"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, October 12, 2009

PAS Hilang Undi India Kerana Sikap PAS Serupa Dengan UMNO Dalam Isu Kuil S23 dan Kepala Lembu

Satu kejutan berlaku. Majoriti pengundi-pengundi India di Bagan Pinang telah mengundi UMNO/BN walaupun isu “kepala lembu” dan isu “kuil s23” telah berlaku.

Di dalam kedua2 isu, kepala lembu dan kuil S23, kepimpinan tertinggi PAS (Presiden dan Timbalan Presiden) mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan UMNO bermaharaja-lela mengutuk serta menzalimi hak penduduk Hindu S23.

Pengempen2 MIC dari rumah ke rumah menggunakan isu bahawa PAS dan UMNO adalah SAMA. Ini kerana dalam isu Kuil S23 dan Kepala Lembu, sikap yang mereka tunjukkan adalah sama, yakni tidak menentang tindakan sekumpulan orang-orang UMNO itu.

Dan pengempen2 MIC/IPF ini memulakan jarum sejurus selepas kematian arwah ADUN Bagan Pinang yang lepas. Itu maklumat yang saya dapat sebelum penamaan calon lagi dari beberapa pengkaji yang berada di lapagan. Saya sendiri tidak percaya tapi keputusan Bagan Pinang ini membuktikannya.

PAS Tidak Dilihat Membantu Kaum India Di Dalam Mempertahan Hak Mereka

Presiden PAS terutamanya (serta Pesuruhjaya PAS Selangor) mengambil sikap berdiam diri dalam isu ini. MP PAS Shah Alam, dibiarkan berseorangan diri di dalam menghadapi isu ini tanpa apa-apa bantuan serta sokongan dari Presiden ataupun Timbalan Presiden PAS.

Oleh kerana kita semua telah tahu bahawa Presiden PAS terikat dengan kehendak “geng Terengganu” maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa sikap PAS dalam isu Kuil dan Kepala Lembu ini adalah sikap “geng Terengganu”(yang sekarang ini sudah terkenal dengan sikap “assabiyyah” dan kebangsaan melayu mereka).

Pokoknya, Bagan Pinang adalah peluang keemasan bagi PAS bagi menguatkan lagi tahap sokongan pengundi berbangsa India kepada PAS. Isu “Kepala Lembu” dan “Kuil Seksyen 23” adalah isu keemasan yang disia-siakan oleh PAS hasil kerana kepimpinan PAS Pusat dikuasai oleh mereka2 yang pro kepada kerjasama dengan UMNO.

Presiden PAS sendiri secara pribadi telah turun ke Shah Alam dan memberitahu bahawa Islam tidak mengharamkan rumah ibadat bukan Islam hampir dengan Masjid dan Surau. Ini kerana, Presiden telah mengambil pendapat dari madzhab Maliki yang lebih sesuai dalam waqi’ Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Namun, Presiden PAS tidak langsung mengeluarkan kenyataan umum kepada media dalam isu ini hatta selepas MP PAS Khalid Samad diberikan ancaman bunuh sekalipun. Perkara ini menjadi isu di Bagan Pinang kerana pengundi India merasakan PAS tidak ikhlas apabila kepimpinan tertinggi mereka mengambil sikap berdiam diri.

Malahan, mereka sudah maklum betapa Dato Hasan Ali sendiri sebenarnya lebih cenderung kepada geng2 UMNO S23 berbanding dengan hak orang-orang India di sana. Maklumat saya dapat, Dato Hasan dalam mesyuarat Exco memberitahu yang beliau memperjuangkan Titah Baginda Sultan Selangor yang tidak mahu rumah ibadat bukan Islam dalam penempatan majoriti orang Islam.

