"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 25, 2009

Cerita Sebenar Mengapa Hasan Ali Lawan SELCAT

Nota Editor: Ini adalah surat dari seorang yang menggelarkan dirinya “Veteran PAS dalam JKR”. Beliau tampak marah dengan saya kerana tidak melaporkan sebab sebenar Dato Hasan menentang SELCAT. Sebagai jawapan kepada kemarahan beliau, izinkan saya membaca sebuah pantun :

Buah Cempedak Di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Saya Budak Baru Belajar
Kalau Salah Tolong Tunjukkan

(Bermula) Aku dok perati semua tulisan kao pasal SELCAT dan Hasan Ali. Dan aku dok tunggu kao sebut sebab paling utama Hasan Ali pertahan DO2 dan ADO2 ni, tapi tak keluar2. Jadi, ni aku nak bagitau kao sebab apa yang Hasan Ali takut sangat DO2 ni kena belasah dalam SELCAT.

Aku ni dah masuk PAS sejak zaman Asri lagi dan aku dah lama sangat dalam PAS ni walaupun aku kerja JKR. Kalau kao rasa kao masuk PAS zaman Yusuf Rawa tu hebat, aku rasa aku lagi hebat. Sebab tu aku rasa pandangan aku lagi mendalam dari pandangan kau. Jadi, aku mintak kau terbitkan surat aku ni. Biar semua orang tau.

Hasan Ali kena tunjuk kat DO2 dan ADO2 ni yang dia bukan di sebelah SELCAT tapi disebelah mereka. Sebabnya para DO2 dan ADO2 ni penting untuk perancangan Hasan Ali dan geng2 yang sekutu dengannya. Geng apa tu? Geng Perpaduang la, geng apa lagi.

Aku dah dengar Geng Perpaduang ni bekerja sama dengan Task Force 2010 untuk tengok PAS dan UMNO duduk dalam satu Barisan pada tahun 2010 nanti.

Jadi, Hasan Ali diberi tugas untuk menjinakkan para YDP2 dan pimpinan2 Negeri Selangor supaya Negeri Selangor ni solid belakang dia.

Cara terbaik adalah menggunakan khidmat DO2 dan ADO2 ini untuk memberi projek dan kontrak pada YDP2 dan pimpinan2 di peringkat akar umbi. Aku duduk dalam JKR aku tau la.

Sebab tu kau tengok masa mesyuarat Perhubungan Negeri, majoriti YDP2 ni dah jadi macam lembu kenyang. Senyap je. Tunduk je. Apa si Hasan Ali tu nak kelentong semua diorang telan macam telan racun lalang. Semua tak berani lawan, semua tak berani nak bantah sebab semua dah kena beli. Semua dah kena jinak.

Kau tengok Pemuda Selangor pun sama. Baru pegang jawatan dalam Pemuda Negeri, dah tukar kereta dari WAJA ke Mercedes. Mana dia dapat duit?

Pemuda Selangor ni semua dah kena beli jugak. Semua dah jadi macam lembu kena tarik hidung. Apa Hasan Ali nak semua diorang turut. Masa Khalid kena serang isu kepala Lembu, Pemuda PAS Selangor ni macam tak wujud. Tak dengar satu benda pun dari Pemuda PAS Selangor. Al maklumlah, dah jadi lembu kenyang. Duduk je la tunggu kena sembelih.

Jadi, bila Teng serang DO2 ni, diorang dah nak mogok. Tak nak dah bagi projek kat YDP2 PAS kat Selangor . Tu yang Hasan Ali melenting tu. Kalau projek stop, habislah dia. Semua YDP2 ni nanti berani lah balik memberontak lawan dia. Dah lah dia ni sejak awal memang tak popular.

(Nota Editor: Patutlah Hasan Ali berbangga sangat. Dalam recording dengan blogger UMNO, dia kata lebih 60% PAS Selangor memberi sokongan padu pada dia).

Bagi aku, 70% YDP dan AJK2 PAS Kawasan kat Selangor ni mesti ditukar dan ditukar sekarang. Semua dah kena bagi makan nasi kangkang Hasan Ali. Semua dah jadi Lembu Kenyang tunggu nak kena sembelih. Kalau tak mula bersih diorang ni, alamat dalam 2-3 tahun PAS akan jadi sebijik macam UMNO.

