untuk golongan ini kerana mereka tidak punya kenderaan.


Saya kira golongan ini amat-amat kecewa dengan YB Salahuddin kerana beliau juga seolah lupa pada golongan ini.pada saya kesilapan YB Salahuddin ialah terlalu cepat & gopoh didalam memenangi isu ini...sepatutnya YB Salahuddin mengambil sedikit masa lagi bertemu dengan semua golongan berbagai peringkat,dapatkan suara & rintihan mereka barulah bertindak sebagai seorang "Duta Besar" yang membawa suara rakyat kepada kerajaan.


Cadangan saya kepada semua YB Pakatan Rakyat - luangkan sedikit masa anda untuk menjenguk sendiri blog-blog & forum-forum cyber ataupun wujudkan blog anda sendiri agar lebih mudah suara-suara rakyat sampai kepada anda.ini akan memudahkan lagi kerja anda,praktikal & amat berkesan dalam tugas anda sebagai wakil kepada rakyat.respon dari rakyat akan sampai terus kepada anda,paperwork anda dapat disampaikan terus kepada rakyat & peranan anda sebagai wakil rakyat akan menjadi lebih produktif.


Apapun saya mengucapkan syabas & tahniah kepada YB kerana sekurang-kurangnya ada usaha anda untuk membela rakyat.belajar dari kesilapan.