"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 30, 2009

Pemuda PAS Kecam Cara SPRM Buat Siasatan - malaysiakini

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (pemudawilayah) mengecam tindakan ganas sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membelasah seorang pemimpin Umno Maran, Halimi Kamaruzzaman, yang dipaksa mengaku terlibat dalam kes rasuah ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.

Walaupun beliau seorang pemimpin Umno, kami melihat kes ini atas dasar kemanusian dan hukum Islam. Bagi Pemudawilayah itu bukanlah cara yang betul untuk pihak SPRM membuat siasatan, ianya juga melanggar batas kemanusian dan hukum Islam.

Kes ini seolah-olah ingin mengulangi kes kematian seorang tahanan Polis, A. Kugan yang mati ketika masih dalam siasatan di Balai Polis Taipan, Subang Jaya minggu lepas.

Ternyata kezaliman yang berlaku dibalik 'premis berlesen besar' milik negara ini semakin galak dan ia sudah tidak mengenal latar belakang dan juga mangsanya. Penjenayah beruniform seolah-olah mendapat restu yang besar dari pegawai tinggi mereka.

Pemudawilayah mengakui bahawa tidak semua anggota penguatkuasa di negara ini yang bersikap sedemikian tetapi tindakan beberapa pegawai berpangkat tinggi mengarahkan atau melindungi kejadian sedemikian rupa amatlah dikesali.

Pihak berwajib perlu menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi meneliti kaedah siasatan yang dilakukan oleh agensi penguatkuasa di negara ini.

Segala aduan dan juga kes yang dilaporkan perlulah disiasat agar mangsa mendapat pembelaan yang sebenarnya.

Sama ada mangsa benar-benar penjenayah atau tidak mereka juga manusia dan perlu dilayan seperti manusia. Mereka bukan haiwan atau apa sahaja yang boleh dipukul, diterajang dan diseksa sedemikian rupa.

Tahanan ISA menerima nasib yang lebih buruk

Jika didalam lokap untuk tujuan siasatan sahaja mereka boleh bersikap zalim seperti ini, bagaimana pula dengan mereka yang ditahan dibawah akta ISA.

Mereka yang mengadu didera sepanjang tempoh tahanan tanpa diberikan ruang membela diri, ternyata menerima nasib yang lebih buruk dari pemimpin Umno yang dibelasah oleh SPRM ini.

Pemudawilayah menyeru agar rakyat sama-sama bangkit untuk menolak akta ISA dan juga kaedah-kaedah siasatan yang zalim dan keji ini.

Kekerasan bukanlah cara terbaik


Keadilan perlu ditegakkan tanpa mengira siapa mereka. Jika mereka benar-benar bersalah carilah bukti yang lebih kukuh tanpa melakukan kekerasan yang melampau seperti yang dilaporkan.

Setiap apa yang dilakukan itu perlulah ada hadnya dan tidak sewajarnya 'penjenayah beruniform' ini dibiarkan bermaharajalela dan dilindungi.

Siasatan perlulah ada fakta dan bukannya sekadar mereka-reka cerita agar tahanan mengaku dan mengikut skrip yang telah diaturkan oleh penguatkuasa.

Ancaman dan ugutan terhadap keluarga tahanan juga adalah satu tindakan biadap kerana tidak menghormati hak mereka yang disiasat.

Sesungguhnya diluar sana memang banyak penjenayah, tapi dalam diam, dibalik 'premis berlesen besar' juga semakin banyak penjenayah, samseng dan kaki pukul beruniform.

Jadilah penguatkuasa yang berakal

Kami hormati tugas penguatkuasa, tapi dalam banyak keadaan penguatkuasa perlulah gunakan akal untuk bertindak bukannya mengambil jalan pintas dan menyiksa tahanan untuk mendapatkan maklumat.

Penguatkuasa bukan penjenayah, mereka sepatutnya menjadi hero rakyat dan melindungi negara. Tapi bila mereka bersikap seperti penjenayah, dimanakah pula rakyat ingin bergantung harap?

Pemudawilayah tetap menolak kezaliman yang berlaku dalam kes A. Kugan, Halimi Kamaruzzaman, tahanan Isa dan juga penunjuk perasaan yang sering dibelasah oleh Pasukan Polis Pencegah Rusuhan (FRU).

Pemudawilayah berharap agar satu Jawatankuasa Siasatan diwujudkan bagi menyiasat salah laku penguatkuasa ini bagi menjaga nama baik institusi keselamatan negara.

Pemudawilayah juga menyeru agar rakyat bangkit bersama dengan Pakatan Rakyat untuk mengubah Kerajaan yang memerintah supaya sistem perundangan dan keselamatan negara dapat diperbaiki berbanding keadaan sekarang.

Kita bukan negara Polis atau pun pengganas, tapi atas kepentingan pemimpin BN rakyat akhirnya menjadi mangsa kezaliman di 'premis berlesen ini'.

* Penulis merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan - Pengarang


BERITA BERKAITAN

No comments: