"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, October 09, 2009

Lopeh Bagan Pinang Pakat-Pakat Pi Kota Seputih Pulak...

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yakin selepas pilihan raya kecil Bagan Pinang, pilihan raya kecil akan diadakan di Kedah pula iaitu di Kota Seputeh.
  • “Insya Allah, selepas Bagan Pinang kita akan ke Kedah pula untuk pilihan raya kecil di sana,” kata Azizan ketika berucap di Taman Sri Rusa, dekat sini.

Azizan memberikan ceramah bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad bin Omar.Seterusnya disini...

N-31 Bagan Pinang: Gadai Jangan Tak Gadai..!

Dekat atas tu aku paparkan salinan dokumen Pemberi Milikan Tanah KERAJAAN seluas lebih kurang 4.046 meter persegi (Empat Ribu Empat Puluh Enam meter persegi) di Pantai Purnama, Mukim Pasir Panjang, Daerah Port Dickson.

Tanah tersebut telah diberi status HAKMILIK KEKAL kepada Yeow Chai Boon.

Siapa Yeow Chai Boon..?

Yeow Chai Boon ialah salah seorang daripada 4 individu yang dikatakan menjadi "Banker" kepada Isa Samad dan menjadi penaja besar kepada UMNO/Beer eNd dalam pilihanraya Bagan Pinang selain daripada Tan Sri Dr Gan Kong Seng, Dato' Chua Tiong Moon dan Dato' Yap Kat Boon.

Nah... ini ialah bagaimana KERAjaan UMNO/Beer eNd "memperjuangkan" hak-hak dan juga kepentingan orang melayu dan juga Malaysia, dengan cara menggadaikan kesemuanya kepada kroni-kroni mereka.

Dengan kuasa yang ada pada mereka, mereka boleh sahaja melanggar mana-mana undang-undang tanpa dikenakan apa-apa tindakan. tanah rizab dijual dan diberi status HAKMILIK KEKAL kepada kroni-kroni sesuka hati mereka.

Selain daripada ini, masih terdapat banyak lagi tanah-tanah rizab dan juga tanah-tanah adat telah dijual kepada kroni-kroni mereka tanpa pengetahuan orang ramai. aku ada deretan senarai tanah-tanah yang tersebut dan untuk pengetahuan korang, bukan sahaja tanah-tanah persisiran pantai sahaja yang tergadai, malah tanah laut, laut dan pulau pun turut tergadai dek kerakusan pemimpin UMNO/Beer eNd.

Nantikan pendedahan yang seterusnya..!

N-31 Bagan Pinang: Statistik Projek Perumahan Terbengkalai Mengikut Negeri (1990 - Julai 2009)

1 - Selangor.

Tahun & Jumlah Projek - 1998-2000 (4 Projek), 2001-2003 (23 Projek), 2004-2006 (12 Projek), 2007-2008 (Tiada), 2009 (1Projek)
Jumlah Projek Perumahan Terbengkalai - 40 projek.
Jumlah Unit Rumah - 20.526 unit.
Jumlah Pembeli - 14.762 orang pembeli.

2 - Johor.

Tahun & Jumlah Projek - 1998-2000 (1 Projek), 2001-2003 (6 Projek), 2004-2006 (25 Projek), 2007-2008 (Tiada), 2009 (1 Projek)
Jumlah Projek Perumahan Terbengkalai - 33 projek.
Jumlah Unit Rumah - 8.192 unit.
Jumlah Pembeli - 3876 orang pembeli.

3 - Negeri Sembilan.

Tahun & Jumlah Projek - 1998-2000 (Tiada), 2001-2003 (10 Projek), 2004-2006 (9 Projek), 2007-2008 (1 Projek), 2009 (Tiada)
Jumlah Projek Perumahan Terbengkalai - 20 projek.
Jumlah Unit Rumah - 4.653 unit.
Jumlah Pembeli - 2.411 orang pembeli.

4 - Pulau Pinang.

Tahun & Jumlah Projek - 1998-2000 (2 Projek), 2001-2003 (4 Projek), 2004-2006 (4 Projek), 2007-2008 (Tiada), 2009 (2 Projek)
Jumlah Projek Perumahan Terbengkalai - 12 projek.
Jumlah Unit Rumah - 7.253 unit.
Jumlah Pembeli - 5.112 orang pembeli.

5 - Pahang.

Tahun & Jumlah Projek - 1998-2000 (4 Projek), 2001-2003 (7 Projek), 2004-2006 (Tiada), 2007-2008 (Tiada), 2009 (Tiada)
Jumlah Projek Perumahan Terbengkalai - 11 projek.
Jumlah Unit Rumah - 3.016 unit.
Jumlah Pembeli - 2.050 orang pembeli.

6 - Kedah.

Tahun & Jumlah Projek - 1998-2000 (Tiada), 2001-2003 (2 Projek), 2004-2006 (5 Projek), 2007-2008 (2 Projek), 2009 (Tiada)
Jumlah Projek Perumahan Terbengkalai - 9 projek.
Jumlah Unit Rumah - 1.374 unit.
Jumlah Pembeli - 713 orang pembeli.

