"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 05, 2009

Kau Ada Surat Tauliah..?

Aku cilok dari wartamaya...

Pagi ni aku tanya kawan aku "Sapa ajar agama pada anak nko?"

Kawan jawab, "Aku sendiri"

Aku tanya lagi ... "Kau ada surat tauliah?"

.........

"Apa Kesalahan Saya..?"... "RAHSIA...!!!"

Selepas kecoh dengan isu tangkapan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa mengajar agama tanpa surat tauliah, hari ini anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pula mengadu dilucutkan tauliah mengajar agama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas alasan mempunyai rekod jenayah.

Anggota Parlimen PAS itu juga mendakwa JAIS gagal memberi alasan kukuh termasuk apakah jenis jenayah yang dilakukannya apabila beliau mempersoalkan tindakan jabatan itu.

"Saya kini seorang penjenayah yang telah melakukan jenayah tetapi jenayahnya adalah rahsia, JAIS telah tarik balik tauliah saya kononnya polis kata saya ada rekod jenayah.

"Apabila saya tanya polis apakah jenayah yang telah saya lakukan, mereka kata perkara itu tidak boleh diberitahu kerana ia adalah rahsia," katanya semasa membahaskan Bajet 2010 pada sidang Dewan Rakyat di sini Khamis.

Sumber - BERNAMA

TPU - AWAS...!!! kalau sape-sape kena tangkap lepas ni... jangan tanya "apa kesalahan saya..?" sebab kemungkinan jawapannya adalah...

RAHSIA...!!!

Khakhakhakhakhakha...!!! 1Malaysia...!!! Pakat-pakat buat gila...!!!

Mursyidul Am Dibohongi Al Banjari & Ustaz MRK Al Banjari

Dinukil dari AlBakistani. Tapi tuan/puan pembaca dapat lihat sendiri betapa penyokong2 Fraksi UMNO, mereka sanggup menipu dan berbohong serta memfitnah demi menjaga kepentingan puak mereka. Mereka namakan ia "menjaga kepentingan jemaah" tapi sebenarnya mereka mahu menjaga pekung pemimpin2 mereka dari diketahui ahli semuanya.

Lepas tu setelah berbohong dan menipu, sanggup panggil orang lain munafik waktu orang itu sedang berbuat kerja amal di Padang. Padahal dia yang berbohong dan mengkhianati janji walaupun title dia ustaz. Dari pendedahan ini kita akan tahu siapa munafik dan siapa tidak. Lihat juga bagaimana alasan "menjaga kepentingan jemaah" digunakan sewenang-wenangnya untuk melindungi pekung dan salah laku kumpulan mereka. Lihat juga betapa Al Banjari dan MRK AL Banjari sanggup BERBOHONG kepada Mursyidul Am. Lepas tu heboh satu Malaysia pasal wala'.

Perangai membohong ni LUMRAH pada Fraksi UMNO. Pemimpin2 mereka pernah berbohong pasal jumpa UMNO dalam gelap. Pengikut mereka apatah lagi.

NOTA : Tulang Besi telah menghantar email pada Tuan Ibrahim Tuan Man membuat laporan rasmi ke atas salah laku Timbalan Presiden atas isu ini. Aduan telah dibuat hari ini.

Kronologi isu rakaman I & II…

Tulisan saya ini merujuk kepada ;

http://politikbanjar.blogspot.com/2009/11/siapa-munafik-haraki-di-dalam-pas.html

Satu artikel dlm ’politikbanjar’ bertajuk : Siapa Munafik Haraki di dalam PAS?

Tulisan tersebut merujuk kepada diri saya, dan saya mendapat maklum melalui pelbagai SMS dari sahabat-sahabat PAS dan juga AJK saya. Ketika itu saya masih berada di Indonesia mengetuai Delegasi Khas Bantuan Kemanusiaan PAS di Sumatera Barat. Saya tidak mampu mengakses internet ketika di sana, namun saya telah terlebih dahulu kaji kronologi berdasarkan maklumat yg ada pada saya.

