"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, April 10, 2011

PRN Sarawak: Strategi Terbaik Pakatan Rakyat

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Kemarin gua ronda-ronda dekat 3 lokasi- Bandar Kuching, Kota Samarahan & Santubong. pakaian rasmi gua macam biasa - T-Shirt itam tertulis "RACISM is so yesterday" dengan seluar jeans lusuh.

Sorang pemuda Cina datang tegur gua sambul tunjuk dekat T-Shirt gua - "I like your T-Shirt" kata budak tu. memang gua dah agak. padahal yang dia minat bukan T-Shirt gua ni tapi slogan "RACISM is so yesterday" tu.

Spontan tu jugak dia tanya gua - "mesti you ni datang dari Semenanjung kan..?". yup... gua jawab ringkas... gua tanya dia balik - "macam mana you tau..?", jawab dia - "sebab dekat sini tiada Racism. cuma di Semenanjung je ada Racism". gua jawab balik - "betul... dekat Semenanjung ada Racism sebab ada UMNO". budak Cina tu senyum je sambil bisik dekat aku - "Kami selalu jadi mangsa". gua paham ayat tu.

Idea dan persetujuan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk menabalkan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru sekiranya majoriti pengundi Sarawak berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional Sarawak dalam Pilihanraya Negeri Sarawak sebenarnya adalah 1 "perangkap maut" bagi Barisan Nasional.

Barisan Nasional melalui "Kepala Bana"nya parti UMNO (yang tak wujud di Sarawak) menyambut baik idea Pakatan Rakyat menabalkan Baru Bian (yang bukan berketurunan MeLAYU) sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak yang baru dengan agenda "Perkauman" sempitnya di Sarawak.

Blogger-blogger "hebatnya" mula memainkan isu "KePuanan MeLAYU"nya di Sarawak. ini 1 tindakan yang gua tunggu-tunggu dan respon sebegini amat dinanti-nantikan bagi gua dalam tempoh kempen Pilihanraya Negeri Sarawak.

Rakyat Sarawak yang lebih terbuka mindanya 110% menolak politik "Perkauman" kerana disini, kehidupan mereka sentiasa aman damai sesama kaum. baik Iban, Bidayuh, Cina, India dan lain-lain kaum tak pernah menghadapi masalah dimana-mana pelusuk Negeri Sarawak.

Kefahaman mereka tentang perbezaan, kebudayaan, kepentingan dan budaya kaum-kaum yang berlainan di Sarawak sangat-sangat tinggi. masyarakat Iban bangga berjiran dengan masyarakat Bidayuh, masyarakat Melanau bangga berjiran dengan masyarakat Cina dan begitulah sebaliknya.

Menghina mana-mana kaum di antara kejiranan mereka di Sarawak, samalah seperti menghina mereka sendiri. walaupun di setengah-setengah kawasan di Sarawak si kuasai oleh 1-1 masyarakat pribumi atau bukan pribumi, sifat kesetiakawanan mereka amat-amat tinggi. tak macam ejen-ejen UMNO di Semenanjung.

Banyak tempat dah gua pergi dan macam-macam kaum di Sarawak gua jumpa dan setiap kali itu juga kami diraikan dengan amat baik sekali. tak kira apa lambang parti politik. kami diraikan sebagai "tetamu" dan bukan sebagai "politician". ini adalah kehebatan masyarakat-masyarakat di Sarawak.

Gua yakin budaya kemasyarakatan macam ni berlaku dan praktikal di Sarawak sebab di Sarawak, UMNO tak pernah bertapak dan gua 110% jugak yakin bahawa UMNO tidak akan bertapak di Sarawak sebab budaya "Racism" dalam UMNO sangat-sangat tinggi, lebih tinggi dari songkok mereka.

PERKASA juga amat-amat tidak boleh diterima disini. lain-lain parti politik perkauman macam MIC dan MCA gua tak tau samada wujud atau tidak di Sarawak, cuma yang gua tau, mana-mana parti atau individu yang mengangkat perjuangan bangsa melebihi perjuangan parti akan ditolak 110% di Sarawak.

Bila blogger-blogger PenChaChai UMNO yang berkampung di Sarawak mula memainkan isu "KePuanan MeLAYU", mereka sebenarnya memberi pukulan "Smack Down" kepada Barisan Nasional Sarawak. Idea Pakatan Rakyat Sarawak menabalkan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru sekiranya Barisan Nasional tumbang dalam Pilihanraya Negeri Sarawak disambut baik oleh rakyat Sarawak sokongan keatas Pakatan Rakyat semakin meninggi.

Kita dapat lihat dari program-program Pakatan Rakyat sebelum pengumuman tersebut dan selepas pengumuman tersebut. sebelum ini, sambutan keatas program Pakatan Rakyat tidak seperti hari ini. lepas kenyataan tersebut, program Pakatan Rakyat di Satok, Serian dan lain-lain tempat meningkat dengan mendadak.

Program Pakatan Rakyat di Satok mencatat hampir 10,000 kehadiran, di Serian tak kurang dari 5,000 kehadiran manakala di Miri pula lebih kurang sama jumlahnya dan kutipan derma kilat Dana Pilihanraya Negeri dalam 1 program di Miri berjaya mengumpul lebih dari RM21,000 kutipan.

Rakyat Sarawak mula berpihak dengan membantu menggerak dan mengukuhkan Pakatan Rakyat Sarawak manakala Barisan Nasional Sarawak pula terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk menggerakkan rakyat bagi menampakkan "sokongan" hasil dari "sogokkan" Barisan Nasional.

Bagi gua, ini adalah kekalahan moral yang pertama bagi Barisan Nasional Sarawak. jika mood sebegini berterusan sehingga 16hb. April, 2011 - Pakatan Rakyat akan mentadbir Negeri Sarawak dengan majoriti mudah.

Selepas 30 tahun Barisan Nasional di Sarawak, mereka bukan sahaja gagal untuk mentadbir Kekayaan Negeri Sarawak dengan baik bahkan lebih dari itu, Barisan Nasional juga gagal untuk memahami seni budaya turun temurun rakyat Sarawak.

Jadi gua tak hairan kalau habis bukit dan hutan gondol ditarah, tanah-tanah yang menjadi nyawa masyarakat pribumi Sarawak dirampas pimpinan Barisan Nasional. ini adalah kerana Barisan Nasional tidak berminat untuk mempertahankan apa yang ada di Sarawak jauh lagi berkongsi hasil bumi Sarawak dengan rakyat Sarawak. mereka hanyalah pimpinan rakus yang berjuang untuk agenda sendiri dan bukan untuk rakyat.

Sudah sampai masanya gigi geraham yang menyusahkan "Tuan" dinyahkan dari Sarawak.