"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, October 31, 2008

Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

Seperti yang kite ketahui...Negara kite nie banyak tugu...Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut dekat langkawi dan sebagainya...

Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa "segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram,ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram..."

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan.

Tetapi sayang2...pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu...

Setelah berbincang...Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu...Maka pihak atasan
telah menarik balik gazet tersebut, maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja...tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...

Beliau berkata... "bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarah pon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..." dan kata beliau lagi... "walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2,berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... "Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam...maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam..."

Menurut beliau...Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa...Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya...

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1.Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3. Mereka yang berdiam diri.

4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Kalau nak beli AL-QURAN

yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu adalah :

1) AL-IMAN

2) AL-WASAYA

3 ) AL-TAJASU

4) DANAL-MUSLIMOON

Gua Musang Perlukan Ku Li, Bukan UMNO/BN!

Tengku Razaleigh Hamzah dijangka memperolehi pencalonan pertama untuk bertanding jawatan presiden Umno apabila bahagiannya - Gua Musang - bermesyuarat esok.

tengku razaleigh 02Mesyuarat bahagian tersebut akan berlangsung pada jam 9 pagi esok bertempat di Balai Rakyat Bukit Cekati.

Betul ke berita ni? aku macam tak caya je...

Cuba baca berita sebelumnya -

Bazlan Baharuddin mendapat semula jawatannya sebagai ketua Pemuda Gua Musang apabila ibu pejabat Umno hari ini mengumumkan bahawa mesyuarat pertama pergerakan itu yang dipengerusinya 23 Oktober lalu adalah sah.

Sabtu lalu, ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, mesyuarat pertama dibatalkan kerana tidak mematuhi arahan yang diputuskan di peringkat bahagian.

Tengku Razaleigh berkata pembatalan mesyuarat itu bukan diputuskan oleh beliau, tetapi oleh Ibu Pejabat Umno.

Bagaimanapun, pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, beliau menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Umno hari ini yang memaklumkan

bahawa mesyuarat yang dipengerusikan Bazlan adalah sah dan tidak terbatal sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Dekat atas tu dah nampak pengaruh Ku Li awal-awal dah kena sekat dek Pusat...

Aku rasa esok Ku Li bakal melopong lagi...Najib dah monopoli semua... tok sah tunggu lagi la Ku Li.

Aku ada sepupu yang tinggal dekat Gua Musang sejak 15 tahun lepas iaitu sebelum Gua Musang membangun dibawh Ku Li.memang penduduk setempat akui ketokohan Ku Li mentadbir kawasan jajahannya walaupun berada dibawah naungan kerajaan negeri yang berlainan parti.

Aku yang sekali-sekala jenguk Gua Musang pun terkejut dan jugak kagum dengan kemajuan Gua Musang, sekarang dah jadi bandar transit.

Pernah jugak aku sembang sengan budak-budak dan otai-otai politik dekat sana.ramai yang kagum dengan Ku Li...tapi aku masih ingat kata-kata depa Gua Musang perlukan Ku Li tapi bukan bermakna Gua Musang perlukan UMNO/BN.

Maksudnya?

Bagi aku maksudnya lebih kurang begini - Ku Li...hang masuk la Pakatan Rakyat dan aku jamin sokongan hang dekat Gua Musang tak akan jatuh sebaliknya makin kuat.depa cuma respek dekat hang sebab kekuatan, ketokohan dan personaliti hang tapi BUKAN SEBAB HANG AHLI UMNO!!!

Malaysiakini - Gambar Siapa Ni...???

Agak-agak korang la...sebelah kanan tu sape?

Agak-agak korang la...dekat tengah tu sape?

Agak-agak korang la...sebelah kiri tu sape?

Lokasi : Paris

Sumber - Pahang Daily

Sebelum "Mac depan"

PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh mengambil tindakan terhadap ahli Umno yang tidak melaporkan cubaan pihak tertentu memberi rasuah sepanjang pemilihan parti termasuk di peringkat tertinggi, Mac depan.

Baca - Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh mengambil tindakan terhadap ahli Umno yang tidak melaporkan cubaan pihak tertentu memberi rasuah sepanjang pemilihan parti termasuk di peringkat tertinggi, Mac depan.

Baca betul-betul - Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh mengambil tindakan terhadap ahli Umno yang tidak melaporkan cubaan pihak tertentu memberi rasuah sepanjang pemilihan parti termasuk di peringkat tertinggi, Mac depan.

Lagi sekali baca betul-betul - Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh mengambil tindakan terhadap ahli Umno yang tidak melaporkan cubaan pihak tertentu memberi rasuah sepanjang pemilihan parti termasuk di peringkat tertinggi, Mac depan.

Jadi sebelum Mac depan, hangpa boleh dok diam-diam dan bersubahat dengan gumbira...!!!

Razak Bebas, Najib Terlepas...BRAVO - malaysiakini

Akhirnya keputusan perbicaraan awal kes berprofile tinggi pembunuhan gadis Monggolia Atlantuya Shaariibuu pun memutuskan bahawa Abdul Razak Baginda dibebaskan dari pertuduhan.memang dari awal dah kita agak perkara tu akan jadik macam tu kan?

Bukan susah nak baca keputusan kes-kes berprofile tinggi dalam Malaysia ni.kalau libatkan politician pro KERAjaan, sure keputusannya agak menjengkelkan.perbicaraan akan dipenuhi dengan fakta-fakta yang diputarbelit atau lebih tepat lagi "auta", bahan bukti yang kejap ada kejap tak de, saksi-saksi yang kejap ok kejap ko dan macam-macam pertunjukan silap mata lagi.

Paling bagus dalm perbicaraan berprofile tinggi ni ialah bila ada saksi yang menimbulkan mana-mana nama yang "hot".ingat tak kes arwah Norita dulu? (Al-Fatihah) bilamana sorang saksi mengatakan wujudnya orang ketiga atau "anonymous" kata depa...hakim buat pekak, pendakwaraya pro KERAjaan buat tuli.

Kalau yang jenis tak buat pekak atau tuli, sah tak lama lepas tu sure kena pindah pi mahkamah lain...silap-silap depa transfer pi mahkamah juvenil...kah kah kah kah kah...sarkis betul Malaysia ni.

Teringat aku dekat hakim cekelat hacks...mana dia ya?lama betul tak dengar berita...dah arwah ke belum?

Balik pada Razak Baginda...aku dok nampak dalam hal ni, Razak terlepas atau dibebaskan supaya dapat mengelakkan dari nama Najib bergema dalam perbicaraan yang seterusnya.

Tak kan korang tak tau apa kerja Razak sebelum ni?dia kan orang kepercayaan bakal Pi Em...dengan tersingkirnya Razak dari kes ni maka nama Najib tidak akan lagi dapat ditimbulkan dalam penghujahan yang seterusnya.sebab yang 2 orang lagi tu sure tak de kena mengena dengan Najib sebelum ni kan?

Jadinya aku rasa perbicaraan lepas ni pun sekadar perbicaraan kosong je.sekadar nak menyedapkan hati semua pihak.supaya "kununnya" Malaysia ni dipandang "sikit" baik dari israel.hehehe...kasar jugak tuduhan tu tapi dah aku rasa macam tu, korang nak buat macam mana?

Korang-korang yang dok dalam Malaysia ni, kalau rasa-rasa ada niat "jahat" nak buat benda tak elok, nak langgar undang-undang, nak langgar suruhan agama, elok sangat kalau korang buat baik dengan menteri-menteri KERAjaan...

Terjamin masa depan...!!!

Khak Ptuih...!!!

Menyelami Sumber Dana Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Umum mengetahui suka atau tidak politik wang memang dipraktikkan oleh semua calon Ketua Pemuda. Tak guna-lah sesiapa pun cuba menyelindung dosa mana-mana calon. Tapi tren pencalonan untuk ketiga-tiga calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia menimbulkan tanda tanya mengenai apakah sebabnya kadar pencalonan Berani Berubah Mukhriz Mahathir kian hambar berbanding awal musim pencalonan dahulu. Kes angka pencalonan Khir Toyo pula terbalik – secara tiba-tiba melonjak tinggi ke angka 47 walhal sebelumnya Khir dilihat berkemungkinan tidak layak bertanding PAU Mac nanti.



Tren sebegini menunjukkan kelainan strategi mainan politik wang yang digunakan ketiga-tiga calon. Jika benarlah rata-rata para perwakilan mencalonkan mana-mana individu berdasarkan kebolehan masing-masing, fenomena aneh seperti yang terjadi sekarang tak logik berlaku. Contohnya, jika slogan Berani Berubah itu benar-benar menambat hati para perwakilan, nescaya momentum awal Mukhriz pastinya telah melihat beliau melepasi angka pencalonan 100 sekarang ini. Tetapi tidak; yang jadinya Khir Toyo yang PR akar umbinya disegani kawan dan lawan pula yang mengambil-alih momentum Mukhriz. Kadar pencalonan Khairy Jamaluddin pula tampak agak konsisten, sungguhpun dikatakan kurang digemari para perwakilan akar umbi kerana perwatakannya yang agak elit ala-Oxford walaupun kepintaran dan karismanya tidak dapat dinafikan.



Barangkali Mukhriz banyak 'menabur' pada awal musim pencalonan dan berjaya mendominasi peringkat awal; kem Khairy dikhabarkan kurang memberi wang berbanding dua lawannya (mungkin ketandusan dana semenjak bapa mertuanya melepaskan jawatan Menteri Kewangan); taktik Khir Toyo pula agak drastik – membelanjakan jumlah wang yang besar pada 'second half' untuk mengejutkan para penyokong Mukhriz dan Khairy di Bahagian-bahagian seperti Bukit Bintang, PJU, Sipitang dan Balik Pulau.



Dana Khir Toyo kita sedia maklum datangnya dari komisen projek-projek sewaktu menjadi MB Selangor dahulu – Syabas, Lebar Daun – serta proksi-proksinya lain seperti Wijaya Corp yang dipimpin Ketua Pemuda Kapar Faizal Abdullah. Khairy tak payah ceritalah, siapa pun dah tahu. Sumber dana Mukhriz pula agak kabur sedikit, walaupun ternyata bapanya dan abangnya Mokhzani pasti membantu.



Namun, dengan pendedahan syarikat subsidiari syarikat Mokhzani, Kencana Mermaid Drilling Sdn Bhd sebagai penerima kontrak carigali terbaru Petronas bernilai USD235 juta (RM, harapan Mukhriz untuk meraih kedudukan Ketua Pemuda tampak lebih cerah kerana 'kos' menjelang bulan Mac nanti akan jauh lebih tinggi daripada 'kos' musim pencalonan yang telah hampir tamat ini.



Yang peliknya, Kencana Mermaid ini bukannya syarikat carigali dan tidak langsung mempunyai sebarang rekod dalam usaha mencarigali. Apakah wajar Kencana Mermaid dianugerahkan kontrak sebegitu besar ini, terutamanya tatkala ekonomi Malaysia dan industri petroleum sedunia yang kurang stabil dengan harga turun naik mendadak?



Maruah dan kepentingan bangsa dan negara tidak boleh diketepikan untuk mana-mana calon. Penulis akan tetap mengkritik sesiapa sahaja yang dilihat mencabul prinsip ini, serta mengetengahkan kisah-kisah rasuah, skandal dan korupsi terhina.

Budak Khairy 'Jack' Daniel's Nak Jawab??? Pooorah...!!!

Lepas blog The Antics Of Husin Lempoyang meng"publish"kan sekeping gambar yang aku beri nama Khairy "Jack" Daniel's maka sibuklah para pencacai-pencacai Khairy "Jack" Daniel's mempertahankan ibu duit mereka dengan beberapa jawapan kononnya gambar tersebut bukan gambar ibu duit mereka...korang baca dekat ruangan komen di [sini].

Ada sorang pengkomen menyertakan sekali link gambar [ini]*gambar bawah kononnya individu dalam gambar tersebut ialah individu ini*gambar bawah.

Sekarang cuba korang tengok pulak dan bezakan antara gambar atas dengan gambar bawah. individu yang memakai baju yang agak sama dengan baju yang selalu dipakai oleh Khairy "Jack" Daniel's.

Sama atau tak terpulang pada penilaian masing-masing...bagi aku individu dalam gambar dekat atas memang sah tak sama dengan individu dalam gambar dekat bawah...yang dekat atas ni kemeja dan kotnya memang sama denagn yang dalam gambar dibawah, jugak agak selekeh macam Khairy "Jack" Daniel's dengan jambang yang tak terurus.

Bezanya bagi aku yang ketara ialah kegempalan masing-masing...Khairy "Jack" Daniel's dalam gambar bawah dan jugak yang betulnya tak de la segempal mamat dekat atas ni.korang tengok pulak seluar yang dia pakai warna apa?kan ketara perbezaannya tu.

Ada jugak yang persoalkan tentang maklumat gambar yang awal iaitu berkenaan dengan tarikh dan hari.maklumat asal yang Husin Lempoyang beri ialah Khamis 17hb.Jun,2008.aku pun tak perasan kesilapan dekat situ sebab kalau ikut kalendar Khamis 17hb cuma berlaku pada tahun 2004, 1999,1993,1982 dan tahun-tahun sebelum Khairy "Jack" Daniel's dilahirkan.

Aku ingat Husin dapat info dalam bahase Inggeris iaitu Tuesday dan mungkin Husin yang bersekolah pondok tersilap antara Tuesday dan Thursday...

Pagi ni bila aku bukak email aku, Husin dah perbetulkan balik maklumat tu.terima kasih Pak Sin...Lawan tetap lawan...!!!

Kemaskini 10:00 pm

Kringggg kringggg ...

Hello Ghasidah Sigaraga kekasih buah hati ku. Apa gerangan dinda talipon kanda malam-malam ni. Mahu Kalabul Malami?

... Tak tak tak ... Ana ana ana ... Maaf sayang ... Ana terlupa ... Tak bukan tak sayang ...

... Sudah 40 tahun ana tunggu ente .... Janganlah sayang ... Sayang, ente saja cinta ana selama-lamanya ... Entelah bulan dan bintang menerangi malam. Entelah matahari yang memberi cahaya siang untuk ana.... Maaf ye sayang

Bye ... love you.


