"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 30, 2009

Apa Akan Jadik Kalau......... - malaysiakini

TGNA habaq tadi UMNO doh nok mapuh...

Jadi aku terfikir...

Apa akan jadik kalau UMNO tak dak haaa...???

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Hangpa rasa macam mana?

Salah Kita - malaysiakini

ALOR STAR: Akibat tertekan dengan cemuhan segelintir masyarakat Islam kerana memiliki tatu, seorang mualaf mengelar lengan kanannya untuk menghilangkan tatu warisan keluarganya itu lebih lima kali dengan menggunakan pisau cukur, semalam.

Perbuatan Anas Phoon Abdulllah, 30, mengelar lengannya nyaris membawa maut apabila dia kehilangan banyak darah.

Difahamkan, tatu terbabit dimilikinya lebih 10 tahun lalu sebelum dia memeluk Islam.

Apa yang menyedihkan Anas, kehadirannya untuk menghayati ajaran Islam bukan saja kurang disenangi segelintir masyarakat, malah turut disisih keluarganya sendiri.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Anas, seorang peniaga minyak wangi nekad mengelar lengannya di belakang tandas sebuah masjid di Telok Kechai, Kuala Kedah, selepas berputus asa dengan penghinaan masyarakat serta nasib menimpa dirinya.

Menurut rakannya, Mohd Firdaus Razali, 22, Anas pernah beberapa kali mengelar lengannya untuk membuang tatu itu yang menjadi punca tindakan segelintir masyarakat menghinanya.

"Malah, dia sering menangis setiap kali menceritakan pengalamannya kepada saya yang dicerca masyarakat.

"Tidak cukup dengan itu, Anas sedih apabila kembali daripada menziarahi keluarganya di Pulau Pinang sempena Tahun Baru Cina, empat hari lalu. Ini disebabkan dia tidak disenangi anggota keluarganya," katanya yang mula mengenali Anas sejak setahun lalu.

Mohd Firdaus berkata, tindakan Anas pada malam kejadian menggambarkan kekecewaannya memuncak akibat memendam perasaan sejak sekian lama menanggung masalah menimpa dirinya.

Bagaimanapun, keprihatinan Mohd Firdaus menyelamatkan Anas apabila menyedari dia tidak muncul di gerai mereka seperti biasa.

Katanya, dia menghubungi Anas beberapa kali dan sebaik panggilannya dijawab, rakannya itu memohon maaf seolah-olah sudah melakukan kesilapan besar.

"Dia (Anas) berulang kali mendakwa melakukan kesalahan dalam nada terputus-putus seperti seorang sedang menahan kesakitan. Selepas didesak, Anas kemudian memberitahu saya tempat dia berada sebelum mematikan talian telefon.

"Saya segera bergegas ke sana dan mendapati Anas sudah terkulai layu di belakang tandas masjid itu selain lengan dan pakaiannya dipenuhi darah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Chengai, dekat sini, semalam.

Dia segera menghubungi rakan lain sebelum berlari memasuki bilik Anas bagi mendapatkan kain.

Sekembali semula kepada Anas, dia mendapati mangsa seperti nyawa ikan dan mulutnya tidak putus-putus menyebut Allah.

"Saya segera membalut tangannya bagi menghentikan pendarahan itu sebelum rakan lain datang dan mengusung Anas masuk ke bilik," katanya.

Anas segera dibawa dengan ambulans ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat mengalami pendarahan dan luka serius.

Mohd Firdaus berkata, Anas pernah memberitahunya bahawa tatu pada lengan kanannya itu dibuat ketika dia berumur belasan tahun yang menjadi tradisi keluarganya.

Mangsa memeluk Islam ketika berusia 20 tahun selepas tertarik dengan cara hidup Islam.

Dia hairan simbol tatu itu menjadi isu besar sehingga memberi tekanan kepada kehidupan harian Anas.

"Sepatutnya masyarakat memberi panduan kepadanya yang memilih Islam sebagai jalan hidupnya. Memang ada orang memberi sumbangan kepada Anas yang menerimanya sebagai rakan baru dalam Islam," katanya.

Menurutnya, pihak pengurusan masjid turut membantu Anas dengan memberi sebuah bilik tidur selepas melihat kesungguhan Anas mendalami cara hidup Islam.

Justeru, dia berharap tiada pihak lagi mencemuh Anas hanya kerana tatu itu, sebaliknya memberi sokongan serta bimbingan untuk menghayati ajaran Islam sebenar.

TGNA Silap... UMNO Bukan Nok Mapuh..! - malaysiakini

Kenyataan TGNA hari ni berbunyi begini :
  • Perkembangan dalam Umno sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.
  • Katanya, kalau diibaratkan sebatang pokok, Umno kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.
  • “Umno kini tiada daya tarikan atau `graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama Pas,”.
Ambo nok perbetul sikit kenyataan TGNA tu... bukan bermakna kenyataan TGNA tak betul, tapi bagi ambo "kurang tepat".

Bagi ambo UMNO sebenarnya bukan nok mapuh, tapi UMNO ni doh mapuh.

Doh mapuh bagi ambo, bendo hok nok mapuh, masih ada guna dia untuk kita... contoh macam TGNA bagi... pokok hok nok mapuh... kita masih boleh berteduh dibawah pokok hok nok mapuh... tapi... boleh ke kita atau sesiapapun berlindung dibawah UMNO?

Jawapannya tok leh..!

Pokok hok nok mapuh ni kadang-kadang ada jugak burung pi buat sarang... (campur pantai timur ngan utara la pulak... ah... bantai la... MAJMUK... hahaha...) tapi dekat pokok UMNO ni burung bodoh pun tak kelapaq nak buat sarang... tak gitu?

Pokok hok nok mapuh ni, dia ada daun-daun kering dan jugak kayu-kayu kering yang kita boleh buat bahan untuk pembakaran... tapi UMNO ni tak dak apa dah... kosong, sifar, nandri, yillek...

Ni bukan pokok yang nok mapuh... ni pokok yang doh mapuh... dah reput... apa pun tak leh pakai... tinggal... tinggal... ai... tinggal apa ya? tinggal nama je lahhh...

Kayu reput nak buat apa a?

Aaahhhhhh... BUAT BODOH JE LAHHH...

Oit...

UMNO tu apa woi??? macam pernah dengar la... tapi dimana ya???

Lompat Lagi: Lagi Berita Khabar Angin, Jangan Percaya..! - malaysiakini

  • Menteri besar Negeri Sembilan menafikan desas-desus beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional akan menyertai pembangkang - rujuk [sini].
Hah...!!! jangan percaya..!

Ini semua "khabar angin"...

Ini semua "fitnah" nak menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional..!

Ini semua berlaku lepas dinafikan..! macam berita Tajol Rosli letak jawatan...

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah...!!!*pinjam gelak Tukar Tiub

Terbukti Pakatan Rakyat Menjunjung Keadilan - malaysiakini

2-3 minggu lepas gamat Negara Malaysia dengan isu tahanan mati dalam lokap semasa sessi soal siasat. PDRM dibelasah teruk oleh Pakatan Rakyat manakala Media Perdana yang mewakili Kerajaan pula menuduh Pakatan Rakyat sebagai cuba memenangi isu tersebut dengan agenda perkauman.

Seolahnya Pakatan Rakyat membela penjenayah dalam hal ini. berbagai pihak menyalahkan Pakatan Rakyat didalam isu ini kerana dikatakan cuba memainkan sentimen perkauman supaya timbul suasana kurang baik diantara kaum majmuk di Malaysia.

Jelasnya apa yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat ialah soal keadilan. kezaliman bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah hatta yang melibatkan orang tahanan.

Tapi ramai yang masih kurang faham atau sengaja menutup mata akan isu sebenar yang cuba diutarakan olek Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tetap dituduh sebagai cuba memainkan sentimen perkauman dalam hal ini.

Tetapi apa yang berlaku semalam telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat konsisten dan jelas dalam perjuangannya menjunjung keadilan tidak kira pada siapa melampaui batas keagamaan dan juga bangsa.

Ini terbukti bilamana seorang ahli UMNO yang ditahan oleh SPRM telah dikasari sepanjang berada dalam tahanan SPRM dan juga sepanjang sessi soal siasat yang dilakukan.

Pakatan Rakyat sekali lagi bangkit membela individu yang dikasari walaupun yang dikasari itu ialah seorang ahli UMNO dan individu itu juga adalah suspek dalam kes rasuah. hari ini pula Dewan Pemuda PAS mengecam tindakan SPRM (rujuk - [sini] ).

Pokoknya ialah KEADILAN. ramai yang tidak jelas. ramai yang menuduh Pakatan Rakyat hanya pandai mengambil peluang.

Hari ini apa kata pencacai-pencacai UMNO/BN bilamana Pakatan Rakyat membela ahli UMNO/BN yang dikasari???

