"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, March 19, 2009

YaPIEM Berpindah Ke Bukit Gantang..! - malaysiakini

Berita dari Kolumpo -
  • Aku ke bangunan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia jalan kg Attap tadi untuk berurusan dengan mereka tetapi penyambut tetamu kata semua orang besar2 dari MT Hj Tarmizi hingga ke bawah sudah berkampung di Bukit Gantang.
  • laa...operasi di KL lumpuh dan barangsiapa nak berurusan dengan mereka, sila ke Bukit Gantang kerana mungkin cawangan baru ditubuhkan di sana..sama ada cawangan YaPEIM atau cawangan Umno...
Kepada individu-individu yang ingin berurusan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia diminta supaya datang terus ke Bukit Gantang untuk berurusan kerana Pejabat Operasi telah berpindah ke Bukit Gantang buat sementara waktu..

Harap maklum.

Pejabat-pejabat lain bila nak pindah ke Bukit Gantang woi..?

Hot.! Panas.! Gali.! Korek.! Tepek.! Tampal.! - malaysiakini

Jalanraya menghala ke Trong sesak teruk lebih 3 kilomiter akibat kerakusan pihak JKR yang sedang mangadakan upacara memasak mee segera di kawasan terbabit.

Para pelancong-pelancong politik diharap bersabar kerana kebiasaannya, mee segera hanya masak dalam masa tidak sampai 5 minit. diingatkan juga supaya para pelancong politik membawa kamera masing-masing untuk merakamkan peristiwa bersejarah tersebut.

Sayugia juga diingatkan kepada para pelancong politik supaya tidak menuduh Ti Pi Em Malaysia terlibat didalam kerja-kerja memasak mee segera tersebut kerana Ti Pi Em telah mengatakan dalam ceramahnya di Bukit Gantang baru-baru ini bahawa KERAjaan tidak akan membawa projek mee segera dalam kempen pilihanraya kali ini.

Apa yang dilakukan pada waktu ini ialah pembangunan mee segera "diluar" waktu kempen pilihanraya kecil.

HOT.! HOT.! HOT.! Terak Ef Ar Yu Terbalik..! - malaysiakini

Hot..! Hot..! Hot..!

Gerombolan Terak Ef Ar Yu yang di anggotai oleh 6 biji terak merah pembawa muatan robot loceng dan juga 3 biji terak pembawa air gatal terkandas setelah salah sebijik dari mereka gagal mengawal diri ketika sedang melayan "Drift" selepas keluar dari terowong menuju ke Kuala Kangsar.

Terak yang dikenali dengan nama "Woter Kenen" tersebut mengalami kecederaan parah setelah terbalik a.k.a terbongkang diatas trek basah.

Ketika ini juga kami difahamkan bahawa lebuhraya dikawasan terbabit sedang mangalami keadaan gatal-gatal akibat tumpahan air gatal yang dibawa oleh "Woter Kenen" tersebut.

Terak-terak pembawa balak mengkhabarkan kepada kami bahawa gerombolan terak-terak merah tersebut sedang dalam perjalanan dari Kolumpo ke Taiping dalam usaha mereka untuk menyekat orang ramai dari menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang dijadualkan malam ini.

Pihak Pakatan Rakyat telah memohon permit untuk ceramah tersebut tetapi tidak diluluskan sebaliknya pihak berkuasa telah meluluskan kehadiran 9 bijik terak merah ke kawasan ceramah malam ini.

Gerombolan terak merah dikhabarkan amat gembira dengan jemputan tersebut dan mereka cuba meraikan kegembiraan mereka dengan melayan "Drift" di Lebuhraya PLUS. walau bagaimanapun, kecelakaan jalanraya telah menimpa mereka sebelum mereka sempat sampai ke lokasi untuk membuat celaka.

Berita lanjut bakal menyusul. gambar terak merah sedang posing dalam keadaan terbalik akan diupload kemudian.

Blogger BPN: Pejuang Hampas..! - malaysiakini

Hari ni sehari suntuk aku tak dapat nak online sebab kami dah berpindah dari Ipoh ke Bukit Gantang untuk persediaan menghadapi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. perkhidmatan BerukBand dekat sini agak teruk dimana siang tadi kami langsung tak dapat nak akses ke internet.

Keadaan pulak agak kritikal berikutan cabaran dari Bloggers BPN melalui GOMO kepada Cyberboron. cabaran BPN bersambut tanpa perlu bermeeting-meeting, cukup dengan 1 sms kepada sahabat-sahabat BlogNet dan sms dijawab dengan 2 patah kata - cantek..! bila..? cukup mudah.

Menunggu persetujuan seterusnya dari BPN pula agak mengambil masa. dah la depa yang cabar, bila kami bagi persetujuan tak sampai setengah jam lepas dicabar, depa pulak suruh tunggu sebab nak meeting. orang-orang UMNO ni memang tak leh nak buang dah perangai depa. sikit-sikit meeting, sikit-sikit meeting.

Bukan apa... aku paham, masa GOMO buat cabaran tu, dia tak sangka yang kami akan sahut cabaran tu tanpa banyak soal dan cabaran juga disambut tanpa perlu meeting-meeting. aku jugak paham keperluan depa untuk meeting tu sebab apa. aku tengok cabaran GOMO tu dibuat tanpa "sedar".... PPC pun tak tau sampai fakta berkenaan debat tu pun dia tak paham.

Asalnya GOMO yang cabar kami, tapi bila PPC tinggal komen dekat pos aku dekat bawah ni PPC cakap kami yang cabar BPN... salah fakta tu PPC... aku tak tau apa GOMO dah belit mu... tapi mu kena baca balik cabaran GOMO yang Cyberboron attach dalam artikel dia bertajuk DEBAT : BLOGNET SAMBUT CABARAN BPN.

PPC kena belajar mencari fakta sendiri dan jangan mengharap kesemuanya pada pencacai bawahan. malu hang sebagai "kepala" PPC. mana keliber anda kalau benda mudah macam tu pun boleh gagal?

Petang tadi masa kami jumpa Ummi, PPC tengah rancak ber YM dengan Ummi. PPC cadangkan supaya debat diadakan di alam maya sahaja iaitu melalui YM. sempat jugak aku menyampuk 4-5 kali tanpa pengetahuan PPC. jadi dekat sini aku nak bagitau PPC macam yang aku jawab dalam YM tadi.

YM tu bagi kami tempat borak-borak kosong je, tempat anak-anak muda yang belum matang mencari jodoh atau mengambil kesempatam (bukan semua).

Apa rasionalnya berdebat dalam YM? matlamat caabaran debat disahut ialah untuk menerangkan kepada orang ramai hal-hal berkaitan rakyat dengan hujah macam yang dikatakan oleh GOMO. aku nak tanya PPC dan korang-korang yang pernah berconference melalui YM, apa masalah korang bila ada forumer melebihi 5 orang?

Sempat ke nak baca apa yang orang terdahulu taip? cadangan PPC betul-betul cadangan dari orang yang pendek akal.

Cadangan berdebat melalui YM bagi aku adalah cadangan palinG tak cerdik dari seorang Blogger yang mengetuai 1 pasukan Blogger yang berdiri atas nama "Membela Negara". apaa yang dapat kau sampaikan dalam YM tu? berapa juta rakyat Malaysia yang ikut sama dalam conference YM? 1 juta? 2 juta? 3 juta? 4 juta? sampai ke apa yang kau nak sampaikan? kalau tahap tu je pemikiran PPC, aku cadangkan supaya PPC tak payah lah nak jadi Blogger... lebih baik jadi goBlog..! sesuai dengan tahap pemikiran tu.

Kalau setakat adakan debat dalam YM semata-mata untuk membolehkan korang penuhkan post dalam blog dengan cerita "debat cyber" BPN menang..!" rasa aku baik tak payah tunggu debat. kau buat je terus artikel tu. pandai-pandai la reka. bukan ada saksi pun yang tengok dengan mata kepala diorang. nak bagi nampak lagi real, korang letak je la nama sape-sape yang "kununnya" jadi saksi.

Inikan alam cyber..! sesape pun boleh menipu hal-hal macam tu dan tak payah nak susah-susah tunjuk bukti. lagipun peminat BPN pun bukannya pandai sangat pakai akal. buat je apa-apa artikel dah pasti ada yang "sokong, sokong, sokong..!" hahaha...

Satu lagi yang PPC timbulkan dalam sembang dia dengan Ummi tadi, soal keselamatan. katanya kena fikir jugak keselamatan GOMO. kenyataan tu buat aku terkejut. macam mana sorang blogger yang kununnya sentiasa bicara dengan "fakta" boleh takut? macam mana sorang blogger yang bercerita dengan fakta boleh ada musuh? korang memang hebat..!

Kenyataan PPC bagi aku sangat-sangat dangkal. korang selalu bercakap soal perpaduan tap korang pulak yang tak percaya pada orang ramai. korang memperbodohkan orang ramai. seolah rakyat Malaysia ni tak de otak.

Pada faktanya ialah, kami dalam pihak pembangkanglah yang selalu ditekan dari segi keselamatan. berapa ramai pimpinan kami yang selalu terima ugutan? siapa yang pernah terima peluru? siapa yang kena serang di Parlimen? siapa yang selalu kena belasah selama ni? orang-orang UMNO atau Pakatan Rakyat?

Osman balik ke DUN nya lepas dia belot, ada yang pukul dia ke?

Undang-undang negara ni "jarang sangat" menyebelahi kami jadi kalau cakap soal keselamatan, sepatutnya kami yang perlu risau..! terima cabaran debat terbuka bukan satu idea yang baik sebenarnya bagi kami, dah pasti tak kurang dari 10 orang SB akan datang kemajlis debat dengan kamera dan video cam untuk merakam gambar kami dan itu bukan satu pilihan yang baik untuk kami (debat terbuka). tapi demi menyampaikan maklumat yang benar, BlogNet sanggup mempertaruhkan semua tu.

Tak timbul soal keselamatan dalam hal tu. belum pernah dalam mana-mana debat antara BN dan PR sebelum ni yang menimbulkan hal-hal berkaitan keselamatan. hal keselamatan bagi aku cuma timbul sebagai alasan untuk mengelak dari menyertai debat terbuka.. apakah PPC cuba beritahu bahawa selama ini kerajaan UMNO/BN gagal dalam soal keselamatan di Malaysia? yang tu aku tak tau... hanya PPC yang tau.

Jadi dekat sini aku nak bagitau PPC dan geng-geng BPN... kalau nak debat dalam alam cyber, dalam YM, hangpa debat la sesama hangpa, hangpa tanya, hangpa jawab... agak-agak dah puas, buat artikel dekat blog-blog BPN "kami menang..!" ala... bukan sape-sape tau pun...

Aku tak paham apa yang korang perjuangkan. dibagi peluang untuk sampaikan maklumat dan hujah, banyak pulak alasan. padahal korang yang mulakan dulu cabaran..!

Debat dalam YM adalah debat "syok sendiri"... korang debat la sesama korang sampai kenyang... agak tak cukup, buat 4-5 conference sampai muntah. jangan lupa buat artikel siapa yang menang dalam debat tu... kami nak tau jugak macam mana "BPN belasah BlogNet" dalam debat maya tuh..! kah kah kah kah kah...!!!

Kesimpulannya debat melalui YM kami tolak bulat-bulat. ingat PPC..! GOMO yang cabar kami dan GOMO habaq "bagitau je dimana dan bila..!". jadi aku pegang ayat GOMO..! kami yang berhak tentukan dimana sebab cabaran GOMO berbunyi begitu..!

BPN..! Bukit Gantang menanti debat terbuka antara BPN dan BloggersNetwork@Perak..! kami tunggu BPN. kalau nak berjuang, bejuanglah sebagai anak jantan, bukan sebagai kera jantan.

Dan ingat kata-kata ini - "Kalau Takut Pada Risiko, Usah Bicara Tentang Perjuangan..!"