"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, June 09, 2009

Gaduh Di Kamunting: Ceramah DS Nizar Batal - malaysiakini

Ekoran dari kekecohan yang berlaku di Kamunting awal petang tadi, ceramah DS Ir Nizar di Expo Kamunting (lokasi lebih kurang 5km dari kawasan pergaduhan) yang dijadualkan malam tadi terpaksa dibatalkan disaat-saat akhir atas faktor keselamatan.

Buat masa ini, pihak polis sedang giat mengadakan rondaan dan juga sekatan jalanraya di beberapa tempat bagi mengesan saki-baki samseng-samseng yang terlibat dalam kesamsengan petang tadi.

Pihak FRU juga sudah bersiap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Ini baru pertama kali setelah beberapa tahun aku dapat tengok dan lihat macam mana pihak PDRM bertugas dan berada dilokasi dan kejadian yang sepatutnya pihak PDRM berada. kali ni baru la aku rasa PDRM betul-betul bertugas.

Yang lain-lain tu asyik dok jadi "alat" pemerintah je.

Lepas ni kalau dapat tangkap yang mana terlibat tak kira india ke melayu ke, kalau ada bukti kesamsengan diorang, elok ikat dekat pokok lepas tu siram dengan air gatal. biar dia rasa.

Panas@Hangat Di Kamunting!!! - malaysiakini

Dalam dok cuaca panas melanda Perak dan masih lagi dalam kehangatan isu rampasan kuasa kerajaan negeri, adalagi cerita menggemparkan di selatan siam dengan puluhan kematian dalam serangan musuh Islam ketika mangsa-mangsa menunaikan sembahyang disebuah masjid, yang terselamat ialah para jemaah yang bertempiaran lari ikut tingkap! masya-Allah...

Ni ada lagi... berpeluh lagi...!!! tragedi pergaduhan yang melibatkan kaum india dan geng melayu di pekan Kamunting, menurut sumber yang aku perolehi, tragedi berdarah ini lewat petang tadi berpunca dari rasa tidak puas hati mengenai 'siapa yang berhak menakluk kawasan'...

Tragedi ni juga melibatkan nyawa seorang melayu, tiga india, 15 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.

Sumber menyatakan kawasan sekitar masjid Kamunting, K.E Corner menjadi "Black Area" (dalam perhatian pihak polis). pihak polis dan Unit Simpanan PerseKUTUan (FRU) yang berkekuatan lebih kurang 80 anggota telah ditempatkan di kawasan berkenaan bagi mengawal keadaan agar tidak diulang oleh konco-konco yang tinggal... fuh...!!!

Pengliporlari -1 Malaysia, jangan gaduh-gaduh pasal kawasan... PM utamakan hangpa sebagai rakyat... mintak le balak ke... camry ke... kan ke takde pembeli lagi...

Virus H1N1 telah melanda PAS - malaysiakini

Nampaknya apa yang kita takutkan telah pun menampakkan tanda-tandanya. Aritu gua datang muktamar PAS, gua jadi menyirap jek tengok kebengongan kebanyakan perwakilan. Memang level pemikiran rendah.

Antara benda yg gua menyirap ialah :

1) Perwakilan bukannya berbahas usul, tapi diorg semua dok berceramah, berkuliah. Macam celaka! Muktamar ni dah la setahun sekali, pastu berbahas mcm celaka! Ternyata pendapat gua ni sama mcm apa yg TGNA tegur : http://malaysiakini.com/news/105985

2) Ada ustad bengong gi sound petugas media tak tutup aurat dlm ucapan perbahasannya. Bodoh, sape ajar ko dakwah mcm tu? Depan org ramai ko malukan petugas2 media non-muslim, pastu ko bangga. Celaka punya ulama!

3) Kebanyakan perwakilan berbahas tanpa hujah konkrit. Semua dok syok sendiri berceramah, pastu cakap pun nak ada style arab la konon. Ntah pape.

Tu je yg gua dapat tengok, pastu gua keluar jenjalan kat gerai2. Buang masa gua jek dengar perbahasan bodoh. Bukan semuanya bengong, tapi disebabkan kebanyakannya bengong, menyebabkan mood gua nak ikuti perbahasan terus padam.

Memang gua tak heran la nasha penipu tu boleh menang. Memang level pemikiran perwakilan cerdik sikit je dari perwakilan UMNO.

Sekarang ni nak menyesal pun dah tak guna. Lepas mamat nasha tu naik jek, terus buat kepala, hidupkan balik idea kerajaan perpaduan. Pastu selamba cakap pandangan TGNA tu cuma pendapat peribadi dia. Kurang ajar punya org! Lu bukannya rasa apa yg TGNA lalui selama ni nak pertahankan kerajaan Kelantan.

Gua rasa, dengan kemenangan hadi dan nasha ni, telah menghasilkan sebuah virus baru iaitu H1N1 (Hadi 1, Nasha 1) yang bakal meretakkan hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat. Walaupun kebanyakan grassroot tak sokong idea tu, tapi virus H1N1 ni mempunyai kedudukan yg power dlm PAS.

Gua tak tau nak cakap apa dah. Gua harap 3 naib pres dpt counter cepat sebelum sejarah pahit berulang. Adios

Oleh : Kudin Mansor

PAS Tersasar Jauh Dari Landasan Dibawah Pimpinan TGHH & Nasa - malaysiakini

From : othman inayatullah <othman_inayatullah@yahoo.com.sg>
Date : 2009/6/9

Saya juga tidak setuju jika PAS bergabung dengan UMNO kerana Kerajaan Perpaduan. Saya sendiri tak faham apa maksud kerajaan perpaduan yang berada di akal minda seorang bernama Hadi Awang bersama orang kuat beliau yang saya suka panggil Nasha. Adakah kerajaan perpaduan ini melibatkan perpaduan warga Malaysia yang meliputi Melayu, India, Cina, Siam, Kadazan, Dayak dan sebagainya atau perpaduan melayu sahaja?

Sehingga ke hari ini saya tidak nampak perpaduan antara bangsa di Malaysia dalam keadaan bercakaran seperti 13 Mei 1969 kalau yang dikatakan kerajaan perpaduan itu melibatkan seluruh bangsa Malaysia. Jika akal Hadi Awang menjurus kepada perpaduan melayu, PAS bukan lagi bersifat universel iaitu bersifat untuk semua tetapi bersifat bangsa. Ingat jika perjuangan yang bersifat bangsa sebenarnya dimurkai Allah swt seperti mana Hadi Awang sendiri pernah katakan.

Untuk pengetahuan Hadi Awang, Saudara Nasha dan mereka-mereka yang berada dalam PAS yang menyokong kerajaan perpaduan ini, bahawa kemenangan calon-calon PAS bukan sebabkan ahli PAS yang ramai tetapi disebabkan pengundi yang ingin pemimpin mereka bersih dan berbakti kepada semua secara adil. Jika dibandingkan ahli PAS dan UMNO, ahli UMNO lebih dari 10 kali ganda ramai daripada PAS, tetapi kenapa PAS boleh memenang dalam PRK Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Jawapannya adalah di atas.

Sekiranya PAS masih meneruskan niat Kerajaan Perpaduannya dengan UMNO, saya jangkakan bahawa PRK di Kelantan, PAS akan kalah walaupun menggunakan lambang BN.

Kenapa Hadi Awang tidak mengusulkan kerajaan perpaduan dengan DAP, PKR, MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain parti selain UMNO. Kenapa UMNO? Tidakah itu menunjukkan Hadi Awang gila pangkat dan kuasa. Walaupun saya bukan mana-mana ahli parti politik tetapi saya sayangkan PAS.

Saya sayang Ustaz Fadzil Nor kerana beliau seorang yang sederhana, lembut dan tidak pernah tergoda dengan pangkat dan kuasa. Dalam zaman beliau, PAS dikalahkan dalam setiap PRU tetapi beliau sabar dan berusaha untuk mengetengahkan PAS.

Saya sayangkan PAS kerana adanya Tuan Guru Nik Aziz yang banyak menyedarkan saya dalam setiap kata-kata beliau walaupun beliau cakap kelantan.

Tetapi kini saya sudah mula benci PAS kerana Hadi Awang dan si Nasha. Mereka ini yang bakal menyebabkan PAS bersubahat dengan perosak negara (UMNO). Saya amat harap sekira ada kalangan orang kuat Hadi Awang atau si Nasha, tolong emailkan kepada mereka isihati saya ini.

Ingat pangkat dan kuasa itu hanya sementera dan akan dicabut daripada kita juga samada secara baik mahupun secara hina. Kita tidak perlu jadi TPM kalau kita sentiasa beritizam perjuangan kita untuk keadilan sejagat mengikut lunas-lunas Islam.

Untuk penyokong PAS, PAS sekarang telah dirogol oleh Hadi Awang dan Nasha. Perogolan berganda dan berulang-ulang, bukan sehaja dirogol tetapi diliwat oleh kedua mereka ini. Saya benci Hadi Awang dan Nasha!

Ahmad Awang Buktikan Wujud Fraksi UMNO dalam PAS

Akhirnya, Ustaz Ahmad Awang, bekas Naib Presiden PAS Pusat, telah mendedahkan bahawa wujud usaha membawa PAS kepada UMNO. Boleh rujuk kepada ucapan Ustaz Ahmad Awang di bawah.


Benarlah Husam Musa apabila beliau berkata tujuan beliau menentang Ust Nasa baru-baru ini adalah kerana untuk menghalang usaha membawa PAS kepada UMNO.

Ia juga membuktikan bahawa:

a. Tidak wujud usaha untuk menjatuhkan ulama dalam PAS
b. TIdak wujud untuk menyebarkan kekuasaan Anwar Ibrahim
i. Yang sebenarnya hanyalah usaha untuk menyebarkan pengaruh Mursyidul Am
c. Tidak wujud usaha untuk meliberalisasikan PAS ke arah menjauhkan diri dari Islam
d. Membuktikan wujudnya Fraksi UMNO dalam PAS

Yang sebenarnya konflik yang wujud sekarang ini adalah hasil dari usaha beberapa pihak untuk membawa PAS kepada UMNO, seperti yang didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang itu.

Lihatlah betapa bebalnya sesetengah penyokong PAS. Di bawah adalah komen dari seorang penyokong PAS bernama AFyan yang sama sekali tidak nampak isu yang sebenar tetapi menaikkan isu-isu bebal seperti PKR itu sekular dsbnya.

Hasilnya, ahli PAS seperti Afyan sebenarnya menyokong usaha membawa PAS kepada UMNO. Lihatlah salah satu komen beliau seperti dibawah:

"June 6, 2009 9:02 AM

Delete
Blogger Afyan said...

PAS adalah parti yang paling kuat dalam PR.
Jadi ini yang Anwar cemburu, kerana tanpa sokongan PAS impiannya untuk menjadi PM takkan menjadi.
Jadi, cara yang dia ada ialah menyusup ke dalam PAS melalui proksinya.
Ini yang dapat dikesan oleh para ulama.
Dan berlakulah pertembungan sebagaimana yang berlaku pada hari ini.

Anwar ternyata tidak pandai mendidik orang-orangnya sehingga berlaku tragedi hitam di Perak.
Namun, tiada siapa yang mngecam Anwar dalam hal ini.
Seandainya ia berlaku di dalam PAS, nescaya Tok Guru HAji Hadi akan dikecam hebat oleh para penyokong Anwar.
====
Begitu juga sekiranya jika ulama yang buat press conference, nescaya ramailah yang akan mengecam.
Tetapi apabila yang pro-Anwar yang buat cenference tidak ada apa-apa."

Penyokong2 puak2 Fraksi UMNO ini seperti tidak ketahuan. Mereka menyalahkan orang tanpa sebab. Mereka membuat tuduhan rambang dan liar kepada orang lain, padahal mereka sebenarnya menutup agenda mereka yang sebenar, yakni membawa PAS kepada UMNO.

Lihatlah bahagian yang di "bold" seperti di atas. Tuduhan Anwar cemburu, dan penyusupan melalui proksi adalah tuduhan rambang dan tidak masuk akal.

Mereka membuat tuduhan liar dan fitnah ini kerana mahu melindungi pemimpin mereka yang telah berbohong kepada AJK PAS Pusat dan ahli PAS keseluruhannya dengan menyatakan mereka tidak pernah berjumpa dalam gelap.

Orang seperti Afyan ini lebih rela menyokong pembohong dari pimpinan yang tetap atas landasan perjuangan PAS.

Mengenali Fraksi UMNO Dalam PAS- BAgaimana?

Akhir sekali, amat mudah mengenali Fraksi UMNO dalam PAS. Sesiapa sahaja:

a. yang menyokong usaha berdakwah dengan UMNO,
b. kerajaan perpaduan,
c. Muqabalah
d. yang mengatakan kita PAS adalah parti dakwah dan perlu berdakwah dengan UMNO
e. dan juga, yang tidak mahu mengatakan TIDAK kepada cadangan PAS masuk BN

Mereka inilah Fraksi UMNO dalam PAS.

Tulang Besi

Unity Gomen: Tahniah..! PAS Bakal Hilang Sokongan Rakyat Malaysia - malaysiakini

Salam...

Ikhwan yang dirahmati Allah... Semoga kalian semua dalam lindungan dan peliharaah Allah hendaknya...

Saya amat2 terkilan dengan keputusan pemilihan kepimpinan PAS dalam Muktamar ke 55 baru2 ini. Tak payahlah saya nak uraikan, mungkin Ikhwan semua dapat mengagak siapa pilihan saya.

PAS akan kehilangan sokongan dari pengundi bukan Islam andainya muqabalah menjadi kenyataan... Saya boleh jamin 98%, ini kerana, apa yang saya tinjau dan dengar cakap di sekitar Johor Bahru, penyokong PAS yang bukan Islam sudah mula bersungut dengan wujudnya team2 dalam PAS, antara sungutan mereka ialah muqabalah bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Saya mohon, andainya agenda muqabalah dan kerajaan perpaduan ini hendak diteruskan, mereka-mereka yang terlibat hendaklah buat satu parti baru dan teruskanlah rundingan itu. Saya sebagai muslim yang mendukung perjuangan PAS tidak rela perjuangan saya walaupun tidak pernah berjuang secara langsung di cabul dan di lacur demi kepentingan mereka-mereka yang ada agenda tersendiri. Ingatlah, PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam sebagai cara pemerintahan, jangan lupa pada dasar parti, kami di dalam PAS adalah kerana perjuangan Islam PAS.

