"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 30, 2009

Mengapa Tarbiyyah Tulang Besi Berlainan Dengan Tarbiyyah Ahli2 PAS Sekarang?

Masa tu saya baru darjah enam. Arwah bapa saya bawa saya ke usrah PAS dalam kawasan Tampin (sekarang Kawasan Rembau) dalam cawangan Astana Raja. Arwah bapa saya adalah antara yang terlibat dalam penubuhan cawangan PAS Astana Raja. DUN Astana Raja PAS tak pernah hilang wang pertaruhan dan antara sebabnya adalah kerana Cawangan Astana Raja.

Dalam usrah yang pertama itu, kitab yang dibaca dan dihurai adalah kitab Mastika Hadeeth dalam bab “Syirik”. Bayangkan seorang budak berumar 12 tahun tapi topik pertama yang saya ditarbiyyahkan adalah “syirik”.

Saya kekal istiqamah sebagai ahli PAS kerana PASlah yang telah memperkenalkan kepada saya apa itu Syirik dan perkara tersebut seperti terpahat di kepala otak saya sampai ke hari ini.

Pemuda-pemuda PAS sekarang ini mana ada belajar sangat pasal Syirik? Mana ada khatam pasal Akidah? Kalau saya bariskan pemuda2 PAS, dalam sepuluh satu pun susah nak cari yang tahu apa maksud syirik? Apa maksud Tauhid Uluhiyyah, Rubbubiyyah, Asma was Sifat?

Pemuda-pemuda PAS sekarang ini diindoktrinisasi untuk “Wala’” dan “Taat” kepada kepimpinan. Sedangkan sewaktu saya mula-mula ikut tarbiyyah dulu, perkara yang dipahat di kepala kami adalah akidah islamiyyah yang menekankan kepada kita peri pentingnya menolak syirik dan kufur.

Jadi, orang-orang seperti saya yang mengikut tarbiyyah PAS dari mula-mula diperkenalkan dahulu merasa sangat janggal bila kami lihat generasi baru PAS ini lebih fasih dalam bab wala’ tapi bila ditanya apa itu Tauhid Rubbubiyyah, Uluhiyyah, Asma wa Sifat, semuanya terngaga tak boleh jawab.

Adakah PAS juga telah menjadi UMNO? Melatih ahli-ahli mereka untuk taat kepada manusia lebih dari Allah SWT?

Kitab Mastika Hadeeth dan Peristiwa Memali

Waktu itu kejadian Memali baru berlaku. Maka imej yang cuba dilakarkan oleh UMNO ke atas PAS adalah imej sebuah pertubuhan membawa ajaran sesat.

Maka atas kebijaksanaan kepimpinan PAS, kitab akidah yang digunakan untuk usrah adalah kitab “Mukaddimah Mastika Hadeeth” terbitan Jabatan Perdana Menteri tulisan bekas Mufti Kelantan. Sahibus Samahah Allahyarham Dato' Haji Muhammad Noor.

Tiada isu untuk mengaji kitab ini kerana kata2 pengantar bagi kitab ini diberikan oleh Allahyarham Tun Razak bin Tun Husin. Mana mungkin kandungan kitab ini sesat kalau bekas PM sendiri memberi kata-kata pengantar?

Hasilnya, dapatlah saya mempelajari apa itu akidah islamiyyah dan bagaimana mengenali Allah SWT serta mengenali diri saya sendiri.

Ramai Pemuda2 PAS ni tidak sedar bahawa persoalan imamah dan akidah adalah persoalan yang dibincangkan dalam satu kitab. Persoalan “wala’” ini berkait rapat dengan akidah islamiyyah kerana ketaatan yang tulin hanyalah kepada Allah SWT dan Rasul SAW. Ketaatan kepada makhluk itu bersyarat dan tidak mutlak.

Tapi dalam PAS sekarang, topik2 seperti syirik dan “uluhiyyah” ini sudah jadi topik sampingan. Topik “wala” dan “tsiqah” menjadi topik utama sehingga ahli2 sudah terkeliru perbezaan di antara ketaatan kepada pimpinan dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul SAW.

Bagi mereka yang mau menuduh saya bukan ahli PAS dan bukan dari tarbiyyah jemaah PAS, saya nasihatkan saudara carilah alasan lain. Kalau nak fitnah saya pun, carilah modal lain.

Saya ni PAS generasi kedua. Arwah bapa saya adalah bekas aktivis PAS dan bekas Ketua Pemuda Negeri Sembilan. Saya lahir dan besar dalam PAS bukan dalam jemaah lain. Saya PAS dari sekolah, ITM, universiti, bekerja dan sampai sekarang. PAS terus dan tiada jemaah lain.

Orang-orang yang nak tuduh saya agen UMNO dan agen IRC dsbnya, dia tu sendiri baru berapa hari ada dalam PAS berbanding saya? Kaji dulu sebelum nak tuduh orang.

Akhir kata, saya ingin mendoakan pengarang Kitab Mastika Hadeeth, Allahyarham Sheikh Mohammad Noor semoga Allah SWT merahmati serta mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan roh beliau di kalangan para syuhada dan para nabi-nabi dan rasul-rasul AS.

Begitu besar jasa beliau kepada saya sehingga saya dapat mengenali Islam itu dengan baik dan menyelamatkan saya dari kesesatan dan kesyirikan.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh bapa saya kerana telah mengheret saya ke usrah2 PAS walaupun masa itu saya baru umur 12 tahun dan masih gian main bola. Kalau saya dibiarkan begitu sahaja, tak tau apa yang berlaku pada saya sekarang ni.

Alfatihah

Tulang Besi

p/s - Saya pernah berceramah di satu cawangan PAS di Tampin dan ketua Cawangan tersebut memberitahu kepada hadirin bahawa beliau pernah bertamrin dengan arwah bapa saya satu masa dahulu. Lepas tu ketua cawangan bertanya kepada para hadirin, bagaimana dengan anak-anak tuan puan? Adakah mereka juga menjadi aktivis PAS dan pejuang2 Islam?

Saya berasa cukup gembira masa tu kerana contoh yang bapa saya tinggalkan itu, insya-Allah akan diikuti oleh ahli2 cawangan tersebut. Ramailah anak-anak muda kampung tersebut akan jadi pejuang Islam.

Tulang Besi