Dah empat kali aku bersembang dengan seorang penyamun veteran yang aktif di Perak, Selangor, Pahang dan Kelantan sejak 20 tahun lalu. Penyamun ini nampaknya turut beralih cara dan halatuju bersama tsunami PRU12. Walau pun masih aktif dalam bisnes yang sama, tapi modus operandi dan hala tuju untungnya nampak dah dimodified. Kalau tak OK sangat pun, kira OK jugalah. Perubahan awal yang ada potensi bertambah baik.
Dia menceritakan satu kes panas yang baru berlaku dan belum selesai lagi pun. Walau pun hanya SATU kes namun begitulah realiti bagi kes-kes yang lain.
Kata si penyamun ... rakan dalam kumpulannya mendapat khabar bahawa kantung Yayasan Perak (YP) dah kontang. YP perlukan duit untuk melaksanakan aktiviti dan program yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan. Maka rakan penyamun pun berundinglah dengan pengurusan atasan YP. YP dicadangkan minta kawasan balak. Yayasan memohon kepada Jabatan Hutan. Kelulusannya dalam mesyuarat Exco. Pendek kata 'kerajaan memohon kepada kerajaan'. Tak kan lah tak boleh dapat.
Ogos 2008 Jabatan Hutan luluskan lebih kurang 40 permohonan balak. Tapi YP tak dapat pun. 15 Januari 2009 Jabatan Hutan luluskan entah berapa puluh permohonan lagi. Tapi YP tak dapat juga. Apa ke jadahnya ni! Kepada berpuluh-puluh individu dan syarikat boleh diluluskan tapi kepada Yayasan Perak tak boleh lulus. Apa masalahnya?
Apabila Pengarah Hutan si Masran ditanya kenapa tak diluluskan kepada YP, selamber kude je dia jawab "YP tak ada tukul besi". Mangkuk ayun si Masran ni. Senang hati je dia nak memperbodohkan orang.
Kata si penyamun, sebelum Ogos 2008, pengurusan YP dah berjumpa dengan MB. Si Masran Tarbus tu pun ada bersama. MB dah catatkan recommendation nya pada surat/kertas permohonan YP kepada Jabatan Hutan. Malangnya YP tak tersenarai dalam kelulusan Ogos itu.
Sebelum kelulusan 15 Januari 2009, sekali lagi pengurusan YP berjumpa dengan MB. Kali ini si Masran tak ada. Yang ada ialah si Kama yang sikit bawah dari Masran. MB catatkan lagi recommendation nya untuk tindakan Pengarah Hutan. Bila senarai kelulusan keluar pada 15 Januari, YP tetap tak dapat juga.
baca selanjutnya di [sini].
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Friday, January 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kes macam ni SPRM diperlukan. Dan kita mesti sokong SPRM membenteras gejala rasuah dengan memberi maklumat dan bukti sahih.
betul macam kata Anonymous tu,
SPRM jangan peduli samada ada SAYAP ke tak ada SAYAP ke terus kan kerja anda siasat betul betul sehingga terbukti.
satu je aku tak suka, jangan tunggu laporan rasmi, atau tidor kat pejabat je, keluar... pasang telinga dimana mana saja, kabar angin ke, kabar bayu ke atau kabar ribut semua kabar ini mesti di ambil berat anggap ianya benar siasat jangan tak siasat sebab kerja anda nak membenteras rasuah, bukan untuk menggalakkanya,
yang aku paling paling paling tak suka, jangan dera, jangan bunoh suspek.....
ape name die MASRAN.
aku rasa dia ni pengarah perhutanan, berasal dari johor pernah bertugas di kelantan, aku rase je.
haaa SPRM macam ni, kan dah ada clue ini di nama kan maklumat, apa macam ?
tolong siasat jabatan perhutanan kelantan dan jabatan pehutanan perak , ah ! tak kira lah jabatan perhutanan mana pun pasal pegawai pegawai atasan sentiasa bergilir gilir negeri sama saja.
berpuloh puloh tahun dah aku dengar MATA KAYU makan LUIT ( pinjam loghat cina ) letih dah aku brik dulu.
Post a Comment