7 - Melaka.

Tahun & Jumlah Projek - 1998-2000 (1 Projek), 2001-2003 (2 Projek), 2004-2006 (3 Projek), 2007-2008 (1 Projek), 2009 (Tiada)
Jumlah Projek Perumahan Terbengkalai - 7 projek.
Jumlah Unit Rumah - 975 unit.
Jumlah Pembeli - 570 orang pembeli.

8 - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tahun & Jumlah Projek - 1998-2000 (1 Projek), 2001-2003 (5 Projek), 2004-2006 (Tiada), 2007-2008 (Tiada), 2009 (Tiada)
Jumlah Projek Perumahan Terbengkalai - 6 projek.
Jumlah Unit Rumah - 2.408 unit.
Jumlah Pembeli - 1.365 orang pembeli.

9 - Perak.

Tahun & Jumlah Projek - 1998-2000 (1 Projek), 2001-2003 (2 Projek), 2004-2006 (3 Projek), 2007-2008 (Tiada), 2009 (Tiada)
Jumlah Projek Perumahan Terbengkalai - 6 projek.
Jumlah Unit Rumah - 972 unit.
Jumlah Pembeli - 578 orang pembeli.

10 - Kelantan.

Tahun & Jumlah Projek - 1998-2000 (1 Projek), 2001-2003 (22 Projek), 2004-2006 (Tiada), 2007-2008 (Tiada), 2009 (Tiada)
Jumlah Projek Perumahan Terbengkalai - 3 projek.
Jumlah Unit Rumah - 519 unit.
Jumlah Pembeli - 367 orang pembeli.

11 - Terengganu.

Tahun & Jumlah Projek - 1998-2000 (Tiada), 2001-2003 (1 Projek), 2004-2006 (Tiada), 2007-2008 (Tiada), 2009 (Tiada)
Jumlah Projek Perumahan Terbengkalai - 1 projek.
Jumlah Unit Rumah - 21 unit.
Jumlah Pembeli - 20 orang pembeli.

Sumber - MySource

N-31 Bagan Pinang: SPR Menipu Dalam Undi Pos

PAS menuntut Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menghentikan serta merta proses pembuangan undi pos kerana badan pelaksana itu tidak menggunakan daftar pemilih rasmi yang sah.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pagi tadi menegaskan tindakan SPR itu bertentangan dengan Peraturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981.
Statut tersebut berbunyi: “Daftar Pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon HENDAKLAH merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi mana-mana tempat mengundi pada hari mengundi…”

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian meragui proses penyerahan Sampul Keutamaan yang dipercayai bertentangan dengan peraturan 14A, yang lain kerana tiada pengarahan bertulis kepada pengundi-pengundi yang gagal dikenal pasti.

Ujarnya lagi, terdapat beberapa kes di mana isteri kepada pegawai tentera yang sebenarnya tidak mempunyai kad pengenalan tentera pun, terdapat dalam senarai daftar pemilih undi pos.

Dalam kes yang berkaitan, Salahuddin juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa pegawai tentera yang dikenali sebagai penyokong tradisi Pakatan Rakyat, turut digugurkan dari senarai daftar pemilih tidak rasmi yang digunakan SPR di dalam Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDAR) semalam.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, proses pembuangan undi awam boleh dilaksanakan seperti biasa pada 11 Oktober depan.

Tegasnya lagi, jika SPR tidak membatalkan proses pengundian Pos serta merta, akan mengganggu keabsahan keputusan pilihanraya N31 itu kelak.

Ditanya tentang tindakan PAS serta Pakatan Rakyat seterusnya, Salahuddin menjelaskan bahawa suatu pasukan perundangan sedang membuat semakan akhir.

Pakatan Rakyat dan PAS juga dijadualkan bertemu SPR dalam masa terdekat, sama ada di sini (Bagan Pinang) atau di Putrajaya.

Semalam, PAS mencadangkan SPR membuat injunksi, sehingga kedua-dua daftar pemilih N31 benar-benar putih.

Pendedahan terbesar tersebut, menjadikan SPR tidak mempunyai alasan untuk menolak segala cadangan PAS sebelum ini.

Sumber - instinctive-stage G3.0
TPU - Korang tak yah sebok-sebok la dengan gambar ke-2 tu... aku punya suka la nak letak... hahaha...!!!

N-31 Bagan Pinang: Statistik Projek Perumahan Terbengkalai Di Malaysia...