Rakaman I
  • Kepunyaan sendiri, dah lama disimpan. Saya tidak mahu bicarakan tentangnya.
Rakaman II
  • Rakaman Ustaz Reza MRK di rumah Dato’ Dr Hasan Ali, bersama Ustaz Nasharuddin, Roslan SMS, Yamin, Zainuddin, dan ramai bloggers termasuk bloggers UMNO
Saya terbaca dlm blog albanjari ;

http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/pertemuan-sulung-bloggers-dengan-dato.html,

Isu dinyatakan tentang pertemuan di rumah Hasan Ali, dimaklumkan anjuran Lajnah Penerangan BPPNS dgn tetamu khas Ustaz Nasharuddin, dan dihadiri ramai bloggers termasuk bloggers UMNO. Dalam internet ditulis pelbagai perkara yg tidak sepatutnya dimaklumkan pd umum apatah lagi pd UMNO.

28 Nov 2009 (Rabu)

Pagi

Dalam kesempatan utk berbincangn dgn TGNA berkenaan rakaman I, TGNA memberitahu melalui Pembantu beliau kebiasaannya TGNA bila sampai di KL tidak mahu diganggu, mahukan ketenangan dan tak mahu merunsingkan fikirin utk hadapi Mesyuarat Khas pada malam kelak. Apa2 hal pun akan dimaklumkan semula, jika perlu.

Tengahari

12.26 PM Call Albanjari
  • Dimaklum dia sangat kenali saya, Anak Perak... Saya minta maaf tak berapa ingat!
  • Ttg ucapan, Albanjari sendiri tidak hadir, MRK hadir, dia rakam. Sebahagian dah ditulis oleh bloggers. Katanya banyak menceritakan hal dalaman parti. Albanjari hairan mengapa ada yg hadir itu bloggers UMNO sedangkan menceritakan beberapa hal dalaman parti.
  • Albanjari kata dah dapat rakaman itu, DVD di courier terus. Albanjari dah dengar sendiri. Rakaman itu sangat serious...! Bahaya kalau disalahgunakan oleh UMNO.
  • Saya minta satu salinan. Boleh. Tlg bagi alamat segera. Satu copy akan dikirim pd YB Nizar petang itu, sebab Nizar akan ke Mesyuarat Khas malam nanti. Saya kata saya sangat setuju agar diberikan pd pimpinan PAS untuk mereka membuat keputusan di dalam Mesyuarat Khas malam nanti dengan penuh hujjah.
  • Esok akan post pada saya, dalam bentuk DVD besar file, sila SMS alamat segera.
12.32 PM SMS alamat kepada Albanjari

03.02 PM Call dari Pejabat TGNA
  • TGNA maklumkan ; confirmed TGNA mahu dengar rakaman DHA.
  • TGNA minta utk dengar sendiri rakaman bloggers, setelah baca di internet.
  • Saya maklum saya tidak ada rakaman bloggers tetapi saya akan usahakan melalui Albanjari yang berada di Perak sebab beliau ada copy. Saya akan usahakan untuk dapatkan segera sebelum TGNA sampai KL.
Call Albanjari banyak kali tidak dapat. SMS tidak berjawab. Hp seolahnya dimatikan.

03.10 PM SMS pd Pembantu TGNA no hp Albanjari minta utk beliau hubungi terus
  • Saya maklum dah hubungi banyak kali call dan SMS tetapi tak dapat
  • Janji akan usahakan terus
03.16 PM Call PAS Perak minta usahakan bantuan.

