"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, December 06, 2008

Jemaah Haji Malaysia Mula Bergerak Ke Arafah - malaysiakini

Rombongan 26,000 jemaah haji Malaysia mula berangkat secara berperingkat ke Arafah selepas solat zohor bagi menunaikan rukun utama ibadah haji -- wukuf bersama kira-kira tiga juta ummah Ahad.

Perhimpunan terbesar manusia di dunia atas nama Tuhan akan bermula dari waktu Zohor esok hingga terbit fajar Hari Raya Korban apabila jemaah tidak berbuat apa-apa kecuali beribadah kepadaNya.

Menurut pengarah operasi pasukan kesihatan Tabung Haji (TH) Dr Mohd Faid Abdul Rashid, tidak ketinggalan berwukuf adalah 101 jemaah Malaysia yang sedang dirawat di dua pusat rawatan TH di sini.

Lapan pesakit, kebanyakannya memerlukan bantuan oksigen akan dibawa ke Arafah dengan ambulans esok manakala 93 pesakit lagi, iaitu 43 dari Sisyah dan 50 dari Aziziah, diangkut dengan bas tetapi juga diiringi petugas kesihatan.

"Mereka akan berada di Arafah untuk seketika sekadar bagi memenuhi syarat rukun haji," katanya merujuk kepada ibadah rukun itu yang jika ditinggalkan terbatal haji seorang hujaj.

Jalan-jalan menuju ke Arafah mulai sibuk dengan ribuan kenderaan sejak malam semalam apabila jemaah dari Asia Selatan yang mencecah lebih 500,000 orang mula bergerak secara berfasa ke padang pasir seluas 10.4km persegi itu yang menjadi tempat Nabi Ibrahim berwukuf dan dituruti oleh Nabi Muhammad SAW.

Di situ jugalah terletak Jabal (Bukit) Rahmah tempat Nabi Muhammad SAW pernah menyampaikan khutbah terakhirnya sebelum baginda wafat.

Perjalanan sejauh 22km ke Arafah itu sendiri ujian besar kerana lazimnya memakan masa berjam-jam apabila jutaan orang dan puluhan ribu bas dan kenderaan lain bergerak ke padang pasir itu yang terletak di luar Kota Suci ini.

Setibanya di Arafah, jemaah beristirehat dalam khemah yang disediakan dan bersiap sedia untuk melakukan wukuf esok dengan melakukan ibadah ringan.

Lebih 800 petugas haji terlibat dalam Operasi Masya'ir (Arafah, Muzdalifah dan Mina) bagi memastikan setiap 26,000 jemaah negara selamat tiba di ketiga-tiga destinasi bagi menyempurnakan ibadah haji mereka.

Selain daripada logistik seperti pengangkutan dan khemah, operasi itu meliputi penyediaan makan minum jemaah dan kebajikan mereka termasuk kesihatan serta panduan ibadah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berada di sini sejak dua minggu lepas, telah meninjau operasi petugas haji di sini dan berpuas hati dengan segala perancangan dan persiapan.

Operasi dijalankan 24 jam, 14 banglo tertimbus



PEMANDANGAN udara lokasi tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa yang terjadi awal pagi ini. foto ihsan TV3

PEMANDANGAN kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat Kuala Lumpur. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN

ANTARA banglo yang tertimbus, melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah. Kejadian turut menyebabkan jalan uatam ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap. - fotoBERNAMA
[DIKEMAS KINI, 7 petang] KUALA LUMPUR Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dijalankan 24 jam bagi mengesan dua yang masih dipercayai tertimbus.

Ketika menemui wartawan pukul 7 petang tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, hanya dua disahkan hilang oleh saudara-maran dalam kejadian itu - yang ketiga dalam tempoh seminggu ini di negara ini.

Ia merupakan tragedi ketiga paling buruk di Hulu Klang sejak Disember 1993, yang melibatkan satu blok Highland Tower runtuh.

Mengenai enam yang dikatakan hilang sebelum ini, beliau berkata, ia dikesan ketika menggunakan alat pengesan.

"Mungkin masa kita sedang kesan ada haiwan atau kenderaan yang lalu," katanya.

Terdahulu, polis berkata, setakat pukul 5.30 petang tadi, nasib mereka tidak dapat diketahui kerana kedudukan rumah yang dihuni itu telah bergerak dari tempat asal berikutan kejadian tanah runtuh 4 pagi tadi.

ANTARA rumah yang musnah dalam kejadian tanah runtuh awal pagi ini. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN
Pasukan mencari dan menyelamat telah mula menggunakan jengkaut untuk mengesan mangsa yang tertimbus itu memandangkan kejadian telah berlaku lebih 12 jam.

Khalid berkata, pasukan mencari dan menyelamat akan menggunakan kepakaran untuk memastikan mangsa tertimbus tidak tercedera apabila jengkaut digunakan.

"Ada enam orang yang masih hilang. Pasukan menyelamat menggunakan anjing pengesan dan peralatan elektronik.

LOKASI tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dekat Kuala Lumpur awal pagi ini. - foto The Star NADZRIN MOHD ALIM
"Pada pukul 12 tengah hari tadi kita dapat mengesan dua mangsa di rumah hujung yang masih tertimbus.

"Kita sedang berusaha mendekati, harap-harap mereka boleh bertahan sampai kita datang," kata Ketua Polis Selangor kepada media di tempat kejadian.

Setakat pukul 7 pagi tadi, tiga mangsa yang terbunuh sudah dikenal pasti.

Mereka ialah Shaiful Khas, 20, anak kepada Datuk Shaharuddin Adnan, ahli perniagaan yang telah bersara.

Dua yang lain ialah isteri jurutera K. Thanarajah, Dr. N. Yogeswari, 40, dan akauntan Eng Yee Peng, 30.

Ketiga-tiga mayat mangsa dituntut oleh keluarga masing-masing hari ini.

Jenazah Shaiful Khas dituntut oleh keluarganya kira-kira pukul 4 petang ini untuk dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al-Ridzuan, Hulu Klang selepas Asar.

Shaiful Khas, anak bongsu daripada dua beradik, tertimbus di tingkat bawah rumah banglo dua tingkat milik keluarganya. Sementara itu, mayat mendiang Yogeswari, 40, seorang doktor haiwan, dituntut oleh keluarganya pada pukul 3.30 petang ini untuk dibawa ke rumah adik suaminya di Kelab Ukay.

Yogeswari maut apabila cuba menyelamatkan anaknya, Tidesh, 10, dalam keadaan gelap di rumah mereka akibat terputus bekalan elektrik.

Menurut keluarganya yang tidak mahu dinamakan, mayat mendiang akan dibakar esok di Pusat Pembakaran Mayat Cheras.

Mayat Eng yang baru melahirkan anak dua bulan lepas, dituntut oleh keluarganya untuk dibakar pada Isnin ini.

Dalam pada itu, Khalid berkata, kawasan kejadian melibatkan keluasan kira-kira empat hektar (10 ekar) manakala penduduk di kawasan satu kilometer membabitkan kawasan sekitar lokasi kejadian sedang dipindahkan.

Selain itu, kata beliau, empat lagi mangsa sudah dikesan iaitu di rumah bernombor 15 dan tiga lagi di rumah bernombor 16 Taman Bukit Mewah tetapi kedudukan mereka belum dikenal pasti.

"Berhubung usaha pemindahan bagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan belakang dan di atas kawasan kejadian, kita telah sediakan Sekolah Kebangsaan Ulu Klang sehingga Ikram dan Jabatan Kerja Raya mengesahkan kediaman mereka selamat," katanya lagi.

Malah kata beliau, pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa laluan yang akan dibuka untuk penduduk yang tidak dapat keluar dari kawasan tempat tinggal di belakang tempat kejadian kerana terdapat halangan tanah runtuh.

"Kita telah buka laluan menghala ke Taman Milenium untuk membolehkan penduduk keluar.

"Sekarang (sehingga 5 petang tadi) sudah ada dua jalan alternatif bagi membolehkan mereka keluar berjalan kaki," katanya.

Malah, jelas beliau, tindakan membuka jalan alternatif perlu diambil kerana usaha memindah akan mengambil masa dua hingga tiga hari jika hanya menggunakan satu jalan utama.