Aku paham sangat la sebab apa si Mustafa Ali tu sokong sangat Hasan Ali. Pertahan macam tak mau. Sebab kalau Hasan Ali kena tendang dari PJ, segala perancangan Task Force 2010 ni akan gagal. Macamana nak jinak orang-orang yang diperlukan untuk menyokong usaha diorang nak bawak PAS tubuh kerajaan dengan UMNO?

Aku bagi warning pada semua YDP2 PAS dalam Selangor ni. Kalau korang tak mula bangkit dan bertindak cara yang korang diamanahkan bertindak, aku akan stat serah dokumen pada Tulang Besi dan dedah siapa YDP2 yang kuat makan projek.

Cuba tengok lah masa Mesyuarat Perhubungan Khas SELCAT tu. YDP mana yang kuat berkokok sokong Hasan Ali, tu adalah antara calon-calon jelas YDP yang telah menjadi Lembu Kenyang.

Hasan Ali ni memalukan PAS. Kata jadi Exco Kemudahan Awam, tapi buat kerja macam taik. Mesyuarat dengan dia macam duduk dalam karaoke. Buang masa. Dia ni kerja dia melalut je, bukan tahu ape bende pun. Harap nama je sedap, tapi buat kerja hampeh. Baik lagi Fatah Iskandar dulu. Bila mesyuarat dengan Fatah dulu, banyak masaalah selesai. Bila mesyuarat dengan Hasan Ali, bukan nak selesai masaalah tapi masaalah lagi bertambah-tambah.

Tu lah setakat ni. Tulang Besi, kau ni kira baru lagi dalam PAS banding aku. Kau terima lah nasihat aku ni. Kau kena belajar banyak lagi pasal seni politik ni. Dalam politik, lagi banyak yang tersirat dari yang tersurat.

Veteran PAS dalam JKR

(NOTA EDITOR : Terpulang pada Saudara/ri pembaca untuk membuat penilaian sendiri tapi dibawah ini dibawa satu komen dari pembaca Malaysiawaves :

"Anonymous said...

TB,
Perancangan Task Force 2010 diSelangor sebagai mana dilaporkan tu memang nampak sehingga begitu ramai YDP-YDP Kawasan diSelangor dan ketua-ketua dewan menjadi "bisu dan kaku" kerana diumpan dengan "projek-projek".Maklumlah,selama ini tak pernah merasa projek,tiba-tiba "bulan jatuh keriba".Maka itulah sebabnya tak begitu ramai yang "berani"menentang Hassan Ali.Mereka ini tidak sadar siapa dibelakang Hassan Ali.Hanya beberapa orang saja diSelangor yang punya keberanian dan mereka telah pun dihukum oleh Hassan Ali.Yang menentang Hassan Ali tidak mendapat sokongan dari pihak-pihak yang sudah "kenyang" ni.Setakad ini,munkin Task Force 2010 telah kecewa diKelantan tapi mereka berjaya diSelangor.

Bercakap tentang Task Force 2010 ini,terdapat 5-6 orang diperingkat PAS Pusat yang telah "termakan budi" agensi ini.Kita boleh melihat cara mereka "termakan budi" dengan gaya-hidup mereka - mewah,kereta besar,rumah macam istana,selalu keluar negeri dan senang menghulurkan dana jika untuk projek mereka.Ana tak mau menamakan mereka - carilah sendiri.
November 24, 2009 10:32 PM "


Tulang Besi

Sarang Penyamun Selangor Bila Nak Roboh..?

Kosmo! Online melaporkan berita dibawah dengan tajuk: Sarang penyamun Indonesia diroboh -
  • Sebanyak 50 buah rumah yang dipercayai dijadikan sarang persembunyian penjenayah warga Indonesia di pinggir hutan di Ukay Perdana 2 di Hulu Klang sejak dua tahun lalu dirobohkan semalam.
  • Kesemua rumah itu dibina menggunakan papan lapis, atap zink dan kayu yang diambil daripada sisa projek perumahan yang turut dilengkapi bekalan elektrik dan air paip yang disambung secara haram dari kawasan perumahan berhampiran.
  • Di kawasan rumah itu, turut dibina sebuah surau untuk beribadat dan beberapa buah reban ayam.
  • Bagaimanapun, perkampungan haram yang terletak di lokasi terpencil itu dirobohkan pada pukul 10 pagi.
Sarang "Penyamun" yang dekat bawah ni macam mana pulak..? tak de tindakan ke..?
Mana SPRM..? mana..? kalau kena dekat Pakatan Rakyat, laju je menatang Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia (SPRM) pergi serbu... kalau kena dekat anak-anak khinzir UMNO/Beer eNd... senyaaaaaaaaap je..!