03.18 PM SMS dari Pembantu TGNA
  • TGNA nak dengar juga ucapan DHA, minta dibawa juga ke rumah Kelantan, Jalan Stonor, petang ini segera.
  • Minta tolong hubungi juga Albanjari untuk cuba dapatkan rakaman bloggers, minta dibawakan sekali dengan rakaman DHA utk TGNA dengar keduanya.
  • TGNA anggap kandungan ucapan bersama bloggers sangat serious.
03.22 PM Call dari Pembantu TGNA
  • Saya janji akan usahakan mendapatkannya, bahkan jika perlu utk di hantar dengan kereta dari Perak.
  • TGNA dah nak ke airport.
  • Jumpa di Rumah Kelantan, 6.45pm.
  • Maklum TGNA tentang tentang kerahsiaan, amaran oleh DHA utk tidak bocorkan. TGNA minta untuk dengar sendiri, itu bukan suatu rahsia jamaah yg perlu disimpan, apatah lagi jika tidak benar dan merosakkan jamaah. Yakin ini menolong jamaah.
05.32 PM Call dari PAS Perak
  • Dapat jejaki Albanjari di rumah, tidak ON hp...
  • Dapat bercakap dgn Albanjari, dan terangkan tujuan panggil dan permintaan TGNA
  • Albanjari sangat setuju untuk serahkan pd TGNA.
  • Pengakuan ; sebenarnya Albanjari sendiri belum dengar, hanya dengar melalui telefon, dan master copy sebenarnya masih berada di tangan Penolong Editor, Ustaz Reza MRK, berada di Seri Kembangan, dia rakam dan Albanjari akan minta diserahkan tanpa masalah.
05.40 PM SMS ke Pembantu TGNA
  • Maklumkan dah dapat berhubung semula dgn Albanjari.
  • Janji akan sampai 6.30pm di Masjid Syakirin, dengan kedua rakaman, seperti dijanjikan oleh Albanjari.
  • Beberapa kali call Ustaz Reza MRK tak dapat, engaged dengan Albanjari.
06.08 PM Call Ustaz Reza MRK
  • Berjaya komunikasi pertama kali dengan Ustaz Reza MRK.
  • Sanggup datang berjumpa, dia kenal saya apabila kenalkan diri sebagai Pengarah Pilihanraya Pemuda Selangor
  • Disebabkan itu arahan TGNA, Ustaz Reza MRK kata dia pasti akan sampai juga dengan motorsikal, walau ada anak kecil di rumah, dan isteri masih belum pulang kerja. Tidak perlu naik taxi seperti cadangan saya.
  • Setuju saya tunggu di Masjid Syakirin, KLCC, tidak tahu rumah Kelantan.
  • Akan sampai sebelum 6.30pm, confirm ke? Ya confirm akan sampai sebelum 6.30pm.
  • Minta hadir dgn kerelaan, TGNA hanya mahu dengar suara rakaman dan nak tahu apa yg berlaku. Ustaz Reza MRK maklum dia pasti hadir sbb arahan Mursyidul ’Am.
  • Pertanyaan Ustaz Reza MRK; akan berjumpa sendiri TGNA tanpa orang lain? Saya kata memang boleh, dan Ustaz Reza MRK tidak keberatan untuk saya sertai sekali.
  • Ini adalah komunikasi terakhir yg berjaya dengan Ustaz Reza MRK, Penolong Editor ’politikbanjar’
06.20 PM Call Ustaz Reza MRK
  • Semua call dan SMS tidak berjaya. Hp dimatikan. Berlarutan sehinggalah tengah malam.
  • Beberapa kali call Albanjari, dimaklum confirm Ustaz Reza MRK pasti akan hadir, dia jenis berpegang padan janji. Minta tunggu juga. Saya terus tunggu, ualang alik ke rumah Kelantan.
07.13 PM SMS ke Ustaz Reza MRK
  • Sudah lama sangat saya tunggu di Masjid Syakirin KLCC, tapi masih tidak datang dan panggilan hp gagal. Minta telefon semula segera.
07.22 PM SMS kepada keduanya; Ustaz Reza MRK dan Albanjari
  • TGNA masih menunggu, dah lama sangat dah.
08.15 PM SMS ke Albanjari dan Ustaz Reza MRK
  • “Ustaz Ridha, TG telah beransur ke Pejabat Agung. Lama dia nantikan enta, ana hubungi hp enta tak dapat”
29 Nov 2009 (KHAMIS)

