"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, November 15, 2009

Rukun Islam Keenam..?

Ada sorang geng tinggal komen dalam artikel aku dekat sini...

Gua pun pergi masuk siasat dekat sini...
Link dia yang ni ha -http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/14/mstar_berita/20091114174038&sec=mstar_berita

Nama penulis artikel ni - Rozaid A.Rahman

Sikit petikan dari artikel -
  • Tapi bagaimana pula dengan soal menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ untuk mengerjakan haji.
  • Tok Guru Nik Aziz atas kapasitinya sebagai tok guru merasakan apa salahnya orang hendak menghadiahkan beliau tiket serta belanja untuk mengerjakan ibadah yang menjadi rukun Islam yang keenam.
Ha..?

Rukun Islam ada berapa..? enam..?

Kepala hangguk kau la Rozaid...!!! kau ni penganut agama Islam ke agama HadHari..?

Mintak tolong sape-sape bawak budak Rozaid ni gi jumpa TG Nik Abdul Aziz cepat... aku takut budak ni mati sebelum sempat mintak maaf dekat TG Nik Abdul Aziz... lepas tu, tolong ajar sikit budak Rohaizad ni Rukun Islam ada berapa, Rukun Iman ada berapa...

Mintak tolong sangat-sangat tau...!!!

Thanx broooo...

Perkara Yang Saya Dedah Bukan Rahsia Lagi, Ianya Sudah Berada Dalam Tangan UMNO

Perkara yang saya dedah ini bukan perkara rahsia kerana mengikut beberapa sumber dari berbagai blog, salinan rakaman ini sudah pun berada dalam tangan UMNO.

Jangan lupa bahawa isu ini mula pecah hasil dari perjumpaan Blogger UMNO dengan Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali di kediaman beliau tempohari.

Hasil dari itu, Mahaguru58 yang mula2 membuat pendedahan cerita ini hasil dari apa yang beliau kutip dari lisan Ustaz Nasaruddin dan Hasan Ali.

Yang sebenar-benar bersalah adalah Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa kerana mendedahkan rahsia parti kepada blogger UMNO dan membiarkan blogger2 ini merakamkan perjumpaan mereka. Mengapa begitu baik sangat dengan blogger UMNO pun saya tak faham.

Sekarang ini, saya 100% yakin bahawa UMNO sudah pun mempunyai satu salinan rakaman tersebut dan saya yakin 100% rakaman tersebut akan digunakan 2-3 hari sebelum hari Mengundi dalam pilihanraya umum nanti bagi menjahanamkan PAS serta Pakatan Rakyat.

Baiaah Taklik Dipersetujui oleh Calon dan juga Isteri/Suami Calon

PAS tidak bijak dalam menangani isu ini. PAS Pusat masih hidup dalam angan-angan bahawa seolah2 UMNO tidak mempunyai bukti kukuh terhadap isu ini. Mereka menganggap bahawa isu ini akan mati selepas mereka memberikan gambaran yang tidak berapa benar.

Dan PAS boleh keluar kenyataan yang mahu merendah-rendahkan Khalid Samad hanya kerana Khalid Samad berkata perkara yang benar?

Penghabisan sekali yang akan dipersalahkan adalah Khalid Samad sedangkan pendedahan awal cerita ini datang dari blog Mahaguru58 lantaran dari dialog antara Blogger dengan Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa.

Bukan Khalid Samad yang dedahkan perkara ini pun. Tapi nampaknya Khalid Samad sedang dikambing hitamkan. Kesian Khalid Samad tapi saya dedah ni bukan sebab Khalid Samad pun.

Tiada sebab untuk merasa malu dalam isu ini kerana baiaah taalik ni berjaya menghalang politik wang. Punya berkesan Baiaah Taalik ni sampai Ibrahim Ali pun takut satu macam nak melompat padahal dia tu raja lompat.

UMNO Sudah Ada Satu Salinan Rakaman Tersebut

Bayangkan apa akan jadi pada PAS, PKR dan DAP sekiranya rakaman yang saya dedah ini keluar 2-3 hari sebelum hari mengundi dalam PRU nanti?

Waktu itu kita sudah tidak ada masa lagi untuk menghadapi serangan ini dan ianya mampu membuat 80% pengundi wanita mengundi Barisan Nasional.

Adakah kita mahu menunggu 2-3 hari sebelum pilihanraya, baru kita hendak ambil isu ini secara serius?

Ataupun kita dedahkan apa yang musuh ada sekarang ini dan kita tangani isu ini di luar waktu kempen dengan masa yang cukup?

INGAT...!!! Sejauh mana kita cuba menyorok dalam isu ini, UMNO sudah pun mempunyai senjata untuk membunuh kita. Malahan, mereka lagi suka kita menyorok dan berbohong. 2-3 hari sebelum pilihanraya, sudah lah kita berbaiaah taklik, pemimpin2 kita juga telah berbohong kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

Di waktu itu, APA AKAN JADI PADA PAS, PKR dan DAP? Sudah tentu kita akan tergolek.

Pengalaman Pribadi Saya 1990

Waktu itu jemaah di kampus saya telah bersetuju untuk menghantar jemaah dari kampus kami berkempen di Parlimen Bagai Serai. Waktu kami sampai, kami ditempatkan di Markaz Parlimen PAS di Titi Tinggi. Kami diletakkan di Markaz Pusat PAs bertanggungjawab terhadap research dan perang saraf.

