"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, June 10, 2009

UG: Mustafa Ali: "Saya Dimaklumkan" - malaysiakini

Unity Government ini walaupun bunyinya bagus on paper, tapi dalam iklim politik Malaysia sekarang ia masih belum sesuai dilaksanakan.

Kenapa?

Barisan Nasional masih memegang majoriti yang agak besar walaupun bukan 2/3. UMNO masih parti yang paling banyak kerusi. Sebagai parti yang kerusinya tak banyak mana pun di parlimen, bahkan kurang dari PKR, hairan juga saya apabila presiden PAS mengemukakan cadangan ini. Lainlah kalau PR/BN menang with a very slight majority dan PAS berada di tempat UMNO - maksud saya, mempunyai kerusi yang paling banyak. Waktu itu PAS akan ada kelebihan atas UBN.

Saya juga ada keraguan dalam isu ini :

1. Mengapa sekarang? Kenapa bukan 2004, ketika PAS kalah teruk? kenapa isu penyatuan tidak ditimbulkan waktu itu, samada dari PAS mahupun UMNO?

2. Kenapa tidak pastikan semua pimpinan dan ahli faham sebelum idea dikemukakan di peringkat Pakatan Rakyat?

Lebih penting lagi, kenapa parti lain dalam Pakatan Rakyat tidak diperjelaskan sedalam-dalamnya tentang UG ini? Jika PAS (TGHH & Nasa) betul-betul serius tentang UG ni, buat kertas kerja. Present di peringkat parti dan PR. Pastikan semua parti dalam PR faham dulu baru bincang dgn UBN.

Keraguan yang timbul sekarang adalah berpunca dari usaha mereka yang terlibat yang tidak bersungguh memberi penerangan kepada PR tetapi sebaliknya berbincang dengan UMNO! (ingat, mereka yang mencadangkan UG dan berbincang secara rahsia dengan UMNO adalah orang yang sama).

3. Adakah PAS (TGHH & Nasa) sedar bahawa sokongan besar rakyat terutama dari non-muslim bukannya sebab mereka faham perjuangan PAS tetapi kerana mereka menolak UMNO? Reaksi rakyat terhadap UG adalah buktinya.

Respon kepada respon kepada UG juga menimbulkan lebih banyak tanda tanya.

1. Kenapa Mustafa Ali yang beri jawapan? bukankah idea UG itu "dilontarkan oleh Presiden PAS "? Mustafa bukan Presiden, Timbalan, Naib atau Ketua Penerangan pun.

2. "Mustafa juga menyatakan beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut."

Dimaklumkan dan difahamkan oleh siapa? Mustafa, anda nampaknya memberi jawapan bagi pihak TGHH, jadi andalah yang sepatutnya lebih maklum tentang siapa yang tahu dan siapa yang tidak tahu.

3. "Sebab itu, bagi saya mungkin Tuan Guru Abdul Hadi apabila beliau maklumkan perkara tersebut kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dia mengandaikan maklumat tersebut sampai kepada DAP."

"Bagi saya"!? Mustafa, anda tahu ke apa yang anda cakap ni?

Saya minta tolong sangat-sangat pada pimpinan PAS, jika ada sebarang idea yg melibatkan semua, libatkan semua. Perjelaskan betul-betul sebelum ambil langkah seterusnya. Jangan buat pertemuan rahsia yang ahli-ahli sendiri tak tahu.

-muhammad

Manohara Alami Kecacatan Kekal Di Muka - malaysiakini

Tak mau cerita banyak... tapi inilah kesan dari "penderaan" yang didakwa telah dilakukan oleh suami Manohara ketika mereka bersama... muka Manohara telah mengalami kecacatan kekal. pendawaian pada sistem otak dan saraf model ini juga didapati telah rosak teruk dan model ini dikatakan telah mengidap sindrom "wang besar, wang besar, wang besar"...

TPU - Heran sungguh aku, orang yang kena dera dengan laki dia sempat lagi bergumbira-gumbira dan bermemek-memek muka lucu... macam langsung tak de tekanan...

Ikut kenyataan peguam Manohara, ada kesan luka pada bahagian hujung payudara model berkenaan dan kesan luka tersebut masih baru sambil menunjukkan kepada wartawan gambar yang diambil dengan telifon bimbitnya.

Hah..? telifon bimbit..? masih baru? berapa baru..? erm...

Sape yang gigit tu oi..?

Rosmah Untung, Najib Talak Untung..! - malaysiakini

Katanya - Rosmah Mansor menyarankan para suami agar mencontohi perilaku suaminya Najib Razak yang merupakan seorang bapa, suami dan pemimpin yang penyabar.

Beliau berkata Najib mempunyai personaliti yang menarik daripada segi kesabaran.

"Saya tak pernah tengok orang penyabar macam dia (Najib)," katanya dalam ucapan ringkas ketika melancarkan buku 'Najib Perdana Menteri ke-6' di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Rosmah turut mengingatkan para suami agar tidak memarahi isteri kerana isteri juga mempunyai tanggungjawab dan mengalami tekanan.

Tengok rakaman dekat bawah pulak...


Kata aku pulak... kalau dah macam ni gayanya... memang la ponyabau orangnyo... hari-hari dok kono manderem... kah kah kah kah kah...!!!

Boto-boto jantan dayus.

Betul la cakap Rosmah, suami dia bagus, suami dia mithali, suami dia kelas "A"... semua yang best ada pada Najib... untung betul si Rosmah sebab dapat Najib...

Eh... si Najib pulak? "untung" ke? kah kah kah kah kah...!!!

Tok Bomo jugak la yang untung... dapat makan kiri kanan... puf puf puf..!

Kamunting: 2 Kumpulan Bergaduh, 16 Cedera - malaysiakini

Sebanyak 16 lelaki cedera termasuk dua daripadanya kritikal setelah terbabit dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan di pekan Kamunting dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak berkata, kejadian petang semalam itu berpunca daripada perbuatan ejek mengejek antara dua kumpulan remaja di hadapan sebuah kafe siber di pekan itu.

Katanya, seorang remaja yang gagal mengawal kemarahan kemudian bertindak menampar remaja dari kumpulan yang satu lagi.

“Remaja yang tidak berpuas hati kerana ditampar itu kemudian datang kembali bersama dua lelaki dewasa membawa parang lalu menyerang kumpulan remaja dan mencederakan empat rakannya.

“Berikutan itu, kumpulan remaja yang diserang itu memanggil rakan-rakan mereka yang dewasa dan menyerang balas kumpulan yang mencederakan mereka di sekitar pekan Kamunting sehingga ramai mengalami kecederaan,” katanya.

Raja Musa berkata, semua 16 lelaki yang cedera dalam pergaduhan itu dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan.

Kisah Polis Trafik & Jojo - malaysiakini

Artikel best ni aku cilok dari - Jojo's Cupcake, Muffin and Vanilla.

I was on the way home from my office. And, i was on the phone with a friend.

And there comes a police officer stopped me.

The conversation goes

Police Officer (PO) : you bawak kete cakap phone tak pakai handfree tak boleh.

me : Sorry?

po : Bagi i lesen.

me : sorry?

po : driving license.

me : ok.

pass the license to the PO

po : you ni india ke apa?

me : sorry?

po : you mix?

me : yes.

po : mix apa?

me : sorry?

po : You China?

me : You mean Chinese?

po : Yes, you chinese mix what?

me : Chinese, Indian, Siamese.

po : you bawak kete tadi cakap phone tu tak boleh

me : sorry??

po : you ni malaysian kenapa takleh cakap melayu ni

*he swtiched on his walkie talkie and talk to his mate

po : dia ni tak faham melayu ni

mate : dia tak faham tu susah. lepaskan je lah.