Statistik Projek Perumahan Terbengkalai mengikut negeri bagi tempoh 1990 sehingga Julai 2009
  1. Selangor adalah negeri TERTINGGI mengalami projek perumahan terbengkalai iaitu sebanyak 40 projek terbengkalai dalam tempoh 9 tahun.
  2. Johor yang menjadi kubu TERKUAT UMNO/Beer eNd pula berada ditangga ke-2 dengan 33 projek perumahan terbengkalai.
  3. Negeri Sembilan pula ketika ini menjadi negeri ke-3 TERTINGGI kadar projek perumahan terbengkalai iaitu sebanyak 20 projek.
Apa yang rakyat Malaysia tidak tahu ialah, Kelantan yang berada dibawah pemerintahan PAS yang selama ini dikatakan sebagai negeri termiskin dan termundur di Malaysia berada ditangga KE-2 TERCOROT sekali dalam carta statistik projek Perumahan Terbengkalai iaitu sebanyak 3 projek SAHAJA..! (tahun projek adalah dari 1998-2003) manakala Terengganu pula hanya ada 1 Projek Perumahan Terbengkalai (tahun projek adalah dari 1998-2000).

Sumber : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

N-31 Bagan Pinang: UMNO/Beer eNd Melindungi Perogol..!

Dalam tempoh kempen Pilihanraya Kecil N-31 Bagan Pinan, rakyat seluruh negara Malaysia telah didedahkan dengan berbagai berita berkaitan apa yang sebenarnya berlaku didalam parti yang dikatakan paling hebat di Malaysia iaitu UMNO/Beer eNd.

Berbagai salahlaku UMNO Beer eNd telah didedahkan kepada umum baik dari pihak atasan mahupun bawahan dan semuanya disertakan dengan berbagai dokumen dan bukti.

Rasuah menjadi topik utama yang menyelubungi calon UMNO yang dikira "suci-sesuci-sucinya" oleh pihak yang memilih. akhir-akhir ini, pihak UMNO galak memainkan isu "Fatwa TGNA" terhadap isu syurga dan neraka, kata-kata TGNA dipermainkan dan digambarkan pula kununnya TGNA adalah pemegang kunci syurga dan neraka dan dikatakan pula bahawa TGNA tahu siapa yang akan ke syurga dan siapa yang akan ke neraka.

Tetapi UMNO lupa 1 perkara, UMNO sendiri lebih hebat lagi dimana UMNO mampu untuk "menyucikan" ahli-ahli yang yang terlibat dalam salahlaku atau jenayah dengan mewujudkan satu badan yang dipanggil lembaga tata tertib.

Ini yang telah berlaku kepada Isa Samad setelah disabitkan dengan kes rasuah 1 masa dulu dan setelah melalui tempoh penggantungan (bukan hukuman mahkamah..!), Isa Samad dianggap sebagai 'bersih".

Perkara yang sama juga berlaku apabila Saiful Bukhari menuduh DSAI meliwatnya, setelah Saiful Bukhari bersumpah, ahli-ahli UMNO yang jumud termasuk PM dan TPM nya ketika itu mengesahkan bahawa Saiful Bukhari itu "suci".

Itu kehebatan UMNO.

Banyak lagi kes-kes jenayah yang melibatkan ahli-ahli UMNO ditutup begitu sahaja tanpa tindakan susulan kerana UMNO itu kebal dari undang-undang.

Ini juga yang berlaku di Perak pada tahun 2001, ketika itu Tajol Rosli adalah MB Perak. 1 kejadian rogol yang melibatkan seorang Ketua Pemuda (Sungai Siput) telah berlaku. mangsa rogol tersebut telah membuat laporan kepada pihak PDRM tetapi tiada tindakan susulan sehingga ke hari ini.

Kejadian pertama berlaku pada pertengahan bulan julai 2001 lebih kurang jam 10:15 malam didalam tandas Pejabat ketua Pemuda UMNO yang beralamat di No 61D, Taman Aman, Jalan Besar Sungai Siput dan mangsa kemudiannya telah dirogol sekali lagi pada penghujung bulan julai 2001 lebih kurang jam 11:00 pagi.
Mangsa kemudiannya telah membuat 1 laporan polis pada 26hb. Jun, 2002 dan setelah laporan dibuat, tiada tindakan susulan dibuat dan sehingga ke hari ini, aku difahamkan bahawa kes ini masih tertangguh tanpa apa-apa tindakan susulan.

Mangsa yang mengadu tidak mendapat pembelaan manakala perogol pula masih bebas kesana kemari. apa yang kita tahu setakat ini, perogol tersebut hanya dikenakan tindakan dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja.
Inilah realiti yang berlaku di negara kita Malaysia yang dikatakan "Demokrasi". keadilan tidak pernah wujud, mana-mana ahli UMNO yang terlibat dengan jenayah atau rasuah atau apa sahaja salah laku, akan dilindungi. mereka kebal dari undang-undang, mereka bebas melakukan apa sahaja hatta merogol kerana UMNO akan melindungi mereka.

Selamatkan Malaysia dibawah UMNO..? selamatkah adik-adik, kakak-kakak, sepupu-sepupu atau mana-mana ahli keluarga kita dibawah UMNO..?

Aku tak mahu ada antara ahli keluarga aku hancur dan gelap masa depannya ditangan perakus-perakus UMNO, aku pun tak mahu jugak ada kenalan-kenalan aku mengalami nasib yang sama dengan mangsa-mangsa UMNO yang lainnya. korang macam mana..?

"SWEEPING UMNO FROM MALAYSIA..!"