07.23 AM Call Ustaz Reza MRK
  • Dapat masuki panggilan, tetapi tidak berjawab. Banyak kali panggil. Maklum pada Albanjari, Albanjari maklum dia akan hubungi Ustaz Reza MRK untuk tahu apa masalahnya. Sila tunggu hingga dihubungi semula.
09.25 AM Call Albanjari, setelah terima missed call.
  • Albanjari maklum perkara yg berlaku di PAS Selangor sangat serious. PAS kena buat tindakan segera untuk singkirkan Hasan Ali dengan apa jua cara sekali pun.
  • Albanjari maklum ; dia akan minta pasukan 20 hingga 30 bloggers yg dikenali, yg bersama kita utk melakukan satu tindakan khusus utk menjatuhkan Hasan Ali melalui serangan internet.
  • Albanjari sendiri akan pastikan mereka mendapat maklumat yg tepat tentang siapa sebenarnya Hasan Ali, dan bahaya Hasan Ali kepada Pakatan Rakyat Selangor, dan kepada PAS.
  • Saya beritahu Albanjari, saya setuju agar kebenaran isu Hasan Ali dinyatakan pada ahli. Ahli akan ragu kalau tiada tindakan diambil.
  • Saya maklumkan tentang rakaman yg diberikan kepada kedua TG Haji Hadi, dan TG Nik Aziz.
  • Saya maklumkan TGNA sangat sedih dan menggeleng kepala tatkala mendengar rakaman I yang saya perdengarkan tersebut, dan hinggalah suatu ketika TGNA kata tidak mahu mendengarnya dah. Minta dimatikan.
09.42 AM SMS ke Albanjari (baca ; kepada Albanjari sahaja, tertutup, hasil perbualan akhir)
  • Kandungan ;
  1. Sekadar maklum enta; ana istikharah bbrp hari utk serah pimpinan harian pusat dan bbrp yg hadir mesy khas smlm satu rakaman yg sgt serious ttg hasutan DHA utk PAS bersikap x adil thadap PR Slgor, dan timbulkan fitnah pd MB Slgor+PR. Kedua TG amat terkejut!
  2. Dan seterusnya TGNA minta nak dgr sendiri apa rakaman yg enta buat di rumah DHA...Sila maklum jika enta decide x jadi beri rakaman itu utk ana maklumkan pd TGNA. Sekadar mbebaskan ana dari amanah. Jzklh.
  • Tiada jawapan diterima
  • Saya menghubungi Pembantu TGNA menyatakan kegagalan saya, dan saya meminta maaf pada TGNA atas janji yang saya gagal laksanakan.
perkara asas untuk direnungi ;
  1. Tuduhan munafiq pada saya, sangat serious! Balasan munafiq masuk neraka akhie!
  2. Tuduhan TGNA tidak meminta rakaman, tetapi sayalah yg mereka-reka cerita, tanpa beliau bertanya sendiri pada saya sekali pun?
  3. Janji utk datang jam 6.30pm, utk diserahkan sendiri pd TGNA, menjadikan TGNA menunggu lama sehinggalah beliau beransur terus ke Mesyuarat Khas bila Ustaz Reza MRK tidak tiba, gagal dihubungi. Apa pula hukum bermungkir janji?
  4. Mengapa perlu di kongsi SMS saya pada pihak yg tidak berkaitan, Albanjari kepada Ustaz Reza MRK, yg pasti tidak mengetahui apa jua rentetan komunikasi sebelum itu.
  5. Mengapa semua panggilan telefon @ SMS tidak dijawab?
  6. Mengapa perlu dihukum pada dunia melalui blog@internet.
Ikhwah; kebenaran perlu saya nyatakan.

Wallahi, wabillahi, Watallahi, apa yg dilaporkan benar, dan saya sudah sebaik mungkin menyelidiki semua fakta, tarikh dan masa seperti yg disebut demi untuk Islam dan pejuangannya.

Wallahu’alam.
assayuti / 3 November 2009

Kelantan Tidak Akan Dapat Royalti Selagi Berada Dibawah PAS..!

Melihat pada rekod ketelusan dalam pemerintahan Kerajaan PAS di Kelantan, akau andaikan dan aku yakin bahawa Kelantan tidak akan mendapat hak keatas royalti minyak dan gasnya sampai bila-bila pun selagi KERAjaan Pusat berada dibawah UMNO/Beer eNd.

Kira-kiranya cukup senang dan mudah.

Selama lebih 18 tahun Kelantan berada dibawah pemerintahan PAS, tidak pernah ada lagi mana-mana pimpinan dalam Kerajaan Negeri Kelantan disabitkan dengan tuduhan salahguna kuasa atau rasuah.

Tuduhan atau dakwaan memang terlalu banyak tetapi semuanya tidak dapat dibuktikan walaupun telah melalui semua proses yang sepatutnya dilalui mengikut perundangan sedia ada dan pada akhirnya dakwaan dan tuduhan itu hanya sekadar bermain di blog-blog, website-website dan juga mulut-mulut orang-orang UMNO/Beer eNd sahaja tanpa bukti.