me : sorry? (dgn muka yg innocent giler babi)

po : you malaysian why no speak malay?

me : i just came back.

po : back from?

me : London.

po : you student?

me : yes

po : so u habis study dah la ni?

me : sorry?

po : you no student?

me : i am still student.

po : you finish student london?

me : i'm studying in Sunway University College now.

po : ayah you keje ape?

me : i don't understand what are you trying to say. sorry.

po : father work where?

me : my father is in langkawi.

po : business?

me : yes.

po : i give you saman. you wait.

he went to his motorbike and took the saman booklet.

po : i give you saman rm200 u bayar kat polis.

me : sorry??

po : i give u saman rm200 you go pay polis can?

me : what is saman?

po : where you go?

me : i'm going home.

po : where ur home?

me : nearby hospital tawakal.

po : i give you saman can?

me : what is saman?

*the mate on the walkie talkie says : dia tak faham tu susah nak dapat. lepas je la.

po : can give you saman?

* i buat muka yg innocent giler babi yang tak faham ape bende yg dia tgh merepek ni

me : sorry? i really don't understand you. what is saman?

po : i give you saman. can? you go pay polis.

me : errr ok??

* the mate on the walkie walkie says : lepas je la. dia tak faham melayu.
* the po replied : ishh. susah ah dia ni.

po : you go now.

me : huh?

*dalam hati gembira habis*

po : you go now. no use phone driving.

me : sorry?

po : you go now.

me : okay. *dengan muka yg tak faham langsung*

*padahal dalam hati tengah gembira nak mampus*

lepas tu the police officer stop the car from passing by my side so i can get out.

wuhuuuu!
sepanjang conversation tu i pakai british accent yg fake giler. HAHAHAHA

polis yg bodoh! ingat nak ambik rasuah dekat i? xleh blah ah!!!

TPU -
Muakhakhakhakhakhakhakha...!!!

Polis mi ni sepik inggelisy, mi no pil pom... aper la punya turrr polis..!

Johari: "Jangan Bertanding Haji Malik..!" - malaysiakini

"Jangan Masuk Bertanding Haji Malik, Kita Tak Boleh Menang Pilihanraya Dah. Duit tu bawa anak bini pi cuti lagi baguih". Itulah kata-kata beliau pada YB Haji Abdul Malik Kassim apabila beliau nampak tidak boleh memenangi kerusi DUN Batu Maung pada Pilihanraya Umum ke-12 apabila beliau turun padang bersama-sama PKR Bahagian, Pemuda & Wanita di Bayan Baru & meninjau sejauh mana potensi untuk menang kerusi Dun Batu Maung.

Beliau pernah bertanding di kerusi DUN Teluk Bahang Balik Pulau di kalahkan oleh YB Helmi Yahya pada Pilihanraya Umum 1999. Seterusnya beliau bertanding mewakili parti juga bertanding di kerusi Dun Telok Air Tawar dan ditewaskan oleh YB Jahara pada pilihanraya umum 2004.

Mungkin kesan daripada itu beliau sudah menjangkakan tidak akan ada lagi harapan bersama untuk mendokong perjuangan yang telah dibawa oleh PKR, PAS & DAP waktu itu, tidak nampak bibit-bibit kemenangan yang terpancar di kalangan rakyat malaysia melainkan DSAI cukup yakin untuk menang besar di parlimen serta memenangi Pulau Pinang di tawan oleh PKR, DAP & PAS.

YB Haji Abdul Malik Kassim adalah orang yang berhasrat untuk bertanding di kerusi DUN Telok Air Tawar yang ditinggalkan oleh Johari Kassim, beliau terpaksa balik ke kerusi DUN Batu Maung setelah Johari Kassim menarik diri saat akhir daripada meneruskan hasrat untuk bertanding pada pilihanraya umum kali ke-12. Sebab apa? Mungkin perenggan di atas boleh menjawab sikit sebanyak mengenai sikap Johari Kassim terhadap mengutamakan perniagaan beliau daripada perjuangan asal rakyat.

