"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, August 07, 2011

BERSIH 3.0: 2 Lokasi Untuk Perhimpunan BERSIH 3.0

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

Ketika gua mengambil keputusan mendedahkan "Kod 71", gua langsung tak menyangka posting gua akan jadi 1 isu yang besar seperti hari ini dan pada ketika gua mengambil keputusan mendedahkan kepincangan berkaitan "Kod 71", gua sedia faham akan kemungkinan untuk pendedahan gua menjadi "Pendedahan Palsu" pada bila-bila masa selepas posting dipublish berada dalam margin 3000%.

Sebab utama pendedahan berkenaan akan jadi "Pendedahan Palsu" pada gua ialah kerana gua dan mana-mana blogger pro Pakatan Rakyat bukan berhadapan dengan musuh yang kecil. Musuh kami ialah "Pemanipulasi Sistem" di Malaysia dan pada bila-bila masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu, musuh yang kami berhadapan mempunyai "akses terus" untuk mencelah dan memanipulasi sumber maklumat kelas 1 di Malaysia.