Calon Parlimen kami adalah Dato' Zainal Abdin Zin dari Parti Semangat 46. Iye saya pernah berkempen untuk Zainal Abidin Zin yang dinamakan dalam affidavit Ketua AMK Ipoh Timur itu.

Alhamdulillah, antara kejayaan kami adalah mengagalkan program anak angkat UMNO tajaan Ramli Ngah Talib.

Nak bagitau, keadaan waktu itu cukup positif untuk APU dan Gagasan Rakyat, waktu kami tangkap anak2 angkat yang dihantar UMNO itu, mereka bagitau kami sebelum mereka dihantar ke Bagan Serai, mereka telah berkumpul di kediaaman MB di Ipoh. Waktu mereka bertemu MB, Ramli Ngah Talib telah menangis meminta mereka kuat berusaha memenangkan BN.

Ertinya, keadaan UMNO dan BN AMAT GOYANG pada waktu itu sehingga MB sendiri boleh menangis depan anak2 angkat yang berjumlah dalam seribu ke seribu setengah.

Kami membuat pengkajian malahan kami berjaya mendapat maklumat sulit dari BN yang menunjukkan BN ketinggalan amat jauh di Bagan Serai. SAya masih ingat betapa konfiden Zainal Abidin Zin masa itu.

Dan apabila gagal program anak angkat, memang kami tahu UMNO dan BN dah surrender. Ketiga-tiga kaum, Cina, Melayu dan India, berada di belakang APU dan GR.

Bayangkan Tunku Abdul Rahman berceramah di Bangsar, jumlah yang datang adalah dalam ribuan. Sedangkan penduduk Bangsar ni orang2 yang kerja di pejabat dan tiada masa untuk politik. Tunku punya konfiden sampai dia terus terang kata "Mahathir ni dajai". Orang semua bertepuk dan bersorak bila dia cakap macam tu.

PBS pula ambil peluang ini untuk mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional. Semangat jentera BN masa tu cukup down. Maksudnya kemenangan yang kami hajati pada masa itu amat hampir. Tapi, Dato Seri Anwar tetap setia dengan Dr. Mahathir walaupun pada masa tu BN sudah hampir tamat hayat.

Kami lihat keadaan cukup positif sehinggalah Ku Li bertindak amat bodoh dan pergi berjumpa Pairin 2-3 hari sebelum hari mengundi.

Jadilah apa yang dipanggil "Tengkolok Ku Li". Padahal Cikgu Pa dah cakap jangan pergi tapi dia degil.

Bayangkan, sebelum berangkat dari airport Subang, dia sempat ceramah di Shah Alam dan kedatangan pada masa itu adalah dalam jumlah 5000 hingga 6000 orang tempatan. Waktu itu, pengundi Shah Alam tak ramai macam sekarang. Begitulah bersemangat rakyat Malaysia mahukan perubahan

Ku Li Nak Tunjuk Pandai dan Kena Kantoi

Nasib baik Kelantan tak kalah sebab jentera Kelantan sempat menyebarkan gambar Dr Mahathir memakai tengkolok yang sama sebelum rakyat pergi mengundi. Jentera Kelantan memang kemas dan kemas sejak zaman itu lagi.

Kami lihat sendiri jentera kami jadi lemah depan mata kami bila isu Ku Li pakai tengkolok salib ini ditimbulkan 2-3 hari sebelum election.

Dato Zainal yang begitu konfiden sebelum ini, menjadi seperti menikus. Kalau sebelum ini ceramah beliau berapi-rapi, lepas tu kami nampak slow sikit kadang banyak.

Jumlah orang yang mahu membantu kempen juga jatuh dengan mendadak selepas kes Ku Li pakai tengkolok ini.

Dan memang kita tiada masa dan keupayaan untuk meneutralisasi serangan UMNO/BN itu. Hasilnya, negeri Perak yang sepatutnya jatuh, kekal tangan UMNO BN. Tangisan Ramli Ngah Talib telah disambut oleh Ku Li dengan menunjukkan kebodohan beliau.

Saya dah belajar dari 1990. CUKUP PAHIT. Dan saya lebih sayangkan parti saya dari pemimpin.

Biarlah saya dedah benda ni sekarang dari UMNO mendedahkannya 2 atau tiga hari sebelum hari mengundi.

Tuan Guru Presiden pernah ajar saya bahawa Nabi SAW bersabda "Umatku tidak akan dipatuk pada satu lubang dua kali".

Itulah motivasi saya membuat pendedahan ini.

Kalau nak marah, pegi marah Hasan Ali dan NAsaruddin Mat Isa kerana memberi peluru pada musuh untuk membunuh kita.

Wallahualam

Tulang Besi

ps Teringat ucapan dari Dato Zainal :

"Kalau kita menang pilihanraya ini, hari Isnin kita angkat sumpah, hari Selasa mesyuarat Kabinet, hari Rabu tuan-tuan dan puan-puan akan dapat duit (bayaran terus kepada orang2 tua)"

Punya konfiden Dato Zainal tapi last2 masuk UMNO juga kau ye. Aku tak halal segala tenaga dan usaha aku kempen untuk kau hari tu.