Sokongan senyap Dato Hasan kepada sikap UMNO dalam isu kuil S23 ini sudah menjadi rahsia umum. Dan, pengempen2 MIC lah yang mendedahkannya kepada pengundi2 India di Bagan Pinang. Ia menjadikan PAS dilihat sebagai hipokrit dan tidak dipercayai oleh pengundi2 India di Bagan Pinang. Hasilnya, PAS gagal menuai hasil dari kedua-dua isu sensitif ini.

Kalaupun PAS Selangor mahu mengambil sikap yang serupa dengan UMNO Selangor, kenapa PAS Selangor tidak boleh pergi berunding dengan Hindu Sanggam dan mencadangkan lokasi baru untuk kuil tersebut?

Apabila PAS Mengambil Sikap Ke”Melayuan”, UMNO yang Untung

PAS Selangor dan PAS Pusat dilihat semakin rapat kepada UMNO dari segi isu dan sikap UMNO dalam beberapa isu sejak kebelakangan ini.

Hakikatnya, kumpulan yang bertanggungjawab kepada polisi seperti “PAS for All” (yang digelar sebagai kumpulan Erdogan) telah disisihkan. Presiden PAS sudah tidak lagi mendengar nasihat dan rintihan dari mereka2 yang bertanggungjawab ke atas kemenangan PAS 2008.

Malahan Presiden PAS sekarang dikuasai pemikiran dan pergerakan beliau oleh geng2 Terengganu dan mereka yang pro kepada kerjasama dengan UMNO. Tidak hairanlah dalam isu Kuil Seksyen 23 dan Kepala Lembu Presiden PAS berdiam diri dan tidak membantu Khalid Samad.

Saya amat yakin kalau Khalid Samad menjadi calon PAS di Bagan Pinang, PAS sudah tentu mendapat 70-80% undi kaum India kerana Khalid Samad terbukti tidak bercakap seperti seorang yang munafik dan menipu kaum India.

Calon yang diketengahkan oleh PAS pula menjadi mangsa sikap “assabiyyah” kepimpinan PAS dan kasihan kepada beliau. Beliau seorang yang jelas komited kepada konsep “PAS For All” dan menjadi mangsa. Lagi pula, beliau tidak dikenali oleh pengundi India di situ menjadikan beliau susah untuk disokong pengundi India.

Secara mudah, buat apa pengundi India mengambil risiko mengundi PAS sedangkan sikap PAS dan UMNO adalah serupa?

Slogan “PAS for ALL” PAS Sudah Mula Dicurigai Pengundi Bukan Melayu

Sudah tentu. Maklumat “kumpulan Erdogan” telah disisihkan oleh Presiden sudah sampai ke pengetahuan ramai orang. Pengempen2 MIC terutamanya menggunakan hujjah ini dan ianya berjaya.

Dan yang lebih mengewakan kita, ADUN BANGI, Dr Syafiee telah menaikkan isu ini sejak tahun lepas lagi, yakni mengapa program “PAS for All” sudah tidak ada lagi pengisian yang bersifat berterusan sekarang ini.

Malahan tokoh seperti Hasan Ali, dengan terus terang mengatakan yang PAS akan memperjuangkan hak Melayu sedangkan pada waktu yang sama PAS sudah ada slogan “PAS for All”. Bukankah Islam memperjuangkan nasib semua manusia TIDAK KIRA AGAMA dan BANGSA? Malahan, bukan setakat manusia, Islam juga memperjuangkan keadilan untuk binatang dan tumbuhan dan melindungi mereka dari kezaliman.

Ada riwayat yang muttawateer yang mengatakan bahawa seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana menyiksa kucingnya dan seorang pemuda dimasukkan syurga kerana memberi air kepada seekor anjing yang haus.

Puak2 Fraksi UMNO ini jelas menampakkan akidah mereka yang telah rosak dan hancur. Apabila diuji mereka membuang Islam dan mengambil akidah assabiyyah/kebangsaan melayu.

Tulang Besi

N-31 Bagan Pinang: Gambar Sekitar Hari Pengundian (bhg 2)