Kalangan komponen Barisan Nasional pula, parti manakah yang bersama-sama mereka ini membela nasib ahli UMNO yang dizalimi??? mana GERAKAN? mana MCA? mana MIC? mana PBS? mana semua rakan-rakan UMNO didalam hal ini?

Aku yakin, kalau mereka-mereka ini mengusul satu demonstrasi membantah kezaliman SPRM, bila-bila masa sahaja Pemimpin-Pemimpin dan Penyokong-Penyokong Pakatan Rakyat akan bersama-sama UMNO turun padang menyatakan bantahan..!

Apa kata pembaca??? aku tetap bersama mereka-mereka yang menjunjung keadilan tak kita dari UMNO atau PKR atau PAS atau DAP atau mana-mana pihak...

DEMI KEADILAN...!!!

SPRM Boleh Blah...!!! - malaysiakini

Majlis Tertinggi (MT) Umno kini sedang bermesyuarat dengan sekumpulan ahli dipercayai, anggota Pemuda dan Putera, mengadakan 'demonstrasi' membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang.

Mereka menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan SPRM, yang didakwa keterlaluan dan kasar semasa menyoal siasat 39 orang berhubung politik wang di Pahang baru-baru ini.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Zuraidi Abdul Rahim iaitu perwakilan dari Baling berkata, tindakan SPRM itu telah mencemarkan imej mereka.

Beliau mendakwa mewakili kira-kira 2,500 anggota Pemuda.

"Dua atau tiga orang daripada mereka telah membuat laporan polis," kata beliau kepada wartawan di sini malam ini.

Kumpulan itu berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn di sini dengan membawa sepanduk tertera mesej "Lembaga disiplin sudah nyanyuk", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Kami menolak SPRM, boleh blah".

Enpon, Kemera Tak Leh Wat Masuk??? ye keee......???

Update 2:43pm - Brader Lekir has left a new comment on your post "Hoit DSAI..! Baca Ni Dulu Sebelum Pi Bota..! - mal...":

ha ha ha...
bleh ker engko ambik gambar kertas undi???
setau aku, enpon, kemera tu semua tak leh bawak masuk... ker engko buat sendiri kertas undi tu???

bangang punya perisik lucah...
kan sekarang dah susah...
hah hah hah...
aku tgk jer la telatah ko nie skrg...

Soklan untuk Brader Lekir - enpon kemera tak leh bawak masuk???

Aik? undang-undang mana tu??? Brader Lekir penah mengundi ke tak pernah??? Aik???

Klik [sini] kalau nak tengok...

Pemuda PAS Kecam Cara SPRM Buat Siasatan - malaysiakini

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (pemudawilayah) mengecam tindakan ganas sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membelasah seorang pemimpin Umno Maran, Halimi Kamaruzzaman, yang dipaksa mengaku terlibat dalam kes rasuah ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.

Walaupun beliau seorang pemimpin Umno, kami melihat kes ini atas dasar kemanusian dan hukum Islam. Bagi Pemudawilayah itu bukanlah cara yang betul untuk pihak SPRM membuat siasatan, ianya juga melanggar batas kemanusian dan hukum Islam.

Kes ini seolah-olah ingin mengulangi kes kematian seorang tahanan Polis, A. Kugan yang mati ketika masih dalam siasatan di Balai Polis Taipan, Subang Jaya minggu lepas.

Ternyata kezaliman yang berlaku dibalik 'premis berlesen besar' milik negara ini semakin galak dan ia sudah tidak mengenal latar belakang dan juga mangsanya. Penjenayah beruniform seolah-olah mendapat restu yang besar dari pegawai tinggi mereka.

Pemudawilayah mengakui bahawa tidak semua anggota penguatkuasa di negara ini yang bersikap sedemikian tetapi tindakan beberapa pegawai berpangkat tinggi mengarahkan atau melindungi kejadian sedemikian rupa amatlah dikesali.

Pihak berwajib perlu menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi meneliti kaedah siasatan yang dilakukan oleh agensi penguatkuasa di negara ini.

Segala aduan dan juga kes yang dilaporkan perlulah disiasat agar mangsa mendapat pembelaan yang sebenarnya.

Sama ada mangsa benar-benar penjenayah atau tidak mereka juga manusia dan perlu dilayan seperti manusia. Mereka bukan haiwan atau apa sahaja yang boleh dipukul, diterajang dan diseksa sedemikian rupa.

Tahanan ISA menerima nasib yang lebih buruk

Jika didalam lokap untuk tujuan siasatan sahaja mereka boleh bersikap zalim seperti ini, bagaimana pula dengan mereka yang ditahan dibawah akta ISA.

Mereka yang mengadu didera sepanjang tempoh tahanan tanpa diberikan ruang membela diri, ternyata menerima nasib yang lebih buruk dari pemimpin Umno yang dibelasah oleh SPRM ini.

Pemudawilayah menyeru agar rakyat sama-sama bangkit untuk menolak akta ISA dan juga kaedah-kaedah siasatan yang zalim dan keji ini.

Kekerasan bukanlah cara terbaik


Keadilan perlu ditegakkan tanpa mengira siapa mereka. Jika mereka benar-benar bersalah carilah bukti yang lebih kukuh tanpa melakukan kekerasan yang melampau seperti yang dilaporkan.

Setiap apa yang dilakukan itu perlulah ada hadnya dan tidak sewajarnya 'penjenayah beruniform' ini dibiarkan bermaharajalela dan dilindungi.

Siasatan perlulah ada fakta dan bukannya sekadar mereka-reka cerita agar tahanan mengaku dan mengikut skrip yang telah diaturkan oleh penguatkuasa.

Ancaman dan ugutan terhadap keluarga tahanan juga adalah satu tindakan biadap kerana tidak menghormati hak mereka yang disiasat.

Sesungguhnya diluar sana memang banyak penjenayah, tapi dalam diam, dibalik 'premis berlesen besar' juga semakin banyak penjenayah, samseng dan kaki pukul beruniform.

Jadilah penguatkuasa yang berakal

Kami hormati tugas penguatkuasa, tapi dalam banyak keadaan penguatkuasa perlulah gunakan akal untuk bertindak bukannya mengambil jalan pintas dan menyiksa tahanan untuk mendapatkan maklumat.

Penguatkuasa bukan penjenayah, mereka sepatutnya menjadi hero rakyat dan melindungi negara. Tapi bila mereka bersikap seperti penjenayah, dimanakah pula rakyat ingin bergantung harap?

Pemudawilayah tetap menolak kezaliman yang berlaku dalam kes A. Kugan, Halimi Kamaruzzaman, tahanan Isa dan juga penunjuk perasaan yang sering dibelasah oleh Pasukan Polis Pencegah Rusuhan (FRU).

Pemudawilayah berharap agar satu Jawatankuasa Siasatan diwujudkan bagi menyiasat salah laku penguatkuasa ini bagi menjaga nama baik institusi keselamatan negara.

Pemudawilayah juga menyeru agar rakyat bangkit bersama dengan Pakatan Rakyat untuk mengubah Kerajaan yang memerintah supaya sistem perundangan dan keselamatan negara dapat diperbaiki berbanding keadaan sekarang.

Kita bukan negara Polis atau pun pengganas, tapi atas kepentingan pemimpin BN rakyat akhirnya menjadi mangsa kezaliman di 'premis berlesen ini'.

* Penulis merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan - Pengarang


BERITA BERKAITAN

Cerita dan pengakuan penyamun zaman BN - malaysiakini

Dah empat kali aku bersembang dengan seorang penyamun veteran yang aktif di Perak, Selangor, Pahang dan Kelantan sejak 20 tahun lalu. Penyamun ini nampaknya turut beralih cara dan halatuju bersama tsunami PRU12. Walau pun masih aktif dalam bisnes yang sama, tapi modus operandi dan hala tuju untungnya nampak dah dimodified. Kalau tak OK sangat pun, kira OK jugalah. Perubahan awal yang ada potensi bertambah baik.

Dia menceritakan satu kes panas yang baru berlaku dan belum selesai lagi pun. Walau pun hanya SATU kes namun begitulah realiti bagi kes-kes yang lain.

Kata si penyamun ... rakan dalam kumpulannya mendapat khabar bahawa kantung Yayasan Perak (YP) dah kontang. YP perlukan duit untuk melaksanakan aktiviti dan program yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan. Maka rakan penyamun pun berundinglah dengan pengurusan atasan YP. YP dicadangkan minta kawasan balak. Yayasan memohon kepada Jabatan Hutan. Kelulusannya dalam mesyuarat Exco. Pendek kata 'kerajaan memohon kepada kerajaan'. Tak kan lah tak boleh dapat.