Babi punya Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia (SPRM)..!

RPK: Thailand - Melbourne - Mars..?

  • Selepas lebih tujuh bulan menjejak Raja Petra Raja Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak April lalu, polis akhirnya berjaya mengesan penulis blog itu, di Melbourne, Australia.
  • Menurut sumber, siasatan mendapati Raja Petra lari dari Malaysia menuju ke Thailand melalui jalan haram dan menaiki penerbangan terus ke Australia.
  • "Rekod imigresen menunjukkan dia tidak keluar dari negara ini, namun siasatan lanjut mendapati Raja Petra keluar melalui laluan haram ke Thailand beberapa bulan lalu - Berita Harian Online.
TPU - Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah...!!!???

HINDRAF 2nd anniversary: Confusion over the political approaches, leadership crisis, miuse of funds, empty promises, and racial politics

HINDRAF betrayed Malaysian Indians

It’s a fact that Malaysian Indians awakened from the HINDRAF factor because of its previous apolitical approach in fighting for the ethnic rights. But now since HINDRAF formed Human Rights Party, people feel betrayed by Uthayakumar. Many of Malaysian Indians trusted Uthaya’s leadership and HINDRAF leadership very much before he turned as a politician.

Still some of the Malaysian Indians believe his ‘empty’ struggle which he has transferred the support from HINDRAF to his own political benefit. HINDRAF/HRP is now more to criticise both Barisan Nasional and Pakatan Rakyat. Instead of doing this, they should sit in the same table, work and discuss with both of the parties for ethnic Indians well beings. This clearly shows that HINDRAF/HRP is more to play politics, not for helping the Indians.

Leadership confusion

Waythamoorthy, Uthayakumar, Kenghadaran, Manoharan, Ganapathirao and Vasantha Kumar are the HINDRAF top leaders who worked hard to form the organ and lead Malaysian ethnic Indians fought against federal government on 25 November 2007. But since Waythamoorthy ran away to London fearing that he could be arrested in Internal Security Act Malaysia, the rest five of them were arrested under the security act.

During the detention, the truth revealed when Vasantha Kumar stated that Uthayakumar has misused the HINDRAF’s money, since then HINDRAF’s leadership broken into pieces. The leadership crises are worsening when Vasantha Kumar and Ganapathirao joined a hand forming another team. They also wanted Waythamoorthy to back to Malaysia to face whatever possiblities if he is a true fighter.

Misused of HINDRAF funds

After Vasantha Kumar during his ISA detention revealed the ugly truth about the misuse of fund by Uthayakumar, V Ganabatirau has accused the P Waythamoorthy of using millions of ringgit collected from the people for his personal use while in self-imposed exile in London several months ago.

The millions of ringgit that collected from Malaysian Indians during the HINDRAF rally lost just like that, Uthayakumar and Waythamoorthy failed to tell the truth about the fund. In several other occasions, they refused to answer about this claim.

HINDRAF hijacked by Waythamoorthy, Uthayakumar, Thanenthiran and Jeyathas

When we talking about HINDRAF and Makkal Shakthi, it all belongs to the people. The people is HINDRAF, and the HINDARF is people. But the leaders 'hijacked' Indians for their own benefits and refuse to hear people's voice.

Waythamoorthy and Uthayakumar might have planned to ‘collect’ more money by involving in politics. The problem to consider was peoples support, so the both used HINDRAF to form own political party. The shameful truth is hard to believe, but just look at their press statements nowadays, all focusing on attacking government and opposition, not fighting for the pledge of minority.

Waythamoorthy appointed HINDRAF co-ordinator Thanenthiran is another traitor in fact. He ‘sold out’ Makkal Shakti to Najib by forming Makkal Shakthi Party which support the cruel government. The Malaysian Indians again betrayed by HINDRAF leaders.

Most of us still thinking that why Jeyathas also in this list, but he is not that bad as you think. I pity of this man, who being loyal to Uthayakumar since long time ago. Uthayakumar is using this man for his purpose, hope Jayathas realise it when he is also highlighted in ‘traitors’ list.

Empty promises

After few months promising that he will not organise any street protest, and now he is going to his old habit. He organised several protests to show his dissatisfactions. Such protests are nothing more than cheap publicities for his new race based party, Human Rights Party (HRP).

Between that, I wish to know his ‘landmark plan’ that he said he has been created during his ISA detention. Is he cheating the Malaysian Indian again and again? Let wait and see.
REJECT HINDRAF, SAY NO TO RACISM

Racial politics

In reality, Human Rights Party and HINDRAF are racially dividing Malaysian Indians from the mainstream politics and organizations. Younger generation should reject such movements push for racial lines which will bring us backward in uniting with other ethnics in our nation.We ethnic Indians in Malaysia must put Malaysia’s interest first before our minority interest.

MIC formed in 1946, next PPP formed in 1953 followed by IPF, MIUP, Mindraf and MMSP, and finally HINDRAF reemerge as HRP (Human Rights Party). So what's the different between MIC and HINDRAF/HRP now? All of them are in same group which we can call them as racist.

Let’s work with other races in building a Malaysia for all Malaysians. Let’s fight for the removal of racial politics, in fact all the minorities get benefit if racial politics removed and the poor citizen/minorities will get equal attentions from the government.

:BANGSA MALAYSIA

Motif Sebenar Salehuddin Hashim Menyerang MB Selangor dalam Isu Talam Corp

Baru-baru ini terdedah dalam media email yang dihantar oleh Salehuddin Hashim kepada ADUN2 dan MP2 KeADILan dari Selangor. Email tersebut memprotes tindakan kerajaan negeri Selangor membeli hutang-hutang milik Talam Corp.

Salehuddin menyatakan ini adalah “trick” biasa para ahli korporat di dalam membuat keuntungan atas angin.

Saya membuat beberapa pengkajian. Satunya, tindakan kerajaan Negeri Selangor itu diperbincang secara terbuka dalam siding DUN Selangor. Hakikatnya, para ahli pembangkang dari UMNO dan MCA juga tidak dapat mencari salah dari tindakan kerajaan negeri Selangor ini.

Ini kerana tujuan pembelian hutang ini adalah supaya Kerajaan Negeri Selangor dapat mengutip semula hutang-hutang tersebut dan seterusnya menyelamatkan duit rakyat.

Penerangan yang cukup bagus berkaitan dengan pembelian hutang Talam Corporation boleh dibaca di sini dan ia diberikan oleh Ronnie Liu.

Motif Sebenar Salehuddin Hashim

Yang sebenarnya, Salehuddin ni “bengang” dengan Tan Sri Khalid kerana menghalang Perangsang dari mengambil beliau bekerja.

Beberapa minggu sebelum siding DUN Selangor, Salehuddin telah pergi menghadiri temuduga kerja dengan Perangsang milik Kerajaan Negeri Selangor. Khabarnya, Perangsang sudah pun mahu menawarkan kerja tersebut kepada Salehuddin Hashim.

Khabarnya, gaji dan “benefits” yang Salehuddin akan dapat adalah sangat lumayan. Kalau kita ingat, beberapa minggu lepas terdapat khabar-khabar angin bahawa Salehuddin akan meletakkan jawatan beliau sebagai SU Agung Parti KeAdilan Rakyat (PKR). (http://www.malaysiakini.com/news/116017)

Apa yang berlaku adalah MB Selangor dengan tegas telah menolak perlantikan tersebut. MB Selangor tidak mahu ahli-ahli dan aktivis-aktivis parti menjadi terhutang budi dengan mana-mana anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor atau mana-mana badan atau agensi milik negeri Selangor.

Ini akan menyulitkan lagi gerak kerja MB untuk membuat perubahan dalam parti. Walaupun Salehuddin Hashim menawarkan diri untuk meletak jawatan namun fakta yang jelas adalah Salehuddin Hashim mempunyai “kabel” yang kuat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

MB tidak mahu anak-anak syarikat Kerajaan Negeri ini nanti menggunakan “kabel” kuat Salehuddin Hashim untuk mengacau pentadbiran kerajaan negeri. Apa sebab Perangsang mahu menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan kepada Salehuddin Hashim melainkan kerana “kabel” yang kuat milik Salehuddin Hashim kepada penasihat PKR.

Jadi, penolakan MB Selangor ini adalah penolakan bersifat professional. Reaksi dari Salehuddin Hashim pula adalah reaksi kebudak-budakan. Kita tahu lah dia marah, tapi jangan lah sampai kemarahannya menjatuhkan imej serta prestasi Pakatan Rakyat di Selangor.