3 maut, tanah runtuh di Bkt Antarabangsa

Dikemaskini 5.30pm Pasukan penyelamat menemui mayat mangsa keempat kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang setakat ini.

landslide bukit antarabangsa 01Mayat tersebut ditemui lewat petang ini.

Manakala 15 cedera dalam kejadian pada jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibu negara, tertimbus.

Sultan Selangor turut berangkat meninjau tempat kejadian.Turut ke tempat kejadian ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri telah mengarahkan supaya semua projek di kaki bukit di sekitar Bukit Antabangsa dihentikan sementara menunggu selesai kajian kestabilan tanah di Jalan Institut Kerjaraya Malaysia.

Empat mangsa terperangkap dikesan

Pada jam 4.45 petang tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid berkata, pihak penyelamat akan meneruskan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang dipercayai masih terperangkap.

bukit antarabangsa runtuhKatanya, pasukan penyelamat baru mengesan empat mangsa tertimbus melalui peralatan yang digunakan.

"Kita akan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka yamg masih tertimbus," katanya.

Menurutnya, ekoran hujan yang turun, keadaan tanah di situ tidak begitu stabil.

"Kita tidak mahu membahayakan anggota penyelamat sendiri. Jadi kita perlu berhati-hati, bergerak perlahan-lahan supaya mangsa yang mungkin cedera, tidak bertambah teruk tercedera," tambahnya.

Ditanya mengenai empat mangsa yang dikesan itu, Khalid berkata, berdasarkan petunjuk dari peralatan yang digunakan, mereka dipercayai masih hidup.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran masa yang akan diambil untuk menyelamat mereka.

"Kita tidak dapat pasti anggaran berapa lama hendak keluarkan mereka, kerana keadaan tanah longgar, hujan baru turun...

"Jadi kita perlukan pendekatan yang berhati-hati," tanmbahnya.

Penduduk diarah pindah

Beliau juga berkata, penduduk di situ juga diarahkan mengosongkan apartmen di belakang kawasan tanah runtuh itu.

bukit titiwangsa landslide"Mereka boleh mendapat perlindungan sementara di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang. Tempat tidur dan makan minum disediakan di sana," katanya.

Menurutnya lagi, laluan pejalan kaki telah dibuka dan mangsa yang tersekat sebelum ini, boleh keluar dengan berjalan kaki.

"Kita sedang berusaha untuk mencari laluan-laluan lain untuk membawa keluar kenderaanyang tersekat di sana," katanya.

Mengenai laporan air yang sedang naik, Khalid berkata, pihaknya lebih risaukan hujan yang hujan turun di bahagian atas.

"Ia boleh membahayakan lagi keadaan di sini," katanya.

93 mangsa terselamat

Pagi tadi, Khalid memberitahu, 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di aman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri, lapor Bernama.

landslide bukit antarabangsa 07Sebelum itu, jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di empat kejadian berkata terdapat empat mangsa korban dalam insiden kira-kira jam 4 pagi tadi.

PBSM juga melaporkan kira-kira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, lapor Bernama.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.

landslide bukit antarabangsa 06Salah sebuah banglo terlibat ialah milik ketua setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.

landslide bukit antarabangsa 02Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang kini melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.

Thajudeen tidur di rumah ibu


Sementara itu, menurut laporan Bernama, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab terselamat dari kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pagi tadi kerana berada di rumah ibunya di Kampung Baru di sini, semasa kejadian itu.

Thajudeen Abdul WahabMohamed Thajudeen berkata beliau bersama empat anggota keluarganya tinggal di rumah ibunya pada malam itu selepas beliau pulang lewat kerana menjalankan urusan rasmi.

Katanya beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 4 pagi oleh jiranya dan tiba di tempat kejadian pada lima pagi.

Mohamed Thajudeen yang sudah menetap di rumah itu selama 20 tahun berkata beliau terkejut melihat apa yang berlaku setibanya di situ.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana terselamat dari kejadian ini.Mungkin ini adalah hikmah Tuhan yang menyebabkan saya tinggal di rumah ibu dan tak bagi saya tinggal di Bukit Antarabangsa (pada masa kejadian)," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

-malaysiakini

Pemuda PAS P.Pinang bantah penganjuran 'I Dance'

Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang hari ini membantah penganjuran pertandingan tarian jalanan "IDance" di Pulau Pinang kerana mendakwa ia tidak membawa manfaat kepada masyarakat.