Ini menunjukkan bahawa, Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan PAS, bijak mentadbir dan mengurus negeri yang dikatakan "miskin dan mundur" walaupun dalam keadaan kekurangan sumber kewangan dan yang paling menakutkan UMNO/Beer eNd ialah bilamana dalam keadaan yag serba kekurangan, Kerajaan PAS Kelantan mampu melunaskan hutang Kerajaan negeri yang ditinggalkan oleh UMNO/Beer eNd ketika zaman pemerintahannya dulu.

Yang menakutkan UMNO/Beer eNd dalam hal pemberian royalti sehingga mendorong mereka untuk menafikan hak Negeri Kelantan ialah, sekiranya hak tersebut diberikan, tidak mustahil dan UMNO/Beer eNd amat-amat yakin bahawa Kelantan akan terus mendahului lain-lain negeri dibawah pemerintahan UMNO/Beer eNd dari segi kemajuan.

Faktor utama yang mengundang ketakutan pada UNO/Beer eNd ialah "ketelusan dan kejujuran" dalam mengurus setiap wang yang masuk ke akaun Kerajaan Negeri atau hasil negeri.

Semua hasil diuruskan dengan amat baik sekali dan tidak ada berlaku ketirisan dalam mana-mana projek yang dijalankan dibawah Kerajaan Negeri.

Apabila keadaan ini berlaku, tidak mustahil dengan wang hasil petroleum tersebut, Kelantan akan melangkah lebih jauh dari Terengganu, Sabah dan Sarawak dari segi kemajuan dan perkara ini akan dilihat oleh lain-lain negeri dibawah KERAjaan UMNO/Beer eNd yang selama ini menikmati hasil petroleum lebih dahulu dari Negeri Kelantan.

Apa kata rakyat Terengganu, Sabah dan Sarawak sekiranya Negeri Kelantan selepas ini (sekiranya diberi hak keatas hasil petroleum) membangun dengan amat pesat mendahului lain-lain negeri yang selama ini sudah menikmati hasil petroleum..?

Pasti akan ada yang bersuara seperti ini -
  • "eh...Kelantan baru je dapat royalti tapi dapat membangun lebih dari kami yang lebih dahulu menikmati royalti..? kenapa Kelantan boleh maju tetapi kita yang dah lama dapat royalti masih terkebelakang..?"
Bila dah ada yang mula bersuara macam yang diatas... maka ketika itu hayat UMNO/Beer eNd pasti akan terkubur...

UMNO/Beer eNd memang sebuah parti "TAGHUT" yang takut pada realiti bahawa wang yang banyak tidak akan menjamin apa-apa kemajuan sebaliknya ketelusan, kejujuran dan amanah dalam mengurus hasil bumi adalah kunci kejayaan kepada sebuah Kerajaan Negeri dalam mentadbir.

Kalau UMNO/Beer eNd berani untuk bersaing, Nah..! sila berikan hak Negeri Kelantan dan bersainglah dalam politik yang sihat..!

Berani..?

Mahaguru58 Mengikut Tariqat Sesat..?

Pertamanya, terima kasih atas pendedahan yang dibuat oleh saudara Nizam Mahmud. Saya merasa terpanggil untuk membuat pendedahan ini kerana tugas setiap Muslimin dan Muslimat mendedahkan segala amalan bidaah dan sesat yang berlaku dalam masyarakat kita.

Juga, blog Mahaguru58 ini juga adalah blog yang ramai mengunjunginya. Blog beliau juga dipenuhi dengan doa2 dan kata-kata hikmah yang dipetik dari Al Quran dan Hadeeth Nabi SAW. Ertinya, bagi yang tidak mengetahui, mereka akan mudah mempercayai kononnya Mahaguru58 ini adalah pejuang Islam dan memperjuangkan keagungan Islam.

Namun, apabila akidah seseorang itu rosak, tidak kira berapa besar serban yang dipakai atau berapa putih jubah yang menyelimuti tubuh, orang itu tetap sesat dan tidak boleh diikuti.

Mengikut pendedahan Nizam Mahmud, Mahaguru58 ini mengikuti sebuah tarikat bernama “Tariqat Naqsyabdi Al Aliyyah . Ini diakui oleh Mahaguru58 sendiri dalam artikel yang beliau sendiri tulis. (http://mahaguru58.blogspot.com/2006/07/tariqat-naqsyabandiah-sufi-mureeds.html).

