"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, June 11, 2008

YB Salahuddin Kurang Umph...!!!

Assalamu'alaikum...

Baru lepas menonton RTM1 debat antara YB Salahuddin Ayub dengan YB Shahrir berkenaan isu penstrukturan semula harga "emas hitam"...sebagai rakyat saya meletakkan harapan yang amat tinggi kepada YB Salahuddin sebagai pengantara lidah rakyat dan kerajaan didalam menangani isu kenaikan "emas hitam" baru-baru ini yang banyak membebankan kita rakyat Malaysia.


Banyak persoalan yang tidak dipanjangkan untuk dicari penyelesaiannya.bagi saya,tidak sesuai bagi YB Salahuddin mempersoalkan bagaimana wang Petronas dibelanjakan,mengenai isu akaun Petronas yang tidak diaudit dan tidak dibentangkan di Parlimen dan berbagai lagi persoalan yang bagi saya amat remeh untuk dibincangkan buat masa ini.


Tinggalkan segala persoalan diatas...apa yang paling penting & mahu kita tahu pada masa ini ialah apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam mengimbangi kenaikan harga "emas hitam" dengan beban hidup kita yang semakin meningkat?apakah langkah-langkah yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan selepas ini?apakah rancangan jangka pendek & jangka panjang kerajaan selepas kenaikan harga "emas hitam"?


Banyak yang tidak diutarakan & sudah pasti tidak dijawab kerana tiada soalan.apa yang dipersoalkan oleh YB Salahuddin sepatutnya tidak dibawa kedalam debat tersebut kerana kita sudah tahu jawapannya tidak akan kita dapat selagi kuasa pemerintahan tidak berubah.
Fokus utama sepatutnya ialah bagaimana hendak mengurangkan beban rakyat.bagaimana mengimbangi beban golongan berpendapatan sederhana,rendah & golongan miskin?

Persoalan paling besar bagi saya ialah apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan beban golongan yang tidak punya kenderaan?kerajaan memberi rebet kepada pemilik kenderaan,ada juga cadangan memansuhkan cukai jalan & ada juga cadangan mengurangkan kadar tol & jika langkah-langkah tadi dilaksanakan,beban para pemilik kenderaan pasti akan berkurang sekurang-kurangnya...


Tetapi...


Bagaimana pula halnya bagi golongan berpendapatan rendah & miskin yang tidak mempunyai kenderaan?saya telah menjelaskannya didalam artikel saya sebelum ini yang bertajuk "Barang Naik - Silent Killer!" rujuk [ sini ] .
rasanya YB Salahuddin tidak membuat homework sebelum berdebat.


Setakat hari ini tiada lagi langkah dari kerajaan untuk membela nasib golongan ini.sudahlah pendapatan mereka amat rendah,terhimpit pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat & kerajaan pula seolah meminggirkan mereka.rebet?maaf...tiada rebet untuk golongan ini kerana mereka tidak punya kenderaan.


Saya kira golongan ini amat-amat kecewa dengan YB Salahuddin kerana beliau juga seolah lupa pada golongan ini.pada saya kesilapan YB Salahuddin ialah terlalu cepat & gopoh didalam memenangi isu ini...sepatutnya YB Salahuddin mengambil sedikit masa lagi bertemu dengan semua golongan berbagai peringkat,dapatkan suara & rintihan mereka barulah bertindak sebagai seorang "Duta Besar" yang membawa suara rakyat kepada kerajaan.


Cadangan saya kepada semua YB Pakatan Rakyat - luangkan sedikit masa anda untuk menjenguk sendiri blog-blog & forum-forum cyber ataupun wujudkan blog anda sendiri agar lebih mudah suara-suara rakyat sampai kepada anda.ini akan memudahkan lagi kerja anda,praktikal & amat berkesan dalam tugas anda sebagai wakil kepada rakyat.respon dari rakyat akan sampai terus kepada anda,paperwork anda dapat disampaikan terus kepada rakyat & peranan anda sebagai wakil rakyat akan menjadi lebih produktif.


Apapun saya mengucapkan syabas & tahniah kepada YB kerana sekurang-kurangnya ada usaha anda untuk membela rakyat.belajar dari kesilapan.

No comments: