"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 21, 2009

Khabar Peristiwa Exco Menumbuk Tetamu Adalah Satu Pembohongan

Khabar angin ini telah disebarkan oleh blog Tinta Merah kepunyaan Sayuti Omar. Kononnya sewaktu Rumah Terbuka PAS Pusat minggu lepas, berlaku peristiwa seorang EXCO Kerajaan Negeri telah menumbuk salah seorang tetamu yang menghadziri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya AidilFitri PAS Pusat di Taman Melewar minggu lepas.

Sayuti berkata peristiwa ini dikhabarkan kepada beliau oleh salah seorang ahli PAS yang turut menghadziri majlis tersebut. Beliau berkata ahli PAS tersebut menyaksikan peristiwa itu berlaku. Beliau juga berkata Salahuddin Ayub menelepon beliau tengah malam buta untuk mendapat maklumat tersebut. Dan beliau berkata Mahfuz Omar mengetahui EXCO mana yang menumbuk itu.

Silalah ke blog MSO untuk mendapat “dakwaan” tersebut. Carilah link ke blog beliau sendiri. Cumanya, Nampak tak trick beliau menggunakan nama Mahfuz dan kononnya Salahuddin Ayub menelefon beliau. Dia menjual nama-nama pimpinan ini untuk membina “kredibiliti” beliau sedangkan beliau telahpun terbukti seorang pembohong.

Sayuti Omar/MSO/Tinta Merah Ada Rekod Berbohong

Beliau telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap Husam Musa kerana Husam tidak mahu menolong serta mengagalkan usaha rakan bisness beliau (yang UMNO) dalam projek Jihad Ternak kerana Husam tak rela tengok Kerajaan Negeri Kelantan membeli kambing Jamnapari dari rakan beliau dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.( Rujuk laporan di sini)

Serangan-serangan fitnah beliau telah diambil oleh ADUN2 UMNO terutamanya Norzula Mat Diah dan laporan2 BPR telah dilakukan oleh Norzula Mat Diah yang mana laporan2 beliau itu kebanyakkannya adalah print-out dari blog MSO/Tinta Merah/Suyuti Omar.

Lantaran dari itu, Husam telah disiasat atas bawah oleh BPR di kesemua pejabat Husam termasuk portfolio2 beliau yang selain EXCO. Hasil penyiasatan BPR menunjukkan Husam Musa BERSIH dari tuduhan salahlaku dan rasuah sama sekali.

Ia memaksa Norzula Mat Diah meminta maaf secara terbuka di Bangunan DUN Kelantan awal tahun ini dan mengeluarkan notis permohonan maaf dalam Berita Harian. Untuk melihat butir-butir ini, sila baca di sini)

Ini bererti Sayuti Omar telah menyerang Husam Musa dengan khabar2 fitnah hanya kerana Husam Musa tidak mahu menyokong usaha rakan bisness beliau yang menjadi penyokong tegar UMNO di Selangor. Beliau membuktikan kepada kita bahawa beliau tidak segan untuk berbohong demi kepentingan dan kehendak peribadi beliau.

Iskandar Samad Pun Jadi Mangsa Fitnah

Suka saya katakan bahawa Iskandar Samad tidak terlibat langsung dalam isu ini. Iskandar tidak berada di Rumah Terbuka PAS Pusat sama sekali kerana beliau terpaksa menghadiri banyak majlis rasmi pada hari itu.

Kasihan Iskandar Samad terpalit dengan cerita fitnah ini.

Tulang Besi

Wala’ (Ketaatan) Membuta Tuli Hanya Akan Menghancurkan Islam

Generasi para Sahabat telah melihatkan betapa Islam berjaya menundukkan Empayar Farsi dan 4/5 dari Empayar Rom-TImur. Mereka dilatih oleh Nabi untuk menghayati Islam 100% dan mereka mencerminkan generasi islam yang paling unggul.

Apabila timbul isu wala’(ketaatan) dalam PAS, maka sudah tentulah kita mesti merujuk kepada contoh dan tauladan jumhur para Sahabat RA tentang bagaimana mereka menzahirkan ketaatan mereka kepada kepimpinan.

Dibawah dinukilkan salah satu contoh bagaimana para Sahabat RA memanifestasi konsep wala’ kepada pimpinan:
Ini bererti walaupun para sahabat telah menzahirkan ketaatan kepada Khalifah, tetapi apabila dilihat Khalifah seperti melakukan korupsi/kesalahan/kebobrokan, maka tanpa takut mereka menegur Khalifah.

Barang diingat di bawah kepimpinan Saidina Umar, Islam telah mengalahkan Empayar Parsi dan menawan 4/5 dari empayar Rom Timur. Maharaja Heraklius telah mengasingkan diri dan mati dalam keadaan gila selepas tenteranya dikalahkan oleh tentera Islam di bawah pimpinan Abu Ubaidah Ibnu Jarrah dan Khalid Ibnu Walid di Yarmuk, Syam/Jordan.

Generasi sahabat yang tidak takut menegur kepimpinan inilah yang diberikan kemenangan oleh Allah SWT dgn begitu gemilang. Dalam sekelip mata, empayar Islam telah menjadi satu kuasa dunia setelah jatuhnya Farsi dan Rom kepada Islam.

Wala’ Dalam PAS Lebih Hindu dari Islam

Kalau contoh para sahabat ini digunakan sebagai kayu ukur, barulah kita faham mengapa PAS tidak menang selama ini. Menang pun, bukan atas dasar kekuatan tetapi atas dasar protest dari rakyat semata-mata.

Jauh sangatlah tarbiyyah PAS ini kalau hendak dibanding dengan tarbiyyah para Sahabat Nabi SAW. Bagi saya, selagi ahli-ahli PAS dilatih memberi ketaatan membuta tuli, apa bezanya PAS dengan UMNO?

Ketaatan membuta tuli kepada pemimpin adalah sifat generasi yang tidak taat kepada Allah SWT. Ketaatan membuta tuli hanya khas kepada Allah dan Rasul SAW dan tidak boleh diberikan kepada manusia.

PAS hanya akan maju sekiranya amalan mengkritik dan memberi idea ini disuburkan. PAS hanya akan diberikan kemenangan gemilang dalam Malaysia sekiranya amalan wala’ yang sebenar mengikut acuan Islam dibenarkan bercambah dan membiak dalam PAS.

Hakikatnya, amalan ketaatan atau wala’ dalam PAS adalah manifestasi dari pengaruh Hindu dalam masyarakat Melayu berbanding dengan pengaruh Islam itu sendiri.

Bayangkan bagaimana ada pimpinan2 PAS yang tiada pendapatan tetap tetapi boleh membeli rumah banglo, kereta mewah serta ada pengawal yang bersepah. Namun, ahli-ahli PAS tidak langsung mahu mempersoalkan perkara itu, Berbeza sama sekali dengan para Sahabat Nabi SAW yang mempersoalkan Khalifah kerana membuat baju baru sahaja.

Patutlah Allah SWT tidak mahu memberi kemenangan kepada PAS.

Tulang Besi