
Puasa kini dah masuk fasa ke 2… Marilah kita tingkatkan amalan agar kita dapat menjadi Muslim yang beriman…
Minggu lalu kita semua digemparkan dengan "cerita meloya dari Utusan Meloya " yang ditulis oleh pengarang "jahil " dan diulas oleh pemimpin UMNO yang sama jahil dengan pengarang akhbar tersebut…
Kononnya semasa KHATIB membaca khutbah, nama "Ketua Menteri LIM GUAN ENG " disebut dan ianya telah menggantikan nama AGONG sebagai ketua Agama. Sahabat sahabat semua… Salah seorang Khatib tersebut mempunyai "tauliah PUSAT ISLAM & merupakan Guru Takmir ", boleh mengajar di mana-mana dan adalah seorang yang berkelulusan AL AZHAR. beliau ialah Ustaz Zakaria Hj Ahmad…
Beliau merupakan adik kepada MUFTI PULAU PINANG Dato Hassan Hj Ahmad dan dan Abang kepada Ustaz Idris Hj Ahmad ketua penerangan PAS… seorang lagi Abang beliau Ustaz Salleh Hj Ahmad merupakan Pensyarah di UIA dan merupakan Yang dipertua Persatuan Ulama Malaysia… hebat tu semua ulamak besar belaka.
Setiap kali semasa membaca khutbah kedua atau kuliah beliau ada membaca doa untuk Agong tetapi dalam bahasa Arab… ni yang buat puak UMNO tak faham dan lepas itu beliau mendoakan agar Allah bukakan "hidayah" kepada Ketua Menteri P.Pinang LIM GUAN ENG untuk menerima dan memeluk agama ISLAM dan bukannya mengantikan nama Agong…
Saya dengar sendiri dengan telinga saya… tapi yang sedih POLIS pun di jadikan alat oleh UMNO ni… dah tu pulak MUFTI PERAK pun turut jadi burung kakak tua… sedih betul puak ni… ditambah pula dengan bekas menteri besar kedah Mahzir khalid suruh guna ISA… apa punya bebal puak ni…
Rumusan yang dapat kita buat ialah teramat betullah keputusan TOK GURU NIK ABD AZIZ menolak kerjasama dengan UMNO sebab dalam bulan puasa pun hati mereka masih tebal dengan "hasad"…
Semuga Allah kurniakan kesedaran kepada mereka yang memfitnah ulama sebelum Allah turunkan bala sama seperti PAKISTAN…
Selamat berpuasa.
-JKKK BATU UBAN (DTL) P.PINANG