Pada waktu yang sama, Nizam Mahmud memberi sebuah “link” berkaitan fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaaan di atas tariqat sufi ini di sini:(http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg06556.html)

Mengikut link yang diberikan oleh Nizam Mahmud :
  • “Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
  1. Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.
  2. Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar"
Kalau Benar Mahaguru58 Masih Mengikut Tariqat Ini, Minta Beliau Bertaubat

Saya tahu, pergerakan tariqat ini cukup kuat dan ahli mereka semakin ramai. Tapi, itu bukan alasan untuk meneruskan penglibatan di dalam Tariqat yang sudah didapati sesat ini.

Saya menyeru, sekiranya MAhaguru58 masih lagi menjadi ahli Tariqat ini secara aktif untuk bertaubat dan meninggalkan tariqat ini sama sekali.

Ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan adalah mereka yang pro kepada Tariqat juga. Jadi, mereka bukan Salafi yang menolak semua tariqat. Ertinya keputusan Majlis Fatwa ini adalah kerana Tariqat Sheikh Nazi mini telah sampai ke tahap yang sangat teruk dan menjejas akidah.

Kalau Mahaguru58 hanya mengikut majlis zikir mereka dan tidak mengikut fahaman serta akidah pengikut tariqat ini, maka saya bersyukur dan menarik balik nasihat saya bagi beliau untuk bertaubat. Saya cuma meminta Mahaguru58 untuk jangan lagi mengikut amalan serta aktiviti Tariqat Naqsyabandi Al Aliyaah ini.

Apa yang saya buat ini ada dua sebab utama :
  1. Menjaga akidah umat Islam seluruh dunia supaya jangan tersangkut dengan tariqat yang menjejas akidah.
  2. Menasihati mereka2 yang sudah terlibat supaya bertaubat nasuha.
Wallahualam bissawab.

Tulang Besi

Ps Terima kasih pada Saudara Nizam Mahmud yang telah membuat kajian.

Royalti Minyak Kelantan: Durian Runtuh Bagi UMNO Kelantan..!

Masa yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh UMNO Kelantan akhirnya tiba juga. dengan terumumnya pemberian "wang ehsan" oleh Pi Em 1Malaysia Najib melalui KERAjaan Pusat, maka sahlah bermula dari tahun 2010 (tiada tarikh yang pasti), para pimpinan UMNO Kelantan akan bermandi wang ringgit melalui penyaluran apa yang dipanggil sebagai "wang ehsan".

Seperti yang berlaku di Terengganu semasa era pemerintahan Idris Jusoh, UMNO Kelantan sudah pasti akan menerima laba yang sama dengan apa yang sebelum ini diterima oleh juak-juak Idris Jusoh di Terengganu.

Mustahil kalau nak dikatakan bahawa penyaluran "wang ehsan" tersebut akan melalui Kerajaan Negeri Kelantan tetapi apa yang kita sedia maklum dan juga kita fahami selama ini, segala penyaluran bantuan atau apa-apa bentuk dana jika negeri itu bukan dibawah pemerintahan UMNO/Beer eNd, ianya sudah pasti tidak akan melalui Kerajaan Negeri, sebaliknya akan melalui segala ketua-ketua cawangan, bahagian dan toyol-toyol UMNO yang selama ini memang kelaparan.

Kebetulan pula aku berada di Kelantan sewaktu berita ini diumumkan oleh Pi Em 1Malaysia di Parlimen dan sebaik sahaja berita tersebut terpapar dikaca TV, sudah mula kedengaran toyol-yoyol dalam UMNO Kelantan mula merangka strategi untuk melobi beberapa kedudukan penting dalam UMNO Kelantan.

Ada yang dah mula bercerita tentang projek dan lebih ramai pula yang mula membelek-belek HP masing-masing mencari no-no penting ketua-ketua bahagian dan cawangan yang dulunya "saing kawe tuh..!"...

Lepas ni, jangan terkejut kalau ada kedengaran mana-mana ahli, ketua bahagian atau ketua cawangan UMNO yang bertelingkah dalam beberapa hal. ini perkara biasa sebab dimata masing-masing dah nampak "durian runtuh" yang bakal memenuhi poket masing-masing mulai tahun depan.

Dan satu yang paling pasti ialah, akan wujudnya banyak "ketirisan" dalam penyaluran wang ehsan tersebut.

Siapa yang dapat jamin bahawa apa yang telah berlaku di Terengganu dahulu tidak akan berlaku di Kelantan..?

Tunggulah pertarungan UMNO vs UMNO di Kelantan selepas ini... Dato' Fathmi ada legasinya dan Awang Adek juga punya legasinya yang tersendiri dan semua sedia maklum akan cita-cita Awang Adek...

Jangan lupa juga pada legasi Anuar Musa dan yang paling tak harus kita lupakan ialah Ibrahim Ali... patutlah Ibrahim Ali beria-ia benar nak masuk UMNO balik..? awal-awal dah dapat ramal rupanya...

Aku tak sabar PRU-13... pasti bumi Kelantan akan bermandi wang dan bermewah-mewahan dalam kempen PRU-13..!

RASUAH akan bermaharaja-lela dan kali ini, Kelantan adalah lokasinya...

Buat Dialog Dengan Pimpinan2 Kawasan Untuk Sebar Fitnah?

Apa sudah jadi dengan Hasan Ali? Apa sudah jadi dengan DEwan Harian Negeri Selangor? Pada Mat Zain, pada Wan HAsrina, pada Iskandar Samad, pada Khairuddin Osman? Apakah mereka tidak takut neraka? Tidak takut dosa berbuat fitnah? Tidak takut pada balasan dari Allah SWT?

Izinkin saya menaqal contoh fitnah dari blog zainulfaqar

  1. Fahaman mereka terlalu liberal
  2. Mereka bersetuju untuk melaksanakan p/raya PBT sedangkan PAS Pusat tidak merestuinya. Hassan berhujah jika ianya dilaksanakan, maka orang Melayu di Sabak Bernam dan Kuala Selangor lah yang akan menjadi majoriti ahli majlis PBT. Khalid dan Saari berhujah “let got it, kita perlukan ahli-ahli majlis yang berwibawa dan layak untuk menduduki kerusi ahli majlis”.
  3. Isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah swasta/agama. Mereka bersetuju dengan cadangan exco DAP untuk menyamaratakan bantaun tersebut.
  4. Isu ganti tanah kepada kuil-kuil. Jika didapati ada kuil-kuil yang haram dan hendak dirobohkan, maka kerajaan negeri hendaklah menggantikan dengan tanah yang baru. Termasuk lah tanah-tanah yang dimiliki oleh MAIS. Mereka bersetuju.
  5. Isu pembinaan Pusat Kebudayaan Cina di sebelah masjid baru yang dibina di suatu tempat. Pada mulanya tanah tersebut hanyalah 2-5 ekar tetapi diminta oleh exco DAP tambahan tanah sehingga menjadi 15-18 ekar tanah yang bernilai RM 3.8 juta (kalau tidak silap). Mereka bersetuju.
  6. Penguatkuasaan enakmen Islam. Mereka tidak bersetuju kerana ianya merupakan enakmen zaman UMNO memerintah. Hassan berhujjah enakmen itu adalah berkaitan tangkap khalwat, zina, yang bercumbu-cumbuan, orang minum arak etc. Beliau dengan sinis mengatakan “tak kan perkara ini pun tidak boleh sedangakn enakmen yang hendak dikuatkuasakan itu adalah standard dengan negeri-negeri lain”.
Jawapan saya ialah semua ini pembohongan yang amat NYATA. KESEMUA isu diatas berlaku SELEPAS Khalid Samad dan Saari Sungip dipecat dari Dewan Harian Negeri Selangor.

Misalnya, isu penguatkuasaan enakmen islam itu timbul hasil dari Hasan Ali meminta Ronnie Liu letak jawatan. Semua orang tahu, isu arak di Selangor berlaku SELEPAS Khalid dan Saari dipecat dari Dewan Harian PAS Pusat.

Isu Pusat Kebudayaan Cina juga isu baru selepas Khalid dan Saari sudah tiada dalam Dewan Harian.

Jadi bagaimana Khalid dan Saari sebab-sebab di atas boleh dijadikan sebab pemecatan Khalid Samad dan Saari kerana Khalid dan Saari sudah tidka duduk dalam Perhubungan Negeri lagi pada waktu itu. Bukankah ini satu PEMBOHONGAN dan FITNAH?

Ustaz Mat Zain juga mahu mencuba menyebarkan jarum dan racun beliau. Dalam mengulas Tahaluf Siyasi, beliau mahu menekankan PAS berpegang teguh dengan Islam. Tapi, takda pula Mat Zain terangkan bagaimana pula usaha membawa PAS berkawan dengan UMNO. Bukan UMNO itu sekular juga?

Patutlah Mat Zain telah ditengking oleh salah seorang peserta dan beliau terpaksa duduk hasil dari tengkingan itu. Beliau lah Ketua Dewan Ulama Negeri yang paling tak guna. Muka tak malu ke, dulu naik turun Selangor minta tanda tangan pimpinan Kawasan untuk memecat Hasan Ali, sekarang ni jadi penyokong kuat Hasan Ali pula. Sesiapa yang terlibat dalam PAS Selangor tahu bahawa Mat Zain adalah agen kepada Ustaz HArun Taib yang telah di boo di dalam satu ceramah di Kemaman.

Kerja Mat Zain ni selama ini melawat Kawasan dan menyebarkan fitnah. Dulu waktu Barisan Alternatif kerja beliau takda lain menyebarkan keraguan dan kebencian pada Barisan Alternatif. Sekarang ni sebar fitnah pasal Pakatan Rakyat pula. Kerja Mat Zain ni memang sebar fitnah. Sebab tu dalam sebuah mesyuarat Agung Kawasan Kuala Langat, perwakilan telah meminta pencalonan dibuka semula untuk jawatan Ketua Dewan Ulama Kawasan kerana mereka tidak mahu Mat Zain terus menjadi Ketua Dewan Ulama Kawasan mereka. Mat Zain mana ada aktif kat Kawasan dia lagi. Orang kat Kawasan tak suka dia.

Cerita kononnya DAP mencadangkan Pusat IT Antarabangsa yang untuk dijadikan Pusat Hiburan di Puchong dan Shah Alam bukan sahaja fitnah tetapi juga pelik. Ini kerana apa kena mengena Pusat IT Antarabangsa dengan hiburan? Juga, maklumat yang saya dapat, cadangan ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat exco.

Penolakan DAP kepada Enakmen Syariah Selangor juga pelik. Ini ekoran dari kenyataan HAsan Ali menyuruh Ronnie Liu letak jawatan. Padahal, idea mengharamkan arak di Selangor datang dari PAS Shah Alam pimpinan Khalid Samad. Apa yang Hasan Ali buat untuk Islam sepanjang beliau menjadi Exco Agama pun? Yang kita lihat Roslan SMS dari membawa Wira buruk sekarang sudah bawa Sorento. Wow!!!!

Hasan Ali pula mahu mengungkit bahawa beliau telah hilang lebih RM10 juta kerana berada dalam PAS. Kita tak nak soal la mana Hasan Ali dapat RM10 juta tu, tapi cukup saya ingatkan Hasan Ali bahawa sewaktu beliau mahu masuk PAS, Tok Guru telah memberi amaran kepada beliau. Malahan, Tok Guru telah menasihatkan beliau supaya jangan masuk kerana ujian dalam perjuangan ini terlampau berat, tapi Hasan Ali masih berdegil.

Akhir sekali, Hasan Ali berani menuduh Tok Guru berbohong. Berani kata Tok Guru bukan Tuhan dsbnya.

Sapa Hasan Ali dalam PAS berbanding Tok Guru. Sepanjang sejarah PAS, 40 tahun darinya mempunyai Tok Guru Nik Aziz dalamnya. Hasan Ali masuk PAS hanya selepas peristiwa Anwar Ibrahim dipecat.

Akhir kata, PAS Selangor akan lebih aman dan tenang dan lebih komited pada Pakatan Rakyat dengan ketiadaan Hasan Ali, Roslan SMS, Wan Hasrina, Mat Zain, Khairuddin Osman, Usop Ludin, Cikgu Rasedi dsbnya.

BUANG SEMUA FRAKSI UMNO DARI PAS..!

Tulang Besi