"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 01, 2009

Sultan Selangor Tidak Mengiktiraf Dato' Hasan Ali?

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa-apa kenyataan umum berkaitan dengan perlaksaanan dan adminstrasi Islam di Selangor hanya boleh dibuat melalui MAIS. Katanya lagi, di Selangor hanya lima badan kerajaan yang mempunyai kuasa ke atas perjalanan hal-ehwal agama yakni Tuanku Sultan, MAIS, JAIS, Mahkamah Syariah dan pejabat Mufti.

Yang menghairankan nama EXCO agama tidak langsung disebut dalam senarai mereka yang diiktiraf menjaga hal ehwal agama Islam di Selangor. Juga, ia bermakna Dato' Hasan Ali sudah hilang hak beliau untuk membuat kenyataan berkaitan dengan perjalanan agama Islam di Selangor.

Dato' Hasan selama ini sentiasa memberitahu bahawa beliau amat disukai oleh Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan amat rapat hubungannya dengan Dato' Hasan.

Malahan, semalam, sewaktu saya bercakap dengan salah seorang kepimpinan pemuda di Selangor pun perkara yang sama ditekankan kembali kepada saya. Pemimpin pemuda tersebut berkata bahawa hubungan Dato' Hasan dengan Tuanku Sultan amat rapat dan erat sekali.

Beliau menyanggah kata-kata saya bahawa Tuanku Sultan tidak pernah suka dan tidak pernah terfikir untuk melantik Dato' Hasan sebagai Menteri Besar.

Raja Petra Kamaruddin, seorang kerabat yang hampir dengan Sultan Selangor dengan jelas memberitahu bahawa tiada harapan Tuanku Sultan Selangor mahu melantik Dato' Hasan Ali sebagai MB dan menasihatkan Dato' Hasan supaya jangan perasan.

Walaupun ada pendapat Raja Petra saya tak setuju dan saya sanggah. Malahan sewaktu beliau ditahan ISA baru2 ini, pegawai2 penyoal beliau yang dah habis modal terpaksa printout dari blog saya yang satu lagi (antiantihadeeth.blogspot.com) untuk mencari modal membantai Raja Petra Kamaruddin. (Saya tak redha pegawai2 penyiasat tu guna material dari blog saya dan saya tak halalkan)

Tapi, dalam perkara-perkara macam ni, saya percaya Raja Petra 100%. Dan Raja Petra tahu bahawa Tuanku Sultan Selangor ni TAK PERNAH suka dengan Dato' Hasan Ali. Hanya Dato' Hasan Ali sahaja yang perasan macam tu. Nah, sekarang ni terbukti.

Pergi tanya mana-mana AJK PAS Pusat, bila mesyuarat sikit2 "Tuanku hendak", sikit2 "ini kehendak Tuanku". Pendek kata kat Selangor ni, semuanya "Tuanku, Tuanku, Tuanku". Sekarang Dato' Hasan kena "tungku".

Dato' Hasan Guna Alasan Kehendak Istana di Dalam Isu Kuil S23

Di dalam isu ini, Dato Hasan telah berkata dalam mesyuarat exco bahawa beliau menentang pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam. Alasan yang digunakan oleh Dato' Hasan Ali adalah ianya atas kehendak dan kemahuan Tuanku Sultan Selangor.

Walaupun pada hakikatnya, tidak mungkin Tuanku Sultan Selangor menitahkan sedemikian kepada Dato' Hasan Ali kerana ianya seharusnya dititahkan kepada Menteri Besar Selangor. Kalau benar itu kehendak Ke Bawah Duli, nescaya Tuanku Sultan Selangor telah menitahkan demikian kepada Menteri Besar sendiri dan bukannya kepada Dato' Hasan Ali.

Hasilnya, sepanjang isu ini berlaku, Dato' Hasan Ali senyap sunyi dan tidak langsung mahu membantu Khalid Samad walaupun selepas Khalid Samad diberikan ugutan bunuh oleh beberapa ahli UMNO yang tidak siuman itu.

Namun akhirnya, kita lihat sendiri, segala "pengorbanan" (ataupun perasan sahaja kot?) kepada Ke Bawah Duli telah dibalas dengan arahan bahawa beliau TIDAK DIIKTIRAF sebagai orang yang boleh membuat kenyataan berkaitan dengan administrasi agama di Selangor.

Dengan kata lain, Dato Hasan cuma bertaraf "pekerja" sahaja dan bukannya pemimpin dalam isu berkaitan dengan administrasi agama di Selangor.

Segala usaha Dato Hasan mempertahankan "kehendak" ke Bawah Duli dan juga membela pegawai2 kerajaan di Selangor telah dibalas dengan "cash" dengan arahan tidak-pengiktirafan DAto Hasan sebagai orang yang layak untuk membuat kenyataan di Selangor.

Eloklah Dato Hasan pertahan pegawai2 kerajaan yang UMNO sebelum ni. Nampaknya, dalam hal berkaitan dengan agama, taraf Dato Hasan di bawah Pengerusi MAIS, yakni seorang pegawai kerajaan.

Hai la Dato Hasan Ali. Agaknya dalam hati dia kata "Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari".

Orang yang dulu taat dengan Dato Hasan Ali seperti Khalid Samad dan Saari Sungip dibuang macam sampah. Semuanya demi untuk memastikan pentadbiran Selangor ini selaras dengan kehendak Melayu dan selaras dengan kehendak Ke Bawah Duli.

Nampaknya Tuanku Sultan Selangor tak pandang pun pengorbanan pacal yang hina bernama DAto Hasan Ali.

Teringat saya nasihat arwah nenek saya dulu. Nenek saya kata "Man, kita hidup ni, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". NAsihat yang sangat-sangat saya suka dan insaf.

Wala' punya wala' pada Sultan, langsung Dato Hasan Ali ke "bala".

Hai la, "wala'" dah jadi "bala'".

Mais spell out who can speak on Islam in Selangor
Posted by admin
Tuesday, 29 September 2009 21:26

(Bernama) - The Selangor Islamic Religious Council (Mais) has drawn up guidelines on issuing public statements through the media on Islamic matters in the state.

Mais chairman Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa said all public statements related to issues involving religious administration in the state and all directives to religious officers and mosque officials could only be issued by the Mais chairman, Mais secretary or the director of the state Islamic Religious Affairs Department (Jais).

“Any other person wishing to issue such a statement must first get the approval of the Mais chairman,” he added in a statement issued here today.

Mohamad Adzib said the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah had given his consent to the guidelines which were applicable in the state.

He said there were five religious authorities with jurisdiction over Islamic religious administration in the state, namely the Sultan, Mais, state Mufti’s Department, the Syariah courts and Jais.

Tulang Besi