"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 24, 2009

Satu Penghinaan Atau Apa..?

Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak, dibebaskan.

Seorang pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berkata, perintah tahanan terhadap wanita itu tidak boleh dilaksanakan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada hukuman itu dibatalkan atau ditangguhkan.

Kartika Sari yang kelihatan terkejut dengan keputusan itu, bagaimanapun enggan keluar dari van JAIP dan mendesak supaya beliau dibawa untuk menjalani hukuman.

Bapanya, Shukarnor Mutalib, berkata sebarang perubahan hukuman hanya akan mempersendakan Islam.

Kartika dijatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah minum arak di pusat hiburan di Cherating, dua tahun lalu.

Sebelum itu, tiga pegawai JAIP datang menjemput Kartika di rumah ibu bapanya di sini dengan sebuah van.

Kartika ditemani kakaknya, Kartina Sari Dewi, 34.

Sumber - KLpos.com

TPU - aku no komen... flip flop flip flop... yang aku nampak, penguatkuasa tak serius dalam melaksanakan undang-undang... kalau tak pun pelaksana tak serius, mungkin ada "tangan-tangan" halimunan dah bertindak "mencabul" undang-undang macam yang selalu kita tahu...

1Malaysia..! Cabul jangan tak cabul..!

79 comments:

mandela said...

ni mesti menteri kalah punya kerje ni.... tak pon anak bini orang orang kuat UMNGOK dalam SIS....mereka ni aje yang tak setuju orang minum arak kene sebat....padahal tuan diri tu rela kene sebat....

agaknya takut ada kesan nanti , bila sorang dah boleh kene sebat pasal minum arak, nanti menteri menteri yang selalu tonggang tu tadek alasan la nak lari kalau kantoi tengah menonggang....

zahid ehud said...

mana puak puak UMNGOK bodoh yang kalau komen nak taruk apasal PAS tak laksana hudud....

ni hukuman sebat sebab minum arak yang langsung tak sama macam hudud pon UMNGOK tak boleh nak jalankan....

apa ni wei hormat la sikit mahkamah syariah.... apa guna mahkamah syariah dah jatuhkan hukuman , tuan badan pon dah rela dihukum tetibe ada 'tangan berkuasa' pulak yang tak mau bende ni dijalankan...

sapa tangan berkuasa ni?? takkan PR pulak.... mesti lah mereka yang sedang pegang kuasa sekarang....

ahahahahah hukuman mahkamah syariah malaysia pon UMNGOK tak sanggup nak jalankan....apa lagi hukuman dari Allah yang ditetapkan untuk manusia....

Anonymous said...

woii zali puak UBN mane ko??? takut ke??? sial.

Anonymous said...

Malaysia's Port Storm

The Malaysian Anti-Corruption Commission dances gingerly around a huge scandal

http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=2020&Itemid=229

Anonymous said...

Johor terpaksa bayar gantirugi kerana Muhyiddin

KUALA LUMPUR, Ogos 21 — Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura, tetapi beliau didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.

Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.

http://www.malaysiainsider.net/index.php/bahasa/35738-johor-terpaksa-bayar-gantirugi-kerana-muhyiddin

CUPING MERAH said...

apasal PAS tak laksana hudud...

kah..kah..kah..

Anonymous said...

cuping merah sudahlah ko. sokong UMNO mmg takkan laksanakan hukum islam.

pemanduteksi said...

zali dah kena laknat Tuhan kot..!

TEKONG DARAT said...

hukuman rekaan sendiri pun tak mau laksanakan, apalagi nak pakai hukuman Allah...
ntah2 ustazah shahrizat jambul di depan yg suruh bebas...
jahaman laa UMNO...
bangkit umno maknanya runtuh islam..

Anonymous said...

Fakta Kes

a. Beliau telah ditangkap minum pada pukul 1.20 pagi bersama suaminya.
b. Beliau telah mengaku salah.
c. Tiada laporan yang menyatakan bahawa ianya merupakan kesalahan berulang kali, maka disini tanggapannya adalah ini kesalahan kali pertama.

Ketidaksetimpalan Hukuman

Mari kita kupaskan seksyen Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang terpakai,

Seksyen136. Minuman yang memabukkan.

Sesiapa jua orang Islam dalam mana-mana kedai atau tempat awam, menjual, membeli atau meminum arak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari.

Seksyen 4. Pindaan bagi seksyen 136.
Seksyen 136 Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari" dengan perkataan-perkataan "lima ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan".

Dari sekyen 136 yang dipinda, hukuman maksimum adalah RM5,000 dan/atau penjara 3 tahun dan sebat tidak lebih 6 kali sebatan.

