Rombongan 26,000 jemaah haji Malaysia mula berangkat secara berperingkat ke Arafah selepas solat zohor bagi menunaikan rukun utama ibadah haji -- wukuf bersama kira-kira tiga juta ummah Ahad.
Perhimpunan terbesar manusia di dunia atas nama Tuhan akan bermula dari waktu Zohor esok hingga terbit fajar Hari Raya Korban apabila jemaah tidak berbuat apa-apa kecuali beribadah kepadaNya.
Menurut pengarah operasi pasukan kesihatan Tabung Haji (TH) Dr Mohd Faid Abdul Rashid, tidak ketinggalan berwukuf adalah 101 jemaah Malaysia yang sedang dirawat di dua pusat rawatan TH di sini.
Lapan pesakit, kebanyakannya memerlukan bantuan oksigen akan dibawa ke Arafah dengan ambulans esok manakala 93 pesakit lagi, iaitu 43 dari Sisyah dan 50 dari Aziziah, diangkut dengan bas tetapi juga diiringi petugas kesihatan.
"Mereka akan berada di Arafah untuk seketika sekadar bagi memenuhi syarat rukun haji," katanya merujuk kepada ibadah rukun itu yang jika ditinggalkan terbatal haji seorang hujaj.
Jalan-jalan menuju ke Arafah mulai sibuk dengan ribuan kenderaan sejak malam semalam apabila jemaah dari Asia Selatan yang mencecah lebih 500,000 orang mula bergerak secara berfasa ke padang pasir seluas 10.4km persegi itu yang menjadi tempat Nabi Ibrahim berwukuf dan dituruti oleh Nabi Muhammad SAW.
Di situ jugalah terletak Jabal (Bukit) Rahmah tempat Nabi Muhammad SAW pernah menyampaikan khutbah terakhirnya sebelum baginda wafat.
Perjalanan sejauh 22km ke Arafah itu sendiri ujian besar kerana lazimnya memakan masa berjam-jam apabila jutaan orang dan puluhan ribu bas dan kenderaan lain bergerak ke padang pasir itu yang terletak di luar Kota Suci ini.
Setibanya di Arafah, jemaah beristirehat dalam khemah yang disediakan dan bersiap sedia untuk melakukan wukuf esok dengan melakukan ibadah ringan.
Lebih 800 petugas haji terlibat dalam Operasi Masya'ir (Arafah, Muzdalifah dan Mina) bagi memastikan setiap 26,000 jemaah negara selamat tiba di ketiga-tiga destinasi bagi menyempurnakan ibadah haji mereka.
Selain daripada logistik seperti pengangkutan dan khemah, operasi itu meliputi penyediaan makan minum jemaah dan kebajikan mereka termasuk kesihatan serta panduan ibadah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berada di sini sejak dua minggu lepas, telah meninjau operasi petugas haji di sini dan berpuas hati dengan segala perancangan dan persiapan.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment