"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, May 15, 2010

Judi Bola Untuk Tabung Pilihanraya UMNO/Najib Tun Razak

Kalau nak beli Timbalan Speaker Yee pun kena pakai duit Vincent Tan, apatah lagi untuk berhadapan dengan pilihanraya umum kelak. Bayangkan, judi bola sahaja boleh memberi UMNO ribuan juta ringgit bagi mengisi Tabung Pilihanraya mereka. Tak heranlah Najib Tun Razak terpaksa meluluskan lesen judi bola ini. Kalau tidak macamana UMNO hendak cari duit untuk menampung kos pilihanraya umum kelak.

Dayabumi: Bukti Dr Mahathir Khianat Melayu

Baru2 ini Dr.Mahathir memberi komen pasal peristiwa Mei 13 dan MBE. Dia diberitakan berkata:
"Kita (Bumiputera) bukan hendak minta lebih (dari MBE), tetapi hendak pendapat kita diberi perhatian secara serius," katanya pada Konvenyen Usahawan Melayu anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di Kuala Lumpur hari ini."
Suka saya bawa perhatian pembaca sekelian kepada projek Dayabumi yang dilaksanakan oleh Dr Mahathir sewaktu beliau mula2 menjadi Perdana Menteri.

Kalau Dr Mahathir begitu hebat sangat mahu mempertahankan hak Melayu, saya cuma nak tanya kenapa Dr Mahathir memberi projek membina Dayabumi kepada syarikat Korea dan Jepun dengan harga RM313 juta (skrg nilainya RM billion)?

Padahal ada kontraktor-kontraktor Melayu yang bersedia membina Dayabumi dengan harga RM71 juta sahaja?

Inikah bukti seorang Perdana Menteri yang memperjuangkan Bangsa Melayu dan Orang Islam?

Inilah rekod pemerintahan Penasihat PERKASA yang ke hulu ke hilir menjual obat kononnya beliau memperjuangkan hak Melayu?

Janganlah kita tertipu dengan orang seperti Dr Mahathir ni. Lidah beliau lidah bercabang dan beliau penipu kelas nombor satu.

Tulang Besi

Najib Tun Razak, Bapa Judi Negara

Baru sebulan jadi Menteri Kewangan, perkara pertama beliau buat adalah meluluskan 10 lesen "Special Draw:
KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs.

The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.
Lepas itu pula Najib dilaporkan BERNAMA meminta rakyat Malaysia menjadikan tokeh judi Lim Goh Tong sebagai. Najib dilaporkan berkata:
"Mendiang merupakan contoh unggul bagi seseorang yang datang ke sini tanpa apa-apa tetapi menerusi azam yang kuat dan prinsip dan nilai yang teguh, beliau mampu mencipta kejayaan besar dan menjadi satu warisan.

"Bukan sahaja membangunkan perusahaan yang akhirnya menjadi konglomerat terkemuka antarabangsa, tetapi mendiang telah mewajudkan satu warisan di sini di Genting (Highlands)," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada hartawan itu di kediamannya di Gohtong Villa
Sekarang Najib telah meluluskan Judi Bola untuk Tokeh Judi, Vincent Tan. "Revenue" yang dianggarkan didapati dari Judi Bola ini maksima RM1.7 billion sehari sepanjang Piala Dunia.

Maka, saya rasa Najib Tun Razak paling layak digelar sebagai Bapa Judi Malaysia. Baru dua tahun jadi PM, dah macam-macam aktiviti judi dia perkembangkan.

Tulang Besi