"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 21, 2009

Wala’ (Ketaatan) Membuta Tuli Hanya Akan Menghancurkan Islam

Generasi para Sahabat telah melihatkan betapa Islam berjaya menundukkan Empayar Farsi dan 4/5 dari Empayar Rom-TImur. Mereka dilatih oleh Nabi untuk menghayati Islam 100% dan mereka mencerminkan generasi islam yang paling unggul.

Apabila timbul isu wala’(ketaatan) dalam PAS, maka sudah tentulah kita mesti merujuk kepada contoh dan tauladan jumhur para Sahabat RA tentang bagaimana mereka menzahirkan ketaatan mereka kepada kepimpinan.

Dibawah dinukilkan salah satu contoh bagaimana para Sahabat RA memanifestasi konsep wala’ kepada pimpinan:
Ini bererti walaupun para sahabat telah menzahirkan ketaatan kepada Khalifah, tetapi apabila dilihat Khalifah seperti melakukan korupsi/kesalahan/kebobrokan, maka tanpa takut mereka menegur Khalifah.

Barang diingat di bawah kepimpinan Saidina Umar, Islam telah mengalahkan Empayar Parsi dan menawan 4/5 dari empayar Rom Timur. Maharaja Heraklius telah mengasingkan diri dan mati dalam keadaan gila selepas tenteranya dikalahkan oleh tentera Islam di bawah pimpinan Abu Ubaidah Ibnu Jarrah dan Khalid Ibnu Walid di Yarmuk, Syam/Jordan.

Generasi sahabat yang tidak takut menegur kepimpinan inilah yang diberikan kemenangan oleh Allah SWT dgn begitu gemilang. Dalam sekelip mata, empayar Islam telah menjadi satu kuasa dunia setelah jatuhnya Farsi dan Rom kepada Islam.

Wala’ Dalam PAS Lebih Hindu dari Islam

Kalau contoh para sahabat ini digunakan sebagai kayu ukur, barulah kita faham mengapa PAS tidak menang selama ini. Menang pun, bukan atas dasar kekuatan tetapi atas dasar protest dari rakyat semata-mata.

Jauh sangatlah tarbiyyah PAS ini kalau hendak dibanding dengan tarbiyyah para Sahabat Nabi SAW. Bagi saya, selagi ahli-ahli PAS dilatih memberi ketaatan membuta tuli, apa bezanya PAS dengan UMNO?

Ketaatan membuta tuli kepada pemimpin adalah sifat generasi yang tidak taat kepada Allah SWT. Ketaatan membuta tuli hanya khas kepada Allah dan Rasul SAW dan tidak boleh diberikan kepada manusia.

PAS hanya akan maju sekiranya amalan mengkritik dan memberi idea ini disuburkan. PAS hanya akan diberikan kemenangan gemilang dalam Malaysia sekiranya amalan wala’ yang sebenar mengikut acuan Islam dibenarkan bercambah dan membiak dalam PAS.

Hakikatnya, amalan ketaatan atau wala’ dalam PAS adalah manifestasi dari pengaruh Hindu dalam masyarakat Melayu berbanding dengan pengaruh Islam itu sendiri.

Bayangkan bagaimana ada pimpinan2 PAS yang tiada pendapatan tetap tetapi boleh membeli rumah banglo, kereta mewah serta ada pengawal yang bersepah. Namun, ahli-ahli PAS tidak langsung mahu mempersoalkan perkara itu, Berbeza sama sekali dengan para Sahabat Nabi SAW yang mempersoalkan Khalifah kerana membuat baju baru sahaja.

Patutlah Allah SWT tidak mahu memberi kemenangan kepada PAS.

Tulang Besi

22 comments:

thatguy said...

ini aku suka...ambil mana yg baik..jadikan iktibar..bukan membuta saja..

http://colourluna.blogspot.com

abang lan said...

Saya ingat tulisan topeng perak...

Tulang Besi rupanya. Patutlah ayatpun boleh agak. Isinya ada... bagus buat renungan. Tapi akhlak dalam menyusun ayat tu kurang. Tak seperti orang soleh.

Saya tahu Tulang Besi memang dari dulu tak suka ke PAS. Tapi baguslah berterus-terang memberikan komen dan komplen. Ia boleh membawa kebaikan kepada PAS. Semoga Tulang Besi terus menulis dan mengkritik, tetapi dengan lebih berakhlak.

Anonymous said...

ini lagi sorang yang suka bermuka-muka....

haruskah kita meletakkan kepercayaan kepada org seperti ini?

Anonymous said...

Tulang besi,

Berkaitan dengan Wala’ Dalam PAS Lebih Hindu dari Islam... nampaknya kau dah mula mencarut lagi terhadap ahli dan pemimpin PAS..?

