"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 24, 2009

Pengundi Hantu: KJ Rancang Himpunan BERSIH Ke-2..?

Maka dengan itu, KJ pun akan berkokok "kunun"nya SPR tidak telus, SPR bersubahat dengan PR, SPR kena buat "reform" SPR, itu dan SPR ini...

Aku tak nak nafikan dakwaan KJ tu... masalah ni dah timbul sejak sekian lama, sejaka zaman berzaman, berkurun lamanya... Pakatan Rakyat dari dulu dah tunjukkan komitmen dalam hal ni... kita mintak macam-macam dibuat untuk membersihkan nama para pengundi dan kemuncaknya ialah kita telah mengadakan perhimpunan aman BERSIH pada tahun 2007.

Aku nak tunggu KJ pulak untuk buat perhimpunan BERSIH siri ke-2 untuk mendesak Pilihanraya Yang lebih bersih..! - berani ke mangkaq ni..?

Dulu bila kita bangkitkan isu pengundi hantu, UMNO kecoh... "mana ada hantu..?"... orang UMNO cakap... sekarang apahal..?

*Kalau KJ buat Perhimpunan BERSIH siri ke-2, aku pasti akan turun padang..! bukan sebab KJ, tapi sebab itu yang kita mintak dari dulu - "Pilihanraya Yang Bersih di Malaysia..!"

Satu Penghinaan Atau Apa..?

Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak, dibebaskan.

Seorang pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berkata, perintah tahanan terhadap wanita itu tidak boleh dilaksanakan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada hukuman itu dibatalkan atau ditangguhkan.

Kartika Sari yang kelihatan terkejut dengan keputusan itu, bagaimanapun enggan keluar dari van JAIP dan mendesak supaya beliau dibawa untuk menjalani hukuman.

Bapanya, Shukarnor Mutalib, berkata sebarang perubahan hukuman hanya akan mempersendakan Islam.

Kartika dijatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah minum arak di pusat hiburan di Cherating, dua tahun lalu.

Sebelum itu, tiga pegawai JAIP datang menjemput Kartika di rumah ibu bapanya di sini dengan sebuah van.

Kartika ditemani kakaknya, Kartina Sari Dewi, 34.

Sumber - KLpos.com

TPU - aku no komen... flip flop flip flop... yang aku nampak, penguatkuasa tak serius dalam melaksanakan undang-undang... kalau tak pun pelaksana tak serius, mungkin ada "tangan-tangan" halimunan dah bertindak "mencabul" undang-undang macam yang selalu kita tahu...

1Malaysia..! Cabul jangan tak cabul..!

Berbagi-bagi Beskal Di N11..!

Majlis berbagi-bagi beskal, hamper, baju dan macam-macam lagi di Crossstreet... rezeki datang mencurah-curah, semua orang dapat untung, makan free disana-sini... kalau nak makan besar, sila ke markas UMNO/BN, kalau nak makan sekadar dapat alas perut, sila ke markas Pakatan Rakyat dan jangan lupa bawa bekal sendiri...

Kalau nak hadiah, carilah post-post UMNO/BN yang grand-grand, anda boleh memenuhkan rumah anda dengan berbagai hadiah sumbangan rakyat 1Malaysia... aku tak halal duit aku yang UMNO pakai.

Lagi Wang Palsu Diedar Di Permatang Pasir

Lagi wang palsu RM100 diedarkan kerumah-rumah bakal pengundi dan kali ini ianya dikesan dan dilaporkan berlaku dikawasan Kampung Pelet.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Markas Pemuda PAS, Kampung Pelet semalam, wanita PKR mendedahkan berlakunya perbuatan tersebut dan kali ini mereka menggunakan kertas yang lebih berkualiti untuk tujuan tersebut.

Beberapa banner yang mengelirukan dan tidak mempunyai lambang parti juga ditemui di kawasan berdekatan dan dipercayai ianya dibuat oleh pihak UMNO... kalau bukan UMNO, sape lagi?