Ketuanya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, penganjuran kempen "IDance" yang disokong oleh Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri di New World Park itu bukan sahaja menghidupkan budaya jalanan melalui tarian "Shuffle" malahan ia boleh menambahkan masalah sosial di kalangan generasi muda.

Dalam satu kenyataan, Mohamed Hafiz berkata beliau mahu supaya kerajaan negeri bertindak membatalkan acara berkenaan selaras dengan slogan pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng iaitu "Amar Ma'ruf Nahi Mungkar".

"Sokongan kerajaan negeri kepada acara itu jelas bertentangan dengan slogan pentadbiran Ketua Menteri yang mahu mencegah kemungkaran seperti yang dilakukan Khalifah Umar Abdul Aziz," katanya.

Difahamkan, acara yang dianjurkan oleh Danzity Productions itu disokong oleh kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Belia dan Sukannya dan bertujuan mempromosi gaya hidup sihat untuk mengisi masa lapang golongan remaja. Pusingan awal pertandingan itu akan diadakan pada 20 Disember ini di New World Park manakala pusingan akhir pada 27 Disember di Queensbay Mall.

Dua Terkorban, Lebih Lapan Terperangkap Dalam Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa - malaysiakini

Dua terkorban, manakala lebih daripada lapan mangsa dikhuatiri terperangkap, dalam satu kejadian tanah runtuh 4 pagi Sabtu yang telah menimbuskan kira-kira 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama yang terletak di kawasan Bukti Antarabangsa di sini.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata dua mayat itu kini ditempatkan di Surau Addinniah.

Banglo tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah.

Kejadian itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan tersebut terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Mangsa termasuk yang mengalami kecederaan kini mendapat rawatan di surau itu.

8 Banglo Di Bukit Antarabangsa Dikhuatiri Tertimbus

Kira-kira lapan banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 4 pagi Sabtu.

Antara lapan dan sepuluh mangsa dikhuatiri terperangkap dalam kejadian itu, demikian menurut bomba dan penyelamat.

Tuala Basah Dalam Beg Rupa-rupanya Menyerap Kokain Cair Bernilai RM2.5 Juta

Polis menahan seorang wanita warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang semalam selepas menemui 10 helai tuala basah yang dipercayai dicelup dengan kokain cair bernilai RM2.5 juta dalam dua beg pakaian yang dibawanya.

Ketua Jabatan Narkotik Selangor ACP Nordin Kadir memberitahu sidang akhbar di sini, kokain cair bernilai RM250,000 sekilogram itu dipercayai akan dihantar ke Bangkok, Thailand melalui jalan darat.

Beliau berkata siasatan mendapati wanita berusia 36 tahun itu datang menggunakan pesawat dari Sao Paolo, Brazil dan mengambil penerbangan transit ke Dubai sebelum tiba ke negara ini pada pukul 3.30 petang.

Polis menahannya di tempat mengambil bagasi dalam keadaan mencurigakan menolak dua beg pakaian di atas troli sebelum melakukan pemeriksaan ke atas kandungan beg-beg itu.

"Pemeriksaan yang dibuat pada beg pertama menemui tujuh helai tuala yang lembap dan tiga lagi tuala lembap ditemui pada beg kedua," katanya.

Nordin berkata polis yang tertanya-tanya mengapa wanita itu membawa terlalu banyak tuala lembap mengambil keputusan untuk membuat ujian terhadap kesemua tuala tersebut dan hasilnya tuala lembap itu mengandungi dadah kokain yang telah dicairkan.

Katanya ujian yang dibuat mendapati berat setiap tuala tersebut ialah 1.5 kilogram dan setiap tuala dipercayai menyerap kira-kira 1 kilogram kokain cair.

Ketika disoal-siasat wanita itu mendakwa dia tidak mengetahui mengenai dadah pada tuala itu dan hanya disuruh membawanya oleh seorang rakan.

Beliau berkata wanita itu kini ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.