Ogos 2008 Jabatan Hutan luluskan lebih kurang 40 permohonan balak. Tapi YP tak dapat pun. 15 Januari 2009 Jabatan Hutan luluskan entah berapa puluh permohonan lagi. Tapi YP tak dapat juga. Apa ke jadahnya ni! Kepada berpuluh-puluh individu dan syarikat boleh diluluskan tapi kepada Yayasan Perak tak boleh lulus. Apa masalahnya?

Apabila Pengarah Hutan si Masran ditanya kenapa tak diluluskan kepada YP, selamber kude je dia jawab "YP tak ada tukul besi". Mangkuk ayun si Masran ni. Senang hati je dia nak memperbodohkan orang.

Kata si penyamun, sebelum Ogos 2008, pengurusan YP dah berjumpa dengan MB. Si Masran Tarbus tu pun ada bersama. MB dah catatkan recommendation nya pada surat/kertas permohonan YP kepada Jabatan Hutan. Malangnya YP tak tersenarai dalam kelulusan Ogos itu.

Sebelum kelulusan 15 Januari 2009, sekali lagi pengurusan YP berjumpa dengan MB. Kali ini si Masran tak ada. Yang ada ialah si Kama yang sikit bawah dari Masran. MB catatkan lagi recommendation nya untuk tindakan Pengarah Hutan. Bila senarai kelulusan keluar pada 15 Januari, YP tetap tak dapat juga.

baca selanjutnya di [sini].

Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) - Jawapan Kepada BPN Dan Juga Para Pencacai UMNO

Assalamu'alaikum...

Jadi selama 2 hari ni berlangsunglah debat yang panjang antara Blogger Pembancuh Nescafe dengan Bloggers Network dilaman blog KuihBangkit. ikut pada laporan diblog AbangBuah kemenangan milik Blogger Pembancuh Nescafe...

Jadi aku bagilah kemenangan tu dekat depa (BPN) sebab depa nak sangat kemenangan... ala... tak luak aih...

*ralat 1 - kesilapan : Blogger Pembela Negara bukan Blogger Pembancuh Nescafe...
*ralat 2 - kesilapan : PerakBangkit bukan KuihBangkit...

*ralat 3 - kesilapan : AbangTuah bukan AbangBuah...

TP - Harap maaf atas kesilapan.


Oleh kerana aku tak terlibat dalam perdebatan tu maka tak dapatlah aku nak jawab soklan dari PerakBangkit tu dekat sana... jadi aku cuba jawab dekat sini lah... boleh kan?

Soklan PerakBangkit ialah :
  • Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) telah diluluskan oleh DUN Kelantan berbelas tahun yang lalu...Kenapa tak dijalankan?
Jadi jawapannya sebenarnya TDM dah bagi... bukan TGNA atau PAS tak mau jalan Hukum Hudud... tapi...

Hangpa baca sat dekat bawah ni...

---------------------------------------------------------------------

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

---------------------------------------------------------------------

Jadi... merujuk kepada surat dari Mahdet dekat atas,

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26),
Bertarikh 8 Jun 1994,
Tajuk : PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN jelas kepada kita bahawa Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) tidak dilaksanakan di Kelantan atas arahan KERAJAAN PUSAT...!!!

- Rujuk : No 7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

Aku suka nak petik ayat ni "maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya"

Maka tindakan sewajarnya ialah menyekat pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan "Demi menjaga Maruah dan ketinggian martabat Islam dan pengikut-pengikutnya"... betul ke tu?

Jadi geng-geng yang dok berkokok-kokok pasai Hudud dekat Kelantan tu harap boleh jelaslah sekarang ye?

Draf Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) telah diluluskan didalam perbahasan Dewan yang mulia Kelantan tetapi telah ditolak oleh Kerajaan Pusat dengan alasan "Demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan pengikut-pengikutnya" dan juga dengan ugutan "Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS".

Bukan PAS tak nak laksana Hukum Hudud dekat Kelantan... tapi Kerajaan Pusat yang menghalang.

Kalau tak paham lagi, sah banyak makan semut... tak pun banyak dok kunyah rumput kering...

*ralat - insya-Allah kita akan siarkan scan dokumen asal surat daripada PM waktu itu (Che Det) kepada Kerajaan PAS Kelantan dan juga kita dalam proses untuk mendapatkan Salinan Draf Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah diluluskan oleh Kerajaan negeri Kelantan waktu itu tetapi ditolak oleh Kerajaan Pusat pimpinan UMNO/BN.

-Harap bersabar.