"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, October 20, 2008

Kepala Otak Kau La Pak Lah..!

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Pelabur asing dan komuniti penyelesaian pertikaian antarabangsa boleh mendapat jaminan bahawa Malaysia bukan sahaja memiliki prasarana yang sangat baik, tetapi juga undang-undang yang perniagaan mahukan untuk menyelesaikan pertikaian mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah berkata Malaysia faham bahawa pelabur asing memerlukan kepastian undang-undang dan keyakinan dalam sistem penyelesaian pertikaian, dan dengan kerancakan aktiviti ekonomi termasuk usaha sama rentas sempadan, pertikaian pasti akan timbul.

"Rakyat Malaysia berkeupayaan menyelesaikan pertikaian seumpama itu," kata beliau dalam ucap tamanya di Persidangan Penyelesaian Pertikaian Antarabangsa "Membuat Pilihan Yang Betul" anjuran Chartered Institute of Arbitrators (CIArb), cawangan Malaysia di sini, Isnin.

TP - Kepala hotak kau la Pak Lah...undang-undang perniagaan "kunun"... oi berok... rege minyak naik hari tu, habis rege barang-barang keperluan pun naik, rege minyak turun, rege barang-barang keperluan tak turun... mana undang-undang yang meyakinkan penyelesaian pertikaian?

Ungka ni sedar ke tak sedar apa dia merapu ni?

Lu kasi setel dalam negara lu dulu baru lu offer dekat negara luar Ungka oi... malu dekat orang luar nanti bodoh..!

Shamsiah Fakeh meninggal dunia

kemaskini 6:50pm Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya (PKM), menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya Jamaluddin Ibrahim di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sejak bulan lepas, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur jam 5.30 petang.

"Selepas 22 hari berada di hospital, allahyarham sendiri minta pulang ke rumah. Beliau rasa tiba masanya, beliau ingin menghabiskan masa untuk bersama anak-anak dan cucu-cucu," kata Jamaluddin.

Shamsiah dibawa pulang ke rumah anaknya Sabtu lepas dan hanya menghabiskan masa tidur seharian suntuk semalam.

"Pagi tadi, apabila kami kejutkannya, (nyawa) beliau sudah tidak ada. Wajahnya kelihatan tenang," kata anak bongsu itu daripada tiga adik-beradik yang berlainan bapa.

shamsiah fakeh book 191107 memoirTambahnya, lebih seratus sanak-saudara dan teman-teman dekat allahyarham pelbagai kaum termasuk timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan penulis kolum Hishamuddin Rais hadir memberikan penghormatan terakhir.

Suasana hujan sewaktu pengebumian petang ini menambahkan rasa kehilangan tokoh wanita itu yang mengalami sakit-sakit sejak 10 tahun lalu.

Menurut memoirnya (kiri), Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.

Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.

Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.

Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.

Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.

-malaysiakini

UPM Dapat Pembiayaan RM1.3 Juta Daripada Mitsubishi Untuk Tanam Spesis Pokok Hutan

KUALA LUMPUR, 20 Okt -- Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat pembiayaan sebanyak RM1.3 juta daripada Mitsubishi Corporation, Jepun untuk membangunkan model hutan yang ditanam dengan spesis pokok hutan asal dari setiap negeri di Semenanjung Malaysia.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan) Fakulti Perhutanan Prof Madya Dr Mohamad Azani Alias berkata tempoh pembiayaan selama lima tahun itu melibatkan penanaman 400 spesis pokok hutan asal di tanah seluas 27 hektar di kampus induk UPM Serdang dekat sini dan 47.5 hektar di kampus Bintulu Sarawak.

"Konsep penanaman hutan di sini ialah dengan menanam spesis yang jarang ditemui dan spesis endemic iaitu spesis yang cuma terdapat di negeri tertentu sahaja kerana masih banyak endemic di Semenanjung yang belum ditanam semula dalam program pemuliharaan tanah terbiar.

"Sehubungan itu, kita akan mengadakan upacara menanam pokok bagi Program Penyelidikan yang merupakan kerjasama antara UPM dan Mitsubishi di Serdang dan Bintulu masing-masing pada Sabtu dan Ahad ini," katanya.

Dr Mohamad Azani berkata pembiayaan kali kedua membuktikan keyakinan antarabangsa terhadap usaha Malaysia memelihara alam sekitar dan pemuliharaan tanah tersusut nilai.

Sebelum ini, katanya UPM dan Yokohama National University, Jepun telah menjalin kerjasama penanaman dan penyelidikan hutan sejak tahun 1990 dengan dana kali pertama daripada Mitsubishi Corporation berjumlah RM10 juta untuk penyelidikan pemuliharaan kawasan hutan seluas 47.5 hektar di sekitar kampus UPM di Bintulu.

Beliau berkata hasil program itu sebanyak 350,000 anak pokok dari 126 spesis pokok hutan di Sarawak berjaya ditanam.

Bayar Lebih Supaya Senang Nak "Sepelet"

kemaskini 2:53pm Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta, kata Angkatan Muda PKR hari ini.

Dalam laporan polisnya, timbalan AMK Mohd Fariz Musa berkata perbezaan harga lebih sekali ganda itu harus dipertimbangkan untuk siasatan.

"Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar," katanya dalam laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporterPerbezaan harga antara dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit, tambahnya.

"Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?" kata Mohd Fariz.

Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas.

Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

Kementerian Pertahanan bagaimanapun menafikan perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725 melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan sebuah syarikat baru-baru ini.

Dalam kenyataannya Jumaat lepas, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Semalam, kabinet dilaporkan bersetuju Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian itu bagi menggantikan helikopter Nuri.

Katanya, sekalipun Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Abu Bakar Abdullah telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa proses perolehan helikopter itu dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, namun

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, juga menteri kewangan sewaktu proses awal pengeluaran tender tersebut, berkata perkara itu tetap wajar dikaji secara mendalam oleh PAC.

"Dalam mesyuarat kabinet Jumaat lepas, saya mengusulkan supaya isu pembelian helikopter ini dikemukakan untuk dihalusi oleh PAC dan dikaji dengan mendalam oleh PAC dan PAC boleh membuat kesimpulan," beliau dipetik sebagai berkata.

Fariz, yang membacakan laporan polis itu kepada media, turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi Malaysia berbanding Brazil.

"Kontrak Brazil itu juga mewajibkan Eurocopter memindahkan teknologi ke kilang di Brazil dan ini juga mempunyai kesan positif dari segi pekerjaan yang akan ditambah," katanya.

"Tetapi pembelian di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang asas timbal balik yang mendatangkan keuntungan buat Malaysia sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang."

-malaysiakini