Pemuda UmnGoK Bukit Katil, Melaka didakwa bertindak liar dengan memecahkan peralatan milik PAS dan DAP dan menimbulkan kekecohan sehingga tercedera seorang ADUN pembangkang, malam tadi.
Sewaktu kejadian, dua parti Pakatan Rakyat itu - yang sedang mengalami konflik besar di Kedah - sedang berkempen menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih baru di sebuah pasar malam.

"Antara kata-kata yang keluar dari mulutnya (Jailani) adalah seperti bangsat, YB bodoh, YB tidak tahu undang-undang dan sebagainya," kata Sofi Wahab.
"Bukan itu sahaja beliau turut menghina pekerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan gelaran seperti lembap, kerja terhegeh-hegeh dan lain-lain.
"Polis juga tidak ketinggalan dicaci oleh beliau."

"Ternyata mereka (Pemuda UMNgOk) cuba menunjukkan kuasa mereka dengan mengambil tindakan sendiri membelakangkan undang-undang.
"Sedangkan terbukti wakil Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan polis yang bertugas di situ tidak mengambil apa-apa tindakan kerana tindakan DAP dan PAS menjalankan kempen daftar pemilih tidak menyalahi undang-undang," katanya.
"Pemuda UMNgOklah yang membelakangkan undang-undang sehingga sanggup membuat keputusan sendiri menyerang kami."
Dihubungi Malaysiakini petang ini, Jailani bagaimanapun menafikan memaki Pemuda PAS dan polis. Beliau mengakui mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Pemuda DAP.
Sofi, yang berada di tempat kejadian kira-kira jam 8.30 malam, berkata selepas itu berlaku pergelutan kerana Pemuda UMNgOk"bertindak liar cuba menyerang ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menyokong Pakatan Rakyat."
"Akibatnya Khoo telah luka di kedua-dua belah lututnya," katanya.

Turut sama berada di tempat kejadian: ADUN Kesidang yang juga ketua pembangkang DUN Melaka, Goh Leong San; ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong; serta dua exco Pemuda PAS Melaka, Abu Iskandar dan Kerol Salleh.
Pemimpin PAS dan DAP kemudian membuat lapan aduan polis di balai Banda Kaba terhadap Pemuda UMNgOk tersebut.
Pengliporlari-Pemuda UmNGOK melahirkan generasi samseng negara!Setuju??