Beliau telah dijatuhkan hukuman hampir maksimum iaitu sebanyak RM5000 dan 6 kali sebatan. Adakah hukuman ini setimpal bagi kesalahan pertama dan pengakuan bersalah?

Kritikan terhadap hukuman yang tidak setimpal yang telah dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Syariah tersebut tidak harus dilihat sebagai apa-apa penghinaan kepada Islam atau institusi Islam. Tetapi ianya merupakan kepincangan di dalam institusi kehakiman syariah di Malaysia yang hanya berminat dengan 'ikan bilis' dan bukan dengan jerung yang bermaharajalela..

Anonymous said...

Ketidakseimbangan hukuman di dalam Enakmen Undang2 Islam Pahang

Seterusnya, saya ingin mengupas lagi kesalah-kesalahan lain dibawah Enakmen di negeri Pahang dan membandingkan dengan kesalahan meminum arak.


Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005

Seksyen 128. Menganiayai isteri atau suami

(1) Seseorang suami atau isteri yang dengan sengaja menganiaya isterinya atau suaminya atau menipu harta isterinya atau suaminya, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.


Seksyen 127. Meninggal langsung isteri

Jika seseorang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya hidup bersama semula dengan isterinya dan dia bersengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.


Seksyen 129. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri

Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajarnya kepada isterinya mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.



Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (En. 8/82)

Seksyen 177. Suami memaksa, menyokong atau membiarkan isteri melacurkan diri.

Seorang suami yang memaksa, menyokong atau membiarkan isterinya melacurkan dirinya dengan tujuan untuk mendapat hasil dari pelacuran itu adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 33. Pindaan bagi seksyen 177.
Seksyen 177 Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya"dengan perkataan-perkataan "empat ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan".

Ini amatlah menghairankan dan memeranjatkan. Seorang yang menganaiya isteri atau meninggalkan isteri atau tidak adil terhadap isteri hukuman MAKSIMUM adalah denda RM1,000 dan/atau penjara tidak melebihi 6 bulan.

Yang lebih memeranjatkan adalah seorang yang MELACURKAN isterinya dan menerima HASIL dari pelacuran isterinya, jika sabit kesalahan hukuman MAKSIMUM adalah denda RM4,000 dan/atau penjara tidak lebih 2 tahun dan sebat 6 kali sebatan.

Ini keadilan Islam? Tidak mungkin.

Akhir sekali..berita dari Mahkamah Persekutuan Republik Islam Pakistan..,

"The Federal Shariat Court (FSC) has declared whipping for the offence of drinking as un-Islamic and directed the government to amend the law to make the offence bailable.

A full-bench of the FSC comprising Chief Justice Haziqul Khairi, Justice Salahuddin Mirza and Justice Fida Mohammad Khan gave the ruling on Thursday after hearing the arguments that the Holy Quran asks Muslims to stay away from liquor but does not specifically declares it Haram, or prohibited".

http://www.dawn.com/wps/wcm/connect/dawn-content-library/dawn/the-newspaper/national/shariat-court-rules-whipping-for-drinking-unislamic-959

Penting sangat ke nak sebat pompuan nie? Takde isu lain ke? Ramai lelaki tak bayar nafkah, kenapa tak keluar waran tangkap? Jarang sekali dikeluarkan...

Jangan nak laksana hudud dsb hanya dengan air liur dan kompleks mahkamah yang cantik aje... implimentasi agar ianya dilihat sebagai adil dan saksama adalah lebih penting...

toyol khir said...

apa yang ko mengarut ni labu....

bukan soal penting tak penting sebat pompuan....soalnya dah MINUM ARAK dah didapati bersalah...dah jatuhkan hukuman....tuan badan dah sanggup terima hukuman....

tiba tiba bila dah nak jalan hukuman, tak jadik sebab ada tangan 'ajaib' yang berkuasa menahan dari hukuman dijalankan....

lagi pon itu bukan hudud, dah sah sah UMNGOK (dan pemuda MCA) tolak hudud, dah sah sah pemimpin UMNGOK cakap hormati undang undang yang ada, tapi bila mahkamah syariah malaysia dah jatuhkan hukuman bab sebat sebab MINUM ARAK ni, tetibe menteri kalah bersama gerakan SISnya menyalak nyalak tak henti henti....

undang undang mahkamah syariah yang diolah manusia pon takut nak laksana, macam mana nak jalankan hukaman dari Allah pencipta manusia...

Anonymous said...

Kepada mamat August 24, 2009 3:57PM

Ko tahu tak ape masalah ko walaupun hujah ko agak panjang lebar diatas. Otak ko dah benak sbb UBN.

