"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, January 23, 2010

Bangsa Melayu Ni Sepatutnya Sudah Pupus Lama

Saya bercakap dengan seorang Orang Medan semalam. Antara topic yang diperbincangkan adalah topik “Orang MElayu di Riau”. Saya diberitahu bahawa sekiranya kita ke Riau hari ini, kita sudah tidak nampak lagi orang Melayu. Di Riau, bangsa yang kita biasa jumpa samada Bangsa Jawa ataupun Bangsa Minang. Orang Melayu di Riau samada tinggal jauh terpinggir di ceruk-ceruk desa ataupun mereka sendiri sudah buang bahasa dan identity mereka.

Ia berkaitan dengan polisi “Penempatan Semula” Suharto dahulu, dimana untuk menyelesaikan masaalah kepadatan penduduk yang tidak sekata, maka orang-orang Jawa dan Minang serta Sunda diberikan insentif oleh Suharto untuk berhijrah. Antara tempat yang mereka berhijrah adalah Riau. Orang Riau tidak menentang usaha Suharto ini. Malahan, mereka menerima dengan hati terbuka. Setelah beberapa dekad, bangsa luar Melayu ini TELAH MENGAMBIL ALIH Pulau Riau dan menjadikan identity MElayu di sana hampir pupus.

Sesiapa ke Riau, yang kita jumpa hanya orang2 yang bercakap loghat Jakarta atau Minang. Dah takda kedengaran orang yang bercakap macam orang Johor kerana mereka telah disisihkan.

Perkara yang sama juga berlaku di Singapura. Lihat bagaimana Pulau Singapura berjaya dicuri oleh bangsa lain dari orang Melayu. Dan Melayu Singapura TIDAK PERNAH MELAWAN.

Tapi itulah sebenarnya realiti sebenar orang Melayu. Mereka tidak mahu melawan. MEreka tidak mahu memperjuangkan hak mereka sendiri. Mereka takut susah. Mereka tiada maruah untuk mempertahankan hak mereka dari diancam.

Tak hairan di Malaysia, orang Melayu terus-terusan bersama UMNO walaupun UMNO terus menerus merompak mereka. Orang MElayu hanya menerima dengan redha. Sekurang-kurangnya orang Red Indian di Amerika pun bangun memberontak walaupun kalah. Orang Melayu jangan haraplah kita nak tengok ada semangat perjuangan dalam hati mereka.

Kalau nak kata 13 Mei, di Kampung Baru waktu berlaku 13 Mei majoriti yang terlibat adalah dari bangsa Minang bukan bangsa Melayu. Dato Harun pun orang Bugis.

BERBEZA DENGAN ACHEH

Program yang sama cuba dijalankan oleh Suharto di Acheh. Namun, orang Acheh sanggup mati dari menyerah begitu sahaja kepada kehendak Suharto laknatullah itu. Mereka berjuang selama 40 tahun lamanya dan akhirnya mereka diberi status istimewa yang sebenar dan mampu mempertahankan hak serta identity Acheh yang sebenar.

Acheh mempertahankan hak dan kedudukan bangsa mereka. Mereka tidak rela bangsa lain memijak-memijak mreka. Mereka tidak rela sama sekali hak mereka dirampas dan bangas mereka ditendang dan dihina seperti yang berlaku pada orang Melayu di Riau.

Dan Allah SWT mengkabulkan doa dan usaha mereka kerana mereka berjuang hak dan identity mereka. Mereka juga menjadikan AGAMA ISLAM sebagai pegangan utama mereka.

MELAYU SINGAPURA PUN DAH HANCUS

Melayu Singapura pun dah jadi macam tiada. Walaupun dalam Perlembagaan Singapura, hak istimewa orang Melayu Singapura dinyatakan dengan jelas, tapi Melayu Singapura tak berani nak memperjuangkan hak mereka sendiri.

Padahal hak istimewa orang Melayu Singapura ternyata jelas dalam Perlembagaan Singapura sendiri. Begitulah lemahnya perjuangan kebangsaan Melayu ini. Tidak mampu memperjuangkan hak yang sudah jelas termaktub sebegitu.

PERJUANGAN UMNO ADALAH PERJUANGAN SIA-SIA

Bagi saya UMNO dicipta oleh mereka yang dilatih British. British mahu supaya orang Islam dan orang MElayu terus-menerus lemah. Maka, ideologi kebangsaan Melayu dijadikan fahaman politik serta UMNO menjual fahaman kebangsaan Melayu kepada orang Melayu.

Hasilnya, Melayu terus menerus lemah dan tidak ada semangat untuk berjuang serta melawan kezaliman dan penindasan. UMNO terus melemahkan pemikiran orang Melayu dan pada waktu yang sama, UMNO terus merompak kekayaan negara.

Memang perangai Melayu, suka jadi kaya tanpa berusaha dengan keras. Benda tu kita tengok banyak dalam UMNO.

PERANGAI MELAYU AMAT DISUKAI UMNO

Lumrah alam, kalau satu perkara itu berharga, kita mesti berlawan dan berusaha keras untuk mendapatkannya. UMNO melatih orang Melayu supaya jangan melawan dan jangan berkeras kerana mengikut lunas-lunas Melayu.

Apabila ada orang mula mempersoalkan kesalahan serta kemunafikan pemimpin-pemimpin UMNO, maka semboyan PERPADUAN ditiup. Ini supaya, mereka yang menyuarakan kebenaran akan dilihat sebagai menentang perpaduan.

