"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, February 20, 2010

Laporan Perkembangan Aduan Salah Laku Kepimpinan PAS Pusat Serta Tabung Guaman..

Laporan kali ini terbahagi kepada dua bahagian:
1.0 - Tabung Guaman.
2.0 - Perkembangan Kes.
1.0 - Tabung Guaman.
Setakat ini jumlah terkumpul dari Tabung Guaman adalah RM10,100.00. Hanya menunggu perlantikan peguam secara sah dan akan dimasukkan wang tersebut dalam akaun amanah. Saya bercadang untuk tidak pegang walau satu sen pun wang derma ini. Ia akan disimpan oleh firma guaman yang saya ambil nanti.
  • 1.1 - Di bawah adalah kemasukan RM10k dari seorang penderma budiman bernama “anak”. Jelas beliau seorang yang amat sayang dengan PAS dan tidak rela PAS ditunggang oleh mereka yang dah lapar sangat nak bersekedudukan dengan UMNO.
2.0 Perkembangan kes:
2.1 - Dari sumber-sumber dalaman yang saya dapat, saya mendapati Tuan
Haji Mustafa Ali tidak pun membaca aduan saya tersebut. Ia masih tersimpan
dalam sampul yang telah di “seal” di atas meja beliau di Pejabat Jalan Raja
Laut. Mungkin beliau masih terlalu sibuk untuk “handle” kes ini buat waktu ini.
Kita “huznu Zan”.

2.2 - Dalam temuramah beliau dengan Malaysiakini, walaupun beliau berkata kes itu dalam siasatan. Saya bersyukur dan saya menunggu tindakan seterusnya dari Dato Mustafa.

2.3 - Saya yakin dalam minggu depan saya akan dapat mengambil khidmat guaman. Sekarang ini senarai peguam saya telah jatuh kepada dua: seorang perempuan dan seorang peguam aktivis yang biasa menolong mereka2 yang ditangkap kerana berdemo.
Sebagai penutup, diminta semua mendoakan kejayaan usaha saya ini. Apa yang saya mahu hanya KEADILAN dan kalau PAS tidak mampu memberi keadilan, tak payah cakap pasal Islam lagi.

Kepada sesiapa yang berminat untuk berderma, boleh melakukan demikian di:
  • Maybank-164173601834-Abdul Rahman Abdul Talib
Nabi SAW pernah bersabda:
  • "Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tanganya".
Ini adalah cabaran kepada PAS.

Wallahualam

Tulang Besi

Tulang Besi Adalah Produk Tarbiyyah PAS

Bukan saya nak bangga. Tapi saya bagitau, berkat saya ditarbiyyah PAS, saya menjadi manusia dan tidak berakhir menjadi penagih dadah atau perompak. Melalui tarbiyyah PAS, Tulang Besi membina hidup sendirian kerana ibu bapa sebuk. Sebagai anak sulung, Tulang Besi tiada kakak dan abang untuk meminta pertolongan.

Hanyalah taribiyyah, usrah2, kuliah2 dan program2 PAS sahaja sebagai penunjuk jalan di masa kegelapan. Tulang Besi bersyukur arwah ayah membawa Tulang Besi ke program2 usrah PAS masa umur Tulang Besi lebih kurang 12 tahun.

Tulang Besi memang sedari awal ditarbiyyah dengan PAS dan menyokong PAS. Tulang Besi tidak pernah mengenali mana-mana jemaah lain kecuali PAS.

Tulang Besi bersyukur kerana semasa pemimpin-pemimpin PEmuda PAS yang ada sekarang ini masih pakai lampin lagi, Tulang Besi telahpun mengikuti usrah dan program PAS. Ceramah PAS pertama yang Tulang Besi ikuti adalah yang diberikan oleh Khalid Samad di Markaz Tarbiyyah PAS yang belum siap. Setiap kali Markaz Tarbiyyah Tmn Melewar tu takda duit, mereka buat ceramah. Waktu itu, Tulang Besi masih ingat duduk bersandar di dinding yang sekarang ini berhampiran dengan Pejabat Pemuda dulu.

Tulang Besi jadi ahli PAS sewaktu PAS parti yang hina dan dagang. Di waktu itu, tiada siapa berani mengaku menjadi ahli PAS. Seingat Tulang Besi, ada seorang sahaja yang berani mengaku ahli PAS, yakni abang kepada Abdul Rahman Mayan. Memang orang bangsa Mamak ni kalau berjuang Islam 100x lebih berani dari orang Melayu. Tak heran kalau nanti ada bangsa Mamak yang akan jadi Presiden PAS.

(Tapi kalau Mamak yang sokong UMNO, 100x lagi jahat dari orang Melayu, macam Tun dgn Daim).

Tulang Besi tak boleh lupa waktu mula2 ikut usrah dulu, kita diajar akidah Islamiyyah dengan kitab ”Mastika Hadeeth” terbitan Jabatan Perdana Menteri. Waktu itu sedang hebat PAS dilabel sebagai sesat dan peristiwa Memali. Maka, PAS bertindak menggunakan kitab yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri bagi melindungi akidah orang Islam.