Cuba ko fikir sejak UBN memerintah adakah dia orang melaksanakan hukum Islam. Dalam Islam kalau dah salah kenalah hukum tapi UBN tak pernah melaksanakana hukum Islam.

Jadi bila ko melalak penting sangat ke nak sebat pompuan nie???
aku jawab senang aje...bukan itu isunya isunya pernah ke hukum islam dilaksanakan oleh UBN.

Kalau hukum islam telah dilaksanakan sejak dahulu lagi takdelah isu hukum islam ini. barulah semua orang takut bebuat jahat. Ngokkk.

najib murugan bt caves said...

anonymos di atas berkemungkinan besar terdiri ahli gerakan SIS...

Anonymous said...

To: August 24, 2009 3:57 PM

Ko rasa pelik sebab tak pernah dilaksanakan oleh UBN. Itu aje isunya. ape punya turrr..tarak sekolah.

najib murugan bt caves said...

oh bukan atas ni....yang lagi satu

anon 3.57

Anonymous said...

Yup gerakan SIS nie dah mmg lama menyesatkan umat ialam msia.

Hoi Anony said...

Penting! sebab pompuan yang insaf itu nak lepaskan hukumannya diakhirat walau pun tak sama dengan hudud, berkaitan dengan waran tangkap yang hangpa mahu dikeluarkan untuk lelaki tak bayar nafkah itu desaklah kerajaan yang anda dokongi selama ini supaya dijalankan, hukuman baru nak laksana sekali dah dikatakan tak adil, dosa meneguk arak itu macamana pula sedangkan ianya salah satu daripada 7 dosa besar? Adilkah anda membiarkan pesalah tersebut kena bakar oleh api neraka? Implementasi konon, hukum hudud belum dibuat bercakap tentang implementasi.

mail lambong said...

Hanya peminum arak dan munafik sahaja yang menganggap hukuman itu tidak adil dan kejam..

semoga allah melaknat golongan fasik dan munafik..amin..

Atok said...

Hukuman untuk orang Islam terbahagi 2...melalui mahkamah Syariah dan mahkamah sivil yang lain ,membuktikan Malaysia bukan mengamalkan undang-undang Islam......nak kata pemerintahnya Islam,dakwa diri mereka Islam.....tapi tak yakin dengan hukum Allah..apa aasan puak umno

1.tak sesuai dengan zaman

2.kita berbilang kaum

3.hukuman primitif

4.menimbulkan keresahan kepada rakyat...

nie membuktikan UMNO memang tidak serius menegakkan islam di Malaysia...

boleh tanya anak-anak muda yang menjadi pencacai umno kat blog nie,ingat la zali and the geng...duit yang ko semua dapat tu duit haram entah dari mana sumbernya.....baguslah buat la duit bulanan untuk mak bapak korang.....
zali bila nak tukar motor baru???? ada pencacai lain dah tukar....

zali said...
This comment has been removed by the author.
zali said...

saya amat tertarik dengan kupasan
fakta yang di bentangkan oleh
encik anon 3:56 & 3:57

saya juga tidak akan menafikan
fakta yang di bentangkan.

saya cuma nak kata mencabar...tak
juga tapi jika dapat encik
bandingkan pula apakah bentuk
hukuman hudud atau perundangan
islam sebenar bagi :

Seksyen 4. Pindaan bagi seksyen 136.
Seksyen 128. Menganiayai isteri atau suami
Seksyen 127. Meninggal langsung isteri
Seksyen 129. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri
Seksyen 33. Pindaan bagi seksyen 177.

saya amat bersimpati juga pada
encik anon 3:56 & 3:57 kerana di
belasah oleh 'puak'nya sendiri
yang buta hati dan perut.

Atok said...

UMNO yang ko puja zali .....sepatutnya dah lama selesaikan semua hukuman dalam islam di Malaysia...tapi mana mungkin..kerana pemimpin umni ssendiri menentang hukum Islam...sudah la zali hoi...banyak duit ko zali

zali said...

begitu juga dengan cuping merah...di
belasah puak sendiri...

apa sudah jadi ni?

Anonymous said...

salam. kita di bulan puasa yg mulia. jgn sebar dan buat fitnah tanpa sebarang bukti dan fakta. hukuman Kartika ini akan dijalankan selepas puasa. bersyukurlah kerana JAIP di bawah kerajaan UMNO melaksanakan hukuman Islam. Kedah dan Kelantan apa macam?

ini hanya pandangan. mohon maaf andai ada yg terasa. yang benar hendaklah disokong walaupun ianya pahit utk ditelan. tq

Anonymous said...

Apakah Hukum pd zahir perbuatan @ lidah @ tulisan @ hati akan hukum hudud dikatakan x sesuai kat MSIA ..tolong taubat sebelum Allah ambil nyawa anda ..tolong jaga akidah anda ..jgn sedap cakap ..Hukum hudud wajid dilaksanakan oleh pemerintah Msia x ada alasan..Jika tidak pemimpin dan bersekongkol dgnnya @ penyokong jawablah diakhirat nanti .. Sy tidak redha undang2 skrg sehingga tertegak Hukum hudud Allah..

zali said...

totok atok totok atok totok...

siapa kata umno menentang hukum
islam?

jangan fikir terlalu mudah...ini
mentadbir negara bukan mentadbir
reban ayam...

kali ni saya cabar totok atok
totok atok totok...cuba nyatakan
hukuman yang setimpal menurut
hudud atau perundangan islam yang
totok atok totok atok totok selalu
laungkan...yang sesuai bagi :

Seksyen 4. Pindaan bagi seksyen 136.
Seksyen 128. Menganiayai isteri atau suami
Seksyen 127. Meninggal langsung isteri
Seksyen 129. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri
Seksyen 33. Pindaan bagi seksyen 177.

Anonymous said...

zali said...

Siapa yang halang Kerajaan Kelantan utk laksnakan hukum Hudud?
kalau amno dan kerajaan pusat..
Sy nak tanya dgn Ikhlas sempurna bulan puasa ni ..adakah anda mahu hukum hudud dilaksanakan diMsia?..
Apakah usaha anda dan adakah anda telah usulkan pd pemimpin anda?
Apakah sudah 50 tahun perintah x cukup masa lagikah?
Atau tunggu akhirat baru sedar?

joostspring said...

yg org2 PAS sibuk2 nk cakap pasal HUDUD ni knp?

pemimpin kau org dah xambk kisah pun pasal HUDUD..ape jd dgn hukum hudud skrg..mana suara2 pemimpin pas perjuangkan hudud..dulu beriya2 nk laksanakan hukum hudud tp skrg hampeh..dasar lidah bercabang..menpolitikkan agama utk keperluan individu..

langsung dah xde isu pasal hudud skrg ni...

zali said...

IPOH 24 Ogos – “Saya terkejut tapi saya tetap dengan keputusan saya. Cuma sekarang saya hendak tahu kedudukan saya dan jangan buat saya seperti bola.”

Demikian reaksi model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno terhadap penangguhan hukuman sebat terhadapnya yang sepatutnya dilakukan hari ini atas kerana kesalahan meminum arak.

Di Kuantan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz memberitahu pemberita bahawa penangguhan itu disebabkan arahan Jabatan Peguam Negara bagi menghormati Ramadan.

harap pencacai pas sabar la tunggu lepas ramadan bagi menyaksikan sendiri hudud di jalan kan...

Anonymous said...

joostspring said.

nak tanya sikit ..Anda redhakah hukum hudud dilaksanakan DiMsia ..

Jika ada Melayu beragama Islam sy mahu anda jawab ya @ tidak ..
Jgn bagi alasan..
Kat dunia ni boleh la bagi alasan dan tangguh2..
Mati ia x lewat satu saat pun ..
Itulah malaikat patuh pd suruhan Allah tanpa delay ..Anda bagaimana?

zali said...

hukuman yang tak pernah di jalankan di kelantan

Anonymous said...

Ini tak ada kena mengena dengan kerajaan mana. UBN atau PR. Kalau nak gunakan syariah, gunakan dengan betul, adil dan saksama. Bukan boleh main taruk label aje.

Contoh si pompuan tu, sebab dia tak mahu merayu keputusan Mahkamah kerana perasaan malu dan juga kos yang akan ditanggung. Bukan 100% rela.

Yang dok kutuk2 dengan lantang tu, adakah:

a. anda bersetuju bahawa hukuman ke atas seorang yang minum arak harus lebih berat dari seorang yang melacurkan dan mendapat hasil dari pelacuran isterinya?

b. anda berpendapat bahawa Mahkamah Persekutuan Syariah Republik ISLAM Pakistan adalah salah di dalam interpretasinya berkenaan dengan hukuman sebat keatas peminum arak?

c. pendapat anda mengenai implementasi syariah ala Arab Saudi di dalam suatu kes dimana seorang doktor dan jururawat telah dijatuhkan hukum khalwat apabila doktor tersebut menaiki keretanya sendiri bersama jururawat tersebut untuk memberi pertolongan kecemasan kepada mangsa kemalangan berhampiran dengan hospital?