Perangai Melayu yang hanya “mengikut sahaja” ini merugikan orang Melayu terutamanya dalam bidang ekonomi. Orang yang hanya mengikut sahaja tidak akan maju sama sekali.Tak hairanlah penglibatan Bumiputra dalam perniagaan amat rendah sekali. Terima kasih UMNO.

UMNO tidak mahu orang Melayu ada semangat kepahlawanan, semangat melawan, semangat berjuang. Ini kerana mereka tidak mahu orang Melayu melawan UMNO. Mereka mahu UMNO kekal bodoh dan lemah supaya mudah diperkotak katikan.

MELAYU TAK SUKA BERJUANG DAN BERSUSAH PAYAH

Kita tak boleh marah Singapura dan Riau dicuri dari orang Melayu. Sesiapa yang kerja kuat dan mempunyai kemahuan, makan mereka akan dapat. Itu adalah Sunnatullah dan itu adalah hukum yang setiap orang islam harus ikuti.

Bagi saya, menubuhkan parti yang berasaskan Melayu hanya akan MENGHANCURKAN orang Melayu sendiri. Buat apa menyebarkan budaya Melayu yang telah rosak dan lemah kepada keseluruhan bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Lebih baik kita ikut contoh tauladan bangsa Bugis kerana mereka kuat berjuang atau bangsa Jawa yang kuat bekerja atau bangsa Minang yang kuat meniaga. Buat apa kita berbangga dengan bangsa Melayu yang hanya kuat menghilangkan hak mereka tanpa berperang.

Patutlah hanya Tun Hussein Onn sahaja Perdana Menteri kita yang benar2 bangsa Melayu. Tunku – orang Siam. Tun Razak dan Najib – Bugis, Mahathir – Mamak. Kalau Melayu terus menerus jadi Perdana Menteri, dah lama dah bangsa-bangsa lain di Malaysia ni kena jual jadi hamba abdi.

Kalau RUMPUN MELAYU nak bangun kembali mesti atas dasar Islam yang 100% mengikut Al Quran dan Sunnah dan tidak mengikut adat resam orang Melayu.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

Al-Fatihah: Sultan Iskandar - Raja Yang Tegas & Adil

Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat malam Jumaat lalu pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.

Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya.

Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan.

Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.

Sultan Iskandar dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh The National University of Singapore (NUS) pada 12 April 2007 sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam kemajuan dan kemakmuran negeri itu serta sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Pemimpin Singapura dijemput ke istana

Dalam menjaga hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, baginda sering menjemput pemimpin Singapura ke Istana Bukit Serene di Johor Baharu semasa sambutan Hari Raya.

Sultan Iskandar, yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989, diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932 merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Menggemari permainan polo, papan layar, golf dan memburu, baginda merupakan uruterbang bertauliah dan pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Baginda merupakan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang diasaskan dan ditubuhkan oleh moyang baginda Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1885.

Minat baginda dalam bidang ketenteraan jelas dilihat daripada perwatakan baginda yang sentiasa segak beruniform tentera dan ketegasan baginda dalam soal disiplin.

Sultan Iskandar pernah menyertai batalion kedua Askar Wataniah di Johor Baharu pada 1960 dan berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pegawai dan dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Gerak Khas.

Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa mengadakan hubungan erat dengan Majlis Agama Negeri atau pentadbiran jabatan berkenaan untuk mengikuti perkembangan dan masalah agama. Baginda sendiri turut menyampaikan khutbah-khutbah Jumaat di masjid-masjid sekitar Johor.

Gemar sukan lasak

Di arena sukan, baginda terkenal sebagai peminat dan ahli sukan dalam pelbagai acara yang mencabar seperti golf, tenis, tinju, luncur layar, ski air, menyelam, berenang, payung terjun, lumba kereta dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Baginda merupakan seorang juruterbang helikopter dan pesawat ringan yang dikagumi.

Sultan Iskandar yang turut gemar berburu, sering menasihatkan rakyat negerinya agar menceburi sukan menembak kerana baginda percaya sukan itu akan muncul sebagai sukan utama di masa hadapan.

Ketika merasmikan Kejohanan Menembak Sultan Iskandar Challenge Trophy 1997, baginda bertitah sukan itu bukan lagi menjadi aktiviti yang dikhususkan kepada golongan berada tetapi terbuka kepada semua golongan kerana yuran dikenakan oleh kelab menembak adalah kecil.

Hasrat baginda itu kini menjadi kenyataan kerana Malaysia mula muncul sebagai antara negara yang mempunyai penembak terbaik di peringkat antarabangsa.

Dan sehingga kini, Persatuan Penembak Clay Target Johor (JCTSA) terus menganjurkan pertandingan menembak Piala Sultan Iskandar, yang melibatkan penembak tempatan dan luar negara, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Iskandar.

Selain sukan menembak, baginda turut memberikan sokongan kepada sektor pelancongan dengan seringkali mencemar duli menghadiri Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang yang menjadi venue tetap acara itu.

Titah baginda, penganjuran agenda bertaraf antarabangsa merangkumi acara-acara sukan, rekreasi serta temasya layang-layang dapat memberikan imej antarabangsa kepada Johor dan Malaysia.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.

Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.
Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

Sumber - Malaysiakini