Kacau saja ente ini semua bising pasal ana tersilap bulan. Siapa pula pergi kasi tahu sama Ghasidah. Dia sudah marah sama ana ... Dia kata ana tidak sayang pada dia hingga lupa masa kita keluar bergumbira bersama di Kalabul Malami.

Nasib baik dia sedia menerima pujuk rayu ana. Cinta orang tua-tua macam inilah. Cinta hanya banyak berkata-kata. Kami ni selalu lupa. Dia kata 17 hb yang hari Khamis bulan Julai dan bukan bulan Jun.

Pening ana kalau terlepas cinta ana sekali lagi. Lama mahu Abdul Wahub jalan untuk ana dapat balik sama Ghasidah.

Kalau salah, pergi talipon itu Kelab Silver Tortoise dan tanya bila dia bukak untuk tambahan Kelab. ... eh eh bukan Silver Tortoise tapi Heritage Mansion. Inilah orang tua selalu lupa.

Razak Baginda Bebas

Macam yang kita jangkakan sebelum ni, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri.

Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara jam 9.54 pagi 18 Oktober dan 9.45 malam 19 Oktober tahun 2006.

Manakala Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Mayat Altantuya telah diletupkan dan cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Razak, 48.

Pihak pendakwa dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Abdul Razak itu.

Abdul Razak yang jelas kelihatan gembira dengan keputusan tersebut, meninggalkan mahkamah dengan ditemani isteri dan anak perempuannya pada kira-kira jam 10.10 pagi.

Beliau bagaimanapun enggan menjawab soalan wartawan yang menunggunya, dan hanya berkata: "Saya mahu pulang ke rumah".

Kemaskini: Dimana Khairy "Jack" Daniel's Malam Itu?

Perhatikan langsir dan juga bantal perhiasan... jangan lupa warnanya sekali...
Cuba bandingkan langsir dalam gambar diatas, bantal perhiasan dalam gambar diatas, juga warnanya kemudian bezakan dengan yang dibawah ni...sama tak?

Lokasi : Heritage Mansion lagi gambar di [sini].

Alamat : Jalan Kamunting Off Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur.

Tarikh : 17hb.Jun,2008 (husin buat pembetulan*rujuk dibawah : 17hb.Julai,2008

Kemaskini 10:00 pm

Kringggg kringggg ...

Hello Ghasidah Sigaraga kekasih buah hati ku. Apa gerangan dinda talipon kanda malam-malam ni. Mahu Kalabul Malami?

... Tak tak tak ... Ana ana ana ... Maaf sayang ... Ana terlupa ... Tak bukan tak sayang ...

... Sudah 40 tahun ana tunggu ente .... Janganlah sayang ... Sayang, ente saja cinta ana selama-lamanya ... Entelah bulan dan bintang menerangi malam. Entelah matahari yang memberi cahaya siang untuk ana.... Maaf ye sayang

Bye ... love you.


Kacau saja ente ini semua bising pasal ana tersilap bulan. Siapa pula pergi kasi tahu sama Ghasidah. Dia sudah marah sama ana ... Dia kata ana tidak sayang pada dia hingga lupa masa kita keluar bergumbira bersama di Kalabul Malami.

Nasib baik dia sedia menerima pujuk rayu ana. Cinta orang tua-tua macam inilah. Cinta hanya banyak berkata-kata. Kami ni selalu lupa. Dia kata 17 hb yang hari Khamis bulan Julai dan bukan bulan Jun.

Pening ana kalau terlepas cinta ana sekali lagi. Lama mahu Abdul Wahub jalan untuk ana dapat balik sama Ghasidah.

Kalau salah, pergi talipon itu Kelab Silver Tortoise dan tanya bila dia bukak untuk tambahan Kelab. ... eh eh bukan Silver Tortoise tapi Heritage Mansion. Inilah orang tua selalu lupa.

Waktu : 10:00pm - 2:00pm

Lagi berkenaan gambar :
- orang yang berada disebelah Khairy berbaju merah itu adalah tuan punya tempat bernama William.

- Ada kerusi-kerusi kosong kerana dua orang lagi ia-itu Dax atau Firmansyah Muhammad Kalo dan Jason Lo tidak ada di kerusi. Mungkin sedang buang air dan berdansing.

- Malam itu adalah malam pembukaan kelab yang baru selesai kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian. Dahulu cuma satu tingkat dan sekarang sudah ada dua tingkat.

Jadi kalau Khairy rasa tidak salah pergi ke tempat-tempat sedemikian, katakan seluasnya. Bukankah Khairy percaya pada liberalisasi, globalisasi, meritokrasi dan keterbukaan. Ini adalah cara bersosial dan membina Setiakawan?

Baca maklumat penuh di [sini].