Ini perkara yang melibatkan undang-undang yang akan mempunyai efek kepada setiap orang. Bukan main-main. Pakai label Islam tu...

Jangan jadi bodoh, kritikan terhadap implimentasi yang dibuat oleh manusia, enakmen yang dikarangkan oleh manusia bukanlah suatu penghinaan kepada Islam. Pakailah kecerdikan yang telah diberikan. Jangan dok melabel orang dan mencaci tak tentu pasal. Kalau tak setuju, berikan hujah bernas, bukan mengutuk..ish..ish..ish..

Anonymous said...

zali said...

Sekali lagi sy tanya.. siapa yang halang Kerajaan kelantan laksana hukum hudud?
Jika x amno dan BN..
Anda mengaku Beragama Islam setuju tak jika laksana hukum hudud diMsia?
Jawab ya @ tidak
jgn bagi alasan

Anonymous said...

Undang undang agama sendiri pun taknak laksanakan.Guna undang2 kapir.

joostspring said...

sudah2 la PR sebarkan fitnah dibln puasa ni..ckp pasal dosa pahala..tp buat fitnah xsudah2..tgk,kejap je ALLAH dah tunjuk..

Anonymous said...

Bulan Puasa ni dengar2 tazkirah ...

http://www.malaysiakini.tv/video/17665.html

Anonymous said...

joostspring said...

Bila nak jawab soalan atas tu ..
susah sangatka bagi orang mengaku beragama Islam?
Sy bukan tanya DAP @ MCA tapi pd anda?
Jika anda beriman jawablah ..sebab ia melibatkan akidah anda.

Anonymous said...

Umnolah penentang hukum2 islam bukannya puak kapir.
Dr Mahadir pada 14/8/1994 di Pasir Mas Kelantan,berkata kerajaan pusat akan ambil tindakan jika kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.Islam akan mundur jika hudud dilaksanakan.
Najib pada 20/4/1983 ditulis oleh wartawan dalam utusan berkata negara akan huru hara sekiranya undang2 islam dilaksanakan.
Sekarang apa jadi pada negara bilamana mengamalkan undang2 penjajah.??

joostspring said...

anom 5.16

aku redha...

kl betul PAS menperjuangkan HUDUD krn islam, knp sekarang ni xada langsung isu pasal hudud..bila DAP mintak pendirian PAS pasal HUDUD,berbelit2 lidah si HUSAM pusing cerita .. sbb takut hilang sokongan org cina.

TP skrg ni dah xde langsung dah..tambah2 lg slpas jd penjilat DAP dgn PKR..

npk sgt PAS ni gunakan islam utk tujuan politik sahaja..

UMNOmunafik@anti-islam said...

tv3,utusan melayu,berita harian dan bangsat2 umno hari2 duk wat fitnah!!

UMNOituNAJISSS said...

jootspring,

dasar umno keparat!!bcakap xdak fakta!!

Anonymous said...

Utk admin TP

joostspring said...
zali said...

kita tunggu jawapan dua orang diatas ,,
Kita mahu telus drp akidah ..
Sebab skrg ramai melayu sudah murtad diMsia tercinta ini
so kita mahu kepastian dua orang itu ..
admin tolong ambil perhatian jawapan dua orang .

Anonymous said...

bila orang kata amnu wat islam plastik, takleh bawak masuk syurga... tau pulak marah... nak gak masuk syurga... tapi laksanakan Islam jenis nih.. apa ke barang???

Anonymous said...

joostspring said...

Terima kasih atas jawapan anda ..
Jadi anda penykong amno sy minta tolong usulkan ini keatas ..
terima kasih

Anonymous said...

joostspring said.

nak tanya sikit ..Anda redhakah hukum hudud dilaksanakan DiMsia ..

Jika ada Melayu beragama Islam sy mahu anda jawab ya @ tidak ..

Jawapan bukan semudah ya atau tidak. sebagai Muslim ianya seharusnya ya tetapi sekiranya pengolahan dan pengarangan enakmen tersebut mempunyai mekanisme untuk mengelakan salah guna dan kezaliman.

Malangnya, enakmen hudud dan qisas yang di keluarkan oleh PAS Kelantan telah di olah dan dikarang dengan cara yang agak simplistik tanpa mengambilkira proses mengambil dan menerima keterangan di Mahkamah. Ia mempunyai pelbagai masalah dari segi praktikal, contohnya pembuktian adalah hanya secara 4 orang lelaki sahaja, tidak ada peruntukan untuk kaedah saintifik seperti dna dan sebagainya. Oleh sebab itu, ianya mungkin akan menyebabkan mangsa rogol tidak mahu melaporkan jenayah tersebut.