Benarkah "Ketaatan membuta tuli kepada pemimpin adalah sifat generasi yang tidak taat kepada Allah SWT...?"... aku kurang pasti.

Pada pandangan aku, wala' yang diamalkan oleh ahli PAS kepada pemimpin dan parti adalah pekara yang sama diamalkan oleh ahli UMNO kepada pemimpin dan parti mereka.

Dalam PKR dan DAP juga akan menitik beratkan tentang kesetiaan dan ketaatan ahli kepada pemimpin dan parti mereka.

Bagaimana mereka mempengaruhi ahli supaya taat..? bergantung cara mereka memanipulasikan keadaan suasana.

Bagi orang yang bijak walau pun hanya bertaraf ahli biasa dalam parti menilai makna taat pada pemimpin dan parti hanyalah berkisar pada hala tuju parti dan daya kepimpinannya ketua yang dilantik.

Kalau pemimpin sudah disahkan tidak boleh mentadbir atau melakukan kesalahan, apakah sebagai ahli yang bijak akan menyokong terus pemimpin tersebut...? Lu fikir lah sendiri.

Tapi ada sesetengah ahli begitu taksub pada pemimpin bukan kerana mereka bodoh tetapi mereka menjual ketaatan kepada pemimpin kerana mereka mengharapkan sesuatu ( ? ) yang ada dari pemimpin tersebut.

Tapi aku tidak bersetuju dengan pendapat kau seperti "Ketaatan membuta tuli hanya khas kepada Allah dan Rasul SAW dan tidak boleh diberikan kepada manusia...?"

Aku bukan pandai sangat dalam bab agama tetapi berkaitan dengan ketuhanan aku amat peka dalam melihat bahawa Allah itu wujud, dan telinga aku mendengar bahawa Allah itu berkata-kata. Sila rujuk zat Allah dalam sifat 20.

Mungkin kau akan kata aku sudah gila bila aku katakan bahawa aku melihat Allah dan mendengar kata-kata allah melalui diri batin aku..? Mungkin ada diantaranya akan menuduh aku berhadapan dengan syaitan, jin, iblis atau sudah tersesat..?

Aku keluarkan segala kemungkinan itu adalah kerana ramai orang mengaku islam tapi tidak pernah percaya wujudnya Allah. Jika penganut islam benar-benar menghayati agama ketuhanan itu aku percaya Pak Lah tidak akan cipta islam hadhari untuk rakyat Malaysia. Itu semua mengelirukan.

Sebenarnya ahli PAS tidak perlu rasa terkongkong dengan wala' jika ada idea yang bernas untuk membetulkan kepincangan parti.

Pemimpin yang ada sebenarnya tidak kekal, tiba masanya mereka akan berundur atau disingkirkan. Tetapi parti tidak akan berubah walau seratus tahun lagi, oleh kerana itu berkhidmat untuk parti adalah lebih penting dari berkhidmat untuk pemimpin yang bermasaalah.

KopiO said...

http://warkahdaily.blogspot.com/2009/10/siapa-jembalang-yang-ingin-menjatuh.html

Anonymous said...

Tidak kira PAS,PKR dan DAP semua adalah parti yg bukan calang2 hebat pengaruhnya.sekiranya parti bertiga di ats bersatu dan menjadi suara dan wakil setiap kaum di Malaysia insyaallah kita akan berjaya meluput nama UMNO kepada anak2 bangsa kita pada masa akan datang.kita harus bersatu menentang penyelewengan oleh UMNO.RAKYAT berhak mengkritik untuk kebaikan parti kerana motifnya tetap sama menumbangkan UMNO dan membentuk negara yg bebas rasuah dan menolak penindasan oleh golongan atasan parti UMNO.

Tulang Besi said...

Abang Lan,

isi orang soleh tu macamana? BOleh cerita sikit tak?

Bagi nas sekali kalau boleh.

Anonymous said...

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22895&Itemid=1

Jaga kenyataan masing-masing

NaNbN said...

Tuan2 Abang2 Adik2.Tidak kiralah parti mana yang harus disokong dan diundi atau di Wala dalam pilihan raya kita memiliki akal untuk berfikir yang mana parti dan pemimpin terbaik kepada negara dan generasi kita,yang penting jangan lupa pesanan junjungan besar Nabi Muhammad (Rasulullah SAW)dan takdir Allah Taala.

Sabda Nabi SAW: "Tidak masuk syurga kepada orang yang ada tersimpan dalam hatinya seberat zarah daripada perasaan takbur/besar diri"

Lagi Sabda Nabi SAW: "Jangan kamu bersahabat dengan orang yang berjiwa mati,menjadi mati pula hati kamu" Sahabat bertanya: "Yang mana satu orang mati,wahai Rasulullah?" Sabda Baginda: "Orang yang gemar kepada kemuliaan dunia dan menurut hawa nafsunya.Itulah asal segala kejahatan"

Janganlah kamu bersahabat dengan orang yang jahil yang semakin bertambah dosannya.

Bersahabatlah kamu dengan orang alim 'orang yang berilmu tentang Allah Taala' yang sebenar2nya iaitu iktikadnya yang benar2 menambahkan ilmu.

Janganlah anda belajar ilmu kepada orang alim yang tamakkan harta dan kemulian dunia yang membawa,kearah kebinasaan.Itu bukan orang alim yang sebenar tetapi orang alim yang membawa/memiliki syaitan yang dilaknati Allah.

aesalno said...

abg lan...hmmm...bila dah kritik tuh... pandai2 lah bagi pendapat.. jgn sampai mengelirukan.. isi orang soleh? mcmana tuh ah? ekekeke... tulang besi pun dah keliru dah tuh..

Anonymous said...

ok la ak bg kredit kt tulang besi...satu statement yg boleh dijadikan pedoman....

klo TP punye entry mengarut.....penuh dengar kutukan dan carutan..

Anonymous said...

Jangan pandang ORANG yang berkata...TAPI pandang APA dia kata..memanglah ini falsafah SEKULAR...tapi RAMAI orang guna...ABAH merokok, kau sebagai ANAK jangan merokok..keh..keh..

Sebab itu Islam adalah agama TERTINGGI..Firman Quran bermaksud: Amatlah besar kemurkaan di sisi Allah kepada orang yang tidak BERBUAT apa yang DIA katakan...

Ringkasnya CAKAP SERUPA BIKIN...
Kalau rasanya betul Tulang Besi cakap...BERUBAHLAH...jangan MARAH...berpesan2 atas keSABARan dan di atas perkara kebenaran...Surah Al 'Asr

Anonymous said...

Apa pula jd bila Wala' pd pemimpn walaupun pemimpin tu buat perkara yg memang kita tak setuju? Cthnya nak buka sayap pd KPP dlm PAS?

Anonymous said...

anon 2:46PM

saya petik dari JEBAT MENGKUDA Said... Ringkasnya CAKAP SERUPA BIKIN ???

Anonymous said...

keh !! keh keh !!!

lurus said...

Lagikan Khalifah Umar pun prnah ditegur dan minta ditegur, x kan pmmpin Pas dan ahli Pas x bleh ditegur.. kita x nmpak ape yg kita buat tp orang disekeliling melihatnya dgn jelas. aku dh lama nkkan Pas memerintah Malaysia wlaupun aku bukan ahli Pas. Sebab Pas perjuangkan Islam dan ia juga mengutamakan pendapat ulama dlm setiap isu. diharap2kan Pas akan trus perjuangkan Islam yg tulin sama dgn ape yg dibawa oleh Rasulullah SAW. bilalah agak2nyer tiba hari yg indah tu yek.....

matstimketum said...

diharap ahli pas tidak terikut seperti ahli umno yang tak berani menegur pemimpin mereka! menegur pemimpinpun ada hemahnya dan bukan untuk mengaibkan seseorang. wallahualam.

Anonymous said...

nak tegur pemimpin xde masalah..tapi kena ikutlah adab2nya...yang masalahnya reaksi pemimpin di atas teguran daripada orang yang dipimpinnya..seharusnya itupun perlu dititikberatkan kerana kebanyakan pemimpin sekarang bukanlah seperti pemimpin zaman generasi rabbani dahulu...

Anonymous said...

"diharap ahli pas tidak terikut seperti ahli umno yang tak berani menegur pemimpin mereka! menegur pemimpinpun ada hemahnya dan bukan untuk mengaibkan seseorang. wallahualam."

Pirahhh..jangan serupa UMNO konon..
Awat hangpa tu maksum sangat kaaa..."Bayangkan bagaimana ada pimpinan2 PAS yang tiada pendapatan tetap tetapi boleh membeli rumah banglo, kereta mewah serta ada pengawal yang bersepah. Namun, ahli-ahli PAS tidak langsung mahu mempersoalkan perkara itu"
Tulang besi pun mengaku hangpa kaki songlap....

Tulang Besi said...

Tulang besi pun mengaku hangpa kaki songlap.....

Bukan kaki songlap, tapi dah kena beli dengan UMNO

Anonymous said...

YG PENTING AKU TETAP TOLAK UMNO DAN BERSAMA PEMBANGKANG.

Anonymous said...

woi JEBAT MENGKUDA.... mana ada dalam dunia ni orang cakap serupa bikin?????? kalau ada alamat hancus la dunia ni

@contoh cakap serupa bikin;
-cakap kongkek, wui rasa syok serupa tengah kongkek. addaka????