KUALA KRAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Krai semalam secara rasmi dibubarkan apabila Pemangku Ketua Bahagian bersama Ahli Jawatankuasanya termasuk Ketua Pemuda, Naib Ketua Wanita dan empat Ketua Cawangan mengumumkan keluar parti.
Pembubaran itu secara langsung menyebabkan Kelab Penyokong PAS Parlimen Kuala Krai turut ditutup memandangkan apabila saf kepimpinannya yang rata-rata terdiri daripada orang yang sama turut meletakkan jawatan.
Pemangku Ketua PKR Kuala Krai, M. Amavasay berkata, tindakan itu diambil selepas mereka hilang kepercayaan terhadap Kerajaan Negeri dan PKR kerana gagal memperjuangkan nasib kaum India di negeri ini terutama di Parlimen ini.
Menurutnya, beliau percaya kesemua ahli PKR di bahagian ini yang kini berjumlah seramai kira-kira 1,500 orang akan turut me-ngikut jejak langkah kepimpinan bahagian itu. “Saya sebagai Ketua Kelab Penyokong PAS Kelantan dan Ketua Bahagian PKR telah menerima banyak aduan daripada rakyat di Parlimen ini tetapi tidak ada satu pun yang dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pas Kelantan.
- "Sebagai contoh, masalah tanah, kuil, tapak rumah, kubur dan kebajikan kaum India di sini diabaikan malah kami seperti anak tiri sedangkan sebelum pilihan raya umum mereka memberikan pelbagai janji".
- "PKR di sini ibarat parti nombor dua, ia berpunca daripada pembahagian kerusi pada pilihan raya umum lalu dan sejak dari itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil dari PKR, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria jadi wakil rakyat nombor dua yang tidak dapat membantu ahli PKR,"
Katanya pada sidang akhbar di Kampung Baru Keroh di sini, semalam. Hadir sama Ketua Pemuda PKR Kuala Krai, K. Jeganathan; bekas ADUN Mengkebang, Azizzuddin Hussein dan wakil MIC Kelantan yang juga Pengerusi MIC Pasir Gajah, K. Krishnan.
Turut hadir Pengerusi Penaja Parti Makkal Sakhti Kelantan, A. Bathmanathan bersama kira-kira 50 ahli PKR Bahagian Kuala Krai. PKR bahagian ini mem-punyai kira-kira 1,500 ahli dengan tujuh cawangan iaitu lima mewakili kaum India manakala dua lagi cawa-ngan mewakili Melayu.
Amavasy berkata, beliau telah berkhidmat sebagai Penghulu Tanpa Mukim (Wakil Kaum) Parlimen Kuala Krai yang dilantik oleh kerajaan negeri selama 14 tahun tetapi tidak ada satu permohonan yang dibuat oleh pihaknya diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
- "Kira-kira 10 bulan yang lalu saya telah digantung daripada jawatan ini tanpa sebarang sebab atau alasan walaupun telah bertemu dengan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman serta kepimpinan PKR negeri ini".
- "Lebih baik Barisan Nasional (BN), tidak memerintah pun tetap memberikan sumbangan kepada kaum India tetapi selepas berbelas tahun saya jadi penghulu tidak ada satu pun sumbangan diberikan oleh Kerajaan Negeri".
Katanya. Ditanya hala tuju bekas ahli PKR terbabit, beliau berkata, terpulang kepada mereka untuk menyertai mana-mana parti tetapi mesti di bawah payung BN. Sementara itu, Jeganathan berkata, selepas 20 tahun memerintah, Pas tidak melakukan sebarang perubahan atau memberikan sumbangan kepada penduduk kaum India di negeri ini.
- "Kita menghadapi pelbagai masalah tetapi tidak seorang wakil Kerajaan Negeri pun ambil tahu, sebagai contoh tidak pernah sekali pun wakil Kerajaan Negeri melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Pasir Gajah, ini adalah satu-satunya SJK Tamil di negeri ini".
- "Dulu ketika pilihan raya janji hendak memberikan tanah dan tapak rumah kepada 100 orang India tetapi sehingga sekarang tidak ada, tetapi dengar khabar orang Melayu dapat".
Amawasay berkata, PKR Kelantan ada juga memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan tapak kuil disebabkan rumah ibadat sedia ada telah dirobohkan untuk didirikan sekolah.
- "Kita telah mendapat pampasan daripada Kerajaan Pusat tetapi apabila kita memohon tanah untuk membina kuil tidak diluluskan".
- "Penduduk India di sini memerlukan sebuah kuil disebabkan kuil yang lain terletak jauh di kawasan ladang-ladang, begitu juga dengan masalah tanah perkuburan".
Menurutnya, mesej yang ingin disampaikan kepada kaum India lain di seluruh negara ialah jangan tertipu dengan dakyah pakatan pembangkang yang hanya manis dibibir.
TPU - Itu berita yang dilaporkan didalam akhbar Sinar Harian Timur. kebetulan pulak aku berada di Kelantan pada 17 & 18 November dan aku juga telah dihubungi oleh seseorang dari Pejabat ADUN Guchil untuk penjelasan.
Penjelasan - Kesahihan laporan PKR Kuala Krai dibubarkan adalah sama sekali tidak benar..!Menurut M. Amarvasay (Pemangku Ketua Cabang Kuala Krai) ahli PKR yang terbaru adalah seramai 1500 orang sedangkan ahli PKR Kuala Krai adalah seramai 641 orang SAHAJA dan 90 orang dari mereka ialah kaum India.
Sebelum ini, mereka ini adalah daripada Kelab Penyokong PAS sebelum PKR Kuala Krai di tubuhkan. Mereka ini telah dilantik ahli Majlis Daerah Kuala Krai, Penghulu Tanpa Mukim dan peserta Ladang Rakyat. Selepas PRU-12 dan PRK-PRK mereka tidak terlibat dalam kempen dari segi tenaga atau wang ringgit.
Tugas-tugas parti di serahkan secara sukarela oleh Timbalan Ketua Bahagian kepada Naib Ketua iaitu Sdr. Mohd Ariffin Ali. Begitu juga tugas Ketua AMK diserahkan kepada Timbalan Ketua AMK iaitu Mohd Zuki Bin Mat Lik.
Berhubung dengan apa yang dinyatakan didalam laporan diatas, isu kuil tersebut sebenarnya telah lama selesai dimana, kuil tersebut telah di beri semasa zaman Penyelia DUN Guchil Hj. Mohd Razali Bin Abdullah.
Kerajaan Negeri telah meluluskan tapak di Daskoh iaitu sebelah Pejabat RISDA yang kini sedang dalam pembinaan...
Apa yang kita tahu setalat ini melalui sumber terdekat, Mustafa Mohammad telah menjanjikan dana berjumlah RM100.000 bagi mana-mana cawangan Makkal Sakhti yang berjaya mengumpul keahlian yang mencecah 2500 orang.
Kemungkinan besar tindakan M.Amarvasay adalah kerana "imbuhan" yang menarik yang kemungkinan telah ditawarkan kepada beliau.
Betapa terdesaknya UMNO sekarang dan seperti biasa, "IMBUHAN" adalah tawaran terbaik untuk membeli "manusia" yang semakin tiada harga diri.