Ingatlah ikhwan yang menyebelahi muqabalah, pihak yang satu lagi hanyalah mempergunakan kamu untuk kepentingan politik mereka, mereka tiada keikhlasan dalam muqabalah itu, yang ada pada mereka hanyalah mengambil kesempatan terhadap populariti dan penerimaan PAS oleh semua lapisan masyarakat dan kaum pada waktu kini. Ingat apa yang telah pihak sana buat terhadap kerajaan PAS di Kelantan, Terengganu dan Perak. 50 lebih tahun mereka memerintah bumi Malaysia ini, pelbagai "pelacuran" politik telah mereka lakukan, dari hak dan ketuanan Melayu hinggalah kepada Raja-raja, habis semua harta rakyat dirompak bagi meneruskan agenda politik bangsat mereka. Apakah ikhwan yang menyokong muqabalah ini tidak nampak? tidakah anda semua membaca dan menyingkap sejarah lampau?

Sekian, Wallahu wa'lam...

aziz al-fayyed/090609/0246/tanjungputeri

Isu Kerajaan Perpaduan Dijangka Selesai..?

Begitu senang sekali bagi Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa membuat andaian yang beliau yakin kerisauan di kalangan pemimpin PR akan dapat diselesaikan setelah Hadi memberikan penjelasan kepada mereka. Beliau mengatakan, perbincangan antara PAS dan UMNO bukanlah ke arah perkongsian kuasa tetapi lebih kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

Ini merupakan 'kejutan' bagi saya kerana tidak disangka-sangka Hadi dan Nasha senyap2 dapat mengilhamkan 'perancangan' mengalahkan pemimpin2 lain dalam PR. Pada awalnya perancangan mereka seumpama gerakan 'gerila bawah tanah'.

Apabila taktik bawah tanah sudah terbongkar sebelum mencapai kejayaan seperti yang diimpikan, barulah mereka 'terpaksa' membuat pengakuan memang ada perancangan kearah untuk 'bersama' dengan UMNO demi kesejahteraan kepada rakyat dan negara bagi pemikiran mereka.

Ini juga bermakna 2 pemimpin tertinggi PAS ini telah 'memecut dengan laju' kedepan meninggalkan pemimpin2 lain dalam PR termasuklah Mursyidul Am PAS, TGNA dan juga Ketua Umum PKR serta PR, DSAI. Beginikah caranya untuk mempamerkan ungkapan 'kesejahteraan kepada rakyat dan negara'?

Sebelum ini PKR hanya mengambil sikap 'berdiam diri' dalam permulaan isu sehinggalah 3 hari lepas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussein Ali telah mengatakan isu ini tidak pernah dibawa dalam mesyuarat PR. Mungkin isu ini sudah semakin serius dan ini akan 'membantut' usaha PR untuk mengambil-alih tampok pemeritahan negara daripada BN.

Janganlah kita lupa, DSAI telah memilih untuk 'berkorban' demi kesejahteraan rakyat dan negara dengan menolak semua tawaran yang dibuat oleh Che Det dan memilih untuk menerima apa sahaja perancangan jahat yang telah diatur kepada beliau. Oleh kerana keberanian dan keyakinan beliau, Che Det telah menghumban beliau kedalam penjara. Terbukti..., pengorbanan DSAI tidak sia2...

Disinilah bermulanya arus perubahan yang begitu menakutkan BN sehingga sekarang. Bulan depan beliau terpaksa menempuh lagi 'sejarah hitam' yang telah diatur oleh BN untuk 'menghumban' beliau sekali lagi kepenjara.

Kenapa 2 pemimpin tertinggi PAS ini tergamak untuk 'meninggalkan kawan', sedangkan kerana 'pengorbanan' kawan inilah, parti yang mereka pimpin telah mendapat sambutan yang begitu luar biasa daripada semua bangsa dinegara kita? Kenapa mereka sanggup untuk membuka pintu kepada parti yang telah bertanggungjawab keatas semua kerosakkan dinegara kita?

Jelas dan nyata, perancangan kearah penyatuan ini adalah 'sesuatu yang karut' seperti yang telah diulas oleh TGNA. Saya pun dah malas nak ulas panjang lebar mengenai isu ini kerana bagi saya memang ada 'sesuatu yang tidak kena' tidak kiralah apa pun alasan yang diberikan....

Posted By yeols to PRO REFORM