Akhirnya bila berlaku pilihanraya umum yang ke-12 pada 8 Mac 2008, Johari Kassim gigit jari...

Bersambung...

1Malaysia nak tahu

Sumber -DIAM JOHARI KASSIM MAI

Gila Jawatan: Johari Anggap Exco PKR P.Pinang Macam 'Keldai' - malaysiakini

Tidak berpuashati dengan pendirian tiga Exco kerajaan negeri dari PKR berhubung perlantikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), ketua WIP MPSP dari PKR, Johari Kassim menyifatkan EXCO-EXCO berkenaan macam 'keldai'.

Ungkapan biadap itu, ditujukan kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Mansor Osman, Law Choo Kiang dan Abdul Malik Kassim, ketika mesyuarat bersama Ahli Parlimen dan ADUN PKR Pulau Pinang di Tingkat 52, Komtar, Jumaat lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri Datuk Zahrain Hashim, bagaimanapun tidak dihadiri oleh Abdul Malik yang berada di luar negeri, sementara Mansor terpaksa meninggalkan mesyuarat kerana ada komitmen lain di Penanti.

Turut hadir adalah ahli majlis MPSP dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PKR.

Menurut sumber parti itu, Johari melenting apabila ketiga-tiga exco berkenaan menyokong cadangan perlantikan bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara Mokhtar Mohd Jait, sebagai Yang Dipertua MPSP, yang dibentangkan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pada 3 Jun lepas.

Kerajaan negeri memutuskan jawatan YDP MPSP dan MPPP perlu diisi oleh penjawat awam, dan bukannya daripada kalangan pemimpin politik.

Johari dikatakan mengidam jawatan berkenaan. Ini dimaklumkan oleh Zahrain kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, sepertimana disiarkan dalam akhbar arus perdana. ( foto kanan)

Restu pemimpin PKR negeri

Pada mesyuarat berkenaan, Johari mendakwa tindakan beliau bersama ahli majlis MPSP memboikot majlis angkat sumpah Mokhtar mendapat restu daripada pemimpin tertinggi PKR Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pemimpin berkenaan. Johari turut kesal dengan sikap para pemimpin PKR kerana tidak membelanya.

Johari turut mendabik dada, beliau adalah pejuang refomasi sejak 1999, lebih lama daripada sebahagian ADUN dan Ahli Parlimen PKR yang ada sekarang.

Pada pilihanraya umum lalu, PKR menawarkannya untuk bertanding, namun beliau menolaknya kerana merasakan PKR akan tewas, apatah lagi membentuk kerajaan Pulau Pinang.

Bahkan Johari cuba mempengarahui beberapa pemimpin PKR, agar tidak menjadi calon kerana akan membazirkan masa dan wang ringgit.

Mahu mengajar Guan Eng

Sementara itu, Zahrain meletakkan kemelut yang menghantui PKR itu, berpunca daripada Abdul Malik.

ADUN Batu Maung itu, dikatakan tidak memaklumkan keputusan kerajaan negeri kepada pimpinan parti itu.

Dalam pada itu, seorang ahli majlis MPSP yang ditemui, mengesahkan tindakan memboikot majlis angkat sumpah YDP MPSP telah dirancang pihaknya, dan mendapat restu pimpinan parti peringkat negeri.

Beliau bagaimanapun mengaku tindakan memboikot itu mencalarkan imej PKR dan PR Pulau Pinang.

"Kami mahu mengajar Guan Eng, agar menghormati konsep pakatan. Biarlah apa-apa lantikan daripada penjawat awam dibincang dengan PKR dan PAS," tegasnya.

BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT !

Sumber - Alahai... FAIRUS TKM 1 Penang !