Selepas itu barulah ada kitab “Muqaddimah Aqidah Muslimin” yang ditulis Tuan Guru Haji Hadi Awang. Dan, selepas itu Kitab Mastika Hadeeth cuma digunakan untuk kuliah umum sahaja.

Tulang Besi masih ingat topik akidah pertama yang Tulang Besi belajar adalah Syirik. Dan Syirik hukumnya kita taat kepada manusia lebih dari kita taat kepada Allah SWT. Itulah INTIPATI Tauhid Uluhiyyah yang Tulang Besi tidak pernah lupa.

PAS MENYELAMATKAN TULANG BESI DARI MENJADI MANUSIA TAK BERGUNA

Jadi, jangan ingat tindakan Tulang Besi sekarang ini, menegur dan membetulkan pimpinan dengan blog, bukan sebahagian dari tarbiyyah PAS ke atas Tulang Besi. PAS boleh berbangga kerana PAS berjasa menyelamatkan Tulang Besi dari menjadi seorang penagih dadah atau perompak (atau yan g lebih teruk lagi menjadi pendokong UMNO) kepada seorang yang tamat pengajian di luar negeri dan mendapat ijazah.

Dan Tulang Besi berjaya mendapat A2 dalam Bahasa Malaysia untuk SPM dengan hanya membaca HARAKAH setiap minggu. Tingkatan 4-5 tidak memberikan masa yang banyak untuk Tulang Besi belajar Bahasa Malaysia. Maka, Tulang Besi tak baca sedikit pun buku teks Bahasa Malaysia. Apa yang Tulang Besi buat adalah membaca Harakah setiap keluaran dari muka depan sampai muka belakang. Hasilnya, Alhamdulillah, Tulang Besi dapat A2 dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.

Sekali lagi, Tulang Besi ingatkan, jangan cuba asingkan Tulang Besi dari PAS. Tulang Besi tidak pernah mendapat tarbiyyah lain dari tarbiyyah PAS. Dan Tarbiyyah PAS yang awal dahulu adalah menekankan ilmu dan peningkatan ilmu.

Di waktu itu, kita ada Arqam, ada Tabligh. Tapi, cara PAS adalah penekanan kepada Ilmu, bukan pada amal ataupun kepada zikir. Dan ternyata, cara PAS lebih berkesan dan panjang kesannya. Kerana ia berdasarkan kepada manhaj Islami.

Kepada penyokong-penyokong UG, berentilah buat fitnah ke atas Tulang Besi

WALA’, THIQAH, AKHLAK JEMAAH, DISIPLIN JEMAAH DSBNYA

Semua ni sebenarnya baru dalam PAS. Ianya popular semenjak pulangnya Arwah Ustaz Fadzil ke rahmatullah. PAS tidak pernah menghalang ahlinya menyuarakan pandangan dan pendapat. Menegur pimpinan bukan satu perkara yang ditegah oleh PAS.MEMFITNAH pimpinan itulah yang ditegah oleh PAS.

Tulang Besi sering dapat teguran untuk ikut saluran jemaah, ikut disiplin jemaah, ikut akhlak jemaah, ikut adab jemaah. Tapi, yang Tulang Besi tengok, bila Khalid ikut adab jemaah, dia kena pecat dari jawatan. Bila Abdullah Karim buat laporan, semua kena tolak mentah-mentah.

Bila ada mana-mana pendapat atau usul dibentangkan dalam mana-mana mesyuarat Agung, mana yang tak disukai pimpinan akan ditapis dan dibuang. Itu yang saya pelik.


Adab dan saluran apa yang mereka hendak kita ikut. Bukan Nabi SAW pernah bersabda:
“Ad diinnu Nasihah” (Agama itu adalah Nasihat).

Apakah dgn blogger PAS memberi nasihat dan teguran kepada pemimpin PAS dikira tidak mengikut disiplin jemaah?

Sepatutnya pimpinan wajib mengambil kritikan-kritikan dari berbagai sumber dan menerima mana yang betul dan menolak mana yang tak betul. Bukan menyerang bloggers, menuduh macam2. Padahal, waktu pilihanraya, kesemua bloggers diharapkan bantuan mereka.

Waktu di Bagan Pinang, semua bloggers membantu PAS tanpa meminta imbuhan walau seposen. Takkan yang tu pimpinan PAS tak nampak.

Lagi satu, kenapa ada double standard dalam PAS. Dato Harun Din secara terbuka engkar arahan serta pendirian jemaah. Boleh Dato Harun Din lepas macam tu sahaja. (Saya bercadang menulis tentang ini).

Orang kecik kena orang besar lepas. Adakah itu yang dipanggil “Adab Jemaah” dalam PAS?

Sekian

Tulang Besi