Rakaman Perbualan Ibu Saudara Rafizah

Rakaman Perbualan Bapa Rafizah

RM200 Juta Tawan Kedah & Selangor..!

Pada 15 Februari 2009, Raja Petra menulis tentang serangan BN terhadap Perak, Kedah dan Selangor. (disini). Lima ADUN Pakatan Rakyat diKedah telah pun berjumpa dengan pemimpin tinggi Umno dan berjanji akan melompat keluar Pakatan Rakyat sebaik saja Barisan Nasional mempunyai jumlah yang cukup untuk mengambil alih kerajaan di Kedah.RM 100 juta telah diperuntukkan untuk ‘Projek Tawan Kedah” ini dan mereka yang melompat akan mendapat ganjaran yang lumayan.

Di Selangor, Hassan Ali telahpun dijanjikan jawatan Menteri Besar sekiranya dia dapat meyakinkan cukup ADUN untuk menyeberang. Tidak diketahui berapa juta pula yang telah dijanjikan. Setakat ini, dia mempunyai hanya dua dari Pas dan dua lagi dari PKR yang bersetuju menyertainya. Dan dia memerlukan beberapa ADUN lagi untuk menjayakan perancangannya.

Semua ini berkaitan dengan wang dan kuasa. Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar Selangor sejak tahun 1999 lagi. Masalahnya, pada tahun 1999, pembangkang tidak menang di Selangor. Dia masih mahu menjadi Menteri Besar dan kalau diperlukan menyeberang ke Barisan Nasional dengan penyokong yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru, dia akan melakukannya asalkan dia menjadi Menteri Besar.

Malah, Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yang berada dalam DAP sejak 20 tahun lalu, melompat kerana wang. Setakat ini, dia telah menerima RM15 juta dari Vincent Tan. RM10 juta lagi akan dibayar apabila semuanya selesai. Dia memerlukan wang untuk membayar kembali hutang-hutang suaminya kerana judi.

Keadaan ini juga berlaku terhadap Lee Lam Thye yang dipaksa meninggalkan DAP supaya dia dapat melangsaikan hutang isterinya kerana judi. Barisan Nasional membantu membayar hutang isterinya, sebaik saja dia meninggalkan kem pembangkang dan mula menyokong kerajaan.

Apabila kami memberitahu Pakatan Rakyat Perak akan tumbang, mereka memberitahu bahawa keadaan terkawal. Sekarang kami memberitahu mereka bahawa Kedah dan Selangor juga berada dalam keadaan kritikal dan mereka perlu melakukan sesuatu. Jangan beritahu kami, bahawa semuanya dalam keadaan terkawal…kemudian dalam beberapa minggu kemudian, dua negeri ini jatuh seperti Perak.

Barisan Nasional telah memperuntukkan RM 200 juta untuk menawan kembali Kedah dan Selangor. Dan mereka akan berbuat apa saja..hatta melanggar undang-undang atau perlembagaan. “Kejayaan” mereka menawan kembali Perak dengan bantuan polis, mahkamah dan segala jentera kerajaan, menyebabkan mereka semakin ghairah untuk menawan Kedah dan Selangor.

Sekarang, Radhi sudah menjadi calon ADUN Bebas, Lim Soo Nee juga sudah hilang. Kalau Lim Soo Nee juga menjadi ADUN Bebas, BN hanya memerlukan tiga lagi untuk menumbangkan kerajaan PR Kedah. Adakah ini mustahil? Tidak.

Tiga ADUN tersebut sudahpun dikenalpasti. Kepimpinan Negeri pun dah tahu. Tetapi, kadang-kadang pemimpin tak mahu percaya. Tambahan pula kalau dikatakan ADUN Pas yang akan melompat, sudah pasti ramai orang Pas akan melompat mengatakan mereka sudah dididik sepenuhnya. Tak mungkin ADUN Pas akan melompat.

Mampuih pi la.

Artikel asal Oleh RPK, terjemahan oleh MSK