"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, January 25, 2009

SUKJ Flip Flop Flip Flop..! - malaysiakini

Lama tak usik SUKJ jadi hari ni rasa nak main-main sikit ngan brader kita nih... bukan apa... aku tengok SUKJ ni makin lama, makin hilang arah tujuan... entah hapa yang blogger ni nak tegakkan aku tak paham...

Kejap habaq gini, kejap habaq gitu... tak konsisten... lalang ke hape aku tak tau...

Memula aku quot sikit dari artikel terbaru dia :-
  • Oleh itu PAS dan UMNO mestilah bergabung semula sebelum PRU-13. Jika tidak hanya Tuhan sahaja yang tahu apa akan terjadi ke atas nasib orang-orang Islam dan Melayu di negara ini khasnya generasi anak-anak dan cucu-cucu kita nanti - rujuk [sini].
Tu kata SUKJ... harapan SUKJ ialah supaya PAS dan UMNO bergabung sebelum PRU-13.

Kalau perhatikan balik dari artikel lama SUKJ dekat [sini], lain pulak katanya... aku quot sikit :-
  • Oleh yang demikian saya berpendapat jika kita benar-benar mahu melihat Melayu dan Islam dinegara ini bersatu dibawah satu bumbung agar menjadi lebih kuat, saya cadangkan UMNO dibubarkan. Begitu juga semua orang-orang Melayu yang berada dalam PKR juga perlu meninggalkan parti tersebut dan bersatu dibawah PAS sahaja - rujuk [sini].
Aik? dulu hang habaq suruh bubarkan UMNO, bersatu bawah PAS... la ni hang habaq suruh PAS ngan UMNO bergabung pulak... terlebih makan ubat ka?

Teliti balik lain-lain kenyataan dalam artikel dari SUKJ :-
  • 7) Selepas PRU-12, saya lihat mereka seolah-olah telah menjadi ahli dan penyokong PAS juga...tetapi 'Parti Syaitan'(PAS) - rujuk [sini].
  • 2) Jika anda undi PAS bermakna anda sanggup menggadaikan Agama, maruah dan bangsa kita kerana kesesatan PAS - rujuk [sini].

1) Dulu


2) Kemudian


3) Kini

4) Esok dan seterusnya - rujuk [sini].
  • Habis tu kenapa pula PAS mengaku anti dengan 'Sisters in Islam'?
  • Kenapa anti dengan 'Bar Council'?
  • Kenapa anti 'Geng Yoga'?
  • Kenapa anti 'Hindraf'?
  • Cakap tak serupa bikin...!! - rujuk [sini].
  • Caranya mudah sekali dengan hanya pakai serban sebesar kawah, simpan janggut kalau boleh sampai ke lutut, pakai jubah kalau boleh biar meleret macam traktor sawah padi. Kemudian baca dua tiga kerat ayat quran atau hadis, lepas tu goreng kiri dan goreng kanan. Selepas itu dapatlah 'respon' laungan takbir..takbir ! - rujuk [sini].
HABIS KALAU MASUK PAS UNTUK APA PULA...?
  1. Untuk memudahkan kahwin 2, 3, 4?
  2. Untuk jadi belut tetapi kepala ular?
  3. Untuk jadi kura-kura 2 kepala?
  4. Untuk bersekongkol dengan penentang-penentang Islam seperti DAP?
  5. Untuk menjaja ayat quran dan hadis sebagai modal politik peribadi?
  6. Untuk memudahkan lagi pemberian tanah hak milik kekal kepada kaum bukan Melayu?
  7. Akhir sekali duit depan mata...sapu, betina depan mata...lipat? - rujuk [sini].
  • 1) Adakah PAS mahu menjaga kepentingan Melayu? - rujuk [sini].
  • Ternyata pendirian atau iman yang ada pada pemimpin-pemimpin PAS mudah goyah dan tidak teguh seperti yang kita umat Islam harapkan selama ini.
  • Kesimpulannya, PAS telah mengecewakan harapan umat Islam di negara ini - rujuk [sini].
  • Hanya dapat kerusi tetapi kuasa orang lain punya...?? - rujuk [sini].
  • Sebenarnya PAS adalah sebuah parti yang tabiatnya suka bermuka-muka dan sentiasa mengasah lidah mereka untuk bercabang 3 - rujuk [sini].
Tu antara kenyataan-kenyataan SUKJ dalam atikel-atikelnya sebelum ni... aku heran sangat-sangat... awal-awal katanya UMNO perlu dibubarkan lepas tu semua kena bergabung dibawah PAS... lepas tu dia bantai kutuk PAS macam-macam... daripada PAS Parti Setan sampailah ke kura-kura, bawak ke lidah bercabang, habis dilabelnya PAS...

Aku naik pening... SUKJ ni apa hendaknya sebenarnya? kutuk PAS lepas tu ajak bergabung... macam mental tak stabil je ni...

Bila aku perati balik semua artikel, aku jumpa kenyataan yang ni pulak :-
  • Maaf kalau saya katakan bahawa perkataan Muzakarah itu akan bergema bila setiap kalinya UMNO tersepit - rujuk [sini].
Maka aku pun fahamlah bahawa mengikut pandangan SUKJ, UMNO sekarang tengah tersepit...

Bila UMNO tersepit, maka UMNO perlukan talian hayat... dan talian hayat UMNO ialah PAS...

Kenapa PAS pulak?

Hang dah kutuk PAS macam-macam tiba-tiba hang nak ajak orang bergabung pulak? hang mabuk ka?

Ada lagi yang Flip Flop dari SUKJ... aku quot sikit :-
  • Bagi saya semua parti adalah sama saja baik UMNO, PAS mahupun PKR.
  • UMNO ada kerjasamanya dengan MCA/GERAKAN/MIC. PAS ada kerjasamanya dengan DAP. PKR pula bekerjasama dan sepakat dengan semua pihak.
  • Oleh itu janganlah pengikut atau penyokong-penyokong dari parti UMNO khasnya, mendabik dada serta melaung-laung seolah-olah mereka berjuang bersendirian tanpa menjalinkan hubungan kerjasama dengan kaum bukan Melayu. Jangan cuba salahkan PAS dan jangan cuba salahkan PKR bila berhubung kait soal kaum bukan Melayu.
  • Atas sebab itu saya lebih berpendirian memilih dan menyokong 'Individu/Tokoh' dan bukannya 'Parti'. Saya percaya akhirnya yang akan memerintah dan mentadbir negara ialah 'Individu'. Parti hanya sekadar simbolik sahaja. Maka sudah tentu hanya Individu/Tokoh yang berkelayakan sahaja yang layak untuk menjadi Pemimpin dan mentadbir negara ini - rujuk [sini].
Bila aku perati balik semua atikel-artikel dari SUKJ... baru aku perasan... brader SUKJ ni ada masalah pendirian rupanya... kejap sokong, kejap hantam... kejap kutuk, lepas tu ajak gabung... memula suruh bubar, lepas tu tak payah bubar...

Agaknya orang-orang yang berlegar-legar dikeliling Pak Lah & KJ memang macam ni kot... Flip Flop, Flip Flop, Flip Flop... daripada atas sampai akar goyang...

Tapi apa-apapun aku sokong Pak Lah jadik Presiden UMNO selagi Pak Lah mampu dan aku jugak sokong KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO ganti Kerismudin...

2-2 tu "tiada tandingan"... cerah masa depan...

Lagi lama gabungan tu berada dalam UMNO, lagi mudah perjalanan.

Untuk SUKJ, hang kene konsisten... kalau nak sokong, sokong terus... kalau nak bubar, bubar betul-betul... kalau dah kutuk, tak payah nak pujuk tidur sebantal... ni kejap kutuk, kejap tak sokong parti tapi sokong individu, kejap hang cop parti Syaitan, lepas tu hang ajak pulak bergabung... ape punya turrr... aku rasa hang lagi sesuai jadik setiausaha politik Ibrahim Ali...

Sangat sesuai dengan pendirian hang yang macam lalang...