Lebih-lebih lagi komplen Salehuddin Hashim tersebut tidak mempunyai apa-apa asas yang menunjukkan berlakunya korupsi. Hanya spekulasi semata-mata.

Saya tak faham la kenapa seseorang itu mahu menguntungkan UMNO dengan berbuat seperti yang dilakukan ini.

Tulang Besi

Exco Liu: I shall attend Selcat hearing if hauled up (http://www.malaysiakini.com/news/118247)
Hazlan Zakaria
Nov 24, 09
5:49pm


Pandamaran assemblyperson Ronnie Liu has no qualms about appearing before the Selangor Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat), if required to do so.

Unofficial reports have been circulating that the Selangor exco member is among those who will be called up by Selcat.

Liu confirmed today that he had heard of this via word of mouth, but that he has not received any official notification.

Asked if he knows why he is being called up, he disclaimed knowledge of the reason.

While conceding this could damage his image, he said: “I shall try to make this into something that will come out positive for myself.”

On a separate matter, Liu defended the Selangor government's RM392 million debt-purchase exercise (http://www.malaysiakini.com/news/118247) to recover the money owed by Talam Group Corporation to state-owned companies and subsidiaries.

He told a press conference at the Selangor secretariat that he needs to clear the air after being “bombarded with questions (http://www.malaysiakini.com/news/117879) from the public and from politicians from other states”.

Liu claimed that “a lot of people” were jealous of the Selangor government's plan. Those people included “a former Selangor menteri besar who make all sorts of speculation” on his blog.

He reiterated that no consultant had been hired for the move, and that Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim (left) was the only consultant.

He also refuted claims that the state will pay high interest to CIMB in borrowing RM392 million.

Liu said that, in a 'round-tripping' exercise, the money never leaves the bank. The government will not have to pay interest, except perhaps for the two days the money is made available for accounting purposes.

'Assets can be appropriated'

On speculation that Talam will not be able to repay the state government, Liu said the property developer does not have cash, but does have substantial real estate assets.

“Talam has a very substantial land bank. We will recover the RM392 million by appropriating its real estate assets.”

Liu also said the Selangor government is only recovering the money owed to the state agencies, not buying Talam's debts or acquiring the company.

He explained that the exercise was not announced earlier was because its success depended on secrecy, as is common with corporate financial transactions.

“There is no hanky-panky involved, everything is transparent,” he added.

Siri Pendedahan Rakaman Dialog Hasan Ali/Nasa Bersama Blogger UMNO/PAS: Tujuan Sebenar Kerajaan Perpaduan (UG)

Dibawah diberikan satu sebab berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan (UG) yang selama ini tidak pernah diberitahu kepada kita oleh mana-mana pemimpin PAS. Yakni, tujuan asal UG ini adalah membolehkan PAS berbincang dengan UMNO. Ertinya, agenda Muzarakah adalah agenda di sebalik agenda UG. Dengan ertikata lain, Kerajaan Perpaduan = Muzakarah = Kerjasama PAS - UMNO di belakang Pakatan Rakyat.

Walaupun Ustaz Nasa kerap kata tiada cadangan langsung untuk bawa PAS masuk UMNO, harus disedari bahawa ini adalah trick juga. Tiada siapa yang kata ada usaha membawa ahli2 PAS masuk UMNO. Apa yang berlaku adalah usaha membawa PAS bersama dengan UMNO dalam satu bentuk kerjasama.

Ustaz Nasa juga cuba untuk menafikan isu UG ni dah mati sebelum Tok Guru mengamuk. Dia kata isu ni dah mati 5 bulan selepas ianya pertama kali diungkapkan oleh Presiden. Tapi, hakikatnya, Tok Guru marah pada kenyataan Nasaruddin yang ini:
Lantaran dari kenyataan Nasa ini menyebabkan Tok Guru menyuruh Nasa masuk UMNO kalau mahu meneruskan agenda Kerajaan Perpaduan.

Tok guru tahu agenda ini masih hidup dan segar bugar. Tok Guru terpaksa membunuh agenda ini dengan tangannya sendiri.

Sebelum mendengar rakaman di bawah, dinasihatkan supaya mendengar rakaman yang berkaitan dengan bermulanya MUZAKARAH dengan UMNO di sini.

Untuk download sila klik disini. File ini boleh disimpan dalam handphone atau Blackberry

Tulang Besi