Jadi, sekiranya persoalannya ditanya, samada saya setuju dengan hudud sebagaimana interpretasi PAS di dalam Enakmen Hudud dan Qisas yang sedia ada, jawabnya adalah tidak.

Anonymous said...

tolak hukum Islam seperti menghina agama IslaM itu sendiri..wahai puak umnooo,sedarlah sikit..di dunia ni mmg lah boleh elak undang2 Islam,tetapi bila kamu mampus nanti,bolehkah kamu nk elak, mintak kat malaikat,nak pakai undang2 sendiri,nak mintak malaikat denda je,tulis saya jahat kat kertas 200x..itu mmg cari nahas...heheheheheheh.....bodoh piang thp 7 korang ni......tq

Anonymous said...

Kalau PAS nak laksanakan hukum islam nak tanya Dap apa kejadahnya.Diaorang kapir mestilah taknak.
Tanya dan minta sokongan UMNO lah sebab dia melayu islam jugak.Tapi umno pun sama jugak kapirnya macam mic,mca,dap sebab menolak hukum2 dilaksanakan.

Anonymous said...

August 24, 2009 5:39 PM

Hendak seribu daya ..tanyalah amno bila hukum hudud yg benar bagi anda? Dah 50 tahun x cukup masa ke?

Anonymous said...

hudud? meluat ako mndngarnya dimana hudud? kate karpal singh langkah mayat ako dulu.. baru pas tubuh negara islam/hukum hudud.. pie lah!

hudud? lim kit siang ..siang2 dah kate hadi tak boleh jadi pm sebab dia akan ikut hukum hudud/tubuh negara islam

hudud? kelete dah brapa pnggal di printah pas tak prnah pun hukum peminum arak cara hudud..

tokguru2 hududkan dulu karpal sing & lim kit siang baru lah gua caye sama lu punya hudud.. cakap ta serupa bikin tak guna

tokguru2 sunat kan lah dulu geng kau dalam pakatan rapuh tu kemudian perkatakan hudud merapuh jer

joostspring said...

PAS lidah bercadang..guna islam utk tujuan politik dan kepentingan peribadi....

Anonymous said...

Penakut rupanya umngok ni nak laksanakan hukuman islam(sebat) pada peminum arak tu..Ni mesti dah kena jerkah dengan Soi Lek..

joostspring said...

HUDUD hanya mainan politik pas sahaja...

aku nk tanya org PAS


dalam setahun dua ni siapa pemimpin pas yg lantang perjuangkan HUDUD...

boleh siapa bgth aku...

Anonymous said...

Baik Pas lah guna islam dalam cara hidup,jootspring..yang umno tu buang islam,hina islam

Anonymous said...

Pemuda PAS bantah konsert rock

Pemuda PAS membantah keras keputusan kerajaan membenarkan kumpulan Michael Learns To Rock (MLTR) mengadakan persembahannya di Genting Highlands awal bulan depan.

Konsert ini "penghinaan besar" kepada umat Islam dan negara ini kerana ia diadakan pada bulan Ramadhan, kata ketua dewan itu Nasrudin Hassan hari ini.

"Pemuda PAS mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini.


"Di mana ia adalah suatu tindakan yang kurang ajar dan penghinaan besar terhadap umat Islam di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jom amno join sekali buat pahala lah bulan puasa
Amar makruh nahi murkar

http://www.malaysiakini.com/news/111261

Anonymous said...

Popular ngalahkan siti nurhalizard pulak si peminum arak Kartika ni dipromote kat tv.Dekat muka depan utusan meloya dibubuh gambarnya besar2,melalaklah kata umno dah nak laksanakan hukum islam..tapi..hampeh.Buat main main je.

Anonymous said...

BODOH NYA KORANG,HUKUM HUDUD ADALAH TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN BG SETIAP ORANG YG MENGAKUI DIRINYA ISLAM UTK MENEGAKKANYA,BUKAN HANYA PADA PAS SAHAJA BODOH.KO NI ISLAM KE YAHUDI???LENKALI BELAJAR CKIT AGAMA,ORG MCM JOOTSPRING NI MMG FARDHU AIN PONG FAIL,GILOSSS...

joostspring said...

thank anom 5.56..

aku mls nk gn bahasa kesat ko mu..

Anonymous said...

August 24, 2009 5:56 PM

Biasa le x kan x kenal amno kut?
benar tu pahit bagi amno

kat Msia dah ramai "free Thinker "
so hati2lah

Anonymous said...

orang islam yang mempertikaikn hukum hudud mmg jahil ttg islam itu sendiri..hukum Allah swt cuma pakai separuh,yg separuh lg buang..ini mmg keje bodo..kamu tunggulah di akhirat nanti..mengaku islam tp tak pakai tudung..apa hukumnya itu???isteri piem pom tak pakai tudung??alamak telebih suda....

