"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 29, 2009

ADUN PKR Port Kelang Isytihar Bebas...

ADUN Port Kelang, Badrul Hisham Abdullah secara rasminya telah mengisytiharkan dirinya keluar dari Parti KeADILan Rakyat dan kini menjadi ADUN bebas.

1 - Jeggrey Kitingan - Keluar PKR dan sedang menimbangkan untuk menyertai kembali PBS.

2 - Christina Lew - Keluar PKR dan juga sedang menimbangkan untuk menyertai parti lain.

3 - Badrul Hisham Abdullah - Keluar PKR dan menjadi ADUN bebas.

DSAI buat apa ni woi..? Tido ka...???

Mesyuarat Khas: Kenapa Jawatankuasa Siasatan Tidak Diumum..?

Mesyuarat Khas PAS dah selesai, keputusan dah dibuat, ramai yang tak puas hati dan ramai geng-geng kacang hantu UMNO/Beer eNd yang seronok...

Ada beberapa hal yang tak ramai orang tau berlaku dalam Mesyuarat Khas PAS malam tadi.

Pertama, TG Nik Abdul Aziz hadir sama dalam Mesyuarat Khas tersebut dan semua sedia maklum. TG Nik Abdul Aziz juga meninggalkan mesyuarat tersebut agak awal iaitu seawal jam 11:00 malam lebih kurang.

Kenapa TG Nik Abdul Aziz balik awal..? yang tu jadi tanda-tanya dan ramai yang tertanya-tanya. pada aku, tak ada apa-apa kepelikan kalau TG Nik Abdul Aziz meninggalkan mesyuarat penting sebegitu awal. tak kan korang tak tau TG Nik Abdul Aziz terpaksa pulang awal sebab kene bersiap untuk Sidang DUN Kelantan hari ni. jadi bagi aku, tak de isu.

Kita ikuti serba sedikit apa yang dibincangkan dalam Mesyuarat Khas semalam.

1 - Hampir 75% dari 40 orang perwakilan yang menghadiri mesyuarat semalam BERSETUJU supaya Dr Hasan Ali dikenakan tindakan disiplin iaitu DIGUGURKAN dari jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

2 - Persetujuan dibuat setelah para perwakilan MELIHAT SENDIRI bukti-bukti, visual dan rakaman rundingan dalam gelap antara beberapa pemimpin UMNO/Beer eNd dengan Dr Hasan Ali sendiri.

3 - Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali bersungguh-sungguh mempertahankan supaya tindakan pemecatan serta-merta Dr Hasan Ali tidak diambil dan alasan yang beliau berikan ialah PAS akan dipandang serong oleh lebih 70 wartawan yang sedang menunggu keputusan mesyuarat diluar Ibu Pejabat PAS - alasan paling tak munasabah pernah dilontarkan oleh "Setiausaha Agung PAS".

4 - Mustafa Ali mencadangkan supaya suatu jawatankuasa disiplin yang dipengerusikan oleh AJK Pas Pusat Abu Bakar Chik dibentuk untuk menyiasat setiap dakwaan dan tuduhan yang telah dilemparkan kepada individu-individu terbabit padahal dalam mesyuarat khas semalam, berbagai bahan bukti telah dibawa untuk memperkukuhkan dakwaan-dakwaan tersebut dan bahan-bahan bukti tersebutlah yang membawa kepada persetujuan hampir 75% perwakilan supaya Dr Hasan Ali dikenakan tindakan serta-merta.

5 - Cadangan Mustafa Ali supaya jawatankuasa disiplin dibentuk BUKAN KERANA MAHU MENCARI KEBENARAN sebaliknya bagi MEREDAKAN KETEGANGAN banyak pihak. ternyata Mustafa Ali tidak jujur sewaktu melontarkan idea tersebut.

6 - Berikutan dari cadangan itu, majoriti perwakilan yang hadir, bersetuju supaya Jawatankuasa tersebut dibentuk TETAPI HENDAKLAH dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

7 - Mesyuarat Khas tersebut juga melantik AJK Pas Pusat, Hanipa Maidin bagi mengetuai 1 lagi Jawatankuasa Khas iaitu Jawatankuasa Siasatan dan misi Jawatankuasa Siasatan ialah - menyiasat siapa lagi pemimpin PAS yang berkonspirasi dengan UMNO dan bekerjasama dengan UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

8 - Mustafa Ali, di luar mesyuarat telah meminta supaya Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk tidak memaklumkan pembentukan Jawatankuasa Siasatan itu kepada wartawan dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas tersebut dan akhirnya wartawan hanya diberitahu akan pembentukan Jawatankuasa Disiplin sahaja.

Bersambung...

Dalam PAS Sekarang, Cikgu Pa Lebih Berkuasa Dari Tok Guru

Keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para AJK PAS Pusat. 75% dari keseluruhan AJK yang hadzir bercakap dan hanya Cikgu Pa serta Abu BAkar Chik sahaja yang menyokong Hasan Ali.

Yang lebih menyedihkan apabila Tok Guru yang membentangkan tulisan beliau dalam blog beliau jelas tidak mahu berganjak dari apa yang dituliskan oleh beliau. Yakni, jelas beliau mahu ketiga2 yang dinamakan dalam blog beliau dibuang.

Sepanjang perbahasan para AJK PAS Pusat telah sanggup berkompromi untuk tidak mengambil jalan EGM. Cumanya, disebabkan bukti yang cukup banyak terhadap Hasan Ali maka permintaan mereka adalah Hasan Ali ditukar dari menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor.

Ertinya, bagi mencari jalan tengah untuk menguraikan kekusutan, permintaan yang amat sederhana yakni menukar Pesuruhjaya Selangor. Itu sahaja.

Namun, permintaan MAJORITI AJK PAS PUSAT ditolak begitu sahaja dan dibuat pengumuman bahawa keseluruhan PAS Selangor akan dihadapkan ke JK Disiplin. Tidak diberitahu samada keseluruhan YDP ataupun hanya beberapa orang sahaja yang akan dihadapkan pula.

Pengumuman Presiden Tidak Mewakili AJK PAS Pusat tapi Mewakili Cikgu Pa dan Geng Terengganu


Pengumuman yang dibuat Presiden PAS malam tadi BUKAN keputusan yang dipersetujui oleh AJK PAS PUsat malam tadi. Hakikatnya, mesyuarat malam tadi berakhir dengan tiada keputusan.

Hakikatnya lagi, keputusan malam tadi adalah keputusan yang dibuat oleh Geng Terengganu mewakili kehendak Cikgu Pa dan penyokong2 nya. Tiada undi yang diambil, tiada pertanyaan samada keputusan yang diumum Presiden itu diterima atau tidak.

Mesyuarat ditutup TERGANTUNG tanpa apa-apa keputusan namun tiba-tiba keluar keputusan yang kita dapat baca dalam dada2 akhbar.

Sedih saya sangat-sangat.

Tok Guru Dah Jadi Selipar Buruk Dalam PAS, Cikgu PA dan Geng Terengganu Lebih Utama...

Itulah hakikatnya yang telah berlaku. Tok Guru dah jadi Selipar buruk dalam PAS. Dari permintaan Tok Guru yang 3 itu, satu pun mereka tak boleh kompromi. SATU PUN MEREKA TAK BOLEH KOMPROMI.

Tok Guru telah diketepikan begitu sahaja dengan begitu mudah seperti selipar jepun. Bagi saya wajib diadakan EGM bagi mengembalikan kekuasaan serta pengaruh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam PAS.

Video footage ini menunjukkan betapa Mustafa Ali yang memainkan peranan yang penting dalam hal ni sampai press conference pun dia yang banyak menjawab bagi pihak Presiden.
Tulang Besi

Krisis Dalaman PAS - Kearah Meng"UMNO"kan PAS...

Keputusan Mesyuarat Khas PAS semalam agak "mengejutkan" bagi kebanyakan mereka-mereka yang setia menunggu perkembangan akhir krisis dalaman PAS dan penyelesaiannya. aku namakan keputusan tersebut sebagai sesuatu yang "mengejutkan" kerana majoriti yang aku jumpa dan jugak yang menghubungi aku "amat-amat terkejut" dengan keputusan yang telah dibuat oleh PAS semalam.

"Terkejut" sebab keputusan tersebut hanya layak dipanggil sebagai keputusan selepas "sembang-sembang kedai kopi"... kalau setakat meeting lama-lama, makan 4-5 jam lepas tu keputusan yang diumumkan hanya mampu meng"eleh"kan para wartawan yang menghabiskan masa berjam-jam diluar Ibu Pejabat PAS, AMK pun biasa buat... tak payah tunggu pimpinan atasan..!

Jadi aku namakan mesyuarat semalam sebagai "sembang-sembang kedai kopi" (selayaknya)...

Melihat pada apa yang telah diumumkan oleh Tuan Guru Presiden PAS selepas mereka ber"sembang-sembang" semalam, dan juga merujuk pada kenyataan Tuan Guru Presiden PAS apabila ramai perwakilan sembang-sembang menekan supaya tindakan diambil keatas mereka-mereka yang "seronok" minum dikedai kopi pihak lain, aku naik heran...

Nampaknya usaha UMNO untuk meng"UMNO"kan PAS dah hampir berjaya. ya... hampir berjaya dan sedikit lagi kesilapan akan membawa kepada perubahan warna darah orang-orang tertentu kepada warna hijau kebiru-biruan...

Aku rasa pelik bila Tuan Guru Presiden PAS (sebut dengan nada yang tak ikhlas...) dalam sembang-sembang tersebut menyatakan bahawa siasatan perlu dibuat terhadap tuduhan tersebut (minum dikedai kopi pihak lain). eh..? ni macam kenyataan Pak Lah..! apa roh Pak Lah dah meresap dalam badan Tuan Guru Presiden PAS ke..?

Isu yang ditimbulkan ni dah lama sangat dimainkan diudara dan jugak dalam media cyber dan juga seingat aku dah 3 kali diperbincangkan diperingkat atasan..!

Apa Tuan Guru Presiden tak tau dan tak pernah siasat ke kesahihan perkara ni..? atau Tuan Guru Presiden PAS baru bangkit dari lena..? eh..? tahap ni je keprihatinan seorang Presiden Parti Islam terhadap masalah dalaman Parti Naungannya..? caisss...!!!

Jadi, apa bezanya UMNO dengan PAS dalam keadaan ini..? bila ada yang buat kesalahan atau ada isu-isu besar yang memberi impak kepada parti... diberi soalan... dan jawapannya begini -
  • "Yang tu kita kena siasat dulu..."
  • "Kita tunggu hasil siasatan..."
  • "Kita kena perhalusi dulu kes ini..."
Woi...!!! dialog tu aku selalu dengar dalam PC UMNO lepas UMNO buat mesyuarat jawatankuasa disiplin la...!!!

Dan "individu yang disiasat" tu korang tau la nasibnya macam mana kan..?

Tambah harta macam biasa, buat kecoh macam biasa... lepas ni PAS boleh tukar kaler bendera... kaler biru... amacam..?

Kalau rasa nak terus macam ni la...

Mesyuarat Khas PAS Berakhir Dengan Keputusan...

Semalaman ini, beribu-ribu rakyat 1Malaysia yang berminat untuk mengetahui perkembangan terkini politik 1Malaysia khususnya apa yang berlaku dalam PAS menerusi Mesyuarat Khas yang telah diadakan malam tadi di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, bersengkang mata menunggu keputusan majlis yang bermesyuarat malam tadi.

Mesyuarat selesai lebih kurang jam 1:30 pagi tadi dan satu sidang akhbar telah diadakan dan dalam sidang akhbar tersebut, satu kenyataan dari keputusan mesyuarat malam tadi telah dikeluarkan.

1 - Perkukuhkan Pakatan Rakyat. Semua pimpinan dan ahli PAS diminta beriltizam untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Satu seminar khas mengenai pengukuhan Pakatan rakyat akan diadakan.

2 - Satu lembaga displin telah dibentuk dan ianya diketuai oleh Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi menangani isu-isu displin yang berlaku dalam Pimpinan PAS Negeri Selangor.

3 - Isu Unity Government (UG) atau Kerajaan Perpaduan sudah tidak berbangkit lagi. Tiada lagi Kerajaan Perpaduan selepas ini.

Dalam pada itu, individu-individu yang sering dikaitkan sebagai "Pro UG" iaitu Mustafa Ali, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS masih lagi kekal memegang jawatan masing-masing dan setakat ini, tiada tindakan disiplin dikenakan terhadap mereka.

Melihat pada apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat malam tadi (yang dinyatakan dalam sidang akhbar sebentar tadi), aku rasa mesyuarat yang diadakan tadi hanya sekadar "mesyuarat biasa" yang menggunakan "dialog" yang sama dengan "dialog" semasa Muktamar PAS di Perak pada tahun lepas.

Tiada keputusan yang jelas, buang masa, dan jugak membazir... kalau setakat meeting lama-lama cuma untuk dapatkan keputusan yang sama macam apa yang dinyatakan dalam Muktamar tahun lepas, baik tak payah meeting... entah... aku tak paham...

Itu pandangan awal aku... kita tunggu laporan penuh atau kenyataan rasmi, baru kita boleh komen banyak-banyak...

Kemaskini dari HarakahDaily.Net -

PAS Adakan Seminar Ganti Muktamar Khas

PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Image Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.