Anonymous said...

Dr Mahadir pada 14/8/1994 di Pasir Mas Kelantan,berkata kerajaan pusat akan ambil tindakan jika kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.Islam akan mundur jika hudud dilaksanakan.
Najib pada 20/4/1983 ditulis oleh wartawan dalam utusan berkata negara akan huru hara sekiranya undang2 islam dilaksanakan.

Anonymous said...

Tengku Temenggong, MB solat hajat elak H1N1

Ketika orang ramai di tempat lain sedang bersiap menyediakan juadah sahur, rakyat Kelantan pula menunaikan solat hajat memohon dihindari bala virus influenza A H1N1.

[URL="http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22237&Itemid=1/"][B]"Read More.."[/B][/URL]

Anonymous said...

Jootspring lega lah dia model tu tak kena sebat..Kalo tak dia pun kena sebat jugak sekali nanti bila undang2 syariah mula digunakan.Selamatlah dia nak minum..take beer tu sesuai dengan umngok.

Anonymous said...

Sharizat minta supaya Kartika tidak disebat.

Anak lawin Papulut said...

joostspring.....tahniah dapat upah jadi pencacai kepada umno....duit upah tu halal ke??? nanti bue ke mak bapak mu ah...jange lupo pulok.....

Anonymous said...

AKO NAK DENGOR AL FADIL USTAZ NGEE & NGAH DOK CERAMAH PASAI HUDUD,TOKGURU PUNG DAH IKTIRAF USTAZ NGEE & NGAH BACA AYAT SUCI AL QURAN KAT PERAK

HARAP2 TOKGURU BOLEH SUNATKAN USTAZ NGEE & NGAH KALU TAK SUNAT MASIH KULUP BANYAK ANU NYE... PUTIH2 KOTORAN KAT HUJUNG2 TU..

Anonymous said...

anony 7;01
memang sah ko bangang!

Ayah Ngah said...

...dulu ada kes kat ganu, dalam ceramah dio kata Imamkan orang Umno tak sah solat.

Nikoh ngan Iman Umno juga tak sah, bicara dimasjid Ladang keputusan mahkamah didapatu slah kerana ceramah tak dok permik je. berita akhbar jangan kiro lah pasal fatawa pas konon.

ado sapo2 ingat lg ko cerita tu....

Umno ada wat kuar buku pasal ajaramn sesat...

sapa leh bg komen?

Anonymous said...

Sapa penceramah tu Ayah Ngah.?Nipu bulan2 posa ni sia sia je puasa.Suka dengar ceramah Pas rupa2 nya orang umngok ni..
Alhamdulillah

Anonymous said...

umno:mengaku islam,tidak patuh dan tidak taat perintah ALLAHswt. fakta:punya la cerdik islam umno! pie eim pertama hingga ke enam, semua isteri tak menutup aurat! sesungguhnya golongan munafiq disisi ALLAHswt ditempatkan neraka yang terbawah dari orang orang kafir!orang munafiq kekal selamanya dalam neraka?waallahualam.

Anonymous said...

Kalau tak suka dengan PAS pun...bawak2 la mengucap...jangan dipertikai pulak Hukum Allah S.W.T...kalau tidak melakukan kesalahan apa nak takut...buat la hukum apa pun tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan...parti-parti jugak saudara-saudara...jangan lupa kita akan kembali kepada yang Maha Esa...cakap tu biar pakai akal & iman sikit...takut2 dunia rugi...akhirat yang abadi lagi rugi...wallahualam...

Anonymous said...

Tuan zali, orang tanya tu ...

"nak tanya sikit ..Anda redhakah hukum hudud dilaksanakan DiMsia ..

Jika ada Melayu beragama Islam sy mahu anda jawab ya @ tidak?"

zali said...

anon 11:04

berat soalan ni sebab sesuatu
duduk perkara tu bukan saya yang
berhak untuk me'redho'kannya
melainkan Dia.

tapi kalau di tanya setuju atau
tidak...maka saya akan kata :

YA SAYA SETUJU HUDUD DI LAKSANAKAN
DI MALAYSIA.

soalan dah dijawab...sila lah
belit,kisar,putar,pusing jawapan
tu untuk tujuan mengenakan.

silakan...

Anonymous said...

Zali..Dahko setuju hukum hudud dilaksanakan kenapa ko tidak menyokong Pas.Ko nak harap UMGOK utk laksanakan.Kan UMNGOK menentang hukum islam ni dilaksanakan tapi ko masih bengong dok sokong lagi.Baik ko ajak kawan ko jootspring dan orang umngok yang lain tu sokong hukum ni.Terangkan pada dia kebaikan hukum hudud ni.

zahid ehud said...

undang undang syariah malaysia ni bukan hudud lah

apa ke baghal org UMNGOK ni!

undang undang syariah ciptaan manusia pon macam macam alasan nak jalankan, lagi nak kecoh pasal hudud... Hudud tu hukum Allah...itu hukuman yang dah ditetapkan oleh pencipta manusia untuk manusia

dan pada si bghal yang mempertikaikan pasal keadilan dalam perlaksanaan hudud.... ko cuba pertikai hukum Allah ke... ko tak rasa dah murtad ke bila pertikai hukum Allah ni.... Pencipta mestilah dia tau apa yang sesuai untuk ciptaanNya....

manusia ni sifatnya lemah, tak tercapai fikiran manusia untuk fikirkan apa yang Allah dah atur untuk manusia....

yang dok menyalak pasal 'kenapa PAS tak laksana hudud' 'nak kene tanya DAP dulu la untuk laksana hudud'..... apa benak sangat otak penyokong UMNO yang tulis macam ni...

kenapa UMNO tak sama sama dengan PAS untuk jalankan hukuman Allah untuk org islam.... tanya org kapir mmg la diorang taknak...diorang nak menetang tu diorang punya pasal la....bukan DAP je MCA, Gerakan ,MIC seme menentang.....tapi pedulik la
bukan untuk diorang pon.... yg pelik nya puak pemimpin UMNO yang mengaku islam tapi join sekali menentang perlaksanaan hukum Allah

pemimpin umno dok sama sama dengan org kapir macam MCA, DAP, GERAKAN, MIC untuk tolak hudud....hina hukum hudud... bodoh punya puak umno.....

untuk zali,
suami yang lacurkan isteri dia, jika dan menepati syarat untuk laksana hudud maka dihukum dengan hukuman zina, (bukan isteri yang dilacur kena hukum tapi suamai yg melacur, ni nak kene bagitau sebab puak UMNGOK ni biasanya bodoh...)hukuman untuk zina adalah 100 kali sebat bagi yg belum kawin dan rejam sampai mati bagi yg dah berkawin.

manakala peminum arak jika cukup syarat untuk dihukum maka hukumannya adalah sebat...

paham ke puak UMNGOK ni, ke memang dah hitam hati untuk terima....

Anonymous said...

Bila undang-undang di permainkan, maknanya pemerintah negara ini telah menipu rakyat.

Anonymous said...

Bila undang-undang di permainkan, maknanya pemerintah negara ini telah menipu rakyat.

Anonymous said...

zahid ehud, kalau tak gunakan bahasa kasar tak boleh ke? Biadap sungguh.

"dan pada si bghal yang mempertikaikan pasal keadilan dalam perlaksanaan hudud.... ko cuba pertikai hukum Allah ke... ko tak rasa dah murtad ke bila pertikai hukum Allah ni.... Pencipta mestilah dia tau apa yang sesuai untuk ciptaanNya...."

itu bezanya, yang dipertikaikan adalah cara ianya dilaksanakan, bukan dipertikaikan hukum Allah. Yang tukang drafkan enakmen untuk melaksanakan hudud manusia bukan Allah. Perlaksanaannya adalah melalui tafsiran dan pemahaman Al-Quran dan Hadith. Masih memerlukan penggunaan akal fikiran oleh pihak yang diberi tanggung jawab untuk laksanakannya. Jadi perlaksanaan oleh manusia tidaklah perfect dan oleh itu boleh dikritik. Kita kritik secara ilmiah bukan cara mencaci hamun. Jelas saudara tidak berkemampuan nak menjawab kritikan jadi diamlah.. tak payah nak maki hamun orang lain atas dasar menegakkan Islam. Walaupun tanpa maki hamun saudara, Islam dah berkembang dengan baik selama lebih 1400 tahun.
Kalau saudara terlalu bodoh untuk memahaminya, sepatutnya jangan nak komen. Itu la.. melatah tak tentu pasal sendiri yang nampak bodoh..

bodik said...

woi zali, mmg umno yahudi menentang hukum Allah. buat apa PM nak suruh buat rayuan lg. hukum tetap hukum, lg pun tuan punya badan pun suruh sebat. kenapalah puak2 umno yahudi ni bingai2 belaka. buat aapa nak takut kena sebat, kenapa?, ramai org umno teguk arak ke yg takut sgt kena sebat.